My Proposal.2008update

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View My Proposal.2008update as PDF for free.

More details

  • Words: 3,171
  • Pages: 20
AIZAS ENTERPRISE (No Pendaftaran Syarikat PG 0196016-K )

No 26 Lorong Pokok Sena 4,Taman Pokok 13200 Kepala Batas Seberang.Perai.Utara PULAU PINANG Telefon: 012- 5284442 Email:[email protected] Rancangan Perniagaan Julai 2007 Untuk Pinjaman Yayasan Tekun Nasional Disediakan Oleh Adi Muhaimin Hakim B. Sabli ()

Salinan 1 daripada 3

ISI KANDUNGAN Muka 1.0 RINGKASAN EKSUKUTIF

1-2

2.0 MAKLUMAT PERNIAGAAN 2.1 Industri Pemprosesan Buah Pala Basah dan Kering dan Pemasaran Keropok Lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu . 2.2 Syarikat 2.2.1 Profail Syarikat 2.2.2 Misi 2.2.3 Objektif 2.2.3.1 Objektif Jangka Panjang

3 3

5 6 6 6

2.2.3.2

Objektif Jangka Pertengan

6

2.2.3.3

Objektif Jangka Pendek

6

2.2.4

Strategi Perniagaan 2.2.4.1 Membekalkan Buah Pala dan Keropok Lekor Segar yang Terbaik 2.2.4.2 Sumber Manusia 2.2.5 Kunci Faktor Kekayaan 2.2.6 Kekuatan dan Kelemahan 2.3 Produk yang ditawarkan 2.3.1 Kaedah Pemprosesan 2.3.2 Kos Perlaksanaan 2.4 Pasaran 2.4.1 Keadaan Ekonomi dan Sosial 2.4.1.1 Tahap Pendapatan 2.4.1.2 Demografi 2.4.2 Kumpulan Sasaran 2.4.3 Pesaing-pesaing

7 7 7 7 8 8 8-9 10 - 11 12 12 12 12 13 13

3.0 MAKLUMAT TAMBAHAN KEPADA PEMBIAYA 3.1 Daftar Perniagaan 3.2 Sijil Sokongan

14 15 16

4.0 SUMBER MODAL 4.1 Keperluan Pembiayaan

17 17

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF AIZAS ENTERPRISE diterajui oleh Adi Muhaimin Hakim B.Sabli. AIZAS ENTERPRISE telah menjalankan perniagaan telekomunikasi seawal tahun 2007 iaitu pada 10 April 2007.Perniagaan ini merangkumi pembaikpulih dan penjualan telefon bimbit, dan juga aksoseri seperti housing,bateri,charger dan sebagainya.Memandangkan sumber modal adalah terhad perniagaan ini dimulakan secara kecil-kecilan dirumah dan merancang ingin membuka sebuah permis perniagaan sendiri yang selesa untuk memudahkan lagi aktiviti penjualan dan perniagaan. Pengurusan Pengurusan perniagaan telekomunikasi ini dipimpin oleh Adi Muhaimin Hakim B. Sabli.Merupakan golongan belia melayu yang amat meminati bidang perniagaan telekomunikasi yang mana selama ini majoritinya dimonopali oleh golongan bukan bumiputera.Dalam masa yang sama juga telah menghadiri SEMINAR KHAS PELUANG PERNIAGAAN TELEKOMUNIKASI MELALUI ‘TM BUSINESS PROGRAMME’ yang mana seminar dan latihan itu telah diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2007.Dalam seminar tersebut telah menerangkan cara-cara yang betul dalam pengurusan perniagaan telekomunikasi dan peluang-peluang dalam perniagaan telekomunikasi serta perancangan di masa hadapan dalam perniagaan telekomunikasi. Dalam seminar tersebut TM BUSINESS PROGRAMME telah menawarkan perniagaan telekomunikasi bersama TM untuk menjadi salah seorang Distributer TM dalam perniagaan telekomunikasi di masa hadapan.

1

Pasaran Dewasa ini perniagaan telekomunikasi banyak di monopoli oleh golongan bukan bumiputra.Namun tidak ramai yang menyedari akan penipuan serta helah peniaga dalam perniagaan telekomunikasi.Kebanyakan pengguna telah terpedaya dengan penjualan barangan antara yang Original,AP,Recon dan Second Hand. Kebanyakan barangan ini kelihatan sama sahaja dan tiada bezanya.Sebenarnya ada perbezaan tersendiri.Sebagai contoh.Handset second hand dan recon ada bezanya. ‘SECOND HAND Kebiasaan handset second hand ini dijual dalam berkeadaan lusuh dan buruk dan kadangkadang kelihatan elok seperti baru.Namun kelebihan hanset second hand ini kebanyakan kompenen dalamannya tidak diganggu dan ia benar-benar barangan tulen. ‘RECON SET’ Bahana ‘RECON SET’ adalah handset second hand yang telah ditukar ganti kompenen dan aksesori dalam dan luar.Seperti housing,bateri dan juga center board iaitu badan luar kompenen handset.Dalaman kompenen ini kebanyakannya yang bukan tuleh,bahananya ialah pada pengguna yang terpedaya dengan penjualannya yang murah dan kadangkadang seakan sama yang baru.mengikut permintaan pasaran tersebut. Hal ini terjadi adalah disebabkan kosnya yang rendah dan keuntungannya yang berlipat kali ganda.Kebanyakan pengguna kita ramai telah terpedaya dengan barangan baru dan recon. AIZAS ENTERPRISE menjangkakan permintaan bagi penggunaan teknologi telekomunikasi ini iaitu penggunaan handset dikalangan rakyat Malaysia akan bertambah.Ini kerana penggunaannya kini tidak terhad kepada golongan dewasa malah golongan kanak-kanak juga turut tergolong dalam golongan pengguna telekomunikasi Keperluan Pinjaman AIZAS ENTERPRISE bercadang membuat pinjaman sebanyak RM 15,000.00 untuk menampung kos operasi permulaan seperti pengubahsuaian permis serta penambahan aksesori dan pembelian telefon dan peralatan serta kos-kos lain yang ditanggung dan sebagainya.Pinjaman ini sangat diperlukan pada bulan ______ Pinjaman dan faedahnya akan dilunaskan dalam masa 6 tahun.Aset yang dipunyai AIZAS ENTERPRISE akan dijadikan sebagai cagaran.

2 2.0 MAKLUMAT PERNIAGAAN 2.1 Industri Pemprosesan Makanan dan juga Pemasaran Keropok Lekor serta Produk Makanan dari Negeri Terengganu. Kerajaan melalui bajet 2006 ingin menjadikan Malaysia sebagai Negara Halal’s Food Industries yang mana menjadikan Negara Malaysia sebagai pengeluar produk makanan halal Dunia.Satu cara untuk mencapai hasrat ini adalah dengan meninggkatkan produktiviti serta daya saing melalui kegiatan menambah nilai dan menggunakan teknologi baru pemprosesan makanan.Kerajaan melalui Bajet 2006 telah memperuntukan sejumlah RM 2.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan terutamanya bagi pembangunan produk makanan halal Negara.Ini adalah bagi memastikan produk makanan yang berada dipasaran adalah benar-benar halal dan terjamin mutu pemprosesannya dari bahan yang bertentangan dengan syariat islam. Industri pemprosesan makanan merangkumi pelbagai aspek.Ianya meliputi aspek terpenting dalam pemprosesan makanan iaitu bahan yang digunakan itu benar-benar halal dari segi bahan mentah untuk menghasilkan sesuatu jenis makanan.Aspek kedua adalah kebersihan yang dititik beratkan iaitu kebersihan dalaman rohani dan jasmani selain daripada kebersihan luaran.Ini termasuklah kebersihan persekitaran dan kebersihan tempat pemprosesan itu dijalankan. Faktor yang terjadinya keruntuhan moral di kalangan remaja islam adalah kebanyakannya dipengaruhi dari sumber makanan yang tidak dijamin seratus peratus halal.Ini kerana kebanyakan bahan pembuatannya diproses dari sumber yang terlarang bagi umat islam iaitu dari sumber lemak BABI,yang digunakan dalam pelbagai sudut pemprosesan makanan bagi menjamin mutu sesuatu barangan itu tahan lama.Hal ini terjadi adalah kerana kebanyakan pengilang adalah bukan dari golongan umat islam.Jestru itu tidak hairanlah para pengilang ini menggunakan bahan terlarang untuk digunakan dalam pemprosesan bahan mentah semakin berleluasa. Hal ini sentiasa dipantau namun kecanggihan teknologi hari ini membuatkan pemantauan ini menjadi bertambah rumit apabila sijil/tanda halal yang dikeluarkan dari JAKIM ini boleh dicetak seakan sama dengan tanda yang disahkan.Kegiatan ini semakin berleluasa kerana sijil/tanda halal ini sangat penting pada produk makanan yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha yang bukan golongan orang islam bagi meraih pendapatan yang lumayan dengan cara menipu bahawa keluaran produk makanan mereka adalah halal pada hal ianya tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.

3 Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan dan Usahawan telah mempergiatkan usaha untuk memberi galakan pada usahawan-usahawan baru menceburi bidang pemprosesan makanan sebagai penyumbang sumber makanan halal Negara dan seterusnya meningkatkan pendapatan Negara.Untuk meningkatkan lagi keberkesanan perlaksanaan program ini beberapa langkah telah dirancang yang mana AIZAS ENTERPRISE telah melihat langkah-langkah yang bakal kerajaan ambil ini akan memberi peluang kepada syarikat.Langkah-langkah atau peluang-peluang yang kerajaan berikan untuk pengusaha industri pemprosesan makanan adalah seperti berikut: (a) Peruntukan dana kerajaan Melalui Bajet 2006 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 300 juta bagi pembiayaan yang mencukupi bagi industri pengeluaran makanan termasuklah penyediaan program Halal’s Food Industries.Sebahagian besar dana tabung ini akan terus diberikan kepada kegiatan pengkomersilan keluaran makanan, termasuk pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran.Kerajaan mengutamakan peningkatan produktiviti dan kualiti untuk memastikan bekalan makanan terjamin dan meningkatkan eksport makanan. (b) Persekitaran mesra perniagaan Perniagaan memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.Untuk terus menyokong peranan sektor swasta kerajaan akan memastikan perlaksanaan dasar dan langkah mesra perniagaan serta penyediaan persekitaran yang lebih kondusif dengan mengurangkan kos kendalian perniagaan bagi membolehkan syarikat berdaya maju dan berdaya saing,terutamanya dipasaran serantau dan antarabangsa.Untuk tujuan ini,kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah cukai dan bukan cukai sejak beberapa tahun yang lalu.Kerajaan komited untuk terus meningkatkan daya saing Negara.Galakan telah diberikan kepada banyak syarikat dalam sektor utama termasuklah sektor pemprosesan makanan halal adalah salah satu kompenennya.

4 2.1 Syarikat 2.2.1 Profail Syarikat Alamat Permis:

AIZAS ENTEPRISE No 26 Lorong Pokok Sena 4 Taman Pokok Sena 13200 Kepala Batas Seberang .Perai.Utara Pulau Pinang Tel: 012- 5284442

No.Pendaftaran: Perniagaan: Tarikh Penubuhan: Aktiviti Perniagaan:

PG 0196016-K Telekomunikasi dan aksoseri 10 APRIL 2007 Menjalankan aktiviti penjualan barangan telekomunikasi dan aksoseri.

5 2.2.2 Misi AIZAS ENTERPRISE ingin menjadi peneraju sektor pemprosesan makanan halal di Malaysia dan mengsasarkan untuk: • • • •

Menjadi pengeluar makanan halal yang terbesar di Malaysia. Menyediakan bekalan makanan halal kepada penduduk Malaysia. Memberi kepuasan yang tinggi kepada pelanggan daripada pelbagai segi. Menjana keuntungan dan pulangan yang tinggi kepada peniaga.

2.2.3 Objektif 2.2.3.1 Ojektif Jangka Panjang • •

2.2.3.2 • • 2.2.3.3 • • •

Memperluaskan pasaran dengan memasarkan produk yang dihasilkan ke pasaran antarabangsa selain daripada pasaran tempatan. Mempelbagaikan produk berasaskan buah pala dan keropok lekor seperti menyediakan buah pala segar serta mutunya yang terjamin.Selain itu menjadikan keropok sebagai snek ringan yang pemprosesanya bebas dari bahanbahan yang bertentangan dengan syariat islam serta tercemar. Ojektif Jangka Pertengahan Mempastikan pembekalan buah pala basah dan kering dan juga pemasaran keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu pada kualiti yang tinggi. Mempastikan pemprosesan dijalankan pada mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Objektif Jangka Pendek Memastikan mutu pemprosesan buah pala basah dan kering dan juga pemasaran keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu sebelum dipasarkan. Membekalkan buah pala basah dan kering dan juga pemasaran keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu pada kadar harga yang berpatutan. Memastikan keuntungan yang disasarkan dicapai.

6 2.2.4 Strategi Perniagaan AIZAS ENTERPRISE menggunakan strategi perniagaan seperti berikut untuk mencapai objektif perniagaan: 2.2.4.1 Membekalkan Buah Pala dan Keropok Lekor Segar yang Terbaik • • • •

Menyediakan sebuah bilik suci bagi menggekalkan bahan yang sedang diproses betul-betul dijamin bersih. Pemeriksaan kualiti bekalan buah pala dan keropok lekor dari masa ke semasa dan mengadakan program pemeriksaan kesihatan para pekerja. Aktiviti keluar masuk pelawat dan pekerja dikawal dan mematuhi prosuder pembasmian (disinfection) penyakit. Memastikan tiada tumbuhan beracun pada buah pala dan keropok lekor sebelum ianya diproses

2.2.4.2 Sumber Manusia •

• 2.2.5

Mengaji pekerja yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemprosesan makanan dan telah menghadiri kursus-kursus yang berkaitan pemprosesan makanan yang dibuat oleh jabatan-jabatan kerajaan ataupun swasta.Pekerja akan ditambah mengikut keperluan industri bagi menampung keperluan dari masa ke semasa. Jadual bertugas harian disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap. Kunci Faktor Kejayaan Kunci Faktor Kejayaan AIZAS ENTERPRISE adalah: • Bebas dari penyakit-penyakit berbahaya • Kaedah pemprosesan yang baik • Hubungan baik dengan pelangan-pelangan • Hubungan baik dengan pembekal-pembekal • Tempat yang strategik dengan pelbagai kemudahan pengakutan dan kawasan penduduk yang padat serta bandar baru yang bakal membagun di masa akan datang.

7 2.2.6 Kekuatan dan Kelemahan Kekuatan AIZAS ENTERPRISE adalah seperti berikut: • • • •

Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap Perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan dan menepati segala kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pada setiap makanan yang diproses Penggunaan pelbagai teknik baru dan peralatan teknologi moden untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti produk yang tinggi. Pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam bidang pemprosesan makanan dan terdedah dengan teknik-teknik baru.

Kelemahan AIZAS ENTERPRISE adalah seperti berikut: • •

Perlu memohon pinjaman untuk menjayakan usaha industri pemprosesan makanan. Perlu membina rangkaian pelangan-pelangan baru.

2.3 Produk yang Ditawarkan AIZAS ENTERPRISE menawarkan buah pala basah dan kering dan juga pemasaran keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu pada kualiti yang tinggi kepada pelanggan. 2.3.1 Kaedah Pemprosesan Kaedah pemprosesan yang diamalkan adalah seratus peratus mengikut syariat islam iaitu sentiasa dalam berkeadaan wuduk dalam setiap proses yang dijalankan.Selain itu para pekerja sentiasa berkeadaan bersih termasuklah dari sudut rohani dan jasmani dalam setiap proses yang dijalankan bagi menggelakkan bahan tercemar akan meresap masuk ke dalam makanan yang sedang diproses. Satu Bilik Suci akan diwujudkan dalam jangka waktu pemprosesan itu dijalankan.Tujuan bilik suci ini diwujudkan adalah bagi menggekalkan bahan yang diproses betul-betul dijamin bersih. Selain itu amalan bersolat bagi pekerja adalah menjadi satu kemestian apabila masuk waktunya. Menyedari akan kesahihan makanan halal dipasaran tidak terjamin seratus peratus,dan kebanyakannya dimonopoli oleh bukan golongan bumiputra islam,maka industri yang bakal ditubuhkan ini yang akan mengambil alih cara pemprosesan dan bembungkusan yang mengikut syariat islam yang sebenar.Ramai

yang masih tidak sedar akan pemprosesan makanan yang berada di pasaran sekarang kebanyakannya tidak memenuhi cara pemprosesan yang disyaratkan oleh islam serta yang dilarang. 8 Berkemungkinan pemprosesan yang dijalankan tercemar dengan persekitaran. Sekiranya terdapat seekor anjing atau lebih yang berkeliaran disekitar kawasan kilang,maka secara tidak langsung proses yang dijalankan telah tercemar kerana pemiliknya bukan dari golongan islam yang tidak mementingkan haram sekiranya terdapat kesan dari anjing tersebut.Contohnya bulu anjing yang berterbangan,kesan tapak kaki anjing dan air liur serta najis dari anjing.sekirangnya terpijak najis anjing lalu kesan dari tapak kasut yang terpijak najis tersebut dibawa masuk ke dalam tempat pemprosesan,maka tempat tersebut telah tercemar dengan najis yang di luar di bawa masuk kedalam tempat pemprosesan. Kenapa pemprosesan ini ingin dijalankan adalah bagi memastikan buah pala dari Pulau Pinang adalah dijamin halal kerana ianya diproses sendiri oleh Bumiputera khususnya orang islam yang mementingkan kebersihan serta haram sesuatu benda terlarang diproses bersama sebelum ianya dipasarkan. Untuk permulaan ini keputusan untuk memproses buah pala adalah sangat tepat kerana sambutannya sangat menggalakan.Pemprosesan buah pala ini dibuat adalah di peringkat awal sebelum mencuba hasil produk yang lain.Dijangka 4 tahun akan datang hasil daripada modal yang dikeluarkan bakal mendapat pulangannya kembali. Selain daripada itu industri ini juga memberi perkhidmatan kepada mana-mana usahawan bumiputera islam yang ingin memasarkan hasil produk mereka ke negerinegeri lain dan juga membawa masuk produk dari negeri luar untuk dipasarkan dipasaran Pulau Pinang dan juga negeri lain.Industri ini sedikit sebanyak akan membantu usahawan-usahawan tempatan khususnya bumiputera islam mendapat tempat untuk memasarkan hasil produk mereka dan memperkenalkan produk Muslim Best! satu hari nanti.

9 2.3.2

Kos Perlaksanaan

AIZAS ENTERPRISE menganggarkan kos perlaksanaan projek sebanyak RM 63,150.00.Perbelanjaan tersebut adalah terdiri daripada perbelanjaan modal iaitu penyediaan prasarana dan pembelian mesin-mesin pemprosesan,pembungkusan serta perlabelan dan kelengkapan–kelengkapan lain.Ini termasuklah perbelanjaan modal pusingan.Pecah perbelanjaan adalah seperti berikut:

Perbelanjaan Aset Tetap (Prasarana) Permis Perniagaan(Sewaan) Pengubahsuaian Litar Elektrik Pengubahsuaian Paip Air Stor Penyimpanan barang Bilik suci (Tempat Pemprosesan) Komputer Penghawa Dingin Keperluan Lain Jumlah

Perbelanjaan Aset Tetap (Mesin) Mesin Pemprosesan Mesin Pembungkusan Mesin Perlabelan Alat Penimbang Gerabak Pengangkut Makanan Kelengkapan dan Peralatan lain

Kos (RM) RM 5,000 RM 2,500 RM 1,500 RM 1,000 RM 1,200 RM 2,500 RM 2,000 RM 1,500 RM 17,200

Kos (RM) RM 2,200 RM 2,000 RM 2,500 RM 1,800 RM 3,500 RM 3,000 Jumlah RM 15,000 Jumlah Kos Keseluruhan Aset Tetap RM 32,200

10

Modal Pusingan Parameter Buah Pala Mentah 1000KG X RM 5.30 Gula 1000KG X RM 1.45 Garam 1000KG X RM 1.20 Cuka 1000L X RM 1.50 Utiliti Dan Bahan Api Keropok Lekor 1000KG X RM 6.50 Barangan Lain Kos Penghantaran 3000KG X RM 0.50 Tenaga Kerja 5 ORANG X RM 500 Pelbagai Belanja Pengurusan Jumlah Jumlah Kos Perlaksanaan Projek

Amaun (RM) RM 5,300 RM 1,450 RM 1,200 RM 1,500 RM 6,500 RM 1,500 RM 2,500 RM 1,000 RM 10,000 RM 30,950 RM 63,150

11 2.4

PASARAN

Pasaran AIZAS ENTERPRISE dalam masa terdekat ini,ialah di sekitar Kepala Batas dan Seberang Perai. 2.4.1 Keadaan Ekonomi Sosial 2.4.1.1 Tahap Pendapatan Terdapat tiga tahap pendapatan iaitu pendapatan rendah antara RM 400 hingga RM 1,500.Pendapatan kelas pertengahan pula adalah antara RM 1,500 hingga RM 2,500 yang mewakili sebanyak 35% penduduk di Pulau Pinang,manakala kelas pendapatan tinggi pula adalah sebanyak 5% iaitu yang mempunyai pendapatan RM 3,000 ke atas.Fokus utama AIZAS ENTERPRISE adalah kepada golongan yang berpendapatan rendah sehinggalah berpendapatan tinggi. 2.4.1.2 Demografi Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2006 populasi penduduk di kawasan Pulau Pinang mengikut kaum adalah seperti dibawah:Bumiputera

China

India

Lain-lain

Jumlah

Pulau Pinang (Sumber:Jabatan Perangkaan Negara) Statistik ini dapat dipecahkan kepada kumpulan umur seperti dibawah:Kumpulan 20-24 Umur Pulau Pinang

25-29

30-34

(Sumber:Jabatan Perangkaan Negara)

35-39

40-44

45-49

50-54

12 2.4.2

Kumpulan Sasaran

Peningkatan permintaan bagi buah pala basah dan kering dan juga keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu adalah sangat memberansangkan dan ianya adalah pemprosesan makanan halal yang disahkan oleh JAKIM dan menyediakan satu pasaran Halal’s Food Industries kepada AIZAS ENTERPRISE.Dengan populasi yang melebihi __juta orang di sekitar Seberang Perai, permintaan buah pala basah dan kering dan juga keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu dapat memenuhi bekalan yang akan dibuat oleh AIZAS ENTERPRISE. buah pala basah dan kering dan juga keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu akan dipasarkan kepada: • • • •

Pemborong melalui jualan buah pala basah dan kering dan juga keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu secara langsung Pemasaran keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu kepada kios-kios yang berminat untuk menguruskannya. Pembekalan buah pala basah dan kering dan juga keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu kepada pasaraya-pasaraya Pembekalan buah pala basah dan kering dan juga keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu kepada peniaga-peniaga runcit,pengusahapengusaha restoran dan hotel

2.4.3 Pesaing-pesaing Terdapat lebih daripada 5 pesaing yang menjalankan pemprosesan makanan buah pala basah dan kering disekitar Pulau Pinang.Antaranya adalah majoritinya terdiri daripada kaum bukan bumiputera.Pesaing-pesaing lain terdiri daripada pemprosesan makanan secara kecil-kecilan. AIZAS ENTERPRISE menggunakan kaedah pemprosesan mengikut landasan syariat islam yang betul.Sasaran pasaran bagi syarikat ini adalah kepada penjual dan peruncit yang berminat untuk menjual buah pala basah dan kering dan juga kios-kios keropok lekor serta yang ingin dan berminat menjual makanan dari Negeri Terengganu dan Pantai Timur.

13 3.0 MAKLUMAT TAMBAHAN KEPADA PEMBIAYA Industri pemprosesan makanan khususnya disektor makanan basah dan kering terdedah juga kepada risiko-risiko tidak dijangka.Masalah yang sering dihadapi sektor ini adalah serangan wabak penyaki taun dan malaria.Ini adalah wabak yang biasa ke atas pemprosesan makanan yang tercemar.Masalah kesihatan boleh menjejaskan hasil keuntungan untuk tempoh yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk kembali kepada keadaan yang asal.Langkah-langkah pencegahan yang diambil adalah mengadakan kerjasama yang erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapat penerangan yang lebih terperinci berkaitan wabak berjangkit ini bagi memastikan pekara ini dapat dikurangkan risikonya. Wabak taun dan malaria juga merisaukan sektor ini walaupun perkembangannya di Malaysia tidak serius.Beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan penyakit wabak ini tidak merebak ke sektor pemprosesan makanan.Kebersihan peresekitaran amat dititik beratkan terutamanya kebersihan air yang digunakan untuk memproses adalah sangat penting supaya wabak ini tidak berleluasa jangkitannya.Pemantauan yang kerap dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlu diadakan bagi memastikan langkah-langkah awal dapat diambil.

14 3.1 Daftar Perniagaan

15 3.2

Sijil Sokongan

16 4.0 SUMBER MODAL 4.1 Keperluan Pembiayaan AIZAS ENTERPRISE memerlukan modal sebanyak RM 50,000.00 untuk melaksanakan projek pemprosesan buah pala basah dan kering dan juga keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu.Syarikat memerlukan sebanyak RM 50,000.00 untuk modal pusingan.Syarikat bercadang untuk mendapatkan pinjaman dari YAYASAN TEKUN NASIONAL sebanyak RM 15,000.00.Pecahan penggunaan wang pinjaman adalah seperti berikut: Modal Pusingan Parameter Buah Pala Mentah 1000KG X RM 5.30 Gula 1000KG X RM 1.45 Garam 1000KG X RM 1.20 Cuka 1000L X RM 1.50 Utiliti Dan Bahan Api Keropok Lekor 1000KG X RM 6.50 Barangan Lain Kos Penghantaran 3000KG X RM 0.50 Tenaga Kerja 5 ORANG X RM 500 Pelbagai Belanja Pengurusan Jumlah Jumlah Kos Perlaksanaan Projek

Amaun (RM) RM 5,300 RM 1,450 RM 1,200 RM 1,500 RM 6,500 RM 1,500 RM 2,500 RM 1,000 RM 10,000 RM 30,950 RM 63,150

Kekurangan pembiyaan sebanyak RM 15,000 sangat diperlukan.Aset syarikat akan dicagarkan untuk tujuan pinjaman ini. Rumusan Pihak pengurusan AIZAS ENTERPRISE ingin menjadi peneraju utama sektor pemprosesan makanan halal di Malaysia dan mengsasarkan untuk memperluaskan pasaran dengan memasarkan produk yang dihasilkan ke pasaran antarabangsa selain daripada pasaran tempatan.Mempastikan pemprosesan yang dijalankan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Memastikan mutu pemprosesan buah pala basah dan kering dan juga pemasaran keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu dalam keadaan baik sebelum dipasarkan.Dan memastikan keuntungan yang disasarkan dicapai pada masa-masa akan datang.

AIZAS ENTERPRISE memerlukan modal sebanyak RM 50,000.00 untuk melaksanakan projek pemprosesan buah pala basah dan kering dan juga keropok lekor serta produk makanan dari Negeri Terengganu.Syarikat memerlukan modal sebanyak RM 50,000.00 untuk modal pusingan.Syarikat bercadang untuk mendapatkan pinjaman dari YAYASAN TEKUN NASIONAL adalah bagi memenuhi keperluan yang masih berkurangan dari segi perlaksanaan kos operasi syarikat.Adalah sangat berbesar hati sekiranya permohonan syarikat mendapat perhatian dan tindakan.

Related Documents

My
May 2020 33
My
August 2019 65
My
August 2019 61
My
May 2020 45
My
August 2019 52
My
May 2020 23