XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXX
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN TINGKATAN 2 NAMA DAN LAMBANG-LAMABANG KEMEGAHAN SEKOLAH
NAMA : XXXXXXX TINGKATAN : XXXXXXXX NO.K/P : XXXXXXXXXX NAMA GURU : XXXXXXXXXX
KANDUNGAN BIL
KANDUNGAN
M/S
1
PENGHARGAAN
1
2
OBJEKTIF KAJIAN
2
3
KAEDAH KAJIAN
3
4
HASIL KAJIAN
ASAL USUL NAMA SEKOLAH SEBAB-SEBAB NAMA ITU DIPILIH TARIKH ITU MULA DIGUNAKAN LAMBANG-LAMBANG SEKOLAH IKRAR SEKOLAH VISI SEKOLAH FALSAFAH SEKOLAH PIAGAM PELANGGAN OBJEKTIF SEKOLAH MAKNA DAN LAMBANG-LAMBANG TERSEBUT
4 5 6 7 8 9 10 11
5
RUMUSAN
12
6
LAMPIRAN
13
7
RUJUKAN
15
8
KOMEN GURU
16
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Penghargaa n ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~~~~~~~~
PENGHARGAAN… Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya. Saya dapat melaksanakan tugasan saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Oleh demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua, Puan Hjh Wan Jah binti Wan Yaacob yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk melaksanakan tugasan saya. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada En. Mahdzir b. Mohamed, guru matapelajaran Sejarah yang sentiasa memberi dorongan, galakan, dan nasihat kepada saya semasa membuat perbincangan. Tidak ketinggalan juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang sentiasa memberi galakan dan sumbangan agar saya dapat menghasilkan tugasan yang lebih baik.Insyallah…
Sekian, Terima Kasih
[1]
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Objektif Kajian ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~~~~~~~~
OBJEKTIF KAJIAN… Mengenal dan memahami sejarah
perkembangan sekolah
Memupuk rasa cintakan sekolah Memupuk nilai murni dalam kalangan warga
sekolah Menguasai kemahiran mencari,mengumpul,
merekod,dan menganalisis maklumat tentang sekolah
Mengenali lambang-lambang, misi dan visi
sekolah
[2]
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Kaedah Kajian ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~~~~~~~~
KAEDAH KAJIAN… ~Kaedah kajian yang saya gunakan ialah: Temu bual Rujukan Melayari internet
Kaedah temu bual Saya telah menemu bual Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1), Puan Hjh Wan Jah bt Wan Yaakob dan guru saya iaitu En. Mahdzir b. Mohamed. Pelbagai informasi telah saya dapat daripada mereka semasa sesi temu bual dijalankan. Oleh itu, lebih mudah untuk saya melakukan kerja khusus ini.
Kaedah rujukan Saya membuat rujukan melalui majalah-majalah sekolah yang lepas dan tidak lupa juga di papan kenyataan yang terdapat di sekolah. Di situ terdapat banyak unsur-unsur sejarah sekolah yang dapat membantu serba sedikit kerja khusus saya ini.
Melayari internet Maklumat-maklumat tentang sejarah sekolah banyak terdapat di interent. Oleh itu, semua yang saya perlukan bagi melengkapi kerja khusus saya ini lebih mudah jika dirujuk melalui laman web yang bersesuaian.
[3]
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Hasil Kajian ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~~~~~~~~
ASAL USUL NAMA SEKOLAH…
Almarhun Tengku Mahmud Mahyidin ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir Kamaruddin (1909 - 1954)
Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) telah diasaskan oleh Tengku Mahmud Mahyidin. Beliau merupakan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dalam bidang pelajaran, ketenteraan, kebajikan dan pentadbiran. Keperihatinannya terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan telah menjadi inspirasi yang mewujudkan Sekolah Menengah Zainab - asalnya Goverment Girls' English School. Pada 19 Disember 1037, Sekolah Menengah Zainab 1 seperti nama sekarang mula ditubuhkan. Pada masa itu, nama asalnya adalah Government Girls English School atau nama singkatan GGES. GGES pada mulanya menumpang di bangunan kediaman lama Penasihat British di Kota Bharu. Namun sejak tahun 1941 hingga 1947 GGES terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana Perang Dunia Kedua. Selepas itu, GGES diubah nama menjadi Zainab Girls School (ZGS). ZGS adalah pendorong kepada tertubuhnya Zainab Secondary School (ZSS) pada tahun 1957 di tapak sekarang, iaitu Jalan Telipot, Kota Bharu. Akhirnya pada tahun 1968 ZSS telah diubah nama kepada Sekolah Menengah Zainab. Nama
sekolah kini diubah menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) pada tahun 1994. [4]
SEBAB NAMA ITU DIPILAH… Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) di ambil bersempena dan dengan izin baginda Raja Perempuan Kelantan, iaitu Tengku Zainab bt. Tengku Zainal Abidin (Raja Muda) bin Sultan Muhammad III. Nama Raja Perempuan Kelantan dipilih bagi mencerminkan motif asal penubuhannya yang bertujuan membuka peluang belajar secara formal dan terancang kepada puteri-puteri bangsawan tempatan pada waktu itu. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) menerima masuk semua pelajar perempuan daripada pelbagai semua lapisan masyarakat sekitarnya.
Allahuyarhamah Tengku Zainab binti Tengku Zainal Abidin
Pemilihan nama baginda Raja Perempuan Kelantan juga dibuat bagi mengenang jasa dan ketokohan baginda terhadap pembangunan dan kemajuan sekolah khasnya dan negeri Kelantan amnya. baginda merupakan seorang yang sentiasa
tersemat di hati rakyat kerana sikap baginda yang sentiasa ramah mesra dan berjiwa rakyat.
[5]
TARIKH NAMA ITU MULA DIGUNAKAN…
Pada 19 Disember 1037, Sekolah Menengah Zainab 1 seperti nama sekarang mula ditubuhkan. Pada masa itu, nama asalnya adalah Government Girls English School atau nama singkatan GGES. GGES pada mulanya menumpang di bangunan kediaman lama Penasihat British di Kota Bharu. Namun sejak tahun 1941 hingga 1947 GGES terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana Perang Dunia Kedua.
Tahun 1952 GGES diubah nama menjadi Zainab Girls School (ZGS) sempena bangunan barunya yang dibina di Jalan Merbau, Kota Bharu. ZGS adalah pendorong kepada tertubuhnya Zainab Secondary School (ZSS) pada tahun 1957 ditapak sekarang iaitu di Jalan Telipot, KOota Bharu. Akhirnya pada tahun 1968 ZSS telah diubah nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (1) pada tahun 1994 dan
[6]
LAMBANGLAMBANG SEKOLAH… 1.Lencana
2.Moto Sekolah: “Berusaha Lunas Kejayaan” 3.Bendera Sekolah:
Sekolah:
[7]
4.Ikrar Sekolah: Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) dengan ini penuh tekad dan iltizam berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : Memastikan bahawa jadual waktu pembelajaran
diagihkan kepada semua kelas pada hari pertama persekolahan. Memastikan semua pelajar dapat belajar pada hari pertama persekolahan bermula.
Memastikan semua buku teks diagihkan kepada para pelajar yang layak pada minggu akhir persekolahan. Memastikan semua pelajar diberi peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Sentiasa bersedia memberi bimbingan dan menjaga keselamatan pelajar. Memastikan para penghuni asrama berada dalam keadaan terurus dan teatur. Menyediakan suasana dan iklim sekolah yang penyayang, ceria dan cantik. Sentiasa bersedia memberi perkhidmatan pendidikan mengikut keperluan zaman dan semasa. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan kualiti secara menyeluruh.
[8]
5.Visi Sekolah: “SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZAINAB (1) MENJADI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TERSOHOR DAN BERTARAF DUNIA MENJELANG TAHUN 2012”
6.Falsafah Sekolah :
~Falsafah Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) berasaskan slogan iaitu : “Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman”
~Hal ini dinyatakan dengan lebih jelas lagi didalam kandungan Piagam Pelanggan Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) :
7.Piagam Pelanggan : Sekolah Menengah Kebangsaan zainab (1) atau SEMENZA berjanji memberikan pendidikan berwawasan, bermutu dan cemerlang dengan kemudahan serta prasarana bermutu ke arah insan penyayang, seimbang dan kamil. SEMENZA juga menawarkan kerjasama dan layanan mesra serta memberi maklumat kepada ibu bapa sepanjang masa. Kebajikan dan keselamatan guru juga diutamakan disamping memberi penghormatan yang wajar dan adil. Disamping itu,pihak sekolah juga berusaha secara dua hala bekerja dengan mesra dan berkesan dengan Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Pelajaran Daerah dan semua pihak dalam menuju kecemerlangan dan tiada kecacatan. [9]
~ Selain ianya dinyatakan didalam Piagam Pelanggan, Objektif
Sekolah juga mempunyai ciri-ciri falsafah kearah sekolah kluster kecemerlangan.
8.Objektif Sekolah : Mendidik dan membantu murid-murid dalam perkembangan fikiran, moral, rohani dan jasmani demi melahirkan insan yang sempurna dan harmoni. Membawa dan mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan kondusif. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan murid yang berpotensi, proaktif, inovatif, kreatif dan kritis. Mewujudkan budaya sekolah ke arah masyarakat berdisiplin, berdikari, penyayang, harmoni dan patriotik.
~ Selain daripada Piagam Pelanggan dan Objektif, terdapat 3 lagi konsep yang menjelaskan tentang falsafah sekolah iaitu : Sekolah Berwatak Sekolah Berkualiti Sekolah Berkesan
[10]
MAKNA DAN LAMBANGLAMBANG TERSEBUT… -Keterangan LencanaJata Negeri Kelantan : Melambangkan taat setia dan rasa cinta terhadap tanah
Obor : Melambangkan semangat daya saing yang kental dan optimis terhadap lawan demi masa depan yang cemerlang. Warna Biru dan kilauan Perak : Melambangkan keharmonian dan sumbangan bakti murni demi bangsa, agama &
Peralatan Sukan : Melambangkan bidang sukan dan kokurikulum tidak diabaikan demi melahirkan generasi sihat
Buku, Pen dan Kunci Elambangkan sanjungan paling tinggi terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dan penghayatannya yang menentukan tahap kemahiran sabagai asas
[11]
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Rumusan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~~~~~~~~
RUMUSAN…
Dalam menyiapkan kajian sejarah ini, saya telah didedahkan banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang bagaimana Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) ini ditubuhkan dari masa ke semasa. Selain itu, saya juga dapat banyak pengajaran yang boleh saya tanamkan dalam diri saya. Dengan mengetahui sejarah penubuhan sekolah ini, saya berasa begitu kagum dan bertuah dapat menjadi pelajar di sekolah ini. Sebagai akhirulkalamnya, saya dengan harapan, semangat dan keikhlasan yang tinggi mendoakan agar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) atau SEMENZA terus maju demi melahirkan modal insan berminda kelas pertama dan sejurus itu mencapai visi iaitu “Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) menjadi sekolah kluster Kecemerlangan tersohor dan bertaraf dunia menjelang 2012”.
[12]
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Lampiran ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~~~~~~~~
LAMPIRAN
Lencana Sekolah Kebangsaan Zainab
Menengah (1)
Bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
[13]
Pintu Pagar Sekolah Menengah
Utama
Kebangsaan Zainab (1)
Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
[14]
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Rujukan ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~~~~~~~~
RUJUKAN
1.Orang Sumber
1: Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaakob Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1).
2.Orang Sumber 2 : En.Mahdzir bin Mohamed Guru Matapelajaran Sejarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
3.Orang Sumber 3 : En.Zamari bin Abd Wahab Pen.Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
[15]
KOMEN GURU
_____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ ___________________________
Di semak oleh, __________________ [16]
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
Sekian
Terima Kasih ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ ~~~~~~~~~~~~