UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN LATIHAN ULANGKAJI TOPIK 1 1. Apakah maksud pedagogi? Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Pedagogi merupakan mata pelajaran wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Ia melibatkan satu bidang kajian yang luas. Pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru dengan pelajar. 2. Nyatakan kesihatan berdasarkan definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WMenurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan merujuk kepada suatu keadaan di mana individu itu berada dalam keadaan yang sempurna dari aspek jasmani, mental-emosi, sosial dan rohani serta bebas daripada penyakit, kecacatan atau kecederaan.HO).
3. Bincangkan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan mengandungi lima komponen penting iaitu: a. b. c. d. e.
Daya tahan kardiovaskular; Daya tahan otot; Kekuatan otot; Kefleksibelan/kelenturan; dan Komposisi tubuh badan/kandungan lemak.
4. Bagi mencapai keberkesanan pendidikan kesihatan, beberapa prinsip perlu dipatuhi. Nyatakan prinsip-prinsip tersebut. Antara prinsip yang digariskan bagi menjamin keberkesanan Pendidikan Kesihatan ialah: a. Berdasarkan kepada perubahan tingkah laku yang positif. b. Hendaklah berasaskan kepada keperluan dan kepentingan pelajar, keluarga dan masyarakat dan negara. c. Mempertimbangkan faktor-faktor sosiobudaya dan ekonomi yang mempengaruhi tingkah laku kesihatan. d. Memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar melalui penglibatan mengikut peringkat kesediaan dan kematangan mereka. e. Mengamalkan strategi pengajaran bersepadu dan bersesuaian dengan mata pelajaran tersebut dan mata pelajaran lain supaya ia lebih bererti kepada para pelajar. f. Proses pembelajaran perlu menjadi sebahagian daripada keseluruhan kurikulum dan berpandukan kepada prinsip-prinsip pedagogi. g. Pembelajaran perlulah berasaskan fakta kesihatan dan berdasarkan pendekatan saintifik yang positif. 1
h. Penerapan nilai-nilai murni secara terancang dan secara tidak langsung dalam Pendidikan Kesihatan. i. Pendidikan Kesihatan hendaklah dianggap sebahagian daripada program pembangunan kesihatan masyarakat. j. Proses pendidikan perlu menumpukan perhatian kepada perkembangan kemahiran berfikir dan perkembangan pengetahuan di kalangan para pelajar. 5. Mengapa perancangan tahunan, mingguan dan harian perlu disediakan dengan teliti? Menurut Graham (1992), perkara utama yang menjelaskan mengapa perancangan diperlukan adalah seperti berikut: a. Jumlah Masa Mengajar yang Terhad Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kelly (1989) didapati bahawa 39 minit diperlukan untuk mengajar sesuatu objektif. Adalah tidak wajar sekiranya lebih daripada satu objektif dirancang untuk satu waktu pendidikan jasmani. b. Persekitaran Pengajaran Saiz kelas, peralatan dan kemudahan adalah faktor-faktor yang perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan kesihatan. Perancangan yang teliti perlu dilakukan apabila melibatkan saiz kelas yang besar, sekiranya ia melibatkan peralatan, masa dan kemudahan. Pengagihan masa bagi setiap aktiviti juga perlu dirancang. c. Latar Belakang Guru Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Para pengajar perlulah individu yang terlatih kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk pelajar. Dalam soal ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting. d. Latar Belakang Pelajar Para pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang dan memerlukan perancangan pengajaran yang sesuai untuk menarik minat mereka. Perancang pelajaran perlulah mengikut tahap kemahiran dan pengetahuan para pelajar untuk mengelakkan rasa bosan dan rendah diri. Jadi perancangan yang teliti adalah perlu untuk mengatasi masalah ini.
TOPIK 2 1. Nyatakan maksud kaedah pengajaran. Kaedah mengajar adalah merupakan satu prosedur yang diamalkan oleh seorang guru secara sistematik dan teratur untuk melaksanakan sesuatu pelajaran dan mencapai objektifnya.
2. Apakah teknik pengajaran? Teknik pelajaran adalah merupakan satu strategi pelaksanaan yang dirancangkan oleh guru untuk mengendalikan sebahagian atau keseluruhan pelajarannya. Keduaduanya mempunyai matlamat dan objektif yang sama iaitu memastikan proses pembelajaran pelajar-pelajar berlaku dengan berkesan. 2
3. Nyatakan objektif pengajaran mengikut pendapat Bloom, B. S. Bloom (1956) menyatakan objektif pengajaran adalah merupakan pernyataan yang menerangkan tentang apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran. Kibler et al. (1981) pula menyatakan objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang akan menjelaskan hasil pembelajaran supaya dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku pada pelajar-pelajar. 4. Terangkan kaedah pengajaran seminar. Seminar atau ceramah merupakan salah satu kaedah pengajaran di sekolah rendah yang biasanya menerima reaksi yang negatif daripada orang ramai. Anggapan bahawa pelajar-pelajar akan pasif dan tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran merupakan suatu tanggapan bagi sesetengah pihak terhadap kaedah ini. Komunikasi ketika sesi ceramah lazimnya merupakan satu hala sahaja, iaitu dari penceramah kepada pelajar-pelajar. 5. Apakah kebaikan kaedah pengajaran berbentuk lakonan? Menunjukkan dan menggunakan daya cipta dan imaginasinya serta memperkembangkan keyakinan dirinya Merasa seronok melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan memerhati lakonan pelajar-pelajar lain; dan Menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan situasi sebenar dan berpeluang memahaminya.
TOPIK 3 1. Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual? Pendekatan kontekstual adalah teknik pembelajaran yang merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai bentuk penemuan yang bersifat kompleks yang menjangkau kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Konsep pengajaran ini lebih menumpukan kepada pembelajaran yang bercirikan penemuan dan pencarian. Ia akan mendorong pelajar mencari hubungan dan cara penyelesaian berdasarkan persekitarannya. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang digunakan adalah dengan mengandaikan bahawa minda pelajar akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi. Pencarian oleh minda akan dikaitkan dengan persekitaran yang dilalui oleh seseorang itu. Persekitaran yang dimaksudkan ialah persekitaran pelajar dan persoalan yang timbul di persekitarannya. Hasilnya akan berlakulah cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna pada diri serta kehidupan pelajar itu sendiri. 2. Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu pelajaran? Pendekatan kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui 3
seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Melalui persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperolehi melalui proses penemuan, pengukuhan dan penghubungkaitan. 3. Nyatakan pendekatan teori dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual. Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baharu dengan cara yang bermakna dalam rangka minda dan maklumat disampaikan dalam pelbagai konteks. Ia lebih bermakna kepada pelajar dan guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan lebih bermakna. Teori pembelajaran kontekstual lebih tertumpu pada aspek-aspek yang melibatkan pelbagai persekitaran pembelajaran; ia meliputi persekitaran di dalam bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Melalui teori ini juga ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan atau mempelbagaikan bentuk pengalaman yang boleh melibatkan aspek-aspek sosial, fizikal dan psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
4. Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada: a. Pelajar i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan. Mengaitkan pembelajaran kehidupan harian. Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian. Memindahkan kemahiran. Meneroka dan mendapatkan bukti. Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit. Belajar secara bekerjasama (aktiviti berkumpulan
B.
Guru;
i.
Pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya (apabila pelajar dapat menghasilkan model atau projek yang sebenar). Kebolehan mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan (mereka bentuk hiasan dalaman/lanskap merupakan satu bidang kerjaya yang mempunyai prospek tinggi) menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri (memperkenalkan industri hiasan
ii.
4
iii.
dalaman/lanskap kepada pelajar, dengan mengemukakan contoh pengusaha tempatan). Sebagai penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar. Keadaan tersebut berupaya meningkatkan kefahaman dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
b. Industri.
Memperoleh tenaga kerja yang berpotensi (pelajar diberi pendedahan awal tentang industri yang berkaitan). Sebagai penggerak industri ke dalam pendidikan (melalui projek hiasan dalaman/lanskap pada situasi yang sebenar Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi. Mewujudkan interaksi pelajar dengan pengeluar bahan-bahan keperluan yang berkaitan. Tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan.
TOPIK 4 1. Apakah fungsi penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran? Penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat membantu para pelajar dari pelbagai aspek. Antaranya adalah: a. Membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam proses pembelajaran dan kemahiran individu. b. Membantu pelajar memperolehi pelbagai kemahiran dan peluang pembelajaran yang saksama antara satu sama lain serta memotivasikan pelajar. c. Aktiviti pembelajaran secara individu atau individualise learning boleh dilakukan dengan lebih efektif. d. Kemudahan untuk mengakses maklumat samada sesuatu maklumat itu sukar, mahal dan amat diperlukan tanpa mengira masa dan tempat. e. Membantu pelajar memperolehi kaedah pembelajaran yang berkesan secara individu serta bimbingan yang minimum. f. Membantu meningkat daya kreativiti dan imaginasi dan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. 2. Bagaimana ICT digunakan untuk pembelajaran tutorial? ‘Computer Assisted Instruction’ (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ICT dan perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya bercirikan multimedia. Penggunaan istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini amat seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka 5
bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan. Berdasarkan Rajah 4.1, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut iaitu: i. ii. iii. iv.
Mempersembahkan maklumat; Menilai pencapaian; Membimbing; dan Menyediakan dan memberi latihan.
3. Apakah fungsi PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)? a. Kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih mudah diperolehi. b. Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri. c. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisien, fleksibel dan selesa di samping mengambil kira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang diperolehi. d. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas dan teratur. e. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material PAK untuk diakses. f. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian. g. Membantu pelajar menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri. h. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran.
4. Apakah situasi yang sesuai untuk penggunaan ICT dalam pembelajaran penerokaan? Rujuk Rajah ms. 66
TOPIK 5 1. Apakah yang boleh anda faham tentang pembelajaran masteri? Jelaskan. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Melalui proses pembelajaran masteri, pelajar perlu menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain. Kaedah pembelajaran ini mencadangkan supaya sentiasa fokus untuk sesuatu proses pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh pelajar yang berlainan untuk menguasai perkara yang dipelajari (Mastery, 2000). 2. Nyatakan ciri-ciri pembelajaran masteri. a. Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang pelajar. b. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran. c. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. 6
d. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. e. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu. f. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran pelajar. g. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh pelajar. h. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap pelajar.
3. Apakah prinsip-prinsip konstruktivisme? Antara prinsip yang diberi penekanan ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
Pengetahuan diperolehi pelajar. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. Aktiviti pembelajaran menggabungkan tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. Hasil pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baharu. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
TOPIK 7 1. Berikan definisi Teori Kecerdasan Pelbagai. Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Oleh yang demikian, teori Gardner telah menyediakan rangka kerja untuk satu perubahan (metamorfosis) pendidikan dalam semua peringkat pembelajaran. Melalui kajiannya, beliau mendapati bahawa terdapat tujuh cara untuk mengetahui, melihat dan memahami kehidupan. Beliau melakukan kajian ini terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanakkanak biasa dan istimewa, serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). 2. Nyatakan kecerdasan mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai.
7
3. Apakah yang boleh difahami tentang kecerdasan berdasarkan TKP? Rujuk ms. 126 4. Terangkan kekuatan kepada guru dan pelajar berdasarkan pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai. Kekuatan Guru
Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adults). Mengetahui kekuatan guru dari segi kecerdasan pelbagai berdasarkan senarai semak yang disediakan. Memilih pelbagai aktiviti berdasarkan kecenderungan minat atau kecerdasan dominan guru. Merujuk kepada Jadual Kecerdasan Pelbagai untuk memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain.
TOPIK 8 1. Apakah yang anda faham tentang maksud proses berfikir? Berfikir merupakan suatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu perkara. Berfikir juga digunakan untuk membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna ilmu pengetahuan yang sedia ada atau yang telah dipelajari. 2. Apakah kemahiran berfikir kritis dan keperluan kemahiran berfikir kritis?
8
Keupayaan untuk menilai logik atau munasabah tentang sesuatu perkara atau idea adalah merupakan kemahiran untuk berfikir secara kritis. Kemahiran berfikir kritis boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui: a. b. c. d. e. f. g.
Proses mencirikan; Proses perbandingan; Proses pengumpulan dan klasifikasi; Proses penyusunan mengikut kriteria; Proses menganalisis; Proses mengesan kecondongan; dan Proses penilaian dan membuat keputusan.
3. Nyatakan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baharu dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil idea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada. Kemahiran berfikir kreatif harus mempunyai: a. b. c. d. e. f. g. h.
Keupayaan untuk menjana idea; Keupayaan hubungkait; Keupayaan membuat inferens; Keupayaan meramal; Keupayaan hipotesis; Keupayaan mensintesis dan mengitlak; Keupayaan gambaran mental; dan Keupayaan penciptaan untuk penghasilan idea.
4. Nyatakan proses metakognisi. Proses pemikiran yang berkaitan aras pemikiran yang tinggi adalah dikenali sebagai metakognisi. Ia melibatkan: a. Refleksi proses pemikiran. b. Kesedaran dan pengawalan proses pemikiran. a. Proses Metakognisi i. Merancang Merancang merupakan proses kemahiran berfikir dan strategi berfikir untuk dikenal pasti serta pelaksanaan agar sesuatu perkara lebih efektif dan menuju matlamat. ii. Memantau Memantau merupakan proses yang melaksanakan proses berfikir dan pengesanan kemajuan perancangan serta mengubah suai secara sedar dan nyata.
9
iii.
Menilai Menilai merupakan proses pengimbasan semula atau menilai kembali bagi penentuan proses berfikir serta kualiti produk yang telah dilakukan.
TOPIK 9 1. Terangkan maksud belajar cara belajar. Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat pelajar yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar mereka. Modul ini dibina untuk membantu guru memahami kemahiran belajar dan seterusnya mengaplikasikannya ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Belajar cara belajar ialah satu pendekatan yang: a. Menggalakkan pelajar berdikari. b. Melatih pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri. c. Membolehkan pelajar membuat refleksi dan penilaian terhadap pembelajaran kendiri. d. Membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kendiri merentasi kurikulum di luar bilik darjah.
2. Nyatakan empat gaya bacaan yang terdapat pada kaedah ini. Skimming (Luncuran) Luncuran ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Proses skimming ialah pelajar perlu membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca. Scanning (Imbasan) Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berbanding luncuran. Tujuan imbasan adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. Proses imbasan bermula dengan pelajar membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam. Kemudian para pelajar perlu membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan serta memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada. Bacaan Intensif Melalui cara atau kaedah bacaan intensif, ia merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan tumpuan, ketekunan 10
dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuannya adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut. Bacaan Laju Gaya bacaan laju memerlukan pelajar berkebolehan laju membaca kefahaman serentak ketika membaca. Tujuan gaya bacaan ini adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif. Proses ini menjimatkan masa dan pelajar memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat. Bacaan laju dilakukan dengan cara menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Keadaan tersebut boleh dibuat dengan: 3. Nyatakan proses ingatan.
4. Apakah peranan guru dan pelajar dalam keadah belajar cara belajar? Peranan seorang guru adalah untuk menilai secara formatif dan sumatif. Penilaian adalah untuk membantu pelajar untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan merekod pencapaian pelajar.
Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap kaedah pembelajaran. Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar. Menentukan objektif pembelajaran yang disasarkan. Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar. Mempelbagaikan teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Melakukan perbincangan dengan pelajar
TOPIK 10 1. Apakah tujuan menyediakan rancangan mengajar? Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin pelajar mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. ‘Rancangan Pengajaran’ merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau 11
makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang pelajar dan perancangan mengajar perlulah dilakukan sebelum mengajar. 2. Terangkan apa yang dimaksudkan rancangan mengajar harian.
Seperti yang anda sedia maklum, Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu. Manakala, Rancangan Kerja Harian adalah rancangan kerja mingguan yang dibahagikan secara terperinci mengikut harian. Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar. Rancangan kerja harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru. Persediaan mengajar melibatkan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Persediaan mengajar merupakan rancangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran.
3. Nyatakan kepentingan penulisan rancangan pengajaran.
Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengaja Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara/aspek yang perlu diajar. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Membuat pertimbangan yang sesuai tentang cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran pelajar Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu sama lain, secara jelas. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan pelajar semasa di luar bilik darjah. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan. Merancang aktiviti untuk membantu pelajar mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Masa pengajaran digunakan secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistematik. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan. 12
4. Apakah ciri-ciri guru reflektif?
Berikut adalah ciri-ciri guru reflektif: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
Keterbukaan minda. Tanggungjawab. Kesungguhan. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia. Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan hasrat, tindakan dan perasaan pelajar. Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data, menganalisis data serta menilai data. Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal tentang tujuantujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak.
13