Nota Permainan Dalaman.docx

  • Uploaded by: Norhanizar Binti Hassan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Permainan Dalaman.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,413
  • Pages: 8
In Door Games In Door Games adalah bentuk tehnik permainan di dalam ruang………… dengan jumlah yang terbatas. Banyak kegiatan yang bernuansa Dinamika Kelompok. Hal tersebut sangat menguntungkan dalam mendorong peserta / anggota kelompok lebih aktif dan progresif dalam mengikuti kegiatan. Secara tidak sadar mereka banyak belajar bersosialisasi, membangun eksistensi diri dan secara mudah menyerap materi/ pelajaran tanpa harus banyak menghapal. Salah satunya model simulasi, dapat pula dikatakan efektif dalam mencapai tujuan. Apa itu in Door Games ……………?          

Baut Barisan Bercermin Bermain Tali Lingkaran Berbelit Menggambar bersama Menggambar Wajah Mengganbar Rumah Mutiara Dalam Guci Pecah Balon Rantai Nama

PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Congkak Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Sejarah dan asal usul congkak

permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan. Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupaan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Carubran juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai di sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia congkak dikenali dengan nama congklak,manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.

Pada zaman dahulu,golongan istana bermainan congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia.Di zaman teknologi ini Terdapat juga permainan congkak dalam talian yang telah dicipta. Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. (b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. (c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. (d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. (e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masingmasing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masingmasing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Asas dan cara bermain congkak Pada entri kali ini saya akan menunjukkan asas,peraturan dan cara untuk bermain congkak:Permainan congkak secara asasnya melibatkan pengiraan mudah. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak". Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa: 1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Jom Bermain Sahiba...Perkataan Umno Jom bermain Sahiba mengatur perkataan bermula dengan Umno. Seronok juga bermain Sahiba. Maka terbentuklah perkataan-perkataan berikut. Banyak perkataan-perkataan terkutuk terkeluar tetapi 'slow-slowlah'.

Untuk perkataan seterusnya anda aturlah sendiri ek!

Nie la rupa carom board tu... carom board nie ada 2 muka (bukan talam aje yg ada 2 muka tau...hehehe..) dan percuma buah carom serta sebiji buah striker.

Bahagian nie untuk main carom

Bahagian nie pula untuk main dam dan

untuk main catur Cara main carom; # Masukkan buah carom kedlm mana2 lubang yg terdapat di setiap sudut papan board nie sebelum pihak lawan. # Giliran akan berterusan, sekiranya dapat memasukkan buah carom kedlm lubang. # Bilangan pemain; ~2 pemain : duduk bertentangan antara satu sama lain ~3 pemain : bermain utk mata (tanpa mengira warna) ~4 pemain : pemain yang duduk bertentangan antara satu sama lain jadi satu pasukan. (satu pasukan utk buah putih &satu pasukan lagi utk buah hitam)

Cara kiraan mata: Buah Hitam ~ 1 mata Buah Kuning / Putih ~2 mata

Buah Merah ~ 5 mata Seingat sy ada beberapa cara main carom nie.....nie yg sy ingat le..

MAIN LESEN Nie dia susunan buah carom utk MAIN LESEN……

#1. Kena ambil lesen dulu. ~Mesti masukkan buah kuning dulu pastu hitam… ~Kalau hanya dapat masukkan kuning, lepas tu tak dapat hitam. Buah kuning tu kena lah letak kat tengah board. #2. Lepas dapat lesen, baru lah boleh kumpul mata. #3. Tinggalkan buah merah utk yg terakhir…

Nie satu lagi susunan buah carom ……

Related Documents

Permainan Padang
November 2019 45
Permainan Edukatif.docx
December 2019 21
Permainan Tradisional
May 2020 29
Permainan Tradisional.docx
December 2019 35
Teori-permainan
May 2020 21

More Documents from ""