Nisfu Syaaban

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nisfu Syaaban as PDF for free.

More details

  • Words: 1,251
  • Pages: 5
Unit Dakwah & Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam & Moral, KPM CERAMAH NISFU SYAABAN 1- PENGENALAN (Rujuk Slaid 3) . Dikesahkan bahawa satu hari Nabi Isa a.s berjalan-jalan maka ia terpandang sebuah gunung yang sangat besar maka beliau pun mendakinya sehingga sampai pada sebuah batu yang sangat putih, lebih putih dari warna susu Apabila Nabi Isa a.s melihat batu itu, ia sangat kagum sehingga ia berpusing-pusing mengelilingi batu tersebut. Kemudian Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau “Wahai Isa, adakah kamu mahu kalau aku tunjukkan yang lebih indah dan yang lebih mengkagumkan dari ini?” Maka berkata nabi Isa a.s. “ Ya, aku hendak melihatnya”. Setelah nabi Isa a.s berkata demikian maka Allah s.w.t. pun memecahkan batu yang besar itu dan sebaik sahaja batu itu pecah maka kelihatan seorang tua berjubah putih sedang solat, di sisinya ada sebatang tongkat dan setangkai buah anggur. Apabila nabi Isa a.s melihat keadaan orang tua itu begitu rupa maka dia pun bertanya “ Wahai Sheikh, apakah yang sedang kamu buat di sini ?”. Berkata Sheikh “ Inilah rezekiku yang Allah beri setiap hari”. Nabi Isa a.s bertanya lagi “ Sejak berapa lama kamu beribadat di sini ?. Sheikh menjawab “ Aku sudah berada di sini selama 400 tahun”. Kemudian nabi Isa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t. “ Ya Allah !, adakah engkau telah mencipta sesuatu yang lebih hebat dari apa yang aku saksikan pada orang tua ini ?”. Allah mewahyukan kepada nabi Isa a.s. “ Wahai Isa, kalaulah umat akhir zaman (umat nabi Muhammad s.a.w.) menjumpai bulan Syaaban maka mereka mengerjakan solat Baraah pada malam pertengahannya ( malam nisfu Syaaban), niscaya solat itu lebih baik daripada ibadah hambaku ini selama 400 tahun”. Kemudian nabi Isa a.s berkata “Alangkah bahagianya diriku ini sekiranya aku dapat menjadi umat nabi akhir zaman”. ( umat nabi Muhammad s.a.w).

2- PENGERTIAN SYAABAN.( ‫( ) شعبان‬Rujuk Slaid 4) ‫ ش‬dimaknakan ‫ شرف‬ertinya kemuliaan ‫ ع‬dimaknakan ‫علو‬

ertinya ketinggian

‫ ب‬dimaknakan ‫ ِ بر‬ertinya kebajikan ‫ا‬

dimaknakan ‫الف‬

ertinya jinak

‫ن‬

dimaknakan ‫ نور‬ertinya cahaya 1

a) Syarafun (Kemuliaan) Kemuliaan bulan Syaaban yang dikurniakan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w adalah seperti kemuliaan darjat dan kejadiannya. Dengan sebab itu Syaaban adalah bulan nabi Muhammad. Dalam bulan Syaaban dikurniakan pahala ibadat sampai 700 kali ganda, bulan dikurniakan keampunan bagi orang yang memohon taubat terutama pada malam pertengahannya. b) Uluwun (Ketinggian) Ketinggian darjat iman dikurniakan Allah kepada orang yang berpuasa dan beribadat di bulan Syaaban yang mulia dan dikurniakan juga ketinggian darjat di hari akhirat dengan balasan syurga kerana memuliakan bulan Syaaban dengan mengerjakan amalan-amalan yang terpuji di dalamnya. c) Birrun (Kebajikan) Melakukan amal kebajikan dalam bulan Syaaban dijanjikan oleh Allah dengan kebajikan yang lebih besar di sisi Allah, mereka akan diberi kedudukan yang sangat tinggi di dalam syurga di akhirat kelak. d) Ulfun (Jinak) Kejinakan hati seseorang melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban dijanjikan rahmat dan keampunan yang amat banyak daripada Allah. Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah melalui ibadat-ibadat fardhu dan sunat e) Nurun (Cahaya) Melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban menghasilkan cahaya iman dari Allah kepada hambanya. Cahaya ibadat hambanya yang dikurniakan Allah itu akan menjadi penyelamat di hari akhiran kelak. 3- AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN (Rujuk Slaid 7) Berkata Imam Syahrurazi Sohiba ‘Awariful Maarif. Apabila telah selesai solat maghrib hendak dibaca Yasin dengan niat mohon panjangkan umur dalam mentaati perintah Allah kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat diluaskan oeh Allah rezekinya yang halal dan diberkati kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan Yasin dengan niat supaya Allah matikan dalam iman (Husnul Khotimah) kemudian dibacakan doanya. Selain daripada itu perbanyakkanlah membaca bacaan-bacaan berikut: 1. Penghulu Istighfar , ‫ اعوذبصك مصن شرمصا صصنعت‬, ‫ ووعدك مصا اسصتطعت‬, ‫ وانصا على عهدك‬, ‫ انصا عبدك‬, ‫ لاله انصت خلقتنصى‬,‫اللهصم انصت ربصى‬ ‫ فانه ل يغفر الذنوب ال انت‬, ‫ فاغفرلى‬, ‫ وابوء بذنبى‬, ‫ ابوء لك بنعمتك على‬. 2. Mohon keampunan dua ibubapa ‫رب اغفرلى ولوالدى وارحمهما كما ربيانى صغيرا‬ 2

3. Mohon taubat dan keampunan diri ‫ كالي‬100 . ‫استغفر ال العصظيم واتوب اليه‬ 4. Membaca Al-Quran 5. Membaca Tasbih seperti: a) ‫سبحان ربى العلى وبحمده‬ b) ‫سبحان ال وبحمده سبحان ال العظصيم‬ c) ‫سبحان ال والجمد ل ول اله ال ال وال اكبر‬ ‫ول حول ول قوة ال بال العلى العظيم‬ 6. Membaca Selawat kepada Nabi ‫اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم‬ 4- KELEBIHAN BULAN SYAABAN (Rujuk Slaid 9) Maksud Hadith : Daripada Nabi Muhammad s.a.w, sesunggguhny bersabda: “Keistimewaan Bulan Syaaban adalah mengatasi segala bulan, sebagaimana keistimewaan para nabi dan Bulan Ramadhan adalah mengatasi keistemawan segala bulan. Sebagaimana Allah memberi keistimewaan kepada hamba-Nya” 1.

Sabda Nabi s.a.w. Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kebaikan bulan Syaaban atas segala bulan adalah seperti kelebihanku atas kamu. Al-Hadith

2.

Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan kepada nabi Allah Yusuf a.s di dalam syurga , diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayub dan nabi Daud. Jika sempurnakan puasanya sebulan dalam bulan Syaaban , dimudahkan baginya oleh Allah Sakaratul Maut dan ditolak baginya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan baginya huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan ke atasnya syurga. Al-Hadith

3.

Barang siapa berpuasa pada awal hari Khamis dalam bulan Syaaban dan akhir hari Khamis dalam bulan itu., dimasukkan dia ke dalam syurga. . AlHadith

4.

Berkata Siti Aisyah r.a. Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w ialah bulan Syaaban. . Al-Hadith

5.

Sabda Nabi s.a.w. Syaaban adalan bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikannya (rohani dan jasmani) . Al-Hadith 3

6.

Sabda Nabi s.a.w. Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban kemudian dia berselawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya. Dan berkata Rasululah s.a.w lagi bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat. Al-Hadith Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban enam golongan manusia: a. b. c. d. e. f.

7.

Orang Orang Orang Orang Orang Orang

yang yang yang yang yang yang

kekal minum arak durhaka kepada ibu bapa kekal dalam zina banyak berkelahi bersumpah palsu dalam jualannya mengadu domba

Riwayat daripada Abil ‘Asi. Sabda Rasulullah s.a.w. Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malam Allah Taala turun ke langit dunia lalu berfirman; Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya. Adakah orang-orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya. Adakah orang-orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Al-Hadith

8.

Sabda Nabi s.a.w. Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Al-Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala ambia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. Al-Hadith

9.

Bulan Syaaban, keagungan malamya pada malam Nisfu Syaaban seperti mana keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata; Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan sekalian orang yang tiada menyekutukannya (syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa. Al-Hadith

10.

Sabda Nabi s.a.w. Allah menilik hambanya dimalam Nisfu Syaaban maka diampunkan segala dosa makhluknya melainkan dosa orang syirik dan dosa orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

‫وال اعلم‬

4

5

Related Documents

Nisfu Syaaban
June 2020 29
Nisfu Syaaban
May 2020 25
Pelajaran Dari Nisfu Syaaban
November 2019 20
Bulan Syaaban
May 2020 34
Nisfu Sya'aban
June 2020 14