WATAK DAN PERWATAKAN
Pengenalan:
Watak ialah pelaku yang memainkan peranan dalam sesebuah cerita. Watak diceritakan oleh pengarang secara luaran dan dalaman. Watak berfungsi untuk menggerakkan dan mengembangkan jalan cerita. Biasanya, watak terdiri daripada manusia. Adakalanya pengarang memaparkan watak binatang atau objek lain untuk menggerakkan cerita. Tetapi watak-watak tersebut diberi sifat manusia. Misalnya, Novel Perlumbaan Kedua memaparkan watak haiwan antarnya kura-kura, arnab, kancil, harimau, dan haiwan lain.
Perwatakan pula menggambarkan ciri dalaman watak (perwatakan dalaman) dan luaran watak (perwatakan luaran).
Ciri dalaman watak meliputi aspek kejiwaan watak yang positif dan negatif. Perwatakan positif seperti rajin, berani, penyabar, berdedikasi. Perwatakan negatif pula seperti pemalas, pendendam, pemarah, bakhil, dan iri hati.
Manakala, ciri luaran watak pula dapat dilihat dengan mata kasar, seperti berambut ikal, berbadan gemuk, berkulit hitam, gagah dan tampan.
JENIS WATAK
Dalam sesebuah novel banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada umumnya, terdapat dua jenis
watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita.
1. Watak Utama: watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis.
Watak Protagonis:
Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.
Watak antagonis:
Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. Contohnya, watak Pak Soh dalam Novel Mereka Yang Tertewas.
Watak bulat/bundar: Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan
memiliki sifat
manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca.
Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah. Misalnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.
Watak Dinamik: Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini digambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.
Watak Pipih: Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita.
Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana pembaca telah dapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang
dimilikinya. Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang cerita, iaitu:
(a) Watak pipih yang berpihak kepada protagonis. Contohnya, Watak Jemilah, Pudin, Mat Yassin dan Uda Puat dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Lebai Pa. (b) Watak pipih yang berpihak kepada antagonis. Watak-watak ini cenderung berpihak kepada antagonis. Contohnya, Watak Khatijah dan Kidam dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Pak Soh.
Watak Statik: Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita.
Ia
digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita. Contohnya, Watak Mat Yassin dalam Mereka Yang Tertewas.
2. Watak Sampingan: Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindaktanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.
WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN PANTARAN
Haji Zaki
Haji Zaki ialah seorang nelayan yang tinggal di Kampung Ayer. Badannya gemuk, beratnya sekitar 120 kilogram. Dia tinggal di rumah sendiri berhampiran dengan rumah Ahmad. Haji Zaki mempunyai isteri isteri bernama Normah dan seorang anak bernama Hashim.
Haji Zaki adalah berfikiran panjang dan bersabar menempuh dugaan hidup. Dia sentiasa menyokong pembangunan kampung. Dia bersetuju apabila pantaran rumahnya terkena tapak untuk membina jambatan pail untuk menyertai penubuhan persatuan nelayan dan kedai syarikat di kampungnya. Aktiviti hariannya adalah menangkap ikan. Punca rezeki inilah yang menampung hidup mereka sekeluarga. Dengan hasil jualan ikan itu juga dia dapat mendirikan rumahnya sendiri.
Dalam urusan bermasyarakat, ia melibatkan diri dengan pembangunan jambatan hingga sanggup meninggalkan kerja hariannya. Dalam apa juga keadaan dia sentiasa taatkan ketua dan sentiasa berunding sesama orang kampung.
Ahmad
Ahmad sudah beristeri dan mempunyai seorang anak bernama Roslan yang berumur 17 tahun. Dia tinggal berdekatan dengan rumah Haji Zaki. Hubungannya dengan Haji Zaki adalah bersaudara. Secara zahir hubungan antara Ahmad dengan Haji Zaki nampaknya biasa saja. Tetapi dilubuk hati Ahmad, ternyata dia mahu menyingkirkan Haji Zaki dari kampung itu kerana Ahmad beria-ia hendak mengmbil tapak rumah Haji Zaki itu.
Ahmad bersikap tidak inginkan kemajuan. Ini dapat dilihat semasa penduduk kampung menubuhkan persatuan nelayan dan kedai syarikat. Ahamd tidak setuju. Sikap keras kepalanya
itu dapat dilihat apabila reban ayamnya terpaksa diroboh untuk tapak jambatan pail. Dia tidak senang dengan cadangan tersebut. Umumnya Ahmad bersikap suka mementingkan diri sendiri.
Aspeknya kemasyarakatannya tidak begitu memuaskan. Sebab dalam apa juga kerja-kerja kebajikan sering ditentangnya. Tetapi jika perkara itu menguntungkan dirinya, maka dia setuju. Jika sebaliknya dia membantah.
Normah
Normah adalah isteri Haji Zaki. Dia selalu menunjukkan sikap marah-marah dan bersedih bila berlaku sesuatu perkara yang tidak menyenangkan. Ini dapat dilihat semasa pantaran rumah mereka diroboh oleh Ahmad.
Fikirannya tidak boleh terganggu oleh perkara-perkara yang tidak baik. Dia seringkali mengeluarkan air mata jika bermasalah. Ini dapat dilihat dari kenyataan yang disebutkan oleh Haji Zaki bahawa dia tidak seperti Normah puah air mata.
Datuk Penghulu Basir
Datuk Penghulu ini merupakan penghulu di kampung itu. Bentuk badannya pendek dan gemuk. Ini dapat dilihat semasa dia pergi ke rumah Haji Zaki berjalan dengan terkiut-kiut. Pandangannya agak kurang. Ini menandakan umurnya sudah tua.
Dia mempunyai fikiran yang terbuka dan bertanggungjawab. Dia inginkan penduduk kampung dalam keadaan harmoni. Sebab itu jika berlaku sesuatu masalah akan diselesaikannya dengan cara muzakarah. Selain berperanan sebagai Penghulu di kampung itu, dia juga sebagai wakil kampung untuk memata-matai pembinaan jambatan pail di kampung mereka. Ia mempunyai hubungan baik dengan orang-orang kampung. Sebab itu semasa pantaran Haji Zaki diroboh, dia dan orangorang kampung bergotong-royong membaiki semula pantaran tersebut.
Wakil Pegawai Daerah
Wakil Pegawai Daerah ini merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memata-matai pembinaan jambatan pail di kampung Haji Zaki. Beliau merupakan wakil kerajaan untuk berunding dengan orang kampung. Jika ada masalah yang bersangkutan dengan pembinaan jambatan, maka dialah yang akan dapat memutuskannya.
Roslan Roslan adalah anak kepada Ahmad. Dia adalah satu-satunya anak Ahmad dan berumur 17 tahun.
Hashim
Hashim merupakan anak kepada Haji Zaki dan Normah. Wataknya di sini Cuma disebut saja dan peranannya pun tidak ada.