Quiz 2[1].doc Kll

  • Uploaded by: Anonymous Z3994m
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Quiz 2[1].doc Kll as PDF for free.

More details

  • Words: 997
  • Pages: 3
Bincangkan keunikan pengunaan internet dalam pendidikan? Pengunaan internet menyediakan peluang unik dan cabaran baru berbanding pengajaran bilik darjah tradisional. pelajar boleh mendapatkan pelbagai bahan sumber maklumat melepasi daripada kawasan sempadan bilik darjah sekolah. Internet juga memainkan peranan komunikasi yang boleh berkisar antara guru kepada pelajar, guru kepada guru, dan pelajar dengan pelajar sendiri. Contohnya, guru dan pelajar boleh berkomunikasi melalui e-mail atau beruap didaktik dan interaktif secara atau antara kumpulan. Selain itu internet juga boleh membantu pelajar mencapai matlamat asas pendidikan seperti perkembangan kemahiran asas yang kukuh, kepakaran isi kandungan, berfikiran kritis, serta berfungsi sebagai sebahagian daripada komuniti dan penglibatan pembelajaran sepanjang hayat. Apakah yang anda faham tentang teori konstuktivisme? Huraikan ciri-ciri utama konstruktivisme? Pada pendapat saya, menurut prinsip konstruktivisme proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. Teori ini sesuai untuk tajuk yang mudah difahami oleh pelajar melalui pendedahan yang minima. Di antara ciri-ciri utama teori kontruktivisme terbahagi kepada dua iaitu guru dan pelajar. Guru memainkan peranan sebagai pembinbing, pemantau dan jurulatih manakala para pelajar pula memainkan peranan dalam mengawal pembelajaran. Bagaimanakah teori knostruktivisme amat sesuai dengan PBW? Teori knostruktivisme amat sesuai dengan PBW dari segi interaksi, dimana para pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain. Konstruktivisme membolehkan pelajar mengubah idea dan menganalisis sesuatu maklumat tanpa had oleh itu PBW merupakan sistem terbuka yang boleh membantu pelajar bergerak luas walaupun mereka belajar di situasi tertutup. Bagaimanakah model PBW oleh Reeves (1997) memperkukuh PBW? Model PBW oleh Reeves memeperkukuhkan PBW dari segi interaktif, contohnya pelajar boleh berkomunikasi diantara satu sama lain dengan insrtuktur dan sumber dalam talian, selian itu sistem terbuka PBW membantu pelajar boleh bergerak luar daripada suasana pembelajaran dan keselarasan sedunia membolehkan seseorang di dunia ini mereka cipta dan menghantar dokumen debgan menggunakan bahasa pengatucaraan dan alamat internet yang standard. Terangkan teori knotruktivisme?

keanjalan

kognitif

oleh

spiro

etal.(1989)

dalam

teori

Menurut Spiro, Konstruktivisme menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka manakala Teori keanjalan Kognitif telah dibangunkan untuk mengatasi kesalahfahaman anatara pelajar bagi mempromosikan pemerolehan pegetahuan yang tinggi. Pandangan para pelajar adalah berlainan apabila

sesorang pelajar mengkonstuk konteks apa yang telah dipelajari oleh itu Teori keanjalan kognitif menangani peranan konteks maklumat yang diperoleh dalam konteks dunia sebenar serta mengelakkan kekeliruan yang dihadapi oleh para pelajar ketika menkonstruk pemahaman mereka., selain itu seperti semua pendekatan konstruvitis, teori keanjalan kognitif menekankan pengajaran berasaskan kes yang pelbagai dan secara meluas. Huraikan aktiviti – aktiviti yang boleh dijalankan dalam mengplikasikan internet dalam pendidikan? Aplikasi internet dalam pendidkan boleh dilakukan melalui tiga ketegori iaitu komunikasi, mendapatkan maklumat dan menerbitakan maklumat. Akitiviti yang melibatkan komunikasi boleh dilakukan melalui web blog, E-mel, listservs iaitu cara untuk menerima maklumat melalui internet tanpa mencarinya melalui e-mel, senarai mel menggunakan e-mel untuk menyampaikan topik tertentu kepada komputer anda. Aktiviti yang seterusnya aktiviti chatting yang membolehkan guru dan pelajar boleh chat dripada orang perseorangan atau kepada orang ramai. Seterusnya perolehan maklumat dalam pendidikan melalui internet iaitu plug-in yang membenarkan guru dan pelajar memaparkan dan menjalankan sesetengah jenis fail yang terdapat di dalam internet. Penerbitan maklumat guru dan pelajar boleh menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam internet. Pelajar dan guru boleh mencipta laman web mereka sendiri untuk menerbitakan bahan pengajaran dan pembelajaran masing- masing. Kenapakah aktiviti e-mel sangat berguna sebagai satu alat pengajaran dan pembelajaran? Aktiviti e-mel sangat berguna sebagai alat pengajaran dan pembelajaran kerana Ia cepat, murah dan menjimatkan kos pos. Guru dan pelajar boleh berbincang dalam kumpulan perbincangan dan bertanyakan soalan, membincangkan masalah dan berkongsi pengalaman degan cara mudah. Apa yang dimaksudkan dengan pendidkan jarak jauh? Pendidikan jarak jauh melibatkan pengasingan seseorang merentasi kawasan geografi. Pengasingan ini termasuk pengasingan guru daripada pelajar, dan pelajar dengan pelajar yang lain. Pengasigan ini berlaku melalui pengunaan Internet, ia bermakna kita boleh berkomunikasi merentasi sempadan tanpa had. Pendidikan jarak jauh boleh disampaikan melalui beberapa teknik seperti televisyen disokong oleh bahan bercetak melalui koresponden. Pendidikan jarak jauh boleh termasuk kursus, bengkel, syarahan dan seminar.

Bagaimanakah pengunaan internet mempengaruhi pendidikan jarak jauh? Pengunaan internet mempengaruhi pendidikan jarak jauh dari segi kecanggihannya kerana megintegrasikan imej (kaku dan bergerak), teks, bunyi, dan juga boleh berkomunikasi dalam masa sebenar. Mesej boleh dicipta, dihantar dan dibaca pada bilabila masa yang sesuai.. Penggunaan internet juga membolehkan pembelajaran jarak jauh dapat dijalankan secara linear atau tidak linear. Pengunanan internet tidak bergantung pada tempat mesej dan sumber bahan boleh diperoleh dan ditukar secara global, sama ada perjalanan, menghadiri persidangan, di rumah atau di pejabat. Huraikan ciri-ciri yang terdapat dalam pendidikan jarak jauh yang menjadi keistemewaan terhadap PBW? Ciri-ciri yang terdapat dalam pendidkan jarak jauh yang menjadi keistimewaan PBW adalah melalui kuasa tinggi ini kerana tulang belakang rangkaian ini boleh menghantar bersamaan 20 jilid set ensiklopedia dalam beberapa saat. Mesej boleh dihantar dengan pantas. Selain itu internet tidak bergantung pada masa misalnya mesej boleh dihantar dan dibincang pada bila bila masa yang sesuai. Pendidikan jarak jauh pula merupakan pengasingan dari segi geografi, oleh itu tempat tidak menjadi masalah dalam pengunann internet, misalnya mesej dan sumber bahan boleh diperoleh dan ditukar secara global, sama ada dalam perjalanan, menghadiri persidangan, di rumah atau di pejabat. Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran kolobratif? Pembelajaran kolobratif adalah pembelajaran secara kumpulan, contohnya melibatkan kumpulan pelajar yang kecil, biasanya empat hingga enam orang untuk menyiasat, menyelidik, berbincang, mempersembahkan fakta dan pendapat, serta sampai pada permuafakatan berkenaan sesuatu topik yang telah ditugaskan oleh pengajaran atau bersetuju oleh kumpulan dan guru. Bincangkan kebaikan dan keburukan PBW? Di antara kebaikan PBW adalah Hiperteks dan interaktiviti iaitu hiperteks menyediakan bentuk termudah interaksi pengguna serta membolehkan pengguna mengawal maklumat, selain itu dengan mengklik pada teks hiperpaut atau imej akan membawa anda kepada muka atau laman lain. Seterusnya penyampaian multimedia dapat disampaikan kepada web melaui pelayan grafikal. Gambar foto boleh disampaikan begitu juga audio, video, dan animasi. Diantara keburukan PBW adalah pelayan dan pelantar yang berbeza pada skrin sehingga mrnghasilkan keputusan yang berlainan. Versi berlainan juga menhasilkan output yang berlainan. Pengguna boleh muat turun sebarang teks atau fail imej tetapi undang-undang hakcipta terpelihara tidak tejamin.

Related Documents

Quiz 2[1].doc Kll
May 2020 14
Quiz
November 2019 39
Quiz
May 2020 34
Quiz
November 2019 35
Quiz
May 2020 33

More Documents from ""