Neng Punyer Lagi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Neng Punyer Lagi as PDF for free.

More details

  • Words: 2,099
  • Pages: 8
Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. “Di sana (Kraftangan Malaysia) saya telah mempelajari selok belok membuat batik dan dalam tahun 1980 saya memulakan perniagaan batik di Kuala Terengganu,” katanya. Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah. Selepas 26 tahun, tuanpunya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik. “Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula dari sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang untuk membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi di sana,” katanya. Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah. Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting. “Kami banyak menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas kain, dan ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu,” katanya. Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya. Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya. Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara — Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

WALAUPUN beliau merupakan pemilik bersama syarikat pengeluar batik tersohor, Noor Hijerah Hanafiah menganggap dirinya tetap seorang pekerja sama seperti orang lain.

NOOR HIJERAH bersama pereka fesyennya, Shabri Saab.

Maknanya, beliau bekerja makan gaji dan menerima gaji bulanan seperti juga kakitangan yang lain. Katanya, mungkin bila mereka melihat bos juga bekerja dan tidak terkecuali dengan peraturan syarikat akan menguatkan semangat kuat bekerja di kalangan mereka. ''Sebenarnya saya dan suami ingin mewujudkan suasana yang selesa dan gembira di kalangan kakitangan Noor Arfa.'' Noor Hijerah menambah, pada waktu yang sama beliau memang suka bekerja dan tidak tahu duduk diam. Bila bekerja fikiran pun segar dan sentiasa aktif dan ini mungkin kerana sudah biasa bekerja. Noor Hijerah juga menganggap kakitangannya adalah aset kerana sama-sama membantu menjayakan matlamat Noor Arfa Batek. ''Masalah-masalah kecil yang boleh diatasi adalah perkara biasa. Namun di kala negara menghadapi kemelesetan ekonomi keadaan kami agak sukar. ''Alhamdulillah, di sebalik segala kepayahan ia dapat juga dilalui dengan tenang dan jayanya.'' Noor Hijerah menambah, selain disiplin dan tegas, sifat sabar juga perlu ada kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Katanya, tanpa disiplin, tegas dan sabar, kejayaan tidak mudah diperoleh dan itulah antara resipi kejayaan Noor Arfa Batek selain memastikan produknya berkualiti dan pasarannya mencapai sasaran. ''Kalau kita mahu mereka berdisiplin dan kuat bekerja tentulah kita di peringkat pengurusan juga perlu berbuat demikian. Pada waktu yang sama sistem pengurusan juga mesti betul,'' kata Hijerah yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Noor Arfa Batek. Menariknya beliau bukan sahaja dianggap seperti bos tetapi dalam waktu yang sama seperti seorang ibu kepada anak-anak yang lain. ''Dalam lembut mesti ada ketegasannya. Ia bukan sahaja dipraktikkan di syarikat Noor Arfa tetapi juga di rumah,'' ujar Noor Hijerah lagi.

Ibu kepada tiga anak lelaki, Wan Mohd. Azwan, Wan Mohd. Affiz dan Wan Mohd. Affendi juga melatih anak-anaknya termasuk menantunya Tunku Fazura Idayu dalam bidang perniagaan walaupun ada yang masih lagi bersekolah. Bermula dengan dua orang pekerja dan modal RM1,000, Noor Arfa Batek ditubuhkan pada tahun 1980 di atas landasan minat yang mendalam terhadap bidang kraf tangan. Noor Hijerah memberitahu, semuanya bermula selepas mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70-an. Di situlah beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya. Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya dan menetap di Kuala Terengganu. Di sinilah bermula segala-galanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan ini, maka Wan Mohd. Ariffin memastikan impian Hijerah menjadi kenyataan. ''Saya masih ingat lagi mula-mula perniagaan dibuat di rumah saya. Saya mencanting batik, buat frame sehingga ia mula dikenali ramai. ''Selepas itu barulah kami menubuhkan Noor Arfa Batek pada tahun 1980. Saya bersyukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan dan mendapat sokongan daripada suami,'' ujar Hijerah lagi. Noor Arfa Batek hasil singkatan nama Noor Hijerah dan suaminya Wan Mohd. Ariffin Wan Long mula berkembang. Malah suaminya sendiri berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap syarikat yang baru ditubuhkan. Suaminya adalah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut. Hari ini syarikat milik mereka terus berkembang maju. Terdapat 10 jabatan dan 10 orang eksekutif serta lebih 200 orang pekerja. Selain itu terdapat tiga pereka fesyen terdiri daripada mereka yang arif di bidang fesyen dan rekaan. Produk awal Noor Arfa Batek ialah kaftan batik. Nampaknya ramai yang menyukainya apalagi di kalangan pelancong yang singgah di Kuala Terengganu. ''Saya masih ingat di peringkat awal, produk kami dijaja sendiri. Biarpun melalui pelbagai cabaran dan rintangan dan tidak kurang penatnya saya gembira. ''Seorang pelancong memberitahu saya, mengapa tidak menghasilkan rekaan yang disukai pelancong juga. Rekaan yang lebih kontemporari. Kata-katanya itu bagaikan memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan yang lebih kontemporari.'' Bagaimanapun Noor Hijerah tidak menafikan bahawa bukannya sesuatu yang mudah untuk berjaya. Sebab itulah beliau yakin ketabahan itu merupakan antara faktor penting untuk berjaya. Berkat kesabaran beliau dan suami berjaya juga mencatat kejayaan dengan muncul sebagai pembekal batik terbesar negara dan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Records.

Hari ini terdapat 200 produk batik Noor Arfa berada di pasaran. Corak yang ringkas, menawan serta berkualiti tinggi merupakan salah satu faktor kejayaan Noor Arfa. Berbekalkan keyakinan dan kreativiti pada era baru ini, pasangan tersebut telah mengorak langkah dengan mewujudkan sebuah pusat koleksi kraf tangan yang dikenali sebagai Kompleks Kraf Noor Arfa yang terletak di kawasan industri Cendering, Terengganu. Dari premis pengeluaran koleksi batik terkenal Noor Arfa juga mengadakan demonstrasi proses membuat batik yang unik seperti canting dan terap batik.Selain itu turut dipamerkan ialah demonstrasi membuat songket serta produk-produk anyaman mengkuang dan hiasan kaca. Selain itu dua lagi cawangan Noor Arfa yang terdapat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur serta di Aked Mara, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Noor Arfa juga mempunyai syarikat francais sendiri yang diterajui oleh anaknya Mohd. Azwan. Kini rekaan Noor Arfa bukan sahaja menampilkan rekaan batik, songket yang eksklusif malah sudah menjadi bualan ramai serta mereka yang terlibat dalam industri fesyen. Menariknya Noor Arfa bukan sahaja untuk golongan atasan tetapi juga untuk semua. Pendek kata, mampu dipakai oleh semua yang menggemari batik mahupun songket. Noor Arfa Batik akan meraikan jubli perak sekitar Mac nanti dengan mengaturkan beberapa program termasuk pertunjukan fesyen. Impiannya agar suatu hari nanti Noor Arfa juga mencipta nama dan kejayaan seperti nama-nama besar di peringkat global.

Mukadimah Para pencinta batik tanah air tentu amat mengenali jenama Noor Arfa Batek, syarikat pengeluar batik yang terbesar di negara ini sehingga membolehkan syarikat itu tercatat dalam Malaysia Book of Records. Di sebalik nama gemilang itu, pasti ada penggerak utama dan beliau tidak lain dan tidak bukan Pengarah Eksekutif Noor Arfa Batek, Noor Hijerah Hanafiah, 49. Sentiasa disokong oleh suami tersayang, Wan Mohd. Ariffin Wan Long, 50, mereka membangunkan Noor Arfa Batek sehingga mencapai tahap sekarang. Hari ini terdapat 200 produk batik Noor Arfa berada di pasaran dengan tenaga kerja lebih 250 orang. Apa yang membanggakan Kompleks Kraf Noor Arfa yang berharga RM5 juta kini dalam pembinaan di kawasan industri Cendering, Terengganu. Selain itu, Noor Arfa juga mempunyai cawangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur; Aked Mara, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan beberapa syarikat francais di seluruh negara.

Usahawan gigih ini dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Wan Mohd. Azwan, 25, Wan Mohd. Affiz, 22, dan Wan Mohd. Affendi, 17, yang kesemuanya diajar berniaga. Noor Hijerah berasal dari Langgar, Kedah, manakala suaminya dari Terengganu. Wartawan ROSMAH DAIN dan jurugambar AZMAN GHANI berkongsi pengalaman wanita yang berjiwa kental ini dalam membangunkan Noor Arfa Batek. Ceritakan serba ringkas mengenai permulaan kerjaya anda dalam perniagaan batik? Noor Hijerah: Ketika di bangku sekolah, saya memang minat melukis dan pernah mengikuti kursus kraf tangan dan batik di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM) cawangan Kota Bharu, Kelantan pada akhir tahun 1970-an. Pada waktu itu juga saya bertemu dengan suami yang merupakan tenaga pengajar di LKKM. Kemudian saya bertugas di sana selama hampir setengah tahun sebelum suami mendorong saya membuka perniagaan batik bersamanya. Saya mula menubuhkan Noor Arfa pada tahun 1980 di Terengganu selepas beberapa tahun membuka sebuah bengkel kecil di belakang rumah dengan empat orang pekerja. Noor Arfa sendiri merupakan gabungan nama saya dan suami. Noor Arfa terkenal dengan batik lukis kontemporari. Bagaimanakah anda merealisasikan idea anda dengan pasaran semasa? Untuk mengelak daripada mengeluarkan produk yang sama dan ingin membuat perubahan, saya mengetengahkan batik lukis. Produk yang banyak dikeluarkan menerusi motif berkenaan ialah baju kaftan. Pada masa itu ramai pengusaha hanya memasarkan batik sarung, batik cop dan batik terap. Ramai daripada pengusaha batik pada masa itu berasa pelik dengan produk keluaran kami kerana merasakan tiada siapa yang berminat untuk membeli kain batik kami. Alhamdulillah, pasaran batik lukis tangan ciptaan saya mendapat pasaran yang baik. Waktu itu batik lukis hanya dijual di Kuala Lumpur dan cuma dibeli oleh orang-orang kenamaan kerana harga batik lukis adalah mahal. Kini ciptaan batik kami lebih kontemporari dan boleh disuaipadan mengikut cita rasa fesyen semasa dan semua orang boleh memiliki batik pada harga yang amat berpatutan.

Pada tahun 1987, saya mempunyai kilang sendiri di Terengganu dengan pekerja lebih seratus orang.

Apakah pendekatan yang anda gunakan untuk melayani pekerja? Saya melatih sendiri para pekerja yang saya ambil bekerja kerana mereka tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan mengenai batik. NOOR HIJERAH

Saya juga kerap menyertai pelbagai kursus yang diperlukan untuk memperkembangkan pengetahuan dan pengeluaran batik syarikat saya dan berusaha untuk memastikan kejayaan syarikat. Mengenai rekaan batik, saya tidak mahu menyempitkannya dengan rekaan-rekaan yang terbatas. Saya tahu untuk berjaya dalam bidang perniagaan tidak sesukar mengekalkan kejayaan berkenaan untuk satu tempoh yang lama. Saya mempunyai sasaran untuk mengekalkan jenama Noor Arfa Batek sehingga sampai ke anak cucu dan itu mesti saya kotakan. Saya melayan para pekerja tanpa ada sebarang pilih kasih, tegas dan saya sendiri ada sistem pengurusan yang baik. Biarpun pekerja berkenaan mungkin terdiri daripada ahli keluarga, tetapi mereka mesti mengikut peraturan kerja yang ditetapkan. Saya sendiri mesti ikut segala peraturan yang ada agar saya menjadi contoh kepada semua kakitangan. Bagaimanakah kerjasama anda dengan suami untuk menaikkan prestasi syarikat? Biarpun saya yang memulakan syarikat, saya tetap menganggap suami saya adalah ketua saya. Saya beranggapan biarpun setinggi mana kedudukan isteri, suami tetap nombor satu. Suami saya memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Noor Arfa. Dalam segala urusan kerja saya akan berbincang bersama suami dan membuat keputusan bersama. Saya sendiri suka turun padang dan memantau perkembangan syarikat kerana sebagai ketua, saya tidak boleh duduk diam sahaja. Tugas utama saya sekarang adalah memantau reka cipta. Apakah rahsia anda berniaga sehingga berjaya? Saya mengakui sukar untuk sampai ke tahap ini sekiranya tidak disertakan dengan usaha. Banyak ranjau dan cabaran dalam perniagaan yang perlu ditempuhi.

Sebenarnya Noor Arfa betul-betul berjaya dalam tempoh empat tahun ini apabila kita mula memasuki pasaran global di samping dorongan yang kuat daripada isteri Perdana Menteri, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood untuk mempromosikan batik ke arena antarabangsa. Kami turut mempunyai butik di London, Los Angeles dan Miami. Bagaimanakah anda mengekalkan kehalusan dan motif Noor Arfa yang menarik? Kami memastikan pada setiap bulan rekaan corak dan motif batik kami akan berubah mengikut tema dan cita rasa. Saya berharap jenama Noor Arfa akan kekal hingga beberapa generasi akan datang dan kami dapat membuka kedai di semua negeri dan mengeksport batik untuk pasaran luar negara seperti ke negara-negara Asean dan Eropah. Syarikat kami turut mengeluarkan sutera, batik sarung, batik lukis tangan, terap dan cetak. Noor Arfa ditubuhkan pada 1980 dengan modal permulaan RM1,000 dan aktiviti utamanya adalah pembuatan batik lukis tangan dengan tenaga kerja dua iaitu pasangan suami isteri Wan Mohd Ariffin Wan Long dan Noor Hijerah Hanafiah.

Related Documents

Neng Punyer Lagi
June 2020 2
Neng
November 2019 21
Lagi-lagi Plagiat
May 2020 30
Halogen Lagi
November 2019 33
Hidrologi Lagi
April 2020 29