Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MURID DALAM KONTEKS PENYELESAIAN MASALAH BAGI MATA PELAJARAN SAINS Arni Yuzie Mohd Arshad Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Ruhizan Mohd Yasin Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran berfikir aras tinggi dan menentukan perbezaan skor diantara lelaki dan perempuan. Teknik persampelan bertujuan diguna untuk mendapat 24 orang murid tingkatan 2 di Wilayah Putrajaya. Data daripada soal selidik dianalisa menggunakan analisis dokumen dan Statistical Package for Social Science For Windows Release 17 (SPSS) manakala kaedah analisis dokumen diguna untuk menganalisis tugasan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid adalah sederhana dan masih berada di domain kognitif aplikasi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min berdasarkan jantina. Namun demikian secara keseluruhannya pencapaian murid perempuan adalah lebih baik dari murid lelaki berdasarkan kempat-empat domain yang dikaji. Dapatan ini memberi implikasi bahawa perlu adanya penambahbaikan dalam penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran serta pendedahan ke alam pekerjaan di samping menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat kepada murid. Kata kunci kemahiran berfikir aras tinggi, pelajar sekolah menengah, domain pembelajaran, sains 81
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
Abstract The objective of this research is to identify the level of higher order thinking in students and to determine the difference in score between male and female. The purposive sampling technique was used to get 24 Form 2 students in the district Putrajaya. Data collected from the questionnaires will be analysed using the SPSS package version 17 while document analysis is used to analyse the students’ tasks. The findings showed that the level of higher order thinking among students is average and still in the domain of application. There is no significant difference in the mean score between male and female. Nevertheless, the overall achievement of female students were better than the male students in all the four domains studied. It can be implied that there is a need to improve the teaching of higher order thinking in schools, in their career and also in life-long learning. Key words higher order thinking, secondary school, students, learning domains, science
PENGENALAN Dasar Pendidikan Baru yang diperkenalkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan kemahiran berfikir sebagai salah satu dari enam ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing ke peringkat global (PPPM, 2013-2025). Kemahiran berfikir bukanlah sesuatu yang baru. Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Ianya telah dirintis melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Objektif KBSM adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) antaranya membolehkan murid berinteraksi dalam pelbagai situasi, memperkembangkan pemikiran dan penaakulan serta memberi penekanan kepada kemahiran menyelesaikan masalah dengan mementingkan pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat juga menjadi tuntutan agama Islam bertepatan dengan sabda Rasullah SAW iaitu: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” dan diperkukuhkan lagi dengan hadis riwayat Ibn Madjah yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam”. Kesinambungan ilmu ini telah bermula sejak kewujudan Nabi Adam AS sehinggalah penurunan wahyu pertama kepada Rasul terakhir Nabi Muhammad SAW di Gua Hiraq. 82
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid... 81-96
Malah ketinggian darjat seseorang juga dikaitkan dengan dengan ilmu pengetahuan (Khutbah Jumaat, 18 Oktober 2013). Belajar untuk belajar (learning to learn), penyelesaian masalah, pemahaman kritikal, penaakulan, kebijaksanaan praktikal, kemahiran maklumat dan teknologi, kemahiran pengurusan diri dalam menyelesaikan tugas, komunikasi, kerjasama, kepimpinan dan jangkaan pembelajaran merupakan antara kemahiran teras serta kecekapan yang diperlukan oleh setiap individu dalam melengkapkan diri menghadapi cabaran abad ke-21 (Carolyn, 2001, Hager & Hollad, 2006). Oleh itu, kemahiran berfikir aras tinggi dianggap sebagai salah satu proses pembelajaran sepanjang hayat (Carolin, 1998; Nasser & David, 2010; Allison, 2015). Keperluan ini adalah selaras dengan ledakan ekonomi, perubahan teknologi serta kebolehpasaran kerja dalam pasaran ekonomi global. Malah modal insan berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan menjadi tonggak utama sistem pendidikan negara.“Employability fever” di Jepun serta penubuhan Korea Educational Development Institute (KEDI) di Korea Selatan menunjukkan peri pentingnya proses pembelajaran sepanjang hayat bagi sesebuah negara (Ramlan et al, 2009). Aspirasi ini dapat dizahirkan apabila setiap individu menjadikan berfikir sebagai satu proses pembelajaran secara berterusan. Ia juga menjadi satu wahana dalam latihan pendidikan dalam meningkatkan prestasi, pengetahuan, kemahiran, mutu kerja dan tahap pendidikan setiap individu (Mimi Mohaffyza & Che Munira, 2009). Bertitik tolak dari itulah penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dilaksanakan secara formal di Malaysia (Rajendran, 2010). Namun pelaksanaan ini masih belum lagi mantap. Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu dari komponen kemahiran berfikir. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merujuk kepada kemahiran yang membolehkan murid menggunakan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan serta mereka cipta. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) amat penting dalam usaha negara melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan abad ke-21 (PIPP, 2010). Berdasarkan Taksonomi Bloom (Revised Bloom), tahap kognitif aras tinggi merangkumi empat domain iaitu aplikasi, analisis, penilaian dan reka cipta (Anderson, Krathwohl et al., 2001). Keempat-empat domain kognitif ini memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi dari perspektif Islam berdasarkan Imam Ghazali merujuk kepada pemikiran bertahap melibatkan tiga 83
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
peringkat pemikiran iaitu taakulan (pemikiran), tafakkur (fikir – dzikir) melibatkan pemikiran serta perasaan dan tadabbur (dzikir) melibatkan pemikiran, perasaan dan amalan beradab (Kamarudin, 2009). Manakala perkataan Ijtihad pula dikaitkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi. Terdapat potongan ayat Al-quran yang merujuk kepada pemikiran tahap tinggi, antaranya ialah: “Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, sebagai petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” (Al-Baqarah: 2)
Selain itu, perkataan ulul albab atau ulil albab juga turut diulang sebanyak 16 kali dalam ayat Al-Quran berdasarkan 10 surah iaitu (1) al-Baqarah [2]: 179, 197, 269; (2) Ali ‘Imrân [3]: 7, 90; (3) AlMâidah [5]: 100; (4) Yusuf [12]: 111; (5) Al-Ra’d [13]: 19; (6) Ibrâhîm [14]: 52; (7) Shâd [38]: 29, 43; (8) Al-Zumar [39]: 9, 18, 21; (9) alMukmin [40]: 54 dan (10) Al-Thalâq [65]: 10 (Arief Efendi, 2014). Pengulangan ini membuktikan akal fikiran serta penguasaan ilmu pengetahuan merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang muslim. Golongan ulul albab ini merupakan golongan istimewa yang memiliki hikmah, kebijaksanaan dan pengetahuan serta senantiasa memaksimumkan penggunaan akal fikiran (Norfadelah & Ahmad Tijani, 2015; Danial 2015). Revolusi pendidikan masa kini telah berubah dari penekanan kepada 3M (membaca, menulis, mengira) kepada KBAT (Norfadelah & Ahmad Tijani, 2015). Penerapan KBAT dalam kurikulum sekolah telah dilaksanakan secara rasminya di awal tahun 90-an (Rajendran, 2001). Malah perlaksanaan pengajaran yang bercorak pemikiran aras tinggi akan memberikan impak yang besar dalam bidang pendidikan dan amat penting dalam menyediakan murid di abad ke-21 (Rajendran, 2008; Robyn, 2014). Kajian terdahulu menunjukkan tahap berfikir aras tinggi murid adalah sederhana (Wan Norehan, 2013; Jalani et al., 2013). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina (Ali et al., 2006; Marlina, 2007; Sarimah & Shaharom, 2007; Wan Norehan, 2013; Jalani et al., 2013) akan tetapi dapatan TIMMS dan PISA agak berbeza, di mana pelajar perempuan adalah lebih baik dari pelajar lelaki (Zabani, 2012). Berdasarkan laoran kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA) didapati bahawa pemikiran guru dan 84
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid... 81-96
murid adalah di tahap yang rendah. Kajian oleh Rajendran (2010) telah mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi menjadi isu dalam pelaksanaan KBAT. Faktor tersebut dikelompokkan kepada manusia, proses dan pelaksanaan sehingga kini laporan kajian melihatkan kurangnya penekanan KBAT dalam PdP sebagai punca utama masalah ini. Melihat kepada kepentingan KBAT serta cabaran abad ke-21 Kementerian Pelajaran Malaysia mempergiatkan lagi usaha dengan memperkenalkan 4 lagi inisiatif baru iaitu pelaksanaan program i-Think, International Baccalaurate, kemahiran abad ke-21 dan pemantapan kefahaman item KBAT. Tidak cukup dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) turut melaksanakan kursus pemantapan pedagogi kemahiran berfikir aras tinggi kepada guru-guru. Manakala pihak (Lembaga Peperiksaan Malaysia) LPM juga bertindak dalam menangani isu dan cabaran berkaitan dengan kefahaman dan kemahiran guru dengan menerbitkan Buku Pentaksiran KBAT 2014 serta melatih guru yang terpilih untuk ditauliahkan sebagai Jurulatih Utama KBAT. Langkah yang diambil ini diharap dapat melahirkan murid yang KBAT serta mampu merealisasikan impian negara untuk berada di satu pertiga teratas dalam Ujian TIMSS dan PISApada tahun 2015. Pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah dipergiatkan lagi usaha hingga kini. KBAT dalam PdP amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 (PPPM 2013-2025). Namun persoalannya apakah tahap KBAT murid masa kini? dan adakah wujud perbezaan antara jantina? Keberkesanan pelaksanaan program yang dijalankan adalah bergantung kepada hasil dapatan yang diperoleh dari murid. Oleh yang demikian, perlunya satu kajian untuk melihat status pencapaian KBAT murid pada masa kini agar impian negara untuk melihat kejayaan murid dalam TIMSS dan PISA terlaksana serta usaha yang berterusan boleh dilaksanakan dengan tuntas bagi mengisi kelompongan yang sedia ada.
METODOLOGI Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang dilaksanakan pada gelung pertama kajian tindakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam mata pelajaran 85
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
Sains. Responden kajian seramai 24 orang terdiri daripada murid tingkatan 2 di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sampel kajian terdiri daripada 13 murid lelaki dan 11 murid perempuan yang dipilih secara persampelan bertujuan. Penetapan persampelan ini dibuat kerana ia dapat memenuhi kriteria persampelan seperti jantina, kepelbagaian pencapaian akademik dan latar belakang yang berbeza. Pensampelan bertujuan merujuk kepada prosedur pensampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Ini menyebabkan subjek-subjek kajian lain dalam populasi tidak berpeluang untuk dipilih sebagai responden. Ujian pencapaian dijadikan sebagai instrumen kajian. Ujian ini dibina berdasarkan 4 tahap kognitif Taksonomi Bloom iaitu aplikasi, analisis, penilaian dan reka cipta. Item ujian terdiri daripada 3 soalan objektif dan empat soalan subjektif berbentuk maklum balas terbuka. Pembinaan item ujian adalah mengikut standard pembinaan item KBAT dengan melibatkan tiga aras kesukaran iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Kesahan instrumen juga dibuat dengan mengambil kira pandangan 3 pakar (Guru Cemerlang, guru berpengalaman dan pensyarah IPG). Terdapat dua bahagian iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A melibatkan latar belakang murid manakala Bahagian B berbentuk Ujian Tahap KBAT. Bahagian A melihat kepada pembolehubah jantina manakala Bahagian B pula mengkaji pembolehubah dari aspek tahap KBAT murid berdasarkan langkah penyelesaian dan jawapan yang diberikan. Penilaian dibuat berdasarkan skor yang diperolehi oleh sampel dan juga tahap KBAT dalam menjawab soalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistic Packages for Social Science (SPSS) versi 18.0. Analisa data dibuat secara deskriptif dengan melaporkan nilai peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala bagi melihat perbezaan tahap kemahiran berfikir aras tinggi antara jantina analisis ujian t tidak bersandar dilakukan. Analisis secara kualitatif juga dilakukan ke atas jawapan murid bagi memperkukuhkan lagi dapatan kajian.
DAPATAN KAJIAN Profil Responden Analisis demografi responden menunjukkan 24 orang responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 13 orang murid lelaki (54.2 %) 86
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid... 81-96
dan 11 orang murid perempuan (45.8 %) dengan perbezaan sebanyak 8.4%. Murid ini merupakan murid tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Wilayah Putrajaya. Kesemua murid adalah berbangsa Melayu. Jadual 1 Profil responden kajian Responden Lelaki Perempuan
Frekuensi
Peratus
13 11
54.2 45.8
Tahap Pencapaian Murid Berdasarkan Domain Kognitif Secara keseluruhannya, majoriti murid berada di domain kognitif aplikasi dengan skor markah sebanyak 147 (61%). Peratusan domain analisa ialah (33%), penilaian (26%) dan reka cipta (20%). Sungguhpun begitu, perbezaan skor antara ketiga-tiga domain iaitu analisa, penilaian dan reka cipta adalah hampir sama. Jadual 2 menunjukkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid berdasarkan 4 domain kognitif iaitu analisa, aplikasi, penilaian dan reka cipta. Jadual 2 Tahap pencapaian murid berdasarkan domain kognitif (n=24) Domain kognitif Aplikasi Analisa Penilaian Reka cipta
Skor
Peratus
147 78 63 49
61 33 26 20
Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid diukur berdasarkan pencapaian yang diperoleh melalui skor ujian. Skor ini dibahagikan kepada 3 sela iaitu skor 0-13 melambangkan tahap pencapaian rendah, skor 14-26 adalah tahap sederhana, manakala tahap tinggi pula merujuk kepada skor 27-40. Berdasarkan Jadual 3, kekerapan tertinggi dengan bilangan murid sebanyak 16 orang (33.33%) pada sela skor 14-26. Dapatan ini menunjukkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi muridadalah pada tahap sederhana. Seramai 8 orang murid (33.33%) berada pada tahap rendah dan tiada seorang murid yang memperoleh skor 27-40 (tahap KBAT tinggi). 87
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
Jadual 3 Tahap kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan Skor Ujian Pencapaian (n=24) Tahap Rendah Sederhana Tinggi
Skor
Kekerapan
0-13 14-26 27-40
8 (33.33%) 16 (66.67%) 0 (0.00%)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Berdasarkan Jantina Berdasarkan Jadual 4 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor murid tingkatan 2 t(24)= -0.968; p>0.05 berdasarkan jantina. Ini kerana tidak wujudnya perbezaan yang ketara terhadap nilai min bagi tahap kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan jantina. Perbezaan min skor antara murid lelaki (M = 13.77, SD = 2.948) dengan murid perempuan (M=14.73, SD = 1.555) ialah sebanyak 0.958. Perbezaan yang ditunjukkan tidak begitu ketara di mana jumlah keseluruhan skor murid lelaki ialah 188 makah dan 181 markah adalah skor bagi murid perempuan. Jadual 4 Skor ujian berdasarkan jantina Jantina
N
Min
Sisihan piawai
T
df
Sig.
Lelaki
13
13.77
2.948
-0.968
22
0.344
Perempuan
11
14.73
1.555
Ujian-t Aras Aplikasi Murid Merentasi Jantina Berdasarkan Jadual 5 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap aras aplikasi murid berdasarkan jantina (t=0.122; p>0.05). Pada aras aplikasi, tahap kognitif murid lelaki dan perempuan adalah sama (min=6.09, 6.15). Ini menunjukkan penguasaan murid terhadap mata pelajaran Sains pada aras aplikasi mencapai objektif pengajaran. Jadual 5 Ujian-t aras aplikasi murid merentasi jantina Jantina
N
Min
Sisihan piawai
T
Df
Sig.
Lelaki Perempuan
13 11
6.15 6.09
1.519 0.831
0.122
22
0.904
88
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid... 81-96
Ujian-t Aras Analisis Murid Merentasi Jantina Pada aras analisis, tidak terdapat perbezaan yang signifikan aras analisis merentasi jantina (t=0.122; p>0.05). Perbezaan nilai min adalah sangat kecil (beza min = 0.06). Ini menunjukkan penguasaan mata pelajaran Sains dalam aras analisis murid lelaki dan perempuan adalah sama. Jadual 6 Ujian-t aras analisis murid merentasi jantina Jantina
N
Min
Sisihan piawai
T
df
Sig.
Lelaki
13
3.08
0.54
-1.103
22
0.904
Perempuan
11
3.55
1.128
Ujian-t Aras Penilaian Murid Merentasi Jantina Pada aras penilaian, murid tidak mencapai tahap yang sama seperti pada aras aplikasi dan analisis (t= -1.103; p>0.05). Ini kerana nilai min yang diperoleh adalah rendah berbanding daripada dua aras kognitif di atas. Kebanyakan murid tidak dapat memberi jawapan dengan tepat terutamanya melibatkan soalan yang berkait dengan alam pekerjaan. Ini menunjukkan majoriti murid masih lagi lemah pada aras penilaian. Berdasarkan analisis ujian-t, tahap kognitif murid perempuan (min = 3.55) adalah lebih baik daripada murid lelaki (min = 3.08). Jadual 7 Ujian-t aras penilaian murid merentasi jantina Jantina
N
Min
Sisihan piawai
T
df
Sig.
Lelaki
13
2.38
1.261
-0.974
22
0.341
Perempuan
11
2.91
1.375
Ujian-t Aras Reka Cipta Murid Merentasi Jantina Berdasarkan Jadual 8 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap aras reka cipta murid berdasarkan jantina (t= -0.490; p>0.05). Pada aras reka cipta, tahap kognitif murid lelaki ialah (min=1.92) manakala tahap kognitif murid perempuan (min=2.18). Didapati murid perempuan sedikit mengatasi murid lelaki pada aras reka cipta. Namun secara keseluruhannya, murid belum dapat menguasai sepenuhnya aras reka cipta. Aras ini merupakan aras tertinggi dalam kemahiran berfikir aras tinggi Taksonomi Bloom. 89
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
Jadual 8 Ujian-t aras reka cipta murid merentasi jantina Jantina
N
Min
Sisihan piawai
T
df
Sig.
Lelaki
13
1.92
1.656
-0.490
22
0.629
Perempuan
11
2.18
0.603
Analisis Jawapan Murid Hasil analisis ke atas skrip jawapan murid didapati, item soalan yang diberikan mampu menggalakkan murid berfikir di luar kotak. Ini jelas dapat dilihat melalui maklum balas murid pada bahagian B iaitu soalan 1 (a). Kreativiti dalam menjawab soalan berbentuk gambaran jelas kelihatan di mana terdapat tiga kategori jawapan yang diberikan oleh murid. Jawapan murid ada yang berbentuk lukisan bergambar, tidak kurang pula yang memberi jawapan berbentuk lukisan bergambar beserta penerangan ringkas malah sebilangan memberikan lukisan graf berserta penerangan sebagai maklum balas kepada soalan yang diajukan. Bagi soalan ini, majoriti murid mendapat markah penuh iaitu 4 markah. Jawapan murid ini juga membuktikkan bahawa murid dapat menganalisis dan mengaplikasikan teks yang diberikan serta dapat menghubungkaitkan teks dengan budaya pemakanan rakyat Malaysia dengan baik. Soalan 1(b) (i) & (ii) merupakan soalan berbentuk aplikasi aras sederhana dan tinggi. Soalan ini melibatkan pengiraan kalori makanan. Murid dikehendaki mengaplikasikan maklumat yang diberiuntuk disuaipadankan semasa membuat pengiraan. Maklum balas yang ditunjukkan murid adalah sangat baik. Ini bermaksud murid telah dapat memahami dan menguasai konsep pengiraan kalori makanan. Sungguhpun begitu, kecuaian yang dilakukan murid telah menyebabkan markah penuh (3 markah) tidak dapat diperolehi, kebanyakkan murid tidak meletakkan unit kJ di akhir jawapan. Unit kJ merupakan penentu nilai kalori dan menjadi pembeza antara subjek matematik (pengiraan biasa) dengan sains (kalori makanan). Murid juga mampu membuat penilaian serta kesimpulan ke atas situasi yang diberikan pada soalan 1b (ii) berdasarkan jawapan yang diperoleh pada soalan 1(b) (i). Soalan bahagian C menilai domain analisa murid. Pada bahagian ini, soalan berbentuk situasi berkaitan isu semasa negara dikemukakan. Fenomana banjir dijadikan sebagai konteks tugasan dengan dibantu 3 stimulus berbentuk gambar beserta statistik. Pendekatan alam pekerjaan 90
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid... 81-96
turut diserap melalui soalan 1(a), (i) dan (ii). Soalan ini meletakkan peranan murid selaku ahli geologi dan doktor dalam situasi banjir. Berdasarkan penelitian yang dibuat, murid gagal dalam membuat perincian tugas sebagai ahli geologi namun tidak bagi tugasan sebagai seorang doktor. Kebanyakan murid keliru dengan peranan yang dimainkan oleh pihak berwajib dengan peranan ahli geologi. Jawapan murid jelas menunjukkan kekeliruan ini berdasarkan maklum balas yang diberikan iaitu “kempen kurangkan penebangan hutan, lebarkan longkang, mendalamkan sungai, penanaman pokok di tebing bukit, membina bangunan mengikut spesifikasi, membuat terowong smart, mengekalkan hutan simpan dan kempen tidak membuang sampah ke dalam sungai”. Selain itu, soalan berbentuk objektif aneka pilihan turut juga diuji. Soalan ini menguji domain penilaian berdasarkan tiga aras kesukaran item soalan. Soalan ini agak mengelirukan kerana penganggu (distractor) turut diwujudkan. Murid dikehendaki membuat penilaian yang tepat serta memberi rasionalisasi ke atas jawapan mereka. Dalam ketiga-tiga soalan yang diberikan, didapati murid sukar untuk membuat tafsiran yang paling tepat berkaitan Sains tetapi boleh menjawab dengan agak baik bagi soalan berbentuk pendapat. Bagi melengkapkan objektif kajian, sebanyak 3 soalan berbentuk reka cipta diuji pada bahagian D. Domain rekacipta merupakan domaian kognitif tertinggi dalam Taksonomi Bloom. Domain ini berkait rapat dengan kemahiran kritis dan kreatif murid. Dapatan yang diperoleh menunjukkan murid mampu memberikan maklum balas terhadap soalan yang diberi terutamanya bagi soalan 1 walaupun maklum balas diberikan adalah salah atau tidak menepati kehendak soalan. Kemahiran rekacipta murid juga diuji dengan meminta murid membina satu model ekosistem (terrarium) pada soalan 2. Dua stimulus berbentuk gambar telah diberikan. Agak malang sekali kerana hanya tiga orang murid yang dapat mengeluarkan idea untuk membina terrarium walaupun maklum balas yang diberikan adalah salah sama sekali. Kelemahan utama murid ialah ketidakbolehupayaan (inability) dalam mengenal pasti komponen abiotik dan biotik. Pengenalpastian komponen-komponen ini akan membantu murid dalam penciptaan model terrarium (model ekosistem darat). Dapatan ini juga memberi tamsilan bahawa tahap pembacaan murid adalah tidak meluas dan masih mengharapkan sumber maklumat yang diperoleh dari guru dan dalam ruang lingkup buku teks Sains sahaja. 91
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
PERBINCANGAN Secara keseluruhannya tahap KBAT murid adalah sederhana dan masih lagi berada pada domain aplikasi sebagaimana yang dilaporkan oleh dapatan TIMMS dan PISA. Ini menunjukkan perlu adanya penambahbaikkan yang berterusan dilaksanakan serta satu intervensi dalam aspek pengajaran dan pembelajaran dibuat bagi merealisasikan impian negara untuk berada di sepertiga teratas dalam pentaksiran TIMMS dan PISA pada tahun 2015 tercapai. Hasil analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi skor markah bagi kedua-dua domain kognitif analisis (78) dan penilaian (63). Sungguhpun begitu, perbezaan skor antara domain aplikasi (147) dan analisis (78) adalah besar iaitu sebanyak 69. Manakala, perbezaan skor yang amat ketara ditunjukkan pada domain reka cipta(49). Satu perancangan strategik perlu dilakukan agar julat perbezaan skor antara kedua-dua domain (analisis dan aplikasi) serta jurang perbezaan bagi domain rekacipta ini dapat dikecilkan. Selain itu juga, didapati bahawa kurangnya pendedahan diberikan kepada murid terutamanya hubungkait antara topik yang dipelajari murid dengan alam pekerjaan sebagaimana yang ditekankan dalam pendekatan tekstual. Hal ini jelas berdasarkan skor yang diperoleh serta ketidakbolehan (inability) murid menjawab pada bahagian C (analisis) soalan 1(a) dan bahagian E (reka cipta) soalan 2(b). Keduadua soalan ini memberikan nilai skor yang rendah. Murid tidak boleh mengadaptasi pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah untuk dikaitkan dengan alam pekerjaan sebagaimana yang dikehendaki dalam soalan tersebut. Bagi soalan yang melibatkan penyelesaian masalah dalam bentuk pengiraan pula didomain aplikasi, kebanyakkan murid tidak memperoleh skor penuh, disebabkan oleh kecuaian kecil iaitu tidak meletakkan unit (kJ) pada jawapan akhir. Seramai 19 orang murid tidak memperoleh skor yang penuh dan hanya 3 orang murid mendapat skor penuh iaitu 3 bagi soalan ini. Selain itu, terdapat2 orang murid yang tidak dapat mengaplikasikan maklumat yang diberi untuk menyelesaikan masalah pengiraan kalori. Penyelesaian masalah ini merupakan satu bentuk pembelajaran tahap tinggi. Dapatan kajian lampau mendapati murid mengalami kesukaran dalam menterjemah soalan berbentuk ayat. Faktor kelemahan ini juga dikaitkan dengan ketidakupayaan koordinasi proses mental (David Tall dan Mohamad Rashidi, 1991). 92
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid... 81-96
Kelemahan murid juga turut dikesan berdasarkan domain reka cipta. Murid didapati agak lemah dalam mencetuskan idea dan inovasi berdasarkan soalan bahagian E, 2(a) iaitu membina model sistem pencernaan menggunakan bahan terbuang. Soalan ini bukan sahaja memerlukan daya imaginasi tinggi malah menuntut daya kreativiti murid dalam mengolah bahan kepada model. Menurut Noor Natasya (2011) penerapan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran penting kerana ia menjadi pemangkin kepada daya pemikiran, idea dan hasil pembelajaran. Murid yang kreatif serta inovatif akan menggunakan pemikiran aras tinggi mereka dalam mereka cipta sesuatu produk yang terbaik. Pendekatan ini penting dalam usaha negara menyediakan murid yang mampu berdaya saing di peringkat global. Soalan bahagian E soalan (1) dapat mengenalpasti tahap pengetahuan murid sama ada meluas mahupun tidak. Kurangnya amalan membaca serta pendedahan kepada penyiasatan saintifik juga turut menjadi punca murid tidak mampu membuat reka cipta sains. Pembacaan yang meluas penting bagi membolehkan murid memperoleh ilmu baharu yang mungkin tidak disampaikan di bilik darjah terutamanya buku teka-teki (riddle story). Kaedah ini dikatakan meningkatkan kemampuan daya kreaviti murid (Anna Prusak, 2015).
CADANGAN Analisis dapatan menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi murid berada di tahap sederhana. Berikut, beberapa cadangan dibuat bagi meningkatkan penambahbaikan dalam penerapan kemahiran berfikir aras tinggi seperti menggalakkan pembelajaran yang berorientasikan blended-learning, mengaplikasikan kaedah PBL (Problem Based Learning - Pembelajaran Berasaskan Masalah) dan POPBL (Project Oriented Problem Based Learning - Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek) dalam proses pengajaran serta pendedahan ke alam pekerjaan di samping menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat kepada murid. Pengkaji juga turut mencadangkan agar satu kajian tindakan dilakukan ke atas sampel yang memfokuskan kepada penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata murid dan Sains.
93
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
KESIMPULAN Kemahiran berfikir bukanlah sesuatu yang baru. Pembudayaan dan pengamalan serta kesedaran kepentingan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid amat penting dalam menghadapi cabaran abad ke-21.Oleh yang demikian, kemahiran berfikir perlu sentiasa diasimilasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ajar matlamat utama agenda kementerian pendidikan yang digarapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 akan tercapai. Kerjasama yang padu antara badan berkepentingan, guru serta ibu bapa amat penting untuk menjayakan misi sistem pendidikan negara.
PENUTUP Perancangan yang sistematik serta berterusan semestinya dapat meningkatkan prestasi sekolah dan seterusnya memenuhi hasrat negara sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 di samping menyediakan murid dalam menghadapai cabaran abad ke-21. Alaf ke-21 memerlukan seorang warganegara yang bukan sahaja kompeten dalam akademik malah mampu menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mencari alternatif penyelesaian dan menangani masalah secara berhikmah.
RUJUKAN Abdul Rahim Hamdan & Azarul Nizam Zahari. (2010). Konsep pendidikan bersepadu serta penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran Matematik menengah rendah. Universiti Teknologi Malaysia: Eprints. utm.my. Alison J. Head. (2015). Phase two: Trends from the online survey: Project Information Literacy’s Research Summary Lifelong Learning Study The Information School, University of Washington. Anderson, L., Krathwohl, D., Airasian, P. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing. A revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. New York: Pearson, Allyn & Bacon. Anna Prusak. (2015). Nurturing students’ creativity through telling Mathematical stories. The 9th International MCG Conference Sinaia, Romania. Arief Efendi. (2014). Membentuk generasi berkeperibadian Ulul Albab. Buletin Al-Islamiyah. Media Kajian dan Dakwah Universitas Islam Indonesia. Danial Zainal Abidin. (2015). Menjadi Ulul Albab. Kuala Lumpur: PTS Media Group. 94
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid... 81-96
David Tall dan Mohamad Rashidi Razali. (1991). Diagnosing students’ difficulties in learning Mathematics. Coventry: University of Warwick. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_30/PPPMSoalan-UPSR-SPM-berbentuk-pemikiran-tinggi#ixzz3PzSOIScO. [10 Jan 2015] http://cikguluarbandar.blogspot.com/2014/03/pengajaran kemahiran-berfikirdi.html. [28 Jan 2015]. http://elwafasran.blogspot.com/2012/05/masalah-pembelajaran-matematik. html [18 .2.2015]. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelididkan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Khutbah Jumaat 18 Oktober 2013. Pembelajaran sepanjang hayat: Tuntutan Islam. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Kreber, C. (1998). The relationships between self-directed learning, critical thinking, and psychological type, and some implications for teaching in higher education. Studies in Higher Education, 23(1), 71-86. Medel-Añonuevo, C., Ohsako, T., & Mauch, W. (2001). Revisiting Lifelong Learning for the 21st Century. Mimi Mohaffyza Mohammed & Che Munira Che Razali. (2009). Keperluan pembelajaran sepanjang hayat bagi tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran di Malaysia. Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCEET). Noor Natasha Nadia. (2011). Penerapan elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ikhtisas pendidikan. Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Norfadelah & Ahmad Tijani. (2015). Islamic theoritical model for critical thinking in teaching and learning of Islamic education. Gse E-Journal of Education, 3: 34-44. Pelan Pembangunan Pendidikan. 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. (2013). Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia,. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2013). Kementerian Pendidikan Malaysia. P. J. Hager and S. S. Holland. (2006). Graduate attributes, learning and employability (6th ed.). Dordredt, The Netherlands: Springer. Rajendran, N. (2001). The teaching higher order thinking skill in Malaysia. Journal of Shoutest Asia 2(1); 42-65. Ramlan Zainal Abidin, Ahmad Esa & Wan Mohd. Rashid Wan Ahmad. (2009). Pendidikan sepanjang hayat: Sekolah peneraju utama menjana generasi terbilang. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 95
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015
Robyn. (2014). Skills for the 21st century: Teaching higher-order thinking. Curriculum & Leadership Journal 12(14). Saleh, N., & Strong, D. (2010). Students’ conceptions of life-long learning: An exploratory study. Proceedings of the Canadian Engineering Education Association. Wan Norehan Wan Mamat. (2013). Tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Tesis Master, Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Malaysia. Zabani Darus. (2012). Status pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA: Satu Refleksi. Kementerian Pelajaran Malaysia.
96