Pakej Pelancongan Pulau Pangkor Disediakan Oleh Wanzmejuez

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pakej Pelancongan Pulau Pangkor Disediakan Oleh Wanzmejuez as PDF for free.

More details

  • Words: 1,148
  • Pages: 12
Pengenalan

Pulau Pangkor Pulau Pangkor dengan kombinasi perkampungan nelayan yang mempesona serta resort yang mewah merupakan destinasi percutian yang mengagumkan dan mudah dikunjungi. Pulau Pangkor memberi pelawat peluang untuk menginap di tempat penginapan berhampiran dengan perkampungan nelayan bagi membolehkan mereka memerhatikan cara hidup para nelayan sambil menikmati keindahan pantai atau memilih kemudahan resort yang tersedia di situ. Penduduk di sini tinggal di beberapa perkampungan nelayan yang bertaburan di sebelah Timur pulau ini yang bertentangan dengan pekan Lumut dan Teluk Batik. Pelawat juga berpeluang melihat perkampungan ini sewaktu perjalanan feri dari Lumut yang mengambil masa selama 40 minit kerana feri ini singgah di kawasan penempatan utama iaitu Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar sebelum berhenti di pekan Pulau Pangkor. Dua pantai yang popular di Pulau Pangkor iaitu pantai Pasir Bogak dan pantai Teluk Nipah menawarkan aktiviti-aktiviti seperti menyelam skuba, berenang snokel, bermain papan luncur air dan memancing kepada mereka yang gemarkan sinaran matahari dan lautan biru. walaupun Pantai Pasir Bogak telah banyak membangun namun Teluk Nipah masih lagi mengekalkan suasana perkampungannya. Teluk Ketapang atau Turtle Bay masih lagi menerima kedatangan penyu laut yang tiba di sini untuk bertelur. Ada juga antara resort di pulau ini yang menawarkan kemudahan padang golf yang hebat.

Pulau Pangkor sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian.

Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakejpakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan). Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bankbank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahankemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.

Pangkor Services menawarkan perkhidmatan tempahan hotel, chalet dan apartmen di Pulau Pangkor. Mungkin anda gemar melancong atau sedang merancang untuk bercuti. Pulau Impian

menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:Kumpulan Sasaran 1. Pakej Berbulan Madu (Honeymoon Package) 2. Pakej Hari Keluarga (Family Day Package) 3. Pakej Kumpulan (Group Package) 4. Pakej Pelajar (Student Package) 5. Pakej Perkhemahan/Motivasi 6. Pakej Seminar

Senarai Pakej Pelancongan Yang Terdapat Di Pulau Pangkor Pakej-Pakej Yang Ditawarkan Jumlah Hari Dan Harga

PAKEJ BULAN MADU 3H 2M Pakej 1 Penginapan Makan 6 kali Maksimum 2 orang sahaja Harga RM400

PAKEJ BULAN MADU 3H 2M Pakej 2 Penginapan Makan 3 kali Maksimum 2 orang sahaja Harga RM300

PAKEJ STUDENT 2H 1M Penginapan 4 orang sebilik Pakej termasuk:Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Feri Lumut - Pangkor Teksi Jeti Pangkor - Resort Minimum 40 orang RM75 seorang

PAKEJ STUDENT 3H 2M Penginapan 4 orang sebilik Pakej termasuk:2 Sarapan 2 Makan Tengah Hari 2 Makan Malam Feri Lumut - Pangkor Teksi Jeti Pangkor - Resort Minimum 40 orang RM135 seorang

PAKEJ HARI KELUARGA/ KUMPULAN 2H 1M Penginapan 3 orang sebilik Pakej termasuk:Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Feri Lumut - Pangkor Teksi Jeti Pangkor - Resort Minimum 40 orang RM85 seorang (Dewasa) Kanak-kanak (4-11 tahun) 70%

PAKEJ HARI KELUARGA/ KUMPULAN 3H 2M Penginapan 3 orang sebilik Pakej termasuk:2 Sarapan 2 Makan Tengah Hari 2 Makan Malam Feri Lumut - Pangkor Teksi Jeti Pangkor - Resort Minimum 40 orang RM155 seorang (Dewasa) Kanak-kanak (4-11 tahun) 70%

PAKEJ HARI KELUARGA/ KUMPULAN 2H 1M Penginapan 2 orang sebilik Pakej termasuk:Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Feri Lumut - Pangkor Teksi Jeti Pangkor - Resort Minimum 40 orang RM100 seorang (Dewasa) Kanak-kanak (4-11 tahun) 70%

PAKEJ HARI KELUARGA/ KUMPULAN 3H 2M Penginapan 2 orang sebilik Pakej termasuk:2 Sarapan 2 Makan Tengah Hari 2 Makan Malam Feri Lumut - Pangkor Teksi Jeti Pangkor - Resort Minimum 40 orang RM175 seorang (Dewasa) Kanak-kanak (4-11 tahun) 70%

PAKEJ MOTIVASI 3H 2M Penginapan Dorm/Khemah Pakej termasuk:2 Sarapan 2 Makan Tengah Hari 2 Makan Malam Feri & Teksi pergi/balik Jungle Trekking Minimum 40 orang RM80 seorang

Lokasi Chalet, Hotel, Apartment Dan Resort Di Pulau Pangkor



Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor

menyediakan penginapan hotel dan apartmen yang lengkap dengan kemudahan seperti restoran, disko serta kolam renang. Pantai ini merupakan pantai perkelahan yang amat popular di kalangan para pelancong dalam negeri. Pantainya panjang dan dilindungi pepohon rendang, amat sesuai melakukan aktiviti sukan pantai atau hanya untuk bersantai dan mandi laut. Contoh : PUTERI BAYU BEACH RESORT Lokasi: Pasir Bogak, Pulau Pangkor Puteri Bayu Beach Resort mempunyai 82 unit Hotel Room dan 48 unit Chalet. Jumlah semuanya 130 unit dan boleh menampung 200 -360 orang dalam satu-satu masa. Setiap bilik disediakan kemudahan seperti air-cond, TV Astro, IDD telephone, coffee and tea making facilities dan bilik air di dalam (hot & cold shower). Harga :

Hotel Room

Standard Superior Deluxe

RM115.00 RM135.00 RM150.00

Jumaat-Sabtu Cuti Sekolah RM135.00 RM150.00 RM200.00

Chalet

Garden Villa Bayu Villa Family Villa

RM190.00 RM250.00 RM450.00

RM250.00 RM350.00 RM550.00

Jenis Bilik

Isnin - Khamis

Cuti Umum RM180.00 RM230.00 RM280.00 RM380.00 RM500.00 RM800.00

Destinasi

Pulau Pangkor adalah syurga bagi pencinta alam dan mereka yang meminati sukan outdoor. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti jungletrekking dan rapelling.

Burung enggang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.

Kota Belanda (gambar atas) dan

Batu Bersurat (gambar bawah) adalah tinggalan sejarah yang terdapat di sana.

Replika Tembok Besar Cina yang sering menjadi kunjungan.

Bot Trip sekitar Teluk Nipah...

... dan snorkeling di Pulau Giam (Coral Island).

atau main jetski.

Jungle trekking

Tempat Yang Mesti Di Lawati Di Pulau Pangkor

Jalan-jalan keliling Pangkor. Anda boleh menyewa van (teksi) untuk melawat tempat-tempat menarik di sini seperti tukang bot, taman Fu Ling Kung, kilang satay, kesan peninggalan sejarah di Teluk Gedung dan sebagainya. Sambil itu singgah membeli cenderahati di Pekan Pangkor

Pengangkutan

Feri yang selesa membawa anda ke Pulau Pangkor.

Untuk ke resort anda perlu menaiki teksi van.

Jika mahu bebas bergerak anda boleh menyewa motosikal atau basikal. Kereta sewa untuk dipandu sendiri juga ada, jika anda memerlukannya.

Jeti Lumut - Pintu gerbang ke Pulau Pangkor. Perkhidmatan feri setiap 30 minit sekali menawarkan tambang hanya RM10 pergi balik dari Lumut ke Pangkor. Di Lumut terdapat Pusat Pelancongan di manda anda boleh mendapat pelbagai maklumat tentang Pulau Pangkor. Tempat letak kereta mencukupi, dengan bayaran sebanyak RM10 sehari.

Jalan Laut Pulau Pangkor boleh dikunjungi dengan feri yang mengambil masa 40-minit dari Lumut. Feri ini bertolak setiap setengah jam sekali. Jalan Udara Syarikat penerbangan swasta seperti Berjaya Air mengendalikan penerbangan 5 kali seminggu ke Pulau Pangkor dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berhampiran Kuala Lumpur. Jalan Darat Gunakan Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Perak. Ambil susur keluar ke plaza tol Bidor. Perjalanan seterusnya akan melalui jalanraya negeri. Ikut papan tanda ke '“Pelabuhan Lumut”. Kemudian, ikut papan tanda yang menghala ke “Teluk Intan”, “Sitiawan” dan “Pulau Pangkor”.

Related Documents