Nota Kuliah Kaedah Sastera

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Kuliah Kaedah Sastera as PDF for free.

More details

  • Words: 2,374
  • Pages: 18
FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari. Matlamat Melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat. Objektif 1. memahami isi dan menganalisis aspek sastera 2. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera 3. menghayati dan menghargai estetik bahasa 4. menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya 5. memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara. 6. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid 7. memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN Kajian teks Prosa dan Puisi Prosa Moden - novel, cerpen, drama Prosa Tradisional -sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat, sastera rakyat Puisi Tradisional - pantun, syair, gurindam dan seloka Puisi Moden - sajak Aspek sastera Tema dan persoalan, watak dan perwatakan Plot, latar, gaya bahasa, bentuk, nada, sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan pengajaran

Hasil Pembelajaran A. Pengenalan Kesusasteraan Melayu - definisi, cirri, bentuk, sejarah perkembangan, peranan kesusasteraan Melayu B. Prosa - definisi, biodata pengarang, aspek sastera, menghasilkan karya kreatif C. Drama - definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan skrip drama D. Puisi - definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan dan mempersembahkan puisi

1

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Belajar Cara Belajar Kajian Masa Depan Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Konstektual

2

ASPEK SASTERA Sinopsis  Ringkasan cerita  Gambaran keseluruhan cerita  Membantu pembaca memahami cerita Tema 1. Persoalan pokok atau persoalan utama/ idea dasar, gagasan, fikiran 2. Tema hanya satu 3. menjadi panduan pengkarya mengumpul, memilih, menyusun bahan 4. keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam Persoalan 1. perkara-perkara kecil dalam karya yg ada hubungan dengan tema 2. Persoalan bertujuan mengukuhkan tema yang diketengahkan 3. Dapat dikesan melalui tindakan watak atau peristiwa yang berlaku

Watak dan Perwatakan 1. Sesuatu objek atau pelaku (manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan) 2. mempunyai sifat-sifat tertentu -perangai dan pemikiran 3. Sifat-sifat yg digambarkan pada watak –Perwatakan -Lahiriah - bentuk, paras rupa, tingkah laku. Jasmaniah - perasaan, sikap dan pemikiran 5. Watak pembantu /watak sampingan - perbezaan dgn watak 6. menimbulkan unsur ketegangan/konflik 7. watak - untuk menyalurkan buah fikiran atau pandangan hidup penulis 8. watak digunakan mengembangkan tema / persoalan/mengubah persekitaran 9. Watak utama, watak sampingan, antagonis (watak penyambut - lazimnya nilai negatif), protagonis (watak pemula -biasanya nilai positif), watak hitam, watak putih (baik), watak bulat/bundar - lebih hampir kpd manusia yang ada kelemahan (watak yg dinamis, mengalami perubahan, bersifat kompleks), watak pipih (tidak kompleks), tidak berubah) sama dengan watak statik (tidak mengalami perubahan iaitu jahat sejahat-jahatnya), watak kodi (nenek kebayan) Latar  Keterangan mengenai waktu, ruang, suasana terjadi sesuatu peristiwa  Digunakan untuk mengembangkan watak/perwatakan, tema dan persoalan  Terbahagi tiga a) Latar tempat b) Latar Masa c) Latar masyarakat Plot • Jalinan peristiwa/ Rentetan peristiwa yg berasaskan sebab-akibat,

3

• • • • • •

dijalin dgn permulaan, perkembangan, konflik, puncak dan peleraian Bukannya jalan cerita Jalan cerita -kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yg menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot. Teknik plot - Ada imbas muka, imbas kembali, dialog, monolog, monolog dalaman Cerpen - hanya ada satu plot Novel -ada plot utama, plot sampingan

Gaya Bahasa/Unsur Keindahan Cara penggunaan bahasa yang baik, kreatif untuk menyampaikan tema/ persoalan Diksi, bahasa kiasa/perbandingan, pengulangan, lambang          

Diksi - pemilihan kata Asonansi Aliterasi Alusi - tokoh Simile - gaya bahasa perbandingan jelas Metafora -bahasa perbandingan atau kiasan, perahu waktu Anafora -pengulangan awal baris Epifora -pengulangan pada akhir baris Hiperbola/bombastik -berlebih-lebihan Personafikasi- sifat-sifat manusia

  

  

Nilai Amalan atau tingkah laku baik yang ada pada individu, kumpulan atau masyarakat Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh Contohnya - sikap bekerjasama

Pengajaran Nasihat/ bimbingan yg diambil dari karya Dikesan melalui tindakan watak dan peristiwa yg terjadi Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh

Sudut Pandangan • Kedudukan pengarang dalam menyampaikan cerita • Sudut pandangan orang pertama - pengarang salah seorang daripada watak - aku, saya • Sudut Pandangan oaring ketiga - berada di luar cerita, solah-olah serba tahu tentang watak Bentuk    

Susunan unit-unit berirama Bilangan rangkap Bilangan baris dalam rangkap Bilangan suku kata dalam baris

4

 Rima akhir

A. WAHAB ALI Ke Pelabuhan Jauh Usia melayarkan kita ke pelabuhan jauh Di atas perahu waktu berlarut peristiwa Kita leka dan setahun sekali tersedar Bila anak meningkat besar Menoleh kita ke belakang Cantik warna bercorakan Apa yang ada tidak disetujui Apa yang enggan dulunya belum tentu Makin lanjut di laut umur Tampak melambai kemesraan zaman Usia masa anak-anak di pelabuhan bertolak Bergamitan saying di usia yang bergolak Besar ertinya waktu dan daya Menjalani hidup Makin belayar usia ke teluk tempat berlabuh Makin cahaya menghubungi roh Makin belayar usia ke teluk tempat berlabuh Terasa dunia begitu rapuh

5

DHARMAWIJAYA Di Titian Kembara Bening pagi yang meniti Di bayang pandangmu Mengukir tafsir imbauan waktu Kupinta Dada setiamu tetap bersedia Mendepani lembah lurah titian kembara Gementar senja yang tiba Di lelah langkahmu Menduga rasa keringat duka Kupinta Cekal citamu berbulan bintang Membuang bimbang ke hujung kenang Suram malam yang terpendam Di tafakur tidurmu Menanti mentari titipan maya Kupinta Mimpi baktimu tiadakan rela Menatang kehidupan berbunga hampa

6

Pantun Bakar gaharu di tengah halaman Asamkan karat si pisau raut Kalau berguru salah pedoman Sesat di darat karam di laut Hijau rumput di tepian mandi Kembang berseri bungan senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk Tikar pucuk tikar mengkuang Alas nikah raja Melayu Ikan busuk jangan dibuang Buat perencah si daun kayu Berbunga lebat pohon rambutan Hinggap tempua berjuntai kai Bila dapat memandang bulan Jangan lupa rumput di bumi Payang retak tali bersimpul Cembul lokan airnya tumpah Hidup tidak kerana kaul Mati bukan kerana sumpah Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain di pakai Asalkan pandai mengambil hati Tetak pandan di tepi bendang Terbang ke desa burung kenari 7

Tercampak badan di rantau orang Budi bahasa pelindung diri

A. SAMAD. SAID Titisan darah di Tanah Indah Moyang kami yang papa mesra berbudi bahasa Mati terantai kakinya, tercelik hampa matanya Tanah pusakanya indah subur merata Untuk kita warisnya-penyambung cerita . Untaian masa bertunda memucatkan warna muka Ulangan cahaya bahagia menjelma tiada ke gua Kami masih berbahasa masih berbudi juga Sedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya. Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi Aneka ragam jenisnya menghiasi persada Bunda Biar bersatu segalanya erat berpadu sejiwa Biar semerbak baunya mengharumi seluruh benua! Kami berbudi bahasa penuh ikhlas di dada Tiada rela berjela cerita neraka selaksa Kami berbudi bahasa mesra hati asasnya Siapa sahaja durhaka kami ancam nyawanya! Dalam taman hak kami berkembangan puspa yang wangi Segar sihatlah puspa jernih tenang warnanya Dalam taman hak kami berkembangan puspa yang suci Rumput liar bernoda kami ragut akarnya Moyang kami yang papa mati terantai kakinya Kami titisan darahnya pelebur cengkaman rantainya Moyang kami yang mesra tercelik hampa matinta Kami titisan darahnya pencurah bahagia ke matanya!

8

“ Aku tak memaksa. Cuma aku akan sedia mendengar. Mungkin bila aku tahu lebih sikit, dapat jugak aku melapik kata dalam tugas Jabatan atau arahan-arahan rasmi aku masa depan. Maklumlah, kau tak punya pilihan lagi kecuali berhadapan dengan dia dalam tugas-tugas seharian, begitu juga aku.” Suara biola yang gemersik tadi perlahan mati lalu diganti dengan nada yang punya authority. Perkataan Jalil benar-benar telah menjerat Ikram. Terkapai-kapai perasaannya disimpai oleh jerat yang begitu mahir dilontar oleh sang pemburu. Jerat menjerut kemas. Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air.

GAYA BAHASA Pemilihan kata (Bahasa daerah, bahasa kolokial) Penggunaan ayat (Ayat panjang atau ayat pendek) Penggunaan puisi atau peribahasa Penggunaan dialog Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh Penggunaan ayat panjang. Contoh terkapai-kapai perasaannya… Penggunaan Dialog. Contoh “aku tak memaksa. Kata ganda. Contoh, arahan-arahan Unsur simile. Contoh, Unsur personafikasi. Contoh, perkataan Jalil benar-benar…… Unsur sinkof. Contoh, tak Anafora 9

Kurasa diriku terlalu kecil Kurasa ibadatku terlalu nipis Epifora Tapi bukan mati sebenar mati Kerana tiada mati sebelum mati Simplok Usia yang panjang Rezeki yang murah Bahasa kalasik Pawana Sinkof Tak Perulangan baris Bangkitlah bangkit Inversi Ayuhai kaum di Malaya negeri Perlambangan Buah lebat Perbandingan terus Hujan dan panas adalah muzik setia Pengulangan kata Begini ya begini tragedi di bumi Bahasa asing Paradoks Jiwamu tewas dengan wanita Unsur prosaik Kalau tuan kena, apa rasa? Unsur Alusi Pendekar dipimpin Maharajalela Onomatope Murai berkicau bersayu-sayu

10

Unsur Bunyi Asonansi Aliterasi Pengulangan kalimat bunyi Dagang datang berlagak mahir Pengulangan imbuhan Kibarkan panji hunuskan keris Rima akhir abab

Teknik Penulisan Teknik pemerian Teknik dialog Teknik monolog Teknik imbas kembali Teknik imbas muka Teknik suspens Teknik pemerian. Contoh, Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air Teknik dialog, contoh,…. Teknik monolog. Contoh, Ikram berasa dirinya…

11

Teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid A (10 buah cerpen/ Sajak) 1. Hujan Emas di Negeri Orang – Ishak Hj Muhammad 2. Paku Payung dan Limau Mandarin – Azizi hj Abdullah 3. Mereka Tidak Mengerti – Keris Mas 4. Wisata – Arena Wati 5. Pawana – Zaharah Nawawi 6. Gajah Putih – Zakaria Ali 7. Rimbaku Air Mataku – Usman Awang 8. Malam Terakhir – Hasan Ali 9. Chen Xiaoli – A. Rahmad 10. Cerita dari Sebuah Taman – Awangku Merali Tg. Muhammad Teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B (10 buah cerpen/ Sajak) 1. Ke Bintan To – A. Samad Ismail 2. Ayu Zahira Masih Di Sini – Siti Aishah Murad 3. Bintang 14 Lalarang – A. Karim Kadir 4. Peristiwa Hujan Gerimis – Khalidah Adibah Amin 5. Penantian di Walden Place – Abdullah Tahir 6. Pesona – Hasidah Disan 7. Seorang Gadis, Semangkuk Sayur Manis – Bahrin Ramly 8. Detik yang Tergugat – Osman Ayob 9. Sahabat – Anwar Ridwan 10. Bubu – Dharmala N.S

Teks Hati Terkenang Mulut Menyebut

(Prosa dan Puisi Tradisional)

Novel Restu Ismail Kasan

12

Seorang Guru KM Mesti Menguasai Perkara-Perkara Berikut:-

1. Aspek Sastera 2. Istilah Sastera 3. Teks Kajian 4. Peperiksaan 5. Kaedah dan Teknik 6. Sikap Pelajar 7. Penghasilan Cerpen

Rancangan Pelajaran Kes. Melayu Tingkatan : 4 Genre

: Novel Restu

Masa

: 80 minit

Tajuk

: Watak dan Perwatakan dalam Novel Restu

Hasil

: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:i)

Menyatakan watak-watak dalam karya yang dikaji

13

ii)

Menyenaraikan sifat-sifat luaran dan dalaman watak dalam teks yang dikaji

iii)

HPU

Membandingkan perwatakan Ikram dan Hasnah

: Aras 1: i)

Mengenal pasti watak dalam karya yang dikaji

ii)

Menyenaraikan sifat luaran

iii)

Menyenaraikan sifat dalaman

Pengisian Kurikulum: a) Ilmu

: Pendidikan

b) Sosiobudaya : Peranan masyarakat c) Nilai Kemanusiaan : Kasih saying, kegigihan, keberanian, rajin berusaha d) Kemahiran bernilai Tambah

Langkah

: KP, BCB, KB

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan 14

Pengajaran Set Induksi

Langkah 1

Langkah 2

Guru memaparkan lirik lagu ‘Oh Fatimah’ Guru memperdengarkan lagu ‘Oh Fatimah’ Guru mengemukakan soalan. Contohnya: 1. Berikan nama gadis dalam lagu 2. Nyatakan sifat-sifat luaran gadis 3. Nyatakan sifat-sifat dalaman Guru merumuskan perbincangan dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran, watak dan perwatakan Guru menerangkan istilah watak dan perwatan, perwatakan luaran dan dalaman Murid-murid diminta menyenaraikan perwatan Fatimah menggunakan LPG Guru meminta dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) ke hadapan kelas untuk melakonkan dialog antara Ikram dengan Hasnah (Lampiran 3) Kedua-dua pelajar kemudiannya diminta duduk di kerusi yang disediakan dan memainkan peranan sebagai Ikram dan Hasnah Guru meminta 3 orang pelajar lain menayakan soalan/mewawancara Ikram dan Hasnah. Contoh Soalan: 1. Mengapakah saudara Ikram suka berkawan dengan Hasnah sewaktu kecil dahulu?

OHP Lirik lagu ‘Oh Fatimah’ (Lampiran 1) Kaset lagu

OHP Borang LPG (Lampiran 2)

Teknik kerusi Panas KBT: KP Interpersonal BCB Mencatat

15

Langkah 3

Langkah 4

Penutup

2. Pelajar-pelajar diminta membuat catatan isi perbualan 3. Guru merumuskan perbincangan kemudian mengedarkan petikan Murid dibahagikan kpd 6 kumpulan perbincangan Kumpulan 1 – 3 Petikan (Lampiran 4) Kumpulan 4 – 5 Petikan (Lampiran 5) Murid-murid menyenaraikan perwatakan luaran dan dalaman watak yang dikaji dalam lembaran grafik yang disediakan (Lampiran 6 dan 7) Setiap kumpulan diminta menyediakan bahan laporan dalam bentuk kertas lut sinar utk aktiviti pembentangan. Murid-murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas Pelajar-pelajar dari kumpulan lain mencatat dalam bentuk Peta Minda dalam buku nota masing-masing Murid-murid menyanyikan lagu ‘Oh Fatimah’ (Lirik Oh Hasnah) Guru membantu murid membuat rumusan

Petikan: (Lampiran 4) (Lampiran 5) Borang LPG (Lampiran 6) (Lampiran 7) BCB: Mencatat Lut sinar

KB:Melapor KP: Interpersonal

16

Rancangan Pelajaran Kes. Melayu Tingkatan

:4

Masa

: 40 minit

Genre

: Novel Restu

Tajuk

: Nilai Kemanusiaan dalam Novel Restu

Hasil

: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:i)

Menyatakan lima nilai kemanusiaan dalam karya yang dikaji

ii)

Menghubungkaitkan nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam petikan

HPU

: Aras 1: i)

Menyenaraikan nilai kemanusiaandalam karya yang dikaji Aras 2 :

ii)

Mengenal pasti nilai kemanusiaanMenyenaraikan sifat luaran

iii)

Menjelaskan pengajaran berdasarkan contoh dalam karya

Pengisian Kurikulum: a) Ilmu

: Pendidikan/ Sains Pertanian

b) Sosiobudaya

: Peranan masyarakat/ Ketua Kampung

c) Nilai Kemanusiaan : Kasih sayang, setia, ramah, sopan santun, pemaaf d) Kemahiran bernilai Tambah

: KP, BCB, KB

17

Langkah Pengajaran Set Induksi Keratan surat khabar Rencana tentang keberanian Rosli

Langkah 1 Istilah Nilai Kemanusiaan Langkah 2 Petikan Novel Restu

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan

Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan isu-isu semasa yang dipaparkan di akhbar Guru mengedarkan keratan surat khabar yang mengandungi keberanian Rosli dan meminta pelajar meneliti perkara-perkara baik dalam petikan (Lampiran 1) Pelajar-pelajar menyatakan nilai murini Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pelajaran Guru menerangkan istilah Nilai Kemanusiaan serta contohnya Murid-murid diminta menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan

BBM Keratan akhbar KBT: BCB Membaca menganalisis

Dua orang pelajar membaca petikan (Lampiran 2) Pelajar lain diminta meneliti petikan yang sama Pelajar berbincang/mengesan nilai murni dalam petikan Pelajar menyatakan nilai murni Lembaran kerja disediakan (Lampiran 3)

OHP Lut sinar KB: Menyenarai BBB Petikan novel/Lembaran kerja Teknik Perbincangan

1. Nilai murni Langkah 3

Langkah 4

Penutup

Secara Berpasangan, pelajar diminta membincangkan petikan yang diberikan (Lampiran 4 dan 5) Aspek perbincangan meliputi aspek nilai kemanusiaan Pelajar lelaki (Petikan 4) Pelajar perempuan (Petikan 5) Murid-murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan dihadapan kelas Pelajar-pelajar dari kumpulan lain mencatat dalam bentuk Peta Minda dalam buku nota masingmasing Guru membantu murid membuat rumusan

Teknik: Perbincangan (Lampiran 4) (Lampiran 5)

KB:Melapor KP: Interpersonal

18

Related Documents