Kertas Cadangan Naiktaraf & Keceriaan Bilik BOSS Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 Shah Alam
1.0
PENGENALAN
Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, pihak sekolah telah mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menyediakan sebuah bilik yang telah digunakan sebagai tempat untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan SPBT. Kewujudan bilik operasi SPBT adalah penting ke arah pengurusan dan pentadbiran yang lebih efisien. Kewujudan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) dapat memastikan penjagaan buku teks agar dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih lama.
2.0
MATLAMAT
Mewujudkan suasana yang lebih ceria dan berinformasi dalam usaha mewujudkan sebuah Bilik BOSS yang mempunyai insfrastruktur yang lengkap dan selamat untuk menyimpan buku teks.
3.0
OBJEKTIF 3.1 Menguruskan hal-hal buku teks dengan berkualiti dan menepati kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.2 Menguruskan pemerolehan dan bekalan buku teks dengan secukupnya. 3.3 Memastikan bekalan buku teks yang diperoleh oleh para pelajar berada dalam keadaan baik. 3.4 Memastikan buku-buku yang disimpan di dalam Bilik Operasi SPBT dijaga dengan baik. 3.5 Mengutamakan kepuasan hati pelanggan dalam pengagihan dan pemulangan buku teks.
1
4.0
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
: Encik Ahmad Kamal bin Idris Pengetua
Naib Pengerusi I
: Pn. Norani bt Husain Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi II
: Tn. Hj Nordin bin Ahmad Kadri Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi III
: Pn Hafizah bt Abdul Samad Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi IV
: Pn. Hjh. Saniah bt Seman Penolong Kanan Petang
Setiausaha
: Pn. Noor Azzuhana Bt Azaharuddin
Pen. Setiausaha
: Pn. Noor Haneef bt. Mohammad
Ahli
: Pn. Norasila bt. Abd Rasid Tingkatan 1 Pn. Siti Munirah bt Ramdzan Tingkatan 2 Pn. Noritawati bt. Ramli Tingkatan 3 Pn. Hjh. Serinoryati bt. Mohd Norkadi Tingkatan 4 Pn. Shariyah Bt Din Tingkatan 5 Semua guru tingkatan
2
5.0 ANGGARAN KEWANGAN Menggunakan sumber peruntukan daripada PIBG bagi membiayai kos menyediakan keperluan berkaitan dengan Bilik BOSS. Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut : BIL
BUTIRAN
HARGA SEUNIT (RM)
KUANTITI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
1.
Kaunter pinjaman buku
1000
1
1000
1000
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. .
Kain langsir Meja Jepun Kabinet Wall Paper Papan tanda bilik BOSS Bunting Lapik meja Jepun Bahan kecerian Jumlah
10 300 400 30 200 70 60 300
30 1 1 10 1 2 1 1
300 300 400 300 200 140 60 300
300 300 400 300 200 140 60 300 3000
6.0 PENUTUP Kerjasama positif, daripada pihak PIBG amatlah kami alu-alukan dalam usaha melicinkan lagi sistem pengurusan unit SPBT SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM menepati piawaian pengurusan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan ini besar harapan pihak sekolah agar PIBG untuk mempertimbangkan dan meluluskan usul kertas kerja permohonan peruntukan kemudahan perabot dan alatan daripada unit SPBT SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM dapat diluluskan.
Disediakan oleh; ---------------------------------
Disemak oleh; ------------------------------
NOOR AZZUHANA BT AZAHARUDDIN
Setiausaha SPBT
3
Disahkan oleh; --------------------------------
4