P Perniagaan 2 - Soalan[1]

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P Perniagaan 2 - Soalan[1] as PDF for free.

More details

  • Words: 841
  • Pages: 5
SULIT 946/2 SEPTEMBER 2008 3 JAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2008

PENGAJIAN PERNIAGAAN Kertas 2 Tiga Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan kepada calon :

Jawab empat soalan sahaja: Semua dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [

].

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak 946/2

[Lihat sebelah

Bahagian A

[50 markah]

Jawab semua soalan.

1.

a) Terangkan maksud perundingan kolektif dan perjanjian kolektif mengikut Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980). [3] b) Berikan empat kegunaan aplikasi multimedia dalam bidang perniagaan.

[2]

c) Jelaskan dua tujuan penubuhan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). Berikan dua contoh skim CGC. [3] d) Terangkan kepentingan koperasi dalam mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi ahli-ahlinya. [2] e) Huraikan perbezaan antara Persatuan Peladang dengan Koperasi Peladang Berhad dari segi penubuhan dan pengagihan keuntungan. [2] f)

Terangkan konsep dunia tanpa sempadan dalam perniagaan antarabangsa.

[2]

g) Jelaskan peranan agensi berikut bagi melindungi kepentingan pengguna di Malaysia : i. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ii. Persatuan Pengguna iii. Tribunal Tuntutan Pengguna [3] h) Terangkan dua keadaan yang boleh mewujudkan keadaan percanggahan kepentingan bagi seseorang pengarah syarikat. [2] i)

Jelaskan bagaimana komunikasi lisan dikatakan sebagai komunikasi dua hala. Berikan satu contoh yang sesuai. [3]

j)

Huraikan tiga prinsip berunding yang boleh diaplikasikan oleh seorang pegawai bank apabila berunding dengan pelanggannya. [3]

2

2

Encik Amin adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan pemprosesan makanan ringan yang berjaya di daerahnya. Penglibatan beliau di dalam bidang ini adalah disebabkan oleh hampir kesemua kaum keluarganya menceburi perniagaan makanan. Beliau bercita-cita untuk meluaskan lagi perniagaan dengan menceburkan diri dalam perniagaan antarabangsa. Bagi mencapai cita-citanya, beliau amat memerlukan kemudahan dan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan dan badan berkanun. Untuk mencapai hasrat tersebut, beliau perlulah menyediakan satu rancangan perniagaan. (a) Terangkan ciri utama yang perlu dimiliki oleh Encik Amin jika dia ingin berjaya dalam industri tersebut. [6] (b) Tokoh-tokoh keusahawanan sering bertelagah tentang kewujudan seseorang usahawan samada dilahir atau boleh dilatih. Berikan pendapat anda dengan merujuk kepada kes di atas. [4] (c) Sediakan draf rancangan perniagaan untuk Encik Amin bagi tujuan mendapatkan pinjaman bank. [15]

3

Bahagian B [50 markah] Jawab DUA soalan. 3

Hak cipta mengikut Seksyen 7 Akta Hak Cipta 1987, bermaksud kekuasaan atau eksklusif yang dilindungi atas sebahagian atau keseluruhan hasil ciptaan seseorang.

4

(a)

Nyatakan empat karya yang layak mendapat hak cipta mengikut Akta Hak Cipta dan huraikan empat prinsip asas hak cipta. [10]

(b)

Terangkan lima perkara yang tidak boleh ditiru atau diterbitkan oleh orang lain atas hak-hak eksklusif pencipta asal. [5]

(c)

Huraikan lima jangkamasa perlindungan bagi satu-satu hak cipta.

(a)

Sebagai seorang jurutera berpengalaman, Encik Wira bercadang untuk berkecimpung sepenuh masa dalam bidang keusahawanan. Dengan bermodalkan RM700 ribu, beliau bercadang membuka sebuah firma perunding kejuruteraan. Modal tersebut masih tidak mencukupi tanpa adanya sokongan daripada modal bukan kewangan. Jelaskan lima modal bukan kewangan yang perlu ada pada Encik Wira. [10]

[10]

(b) Perikatan strategik merupakan salah satu cara memulakan perniagaan yang membawa banyak kebaikan kepada perniagaan. Terangkan maksud perikatan strategik dan huraikan dua kaedah perikatan strategik iaitu usahasama dan perlesenan. [7] (c)

5

Berikan kelebihan yang dapat dinikmati oleh usahawan dan masalah yang mungkin timbul daripada perikatan strategik. [8]

Selaku wakil peneroka di Felda Keratong, Encik Mat bercadang mengemukakan usul pembukaan koperasi bagi membantu peneroka-peneroka dalam mesyuarat jawatankuasa kampung (JKK) akan datang. (a) Berikan cadangan jenis koperasi yang sesuai ditubuhkan. Nyatakan sebabnya. (b) Terangkan lima langkah dalam proses penubuhan koperasi tersebut.

[4] [10]

(c) Jelaskan empat peranan yang dimainkan oleh koperasi tersebut dalam menjaga kebajikan ekonomi ahli koperasi tersebut. [8] (d) Huraikan secara ringkas cara dividen ditetapkan kepada ahli-ahli koperasi.

4

[3]

6

7

(a) i. ii.

Terangkan maksud lokalisasi. Jelaskan tiga jenis lokalisasi dalam Perniagaan Antarabangsa.

[2] [5]

(b) Terangkan mengapa negara-negara yang sedang membangun mempunyai kecenderungan untuk mengenakan perlindungan perdagangan.

[10]

(c) Jelaskan empat jenis risiko yang dihadapi oleh perniagaan yang beroperasi di peringkat antarabangsa.

[8]

“Krisis kenaikan harga minyak di pasaran dunia telah menyebabkan sesetengah peniaga tidak menjalankan perniagaan secara beretika.” (a) i. ii. iii.

Apakah maksud etika perniagaan? [2] Jelaskan tindakan-tindakan yang tidak beretika yang dilakukan oleh peniaga tersebut. [4] Mengapakah mereka sanggup melakukan demikian? [6]

(b) “Program Bersamamu TV3 yang disertai oleh syarikat-syarikat korporat seperti Syarikat Faiza, Munchy’s dan lain-lain mendapat sambutan masyarakat di Malaysia.” Huraikan faedah yang boleh diperolehi oleh syarikat-syarikat berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial berkenaan. [6] (c) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan perlanggaran pengguna yang berikut : a) Hak untuk mendapat keselamatan b) Hak untuk mendapat alam sekitar yang bersih. [7]

8

(a) i.

Berikan maksud komunikasi mendatar.

ii.

Lakarkan gambar rajah komunikasi mendatar bagi Syarikat Sukan Maju Sdn. Bhd mengeluarkan produk peralatan sukan yang beribu pejabat di Temerloh.

ii.

Nyatakan empat kebaikan komunikasi mendatar dalam organisasi.

[9]

(b)

Nyatakan empat peringkat yang terdapat dalam komunikasi lisan dalam membina sesuatu hubungan dan jelaskan fungsi komunikasi bagi setiap peringkat tersebut. [6]

(c)

Huraikan empat halangan yang wujud dalam proses komunikasi beserta contoh yang bersesuaian. [10] KERTAS SOALAN TAMAT 5

Related Documents

P Perniagaan 2 - Soalan[1]
November 2019 11
Soalan1.docx
December 2019 18
Laporan Perniagaan 2
June 2020 11
Laporan Perniagaan
June 2020 20
Peluang Perniagaan
November 2019 33