Pantun Peribahasa 2

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Peribahasa 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 495
  • Pages: 6
PANTUN PERIBAHASA Tinggi sungguh Gunung Daik, Mercunya nampak terang berkilau; Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau. Kayu bakar dibuat arang, Arang dibakar memanaskan diri; Jangan mudah menyalahkan orang, Cermin muka lihat sendiri. Pergi ke rumah Cik Mariam, Ramai orang tengah berjaga; Carik-carik si bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. Kayu keras si kayu kampas, Alas tempat orang berjudi, Ada beras kerja pun deras, Ada padi kerja pun menjadi. Kalau ada duit sekupang, Boleh beli cuka mentahun; Habis padi burung terbang, Bagai ulat tak kenangkan daun. Ayam ditambat juragan empat Terbang lari di kala fajar Biar lambat asal selamat Takkan lari gunung dikejar

Asap api gulung-gemulung Orang membakar sampah sena Ibarat gunting makan di hujung Mulut yang manis apa guna

Asap api bergulung- gemulung Anak buaya terlampai-lampai Hajat di hati nak peluk gunung Apakan daya tangan tak sampai

Anak merpati disambar helang Terbang ke titi di dalam huma Harimau mati meninggakan belang Manusia mati meninggalkan nama

Ayam sabung jangan ditambat Jika ditambat alah laganya Asam di gunung ikan di darat Dalam belanga bertemu juga

Buah nangka di tepi permatang Dibawa pecan di tengah hari Kusangka pasas hingga ke petang Rupanya hujan di tengah hari

Burung merbuk terbang melayang Hinggap bertenggek di dahan mati Kalau menepuk air di dulang Nanti terpercik ke muka sendiri

Burung kedidi terbang ke pantai Dari pantai terbang berkawan Kerana sebiji rosak setangkai Sebab setangkai rosak sedahan

Cantik wajah puan zaharah Manis senyuman penyeri wajah Hati gajah sama dilapah Hati kuman sama di lapah

Harapkan untung datang menggamit Kain di badan didedahkan Harapkan guruh di langit Air setempayan dicurahkan.

Hinggap merpati di dahan seduduk Gugur pinang ditiup badai Jangan seperti malang Pak Kaduk Ayam menang kampong tergadai

Ikan haruan rasanya enak Elok pula dibuat ubat Biar mati anak Jangan mati adat

Ikan dijaja berbau hanyir Sarat seperahu di seberang sana Terkilat saja ikan di air Sudah tahu jantan betina

Jangan diberi tali kendur Bayarlah harta Nampak dipandang Terlajak perahu dapat diundur Terlajak kata dipegang orang

Kerat-kerat kayu di ladang Hendak dibuat kayu cangkul Berapa mata memandang Berat lagi bahu memikul

Ke Tanjung Ru mengail tenggiri Dapat sedikit dibuat kari Kalau guru kencing berdiri Tentu murid kencing berlari

Kemumu di tengah pecan Dihembus angin jatuh ke bawah Ilmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuah

Ke Tanjung menjual bayam Dayung terlepas sampan terapung Jangan diikut resmi ayam Bertelur sebiji riuh sekampung

Pohon peria dalam semak Pohon manggis sebesar lengan Kawan ketawa memang banyak Teman menangis diharap jangan

Pohon penak pohon meranti Sudah ditebang lalu diikat Kusangka jinak burung merpati Rupanya terbang bila dipikat

Raut bilah pembatang taut Kail berada di dalam raga Tidak sudah seluang melaut Akhirnya balik ke tepi juga

Rumah kecil tiang seribu Rumah besar tiang sebatang Kecil-kecil ditimang ibu Sudah besar ditimbang gelombang

Sangkut terendak dekat beranda Mari berdua anyam tak sudah Jika tiada ada berada Masakan tempua bersarang rendah

Tengku muda raja di Linggi Pergi berniaga ke negeri Palembang Biar ambil resmi padi Jangan diikut resmi lalang

Related Documents

Pantun Peribahasa
October 2019 29
Pantun Peribahasa 2
December 2019 8
Peribahasa
May 2020 26
Peribahasa
May 2020 17
Peribahasa
June 2020 17
Pantun 2
December 2019 3