1.
PENDAHULUAN
Kelas Pemulihan telah diwujudkan di SK (L) Bukit Bintang 1 bagi membantu pelajar pelajar yang terpilihterutamanya pelajar Tahun Dua dan Tahun Tiga mengatasi masalah keciciran dalam pembelajaran terutamanya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Penerokaan yang lebih awal dalam pendidikan pemulihan yang berkesan amat diperlukan untuk membantu murid yang lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya menjadi lebih bermakna kepada negara. Ini sejajar dengan misi dan visi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
2.
RASIONAL
Penubuhaan Kelas Pemulihan amat bersesuaian dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, yang mana kerajaan sedang berusaha meningkatkan martabat sistem pendidikan negara di peringkat antarabangsa. Di
dalam PIPP sendiri turut digariskan
kepentingan menguasai kemahiran 3M. Oleh sebab itu, penubuhan kelas ini bagaikan sinaran untuk mengorak langkah pertama menangani isu keciciran pelajar dalam menguasai asas 3M bagi pelajar-pelajar terpilih.
3.
OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS 3.1
Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai kemahiran membaca, Menulis dan mengira (3M)
3.2
Mengurangkan masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajarPelajar yang terpilih ini.
3.3
Membina keyakinan diri dan berdikari dalam diri pelajar-pelajar
3.3
Membina hubungan sosial yang baik di antara para pelajar
3.4
Mengurangkan masalah keciciran dan murid dapat mengikuti kelas aliran perdana seperti murid yang lain.
4.
OBJEKTIF KERTAS KERJA
Kertas kerja ini dihasilkan bertujuan mendapatkan sumbangan kewangan bagi: 4.1.Memasang pembahagi (partition) di Kelas Pemulihan Khas.
.
Sebelum ini kelas pemulihan sekolah ini berkongsi dengan Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang 2. Kami memohon supaya kelas tersebut dibahagi kepada dua. Setiap sekolah akan mendapat satu bilik pemulihan. Saya membuat permohonan ini kerana: 1. Tahap keselamatan peralatan di dalam kelas tersebut tidak terjamin. Ini kerana bilik tersebut tidak dapat dikunci dengan baik kerana dua buah sekolah berkongsi bilik yang sama. 2. Bahan bantu mengajar (BBM), carta-carta yang ditampal selalu rosak dan tidak berada ditempat yang sepatutnya. 3. Peralatan seperti meja murid sering berubah kedudukan dan perlu dikemaskan setiap hari kerana aktiviti yang dijalankan tidak sama antara dua buah sekolah. 4.2. Memasang suis lampu dan kipas. Ekoran daripada pembinaan pembahagi tersebut, kami juga memohon suis lampu dan kipas dipasang berasingan. Ini kerana setiap sekolah akan mempunyai kunci yang berasingan. Ini akan memudahkan guru pemulihan khas menggunakan kelas masing-masing. 4.3. Memasang grill. Kami juga memohon bilik tersebut dipasangkan grill. Pemasangan ini sangat diperlukan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan peralatan yang terdapat di dalam kelas ini atau yang bakal diperoleh pada masa hadapan bagi menggelakkan sebarang kecurian ataupun kerosakan daripada berlaku.
5.
SASARAN
Pelajar-pelajar Kelas Pemulihan Tahun Dua dan Tahun Tiga, Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang Satu, Petaling Jaya serta pelajar-pelajar yang tidak menguasai kemahiran 3M.
6.
TEMPAT
Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang Satu, Petaling Jaya.
7.
KEWANGAN 7.1
BIL
1.
Perbelanjaan Kelas Pemulihan:
PERKARA
KUANTITI/SET
Pembahagi
1
ANGGARAN
JUMLAH
HARGA (RM)
HARGA
_________
(RM) _______
CATATAN
Jeriji
Besi
dan
Kos
pemasangan 2.
Grill
2
_________
_______
3.
Suis lampu
1
_________
_______
dan kipas
JUMLAH SEBENAR : _____________ 8.
AHLI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN KHAS PENGERUSI NAIB PENGERUSI
: PN. HJH ROSENI BINTI HJ. SALLEH I
NAIB PENGERUSI II
: PN. MARSILAH KATIMON : PN. HJH ROSNAH BT IDRUS : EN. NOR’IHSAN MOHD SHARIF
SETIAUSAHA
: PN. WAN NOR ZURAIDA BT WAN ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA: 1. EN.ZUL AZMI B.SAAD (KETUA PANITIA B.MELAYU) 2. EN.SAMARU B.DAUD (KETUA PANITIA MATEMATIK
3. EN.ZUHARISAN MD.SAAD 4. EN.ZUKMANI B.HASSAN 5. EN.RUSDI B. PA’SU 6. EN.ROSLAN B.IBRAHIM 7. PN.NORJULIANA 8. CIK NORZAMZILA BT MAT
9.
PENUTUP
Sumbangan kewangan yang diterima daripada pihak Lembaga Pengurus Sekolah diharapkan dapat merealisasikan impian Kelas Pemulihan Khas dalam memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan di Sk (L) Bukit Bintang Satu
ini dengan jayanya.
Semoga
pendidikan hari ini menjadi pengorak kepada para pelajar membina jati diri bagi melahirkan lebih ramai insan yang cemerlang .
Disediakan oleh :
Disemak oleh :
............................................... (WAN NOR ZURAIDA BT WAN ABDULLAH) Setiausaha Kelas Pemulihan Khas SK (L) Bukit Bintang Satu P.Jaya.
............................................... (NOR’IHSAN MOHD SHARIF) GPK Kokurikulum SK (L) Bukit Bintang Satu P.Jaya.
Disahkan oleh : .................................... ( ROSENI SALLEH) Guru Besar SK (L) Bukit Bintang Satu P.Jaya.