NORMALISASI DISEDIAKAN OLEH: EN. KAMARUL AKMAR MUKTAR EN. MOHD SAMSUL BIN DOLAH PN. ZALIZA BT. HAMZAH
DEFINISI NORMALISASI ? - Usaha mewujudkan suasana normal untuk individu atau kumpulan tersisih menjalani kehidupan biasa seperti mana ahli masyarakat bagi hidup di dalam masyarakat yang lain.
DEFINISI PROSES NORMALISASI ? - Menurut Perin dan Nirje ( 1985 ),proses normalisasi adalah satu usaha yang dilakukan berasaskan konsep kemanusiaan, mementingkan kebebasan untuk membuat pilihan dan hak menentukan arah tuju diri .
7 Tema Utama Yang Berkaitan Dengan Proses Normalisasi a) Tema Pertama – Peranan Pemikiran Bawah Sedar Semasa Memberi Perkhidmatan kepada Kumpulan Tersisih. Cth: penagih sering dilihat sebagai ahli masyarakat kelas kedua.
7 Tema Utama Yang Berkaitan Dengan Proses Normalisasi b) Tema kedua – membuat penyesuaian ekspektasi peranan penghasilan kumpulan devian dan menormalisasikan kumpulan devian. Cth: mengembalikan peranan yang sah seperti mereka lakukan dahulu sebelum menjadi penagih.
7 Tema Utama Yang Berkaitan Dengan Proses Normalisasi c) Tema Ketiga – Tema Akibat Berganda. Kumpulan tersisih perlu melipatgandakan usaha positif mereka bagi meyakinkan ahli masyarakat agar menerima mereka.
7 Tema Utama Yang Berkaitan Dengan Proses Normalisasi d) Tema Keempat – Tema Model Pembangunan dan Peningkatan Daya Saing. Tema ini mengandaikan setiap ahli masyarakat mempunyai potensi untuk maju mengikut model yang sesuai.
7 Tema Utama Yang Berkaitan Dengan Proses Normalisasi e) Tema Kelima – Peranan dan Kuasa Meniru dari ‘Role Model’.Proses Normalisasi hanya akan berlaku jika kumpulan tersisih bercampur dengan kumpulan masyarakat biasa yang akan mewujudkan ‘role model’ yang menerima norma-norma masyarakat umum.
7 Tema Utama Yang Berkaitan Dengan Proses Normalisasi f) Tema keenam – Tema Imej Negatif hasil prasangka terhadap kumpulan tersisih.Imej negatif ini akan menyukarkan lagi proses normalisasi.
7 Tema Utama Yang Berkaitan Dengan Proses Normalisasi g) Tema Ketujuh – Mengiktiraf Kepentingan Partisipasi Intergrasi Sosial.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial -
Berikut adalah komponen sosial yang perlu diambilkira dalam proses normalisasi:
c) Sistem Kepercayaan - merujuk kepada pengetahuan, maklumat atau pandangan dunia yang dianggap sah oleh ahli sesuatu sistem sosial.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial b) Sentimen - merujuk kepada perasaan yang ahli sesuatu kelompok sistem sosial rasakan terhadap kelompok manusia yang lain ( yang dibantu ).
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial c) Matlamat - hasil akhir sesuatu sistem sosial merupakan panduan atau tuju arah bagi perjalanan sesuatu sistem sosial. Cth: matlamat mengintergarikan penagih ke dalam masyarakat.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial d) Norma-norma - merujuk kepada peraturan atau undangundang yang menetapkan standard sesuatu perilaku sama ada diterima atau ditolak oleh sesuatu ahli sistem sosial.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial e) Status - kedudukan seseorang dalam sesuatu sistem sosial dan kedudukan itu tidak semestinya diperolehi secara formal. Penagih dilihat sebagai seorang manusia yang mempunyai taraf, status dan hak yang sama.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial f) Peranan - merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh setiap ahli sesuatu kelompok sistem sosial. Penagih juga mempunyai peranannya sendiri.Pengiktirafan terhadap peranan ini akan memudahkan proses normalisasi.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial g) Kuasa - merujuk kepada kawalan yang dikenakan kepada seseorang atau sesuatu kumpulan yang lain. Penagih perlu diberi kuasa untuk memilih proses untuk menentukan proses pemulihan atas keselesaan mereka sendiri. Sebarang pelanggaran tingkahlaku dibendung oleh kelompok mereka sendiri.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial h) Isbat - merujuk kepada sistem ganjaran atau hukuman yang dikenakan oleh sesuatu ahli sistem sosial. Untuk lebih berkesan, hukuman yang diberikan adalah berdasarkan persetujuan semua ahli kelompok dan dikenakan secara tertutup.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial i) Kemudahan - merujuk kepada apa-apa sahaja bahan yang dapat membantu dan menyokong sesuatu proses normalisasi di dalam sistem sosial tersebut. Cth: kemudahan asas fizikal yang akan mempercepatkan proses pemulihan penagih.
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial j) Komunikasi - merujuk kepada hubungan 2 hala di antara penagih dengan komuniti awam untuk meluahkan perasaa, sikap dan keperluan..
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial k) Sempadan - merujuk kepada satu langkah untuk mengekalkan identiti dan memisahkan dari dunia luar menerusi peraturan dan norma. Untuk menjayakan normalisasi sempadan ini perlu dikurangkan
Proses Normalisasi Penagih Dadah Dalam Komuniti Berasaskan Sistem Sosial l) Perubahan Sosial - meningkatkan interaksi antara masyarakat luar dengan penagih dadah agar proses normalisasi dapat dijalankan.
Penutup -
Walaupun didapati proses pemulihan di institusi total agak kurang berjaya akan tetapi kita amat mengharapkan agar proses normalisasi dapat dijalankan dengan lebih berkesan terutamanya di kalangan penagih sendiri agar mereka dapat hidup dengan lebih normal.