KAJIAN SOSIAL
Disediakan oleh:Hassan Basri bin Abdullah PPISMP(PJ/KS) Pensyarah:Tn.Haji Ishak b.Saat
PENDIDIKAN Pendidikan Tamadun Yunani •
Konsep di Athens ialah melahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Manusia yang cemerlang ialah manusia yang memenuhi tuntutan mental dan fizikal serta menyumbang kesejahteraan kehidupan manusia.
•
Sistem pendidikan tamadun ini melahirkan sejarawan seperti Thucidides dan Herodutus. Athens – Pusat Cendekiawan Yunani dalam Zaman Pericles pula melahirkan pemikir sains dan teknologi seperti Thales, Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.
•
Tumpuan pembangunan ilmu pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis.
•
Di Sparta pula pendidikan melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kotanya. Pendidikan di Sparta amat mementingkan latihan fizikal dan kemahiran bersenjata.
Pendidikan Tamadun Rom •Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom. •Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang memberi kesejahteraan hidup. •Pusat pendidikan dan ilmu berkembang di bandar dan melahirkan ramai jurutera, ahli falsafah, dan sejarawan. •Antara perkembangan kejuruteraan yang dicapai ialah dalam sistem pengairan,pembinaan bangunan, jalan raya serta ahli falsafah dan sejarawan dalam penulisan kegemilangan Rom.
Pendidikan Tamadun India •Perkembangan pendidikan bermula pada Zaman Vedik yang mementingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi teras. Pendidikan didominasi oleh kaum lelaki. •Tumpuan adalah pada pengkajian kitab-kitab veda dan penggunaan bahasa Sanskrit yang mementingkan kaedah hafalan. •Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin seseorang perlu menghafal kitab veda yang mengandungi ilmu ritual, mantera, lagu agama dan juga pelajaran saintifik dan falsafah. •Pendidikan bertujuan untu menigkatkan ilmu sains, menambah ilmu,mengatasi buta huruf serta untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.
Pendidikan Tamadun China •Masyarakat pada tamadun ini amat menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat utama adalah lulus peperiksaan awam iaitu peperiksaan yang tertua di dunia. •Pendidikan dalam tamadun ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Pendidikan rendah menumpukan kegiatan mengenal dan menghafal ideogram dan 9 buku suci tanpa memahami maknanya. Pendidikan menengah pula tertumpu pada karangan dan sastera. Pendidikan tinggi menumpu kepada penterjemahan kitab suci. •Peperiksaan awam pula terbahagi kepada tiga tahap. Tahap pertama - Hsiu Tai : setaraf ijazah pertama yang dilangsungkan di peringkat daerah , jika lulus akan dilantik menjadi pegawai kerajaan (diadakan dua kali dalam 3 tahun). Tahap kedua - Chun Jen :setaraf sarjana pada peringkat ibu kota daerah (3 tahun sekali) dan tahap ketiga – Chin Shih : setaraf Doktor Falsafah diadakan pada peringkat ibu kota empayar di hadapan maharaja, jika lulus akan dilantik menjadi pendidik,(3 tahun sekali).
FALSAFAH Falsafah Tamadun Yunani •Ahli falsafah yang terkenal dalam tamadun ini ialah seperti Herodotus, Socrates, Plato, Aristotle, Thucydides dan Zeno. Isu utama yang dibincangkan ialah tentang individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi. •Herodotus (bapa sejarah Yunani) ahli falsafah dan sejarah.Antara karya yang terkenal Herodotus ialah History of Persian Wars. •Thucydides pula ialah pengasas sejarah saintifik, menulis karya secara penyelidikan iaitu Peloponesian Wars. •Socrates(bapa falsafah barat).Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab. •Plato(pengasas akademi falsafah).Karya Plato ialah Republic yang menyatakan negara terbaik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah. •Aristotle (guru kepada Alexander The Great) pula membincangkan tentang cara berfikir yang teratur dalam karyanya, Politics.
Falsafah Tamadun Rom •
Tamadun Rom kekurangan ahli falsafah dan hanya menggunakan pengaruh Yunani spt Zeno melalui Falsafah Stoik @ Stoisisme yang membincangkan kebahagiaan hidup dan nasib seseorang bergantung pada alam.
Falsafah Tamadun India •
Falsafah tertua dalam tamadun India terbahagi kepada 2 bentuk pemikiran besar. Pertama, berseumberkan Veda, kedua – Menolak kitab Veda.
•
Veda ada tiga kitab utama iaitu Rig Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Sumber falsafah dlm Veda ialah Upanishad, Mahabaratta, dan Bhagavad.
•
Falsafah yang menolak Veda mengikut ajaran Charvaka, Janinisme, dan Buddhisme.
Falsafah Tamadun China • Falsafah dalam tamadun China memberi penekanan dalam hal hubungan manusia dengan manusia lain. • Sumber falsafah Chinya: Kung Fu Tze @ Confucius, Loa Tze, Mo Tzu @ Motze@ Mencius. Mereka berfikir tentang cara melahirkan masyarakat yang baik dan berpendapat, baik buruknya ahklak manusia bergantung kepada alam sekitarnya. • Falsafah legalisme pula menyatakan undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.
SAINS DAN TEKNOLOGI •Perkembangan Sains dan Teknologi berlaku dalam bidang Matematik, Astronomi, Perubatan dan Teknologi pembuatan perahu dan kertas. Ianya juga dipengaruhi oleh teknologi dalam Tamadun Mesir Purba dan Babylon. Perkembangan ilmuan ini berkembang secara kolektif dalam semua tamadun.
Sains dan Teknologi Tamadun Yunani
•
Ilmuan tamadun Yunani, Thales – mahir dalam bidang matematik dan telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
•
Phytagoras pula mencetuskan ideaTheorem Phytagoras – iaitu ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
•
Hippocrates pula adalah Bapa perubatan – dikenang kerana kaitannya dengan ilmu perubatan moden.
•
Archimedes – ahli matematik dan fizik – menyumbang kepada teori isi padu air dan graviti.
•
Ptolemy – tokoh astronomi Yunani yang ulung.
Sains dan Teknologi Tamadun Rom •
Boethius – ahli matematik – asas matematiknya diambil dari Yunani yang dikaitkan dengan muzik, geometri, dan astronomi.
Sains dan Teknologi Tamadun India •
Sains dan teknolgi dalam tamadun ini adalah cabang pengetahuan Vedik. Pengetahuan astronomi terdapat dalam kitab Rig Veda.
•
Ilmu matematik wujud pada zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui konsep geometri dan memperkenalkan sistem nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti yang dibaca dari kiri ke kanan.
•
Ahli matematik, Aryabhata dan Varahmihira menyatakan ilmu perubatan turut berkembang dan mempunyai perkaitan dengan yoga.
Sains dan Teknologi Tamadun China •Ilmu Perubatan dalam Tamadun China dihubungkaitkan dengan Yin dan Yang iaitu kuasa Pasif dan Aktif yang berkonsepkan keseimbangan yang membolehkan seseorang sentiasa berkeadaan sihat. •Tamadun ini juga menyumbang dalam teknologi pembuatan kertas pada tahun 106 M oleh Chan Lun,seorang pegawai di istana raja China. Proses ini dilakukan dengan mencampurkan rami, sayur, dan buluh. Kemudian dijadikan pulpa serta diskrinkan dan diratakan.Pulpa ini kemudian diporoskan,dituskan dan dikeringkan dalam kepingan nipis. •Dalam bidang pelayaran pula, penciptaan layar yang lebih kukuh dan setanding seperti yamg wujud dalam Tamadun Rom dan India.secara tidak langsung dapat meningkatkan aktiviti perdagangan maritim.
BAHASA & KESUSASTERAAN Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun Yunani
Menggunakan bahasa Yunani. Tokoh penting: Homer dan Hesiod. Hesiod ialah penyair dan meghasilkan dua buah buku : Theology – ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan dan Works and Days. Homer: dua buah epik iaitu Iliad dan Odyssey – Kisah perang Achaea dengan Troy pada tahun 1184 S.M.
Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun Rom
Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 – 43M ) dan Virgil ( 70 – 19M ) – menyatakan kesusasteraan Rom bertujuan meningkatkan semangat patriotisme. Sastera Rom mencapai keagungan pada zaman Augutus Caesar ( 27 – 14 SM )
Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun India • • • •
Menghasilkan sastera agama seperti Epik Mahabarattha dan Ramayana. Mahabarattha-cerita peperangan dua tentera, iaitu yang baik dan jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Sanskrit.
Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun China •Sejarah perkembangan bahasa kurang jelas. •Wujud 7 dialek utama - Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien. •Kebangkitan sastera disokong kerajaan. Dinasti Han , Sau-ma Chien tingkatkan sastera prosa, karyanya Shih Chi. Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin, dan ilmu pengetahuan. •Dalam bidang puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan Po Chu semasa Dinasti Tang. •Semasa zaman Dinasti Han,sastera China diliputi cerpen dan sajak.Seseorang yang terpelajar harus tahu bersajak untuk melahirkan pengetahuan dan pemikirannya.
SEKIAN
RUJUKAN
SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN DUNIA:WAN ABDUL RAHMAN LATIF (DBP,1996) SOSIOLOGI PEMBANGUNAN:AIDAN FOSTERCARTER,tejemahan,Rahimah Abd. Aziz(DBP,1989)