Norazlinaap040508d2008ttp

  • Uploaded by: Anonymous Z3994m
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Norazlinaap040508d2008ttp as PDF for free.

More details

  • Words: 3,179
  • Pages: 24
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISŠ JUDUL: HALANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) DI KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR DI DAERAH KULAI JAYA, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: Saya

2007/2008

SITI NORAZLINA BINTI KAMISAN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( √ ) SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD



Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: No. 236, Jalan Kemboja,

HJ JOHARI BIN HASSAN

Felda Sungai Sibol,

(Nama Penyelia)

81440, Bandar Tenggara, Kulai Johor. CATATAN:

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan

:

Nama Penyelia

: Tn. Hj. Johari Bin Hassan

Tarikh

: 2 MEI 2008

HALANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) DI KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR DI DAERAH KULAI JAYA, JOHOR

SITI NORAZLINA BINTI KAMISAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL , 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan

:

Nama Penulis

: Siti Norazlina Binti Kamisan

Tarikh

: 2 MEI 2008

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat insan-insan tersayang yang amat bermakna dalam diri ini... Suami tercinta, Mohamad Shahrizal bin Rahmat & Cahaya mata pertama yang bakal dilahirkan Semangat dan doronganmu menjadi kekuatanku Ayahanda & Bonda yang dikasihi, Kamisan bin Tamsir Zainab binti Abdul Majid Doa tulus ikhlas kalian menjadi azimat dan kujadikan pedoman untuk mengharungi hidup ini Pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan kalian tidak terbalas oleh diri ini Moga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan hidayahNya, penulisan ini dapat disempurnakan juga akhirnya. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Encik Johari bin Hassan, selaku penyelia bagi kajian ini. Segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang menjalankan kajian ini tidak mungkin dapat dibalas. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada suami tersayang yang banyak memberikan dorongan dan semangat di sepanjang perlaksanaan kajian ini. Ribuan terima kasih ditujukan kepada ayahanda dan bonda tercinta yang telah banyak berkorban sepanjang kehidupan saya sebelum bergelar isteri. Sokongan moral, emosi dan material dari mereka amat bermakna buat diri saya. Terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Ucapan terima kasih juga buat sahabat yang dikasihi, Nur Harlyana binti Harun di atas segala bantuan, kritikan membina dan sumbangan idea yang bernas di sepanjang perlaksanaan kajian ini. Kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Johor, Pengetua dan guru-guru dari sekolah yang terlibat sebagai lokasi kajian amatlah dihargai. Kerjasama dari kalian semua amatlah dihargai sehingga kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T. membalas segala jasa baik kalian semua.

v

ABSTRAK

Penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru pada masa kini sangat mendapat perhatian para penyelidik. Dalam konteks kajian ini,hanya tiga objektif sahaja yang dikaji iaitu tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT, halanganhalangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT dan cara mengatasi halangan-halangan tersebut. Seramai 87 orang guru di tiga buah sekolah menengah luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor telah terlibat. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik yang telah dibina sendiri oleh penyelidik. Ia mengandungi lima bahagian utama. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = 0.91. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran para guru terhadap penggunaan komputer dan ICT masih berada pada tahap sederhana. Para guru juga lebih cenderung menggunakan komputer dan ICT hanya terhad kepada penggunaan peribadi sahaja dan bukan untuk tujuan P&P. Antara halangan-halangan yang telah dikenalpasti ialah faktor masa, faktor sikap, faktor latihan dan faktor kemudahan. Cadangan untuk mengatasi halangan tersebut juga dikemukakan.

vi

ABSTRACT

Nowadays, computers and ICT application among teachers has attracted researchers’ attention that need to be considered and studied. This study focused only on three objectives that are the level of computer skills and types of ICT application among teachers, barriers in using computers and ICT and methods to overcome the problems. Eighty seven teachers from three different rural schools in Kulai Jaya, Johor were involved in this study. The instrument used to measure the data was a questionnaire built by the researcher. It contained 5 main sections. Reliability value of the instrument was α = 0.91. Descriptive statistics analysis in the form of frequencies, mean and percentages was used in the data analysis. As a whole, the results of this study showed that the computer skills level among teachers was still at the average level. Teachers tend to use computer and ICT only for their personal usage and not for teaching and learning processes. Among the identified barriers in using computers and ICT were time factor, attitude factor, training factor and facilities factor. Suggestions to overcome this barriers has also been included in this study.

vii

KANDUNGAN

BAB

1

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI SINGKATAN

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

PENDAHULUAN

1

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

3

1.3 Pernyataan Masalah

6

1.4 Objektif Kajian

7

1.5 Persoalan Kajian

8

1.6 Kepentingan Kajian

8

1.7 Batasan Kajian

9

1.8 Definisi Operasional

10

1.8.1 Penggunaan

10

1.8.2 Komputer

10

viii

2

3

1.8.3 Sikap Guru

11

1.8.4 Penggunaan Komputer Dalam Profesion

11

1.8.5 Penggunaan ICT

11

1.9 Penutup

12

TINJAUAN LITERATUR

13

2.1

Pengenalan

13

2.2

Kepentingan Komputer Dalam Pendidikan

13

2.3 Konsep Teknologi Pendidikan

14

2.4 Teori Sikap dan Pembelajaran

16

2.5

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

17

2.6

Umur

18

2.7 Jantina

19

2.8

Latihan

21

2.9

Galakan Pentadbir

23

2.10 Kemudahan Komputer di Sekolah

24

2.11 Sikap Terhadap Komputer

25

2.12 Penutup

26

METODOLOGI KAJIAN

27

3.1

Pengenalan

27

3.2

Reka Bentuk Kajian

28

3.3

Lokasi Kajian

29

3.4

Sampel Kajian

30

3.5

Instrumen Kajian

31

3.5.1 Bahagian A

32

3.5.2 Bahagian B

32

3.5.3 Bahagian C

33

3.5.4 Bahagian D

33

3.5.5 Bahagian E

34

3.6

Prosedur Kajian

34

3.7

Kajian Rintis

35

3.8

Analisis Data

35

ix 3.9

4

Penutup

36

ANALISIS DATA

37

4.1 Pengenalan

37

4.2 Demografi Responden

38

4.2.1 Demografi Responden Mengikut Umur

38

4.2.2 Demografi Responden Mengikut Jantina

39

4.2.3 Demografi Responden Mengikut Status

39

4.2.4 Demografi Responden Mengikut

40

Kelulusan Akademik / Ikhtisas 4.2.5 Demografi Responden Dari Segi

40

Pemilikan Komputer Sendiri 4.2.6 Demografi Responden Dari Segi

41

Pengalaman Mengajar 4.2.7 Demografi Responden Dari Segi

42

Pengalaman Mengikuti Kursus Komputer Dan ICT 4.2.8 Demografi Responden Dari Segi Bekalan

42

CD Perisian Komputer Berkaitan Subjek Yang Diajar

5

4.3

Dapatan Persoalan 1

4.4

Dapatan Persoalan 2

4.5

Dapatan Persoalan 3

4.6

Penutup

43 48 51 54

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Ringkasan Kajian 5.2.1

Demografi Responden

55 55 56

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 5.3.1 Persoalan Kajian 1

57

x 5.3.2 Persoalan Kajian 2

59

5.3.3 Persoalan Kajian 3

61

5.4 Rumusan Kajian

63

5.5 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian

63

5.6 Implikasi Kajian Lanjutan

65

5.7 Penutup

66

RUJUKAN

67

LAMPIRAN A

71

LAMPIRAN B

80

LAMPIRAN C

84

LAMPIRAN D

87

LAMPIRAN E

89

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Lokasi Kajian

29

3.2

Bilangan Responden di Setiap Sekolah

30

3.3

Pengkelasan Skala

32

3.4

Pengkelasan Skala

33

3.5

Tahap Penilaian dan Min

36

4.1

Demografi Responden Mengikut Umur

38

4.2

Demografi Responden Mengikut Jantina

39

4.3

Demografi Responden Mengikut Status

39

4.4

Demografi Responden Mengikut Kelulusan

40

Akademik / Ikhtisas 4.5

Pemilikan Komputer Sendiri

41

4.6

Pengalaman Mengajar

41

4.7

Pengalaman Mengikuti Kursus Komputer

42

Dan ICT 4.8

Bekalan Perisian Komputer Berkaitan Subjek

42

Yang Diajar 4.9

Taburan Responden Mengikut Peratus (%)

43

Dan Min Dari Segi Kekerapan Dan Bentuk Penggunaan Semasa P&P 4.10

Taburan Responden Mengikut Peratus (%) Dan Min Dari Segi Tahap Kemahiran Menggunakan Komputer Dan ICT

45

xii 4.11

Taburan Responden Mengikut Peratus (%)

48

Dan Min Dari Segi Halangan-Halangan Terhadap Penggunaan Komputer Dan ICT 4.12

Halangan Lain Yang Tidak Tersenarai Dalam

52

Borang Soal Selidik 4.13

Cadangan Untuk Mengatasi Halangan Bagi Penggunaan Komputer Dan ICT Semasa P&P Dilaksanakan

53

xiii

SENARAI SINGKATAN

ABM

-

Alat Bantu Mengajar

CD

-

Compact Disc

CD-ROM

-

Compact Disc-Read Only Memory

SMK

-

Sekolah Menengah Kebangsaan

EPRD

-

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

ICT

-

Information and Communication Technology

KDP

-

Komputer Dalam Pendidikan

P&P

-

Pengajaran dan Pembelajaran

PPBK

-

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

%

-

Peratus

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Borang Soal Selidik

71

B

Data Kajian Rintis SPSS versi 11.5

80

C

Surat Kebenaran Bahagian Perancangan

84

Dan Penyelidikan Dasar Pelajaran D

Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri

87

E

Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan,

89

UTM

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada era masyarakat bermaklumat (information society) menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media pengajaran dan pembelajaran.

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and Communication Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991). Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

2 Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju hanya akan tercapai sekiranya setiap golongan masyarakat kaya dengan maklumat dan bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Maka golongan pelajarlah yang menjadi sasaran penting kerana mereka merupakan penggerak sebenar kemajuan negara di masa hadapan. Oleh itu, guru yang terlibat secara langsung dalam arena pendidikan seharusnya memberikan komitmen dan tumpuan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat ke arah merealisasikan matlamat tersebut.

Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah guru-guru dapat menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di dalam proses pengajaran dan pembejarannya di dalam kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada gunanya jika komputer digunakan tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan baik dan pelajar tidak mendapat manfaat. Menurutnya lagi, guru perlu memahirkan diri dengan komputer supaya pengajaran yang disampaikan menjadi lebih berkesan.

Selain itu, guru mesti mampu mewujudkan suasana di mana pelajar lebih seronok belajar dengan menggunakan komputer. Sebenarnya, ia berkaitan dengan beberapa halangan yang timbul untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

Keberkesanan dan kemantapan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi bergantung kepada keupayaan serta kebolehan aplikasi media teknologi maklumat yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran terhadap penerimaan dan persiapan mental serta komitmen dalam penggunaan teknologi ini di kalangan guruguru secara amnya. Apakah mereka sudah bersedia menghadapi perubahan ini atau bagaimana? Persoalan ini akan timbul apabila masih ada lagi di kalangan guru yang tidak mahu langsung untuk menggunakan teknologi . Guru-guru akan bertukar peranan, yang selama ini mereka melaksanakan pengajaran secara biasa kepada pengajaran interaktif dengan menggunakan komputer sebagai alat bantu di dalam kelas.

3 Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas menggambarkan penekanan terhadap sains dan teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian yang gemilang, terbilang dan cemerlang menjelang tahun 2020. Oleh itu, pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu perkara yang wajib untuk membolehkan negara maju bergerak ke hadapan.

Oleh yang demikian, para guru di alaf baru ini perlu bersiap sedia dengan pengetahuan mengenai komputer. Ini adalah disebabkan satu hari nanti, tiada lagi istilah bebanan dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.

1.2

Latar Belakang Masalah

Di negara-negara maju, komputer digunakan dalam semua aspek kehidupan dari bidang pengurusan pentadbiran hinggalah ke bidang penerokaan angkasa lepas. Dari aspek pendidikan, komputer dikatakan mampu menyediakan pelajar untuk hidup dalam masyarakat. Maka, program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) telah diperkenalkan di sekolah-sekolah.

Projek Rintis Komputer Dalam Pendidikan telah mula dilaksanakan pada tahun 1992. Di dalam projek ini, Literasi Komputer diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 2. Untuk membantu sekolah melaksanakan program ini, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Literasi Komputer. Marry Jo Langhore. et. al (1989) telah menyatakan,

“Computer literacy might be conceptualized as having three components; knowledge about computer, knowledge of computer application and knowledge about social issues pertaining to computer”

4 Menurutnya, Literasi Komputer mempunyai beberapa konsep yang perlu difahami sebagai asas pengetahuan dalam bidang ICT. Keupayaan untuk memperkenalkan penggunaan komputer ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah membayangkan perubahan yang ketara di kalangan guru-guru. Kajian-kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat di antara tahun 1987 dan 1992 mendapati bahawa penggunaan media komputer masih menjadi suatu matlamat yang eksklusif bagi kebanyakan guru-guru (Baker J.C., 1982).

Dalam hal ini, Rushby (1980) telah merumuskan fenomena ini sebagai

“While the real world uses computers to move forward, educators too often look studiously backward“

Semasa dunia menggunakan komputer untuk maju ke hadapan, pendidik selalu ketinggalan di belakang.

Rushby juga mendapati bahawa walaupun pihak kerajaan telah memberi dorongan yang kuat di samping sambutan oleh pihak swasta terhadap program komputer dan ICT, namun tidak terdapat bukti yang menunjukkan penerimaan yang kuat dari kalangan guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, terdapat keperluan yang amat tinggi untuk menilai status penerimaan guru-guru terhadap teknologi komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran (Bramble J., 1985).

Sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, komputer dan ICT juga telah digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran atau dikenali sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Learning (CAL). Menurut Rushby (1980:37),

5 “CAL, like other educational technologies and teaching methods, has various unique qualities and should be seen in the context of alternative methods of learning, each of which has its own useful qualities. It is one, but only one, of the tools that the teacher can use to help with his teaching and learning problems”

Sikap terhadap komputer dan ICT adalah faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer dan ICT. Ia juga boleh mempengaruhi motivasi seseorang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa sahaja (Raja Maznah Raja Hussain, 1995).

Sehubungan dengan itu, Menteri Pelajaran, Tan Sri Musa Muhamad (Utusan Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa “Kerajaan telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan para guru hendaklah menggunaan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang”.

Tajul Ariffin (1997), mendapati dalam banyak hal, kerap diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap fobia atau takut komputer serta negatif untuk menggunakannya dalam pengajaran dn pembelajaran. Tanpa persiapan dari semua aspek , segala program perubahan yang dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar untuk membentuk dan menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program perubahan di dalam sesebuah organisasi besar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia.

6 1.3

Pernyataan Masalah

Perubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Maklumat bertukar dalam mod digital, dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru. Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadi satu trend yang global, sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia dalam menggabungkan teknologi di bilik darjah (Mat, 2000). Seperti kenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu persidangan e-pembelajaran pada Mei 2000 di Kuala Lumpur, “Teknologi telah dan akan menjadi satu komponen penting pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Pendekatan dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran perlu

diubahsuai

mengikut

kewujudan

teknologi.

Guru

sepatutnya

dapat

mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran”. Dari kenyataan tersebut, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Adakah guru –guru bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi khususnya teknologi komputer untuk menghadapinya?

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

perlu

menangani

dengan

segera

penyenggaraan komputer dari segi kemudahan peralatan dan integrasi sistem, aplikasi, dan maklumat. Dalam era globalisasi ini, penggunaan ICT adalah suatu keperluan yang amat penting dalam segala urusan. Ada sesetengah guru yang dibekalkan dengan komputer riba (laptop), dan ada juga guru yang tidak dibekalkan dengan komputer riba. Adakah ini menjadi punca sebenar mengapa guru tidak mengaplikasikan penggunaan komputer dan ICT di dalam bilik darjah?

Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan pentadbir dan kemudahan komputer yang dibekalkan di sekolah telah dikenalpasti menjadi halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT

7 di kalangan guru-guru di sekolah. Dari itu, penyelidik ingin mengenalpasti halanganhalangan baru yang timbul dan halangan utama yang menjadi penyumbang terbesar terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru, terutama sekali di kawasan luar bandar. Selain itu, penyelidik juga akan mengkaji faktor-faktor baru yang dikenalpasti seperti pengalaman mengajar, faktor kemahiran, faktor sikap dan faktor masa. Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat perlunya ada kajian tentang halangan-halangan yang mempengaruhi penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru di kawasan luar bandar.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk :

1.4.1

Mengenalpasti tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT di kalangan

guru

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dilaksanakan. 1.4.2

Mengenalpasti halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4.3

Mengenalpasti

cara

mengatasi

halangan-halangan

penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru.

terhadap

8 1.5

Persoalan Kajian

1.5.1

Sejauh manakah guru-guru di sekolah mahir menggunakan komputer dan ICT serta apakah bentuk penggunaan ICT yang digunakan?

1.5.2

Apakah halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran?

1.5.3 Bagaimanakah

cara

menangani

halangan-halanagn

terhadap

penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Adakah mereka menggunakan teknologi komputer dan ICT yang sedia ada untuk mengubah cara bekerja?

Kajian ini juga mengemukakan cara bagaimana untuk mengatasi halanganhalangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru. Ianya boleh dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam menggunakan komputer sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasinya.

Di samping itu juga, kajian ini boleh dijadikan rujukan tambahan kepada bakal-bakal guru atau pun pelajar universiti. Pelajar-pelajar boleh menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi di dalam kajian ini untuk menghasilkan sebuah kajian yang lebih bermutu di samping boleh dijadikan bahan bacaan tambahan.

Related Documents


More Documents from "Anonymous Z3994m"