JABATAN IMIGRESEN
• Jabatan imigresen mempunyai hak untuk mengeluarkan dokumen perjalanan yang sah seperti pasport dan visa. • Jabatan ini juga mempunyai kelebihan untuk merangka undang-undang serta peraturan-peraturan imigresen terhadap para pelancong sesebuah negara. • Bukan itu sahaja, ia juga berhak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyalahi peraturanperaturan jabatannya.
• Contoh kesalahan undang-undang imigresen: – Pendatang asing tanpa izin (tanpa pasport / visa) – Pelancong yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau tamat tempoh – Pendatang yang datang dengan menggunakan dokumen perjalanan orang lain (bukan miliknya) – Seseorang yang tidak melaporkan tentang kehilangan dokumen perjalanan mereka yang sah.
• Selain itu, jabatan imigresen juga berfungsi untuk mengesahkan taraf kerakyatan seseorang di sesebuah negara yang diduduki. • Ia juga berkuasa untuk merampas atau memberi kerakyatan kepada seseorang. • Sebagai contoh, Jabatan Imigresen Malaysia boleh melakukan perlucutan taraf kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia di bawah Perkara 25(2) Perlembagaan Persekutuan sekiranya mereka tidak mendaftarkan nama serta alamatnya dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri.