Paediatric Nursing

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Paediatric Nursing as PDF for free.

More details

  • Words: 1,008
  • Pages: 10
`OBJEKTIF AM

Kemalangan di rumah ini sering kali berlaku di kalangan kanak-kanak oleh itu saya ingin mengkaji

dengan lebih lanjut bagaimanakah kejadiaan ini boleh

berlaku.kejadiaan kemalangan di rumah ini seriang kali di kaitkan dengan kecuian ibu bapa,jadi disini saya dapat mengaplikasikan cara-cara untuk mengatasi melalui ibu bapa itu sendiri.selain itu saya juga boleh mendapatkan tindakan kecemasan bagi menanagani situasi cemas semasa kejadiaan berlaku untuk mengelakkan komplikasi yang besar impaknya kepada ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri.

OBJEKTIF SPESIFIK

1.Adalah untuk mengetahui definisi kemalangan di rumah bagi tajuk tercekik. 2.Adalah untuk mengetahui sebab-sebab kejadiaan ini boleh berlaku di kalangan kanak-kanak. 3.Adalah untuk mengetahui kesan-kesan dari kemalangan itu berlaku kepada ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri. 4.Adalah untuk mengetahui langkah-langkah pencegahan bagi mengelak dari berlakunya kemalangan di rumah. 5.Adalah untuk mengetahui berkenaan dengan tindakan kecemasan bagi kejadiaan tercekik di kalangan kanak-kanak.

1

DEFINISI Tercekik adalah bermaksud kejadiaan yang berlaku di sebabkan kesekatan pada salur pernafasan seseorang itu melalui tercekik makanan atau terjerut tali atau tercekik bendasig seperti mainan.

SEBAB-SEBAB KEJADIAN TERCEKIK BAERLAKU.

Tercekik di sebabkan oleh makanan iaitu di mana ibu bapa tidak mengawasi anak-anak mereka ketika makan menyebabkan kanak-kanak boleh tercekik oleh makan yang keras dan besar. Ibu bapa juga tidak memberi makanan yang bersesuian dengan umur anakanak mereka,ini boleh menggalakkan kepada tercekik berlaku. Tercekik juga boleh disebabkan terjerut tali di leher di mana ibu bapa tidak menyimpan tali di tempat yang jauh dari kanak-kanak. Selain itu dimana ianya juga berpunca di sebabkan ibu bapa tidak mengawasi kanak-kanak ketika bermain iaitu membiarkan anak-anak bermain bersendirian berdekatan dengan wayar seperti wayar television,seterika dan sebagainya yang boleh memjerut. Seterusnya tercekik juga boleh di sebabkan tercekik alat mainan seperti guli,lego,batu dan sebagainya. Tercekik alat mainan juga disebabakan ibu bapa tidak membeli alat mainan yang bersesuiaan dengan umur anak mereka yang tidak dapat berfikir dengan matang.

2

KESAN-KESAN TERCEKIK IBU BAPA Ibu bapa akan merasa sedih dan truama apabila berlaku kecederaan dan kematian keatas anak mereka disebabkan tercekik kerana kecuiaan mereka sendiri. Selaian itu ibu bapa juga mungkin mengalami gangguan emosi atau tekanan kerana rasa bersalah atas apa yang berlaku pada anak mereka sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk seperti kematian. Ibu bapa juga mungkin akan berubah sikap kepada sikap yang lebih positif seperti akan lebih berhati-hati dalam penjagaan anak mereka supaya perkara yang sama tidak berulang.

3

KANAK-KANAK ITU SENDIRI Peristiwa tercekik akan memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut dalam aspek emosinya seperti kanak-kanak akan mengalami trauma,melalui itu kanakkanak tersebut akan cuba untuk menjauhi punca terjadinya tercekik seperti tali,alat mainannya dan takut untuk makan. Kanak-kanak juga akan mengalami komplikasi seperti kesekatan dalam salur pernafasan yang memerlukan bantuan segera dalam menyelamatkan nyawa. Tercekik ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kecacatan seperti gangguan pertuturan akibat kecederaan peti suara semasa tercekik berlaku. Selaian itu kesan yang paling teruk akibat daripada tercekik ini adalah kematian akibat kanak-kanak tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kesekatan salur pernafasan dalam jangka masa yang lama tanpa adanya bantuaan kecemasan.

4

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

1.Ibu bapa seharusnya membeli alat mainan yang bersesuian dengan umur anak-anak mereka dan elakkan membeli alat mainan yang terlalu kecil dan mudah di masukkan ke mulut kerana boleh menyebabkan tercekik di kalangan kanak-kanak. 2.Ibu bapa juga perlulah mengawasi anak-anak mereka ketika bermain bagi memastikan anak mereka dalam keadaan selamat dan jauh dari alat mainan seperti guli,lego,batu,syiling dan sebagainya. 3.Ibu bapa juga harus meletakkan alatan seperti tali dan wayar jauh dari kanakkanak dan susah untuk di capai kerana alatan seperti ini boleh menyebabkan kanak-kanak terjerut tali kerana kanak-kanak sangat suka bermain dengan talitali. 4.Ibu bapa seharusnya melarang dan mengawasi anak-anak mereka supaya tidak bermain berdekatan dengan tali-tali seperti tali seterika baju,wayar telivision dan sebagainya kerana tali-tali tersebut boleh menyebabkan terjurut di kalangan kanak-kanak. 5.Ibu bapa juga perlulah memberi makan mengikut usia anak-anak mereka seperti makanan yang lembut diberi kepada kanak-kanak terutamanya yang berusia 1-3 tahun dan mengasingkan makan yang keras dari mereka.

5

TINDAKAN KECEMASAN

Tercekik alat mainan atau makanan. MATLAMAT:Menghapuskan halangan dan mengaturkan kanak-kanak ke hospital jika perlu.

Semasa tecekik berlaku,jika kanak-kanak masih bernafas beri ransangan supaya ia terbatuk:batuk akan bantu melepaskan sengkangan. Jika kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda yang lemah atau berhenti barnafas,lakukan tepukan pada bahagian belakang badannya.Bongkokkan badan ke depan dan tepuk sebanyak lima kali diantara tulang belikat dengan tapak tangan.Periksa mulutnya. Jika tepukan belakang tidak berjaya cuba pula tekanan dada.Berdiri atau membongkok di belakang kanak-kanak.Letakkan tangan yang di genggam(ibu jari di masukkan ke dalam)separuh bahagian bawah tulang dada.Paut penumbuk dengan tangan sebelah lagi dan kemudian tarik ke dalam dan ke atas. Jika trekanan di dada tidak berjaya.Gunakan pula tekanan di perut.Letakkan tangan di bahagian atas perut kanak-kanak dan pastikan ia membongkok kedepan dengan sempurna.Letakkan genggaman tangan di antara pusat dan bahagian bawah tulang dada dan pautkan kedua-dua belah tangan kemudian buat tarikkan kedalam dan keatas sehingga lima kali.Berhenti jika sengkangan sudah pulih dan periksa mulutnya.

6

Ulangi langkah 2-4 sebanyak tiga kali jika senkangan masih tidak pulih. Jika sengkangan tidak juga pulih dail 999 untuk mendapat bantuan dri pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Tercekik desebabkan terjerut tali MATLAMT:Memulihkan

pernafasan

yang

secukupnya

dan

mengaturkan

penghantaran kanak-kanak ke hospital.

Tanggalkan sebarang alatan atau tali yang menjerut dari leher manggsa dengan pantas.Sokong tubuh jika masih tergantung ketika membuka jerutan tali. Baringkan mangsa di atas tanah.Buka salur udara dan periksa pernafasan,jika mangsa tidak bernafas bersedia untuk memberi bantun pernafasan dan jika kanak-kanak masih bernafas,letakkanya dalam kedudukan pemulihan iaitu kepala di pusingkan kesisi. Dail 999 bagi mendapatkan bantuan selanjutnya untuk menyelamatkan kanakkanak

RUMUSAN Kemalangan di rumah sering kali berlaku dikalangan kanak-kanak melalui pelbagai kemalangan oleh itu perkara ini perlu di atasi bagi mengurangkan kadar mobiditi dan mortaliti di kalangan kanak-kanak.kemalangan di rumah inidapat di

7

atasi melalaui penjagaan ahli keluarga terutamanya ibu bapa,ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa untuk bersama dengan anak-anak mereka supaya

dapat

memberi

penjagaan

yang

lebih

teliti

keatas

anak-anak

mereka.selain itu penting juga kepada ibu bapa untuk mempelajari tindakan kecemasan yang dapat membantu semasa kemalangan berlaku seperti tercekik.kemalangan ini boleh membawa kepada komplikasi yang teruk kepada kanak-kanak tersebut dan ibu bapa.oleh itu penjagaan yang ketat perlu di lakukan keatas kanak-kanak tidak kira dimana juga dan pada bila-bila masa.

8

9

10

Related Documents