My Arabic Class 07

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View My Arabic Class 07 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,172
  • Pages: 16
MY ARABIC CLASS, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN MIXED-METHOD Oleh Norazamudin bin Umar Maktab Sabah, Kota Kinabalu

SINOPSIS Program myarabicclass dibangunkan untuk membantu pelajar bahasa Arab menguasai subjek ini secara kendiri(self-learning) dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab selaras dengan perkembangan semasa. Program ini adalah lanjutan kepada program eTuition in Arabic. Program ini terdiri dari beberapa elemen yang menggabungkan antara kaedah pengajaran konvensional dan terkini iaitu modul transiksi bahasa Arab tingkatan 1(Arabic is easy), pembelajaran melalui e-mail([email protected]), modul ART(Answer, read and translate), my arabic flash card, Arabic Co-Cum, pelaksanaan Radio dan Televisyen Arab(RTVA Maktab Sabah), modul pemantapan dan pemulihan bahasa Arab dibantu oleh Rakan Sebaya Bahasa Arab. Program ini diharap dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa Arab di samping meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam.

1. Kumpulan Sasaran Pelajar tingkatan satu, dua dan tiga 2. Latar Belakang Kedudukan sebelum program dilaksanakan (a)Sebahagian besar pelajar menganggap Bahasa Arab merupakan satu subjek yang susah. Justeru, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab menjadi satu cabaran besar kepada guru untuk memupuk serta menanam minat terutama di kalangan pelajar yang lemah. (b)Tinjauan mendapati bahawa murid lebih mudah lupa perkataan Arab secara teknik biasa iaitu pelajar mencatat perkataan dan kemudian pelajar menghafaznya. Analisis menunjukkan pelajar yang sederhana dan lemah lupa perkataan yang telah dihafaz. Senario ini telah menyebabkan murid yang lemah bahasa Arab sukar untuk menguasai subjek ini. (c) Pembelajaran bahasa Arab adalah berpusatkan guru (75-25) kerana masalah tidak wujudnya persekitaran bahasa Arab. Ketiadaan guru di dalam kelas kerana tugas-tugas rasmi menyebabkan guru relief tidak tahu apa tugasan yang patut dilakukan kerana subjek Bahasa Arab hanya boleh diajar oleh guru Bahasa Arab sahaja.

(d)Program e-Tuition in Arabic sesuai digunakan untuk menarik minat semasa dalam kelas dan mampu meningkatkan prestasi akademik namun ianya mempunyai beberapa kelemahan seperti: (i)Penggunaan bahan-bahan ICT tidak dapat dilaksanakan sekiranya elektrik terputus atau sistem elektrik di dalam kelas bermasalah. Masalah sistem elektrik kadang-kadang berlanjutan selama beberapa minggu sehingga sebulan. (ii)Pelajar yang tidak mempunyai komputer atau talian internet seperti pelajar berpendapatan sederhana dan rendah sukar untuk menggunakan sebahagian dari perisian yang terdapat dalam program e-Tuition in Arabic. (iii)Pelajat yang tinggal di asrama juga agak sukar menggunakan perisian ini kerana penggunaan komputer dan internet yang terhad, justeru beberapa kaedah yang lain digunakan untuk membantu pelajar-pelajar tersebut. (iv)Pengajaran bergantung kepada satu-satu kaedah selama tiga tahun berturut-turut dengan guru yang sama menimbulkan rasa bosan di kalangan pelajar.

3. Objektif Program 3.1 Membantu pelajar lemah Bahasa Arab menguasai perbendaharaan kata Bahasa Arab.

asas di dalam

3.2 Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaam dalaman dan peperiksaan awam. 3.3 Mempelbagaikan kaedah dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. 3.4 Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar melalui pembelajaran koperatif 3.5Mengekalkan minat sedia ada pelajar atau meningkatkan minat pelajar terhadap subjek bahasa Arab

4. Tarikh mula dan tarikh siap pelaksanaan. Tarikh mula : April 2006 Tarikh akhir : Berterusan Tarikh mula April 2006 Julai 2006 November 2006

Januari 2007 Februari 2007 Mac 2007 Mac 2007 Jun 2007

Kaedah P&P Modul ART My arabic flash card

Sasaran murid Pelajar tingkatan 3 Pelajar tingkatan 2 dan 3 [email protected] Pelajar-pelajar berpotensi mendapat A dan B dalam bahasa Arab Modul Arabic Is Easy Pelajar tingkatan 1 Pelancaran RTVA Maktab Sabah Semua pelajar bahasa dan my arabic film Arab Sudut Media Ibn Sina dan Pelajar tingkatan 3 perlantikan rakan sebaya bahasa Arab Pemantapan program persatuan Ahli persatuan bahasa Bahasa Arab Arab Program pengayaan dan pemulihan Rakan sebaya bahasa Arab dan pelajar yang lemah

5. Pelaksanaan Penggunaaan Bahan/ Projek/ Kaedah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Program yang dilaksanakan meliputi beberapa modul, model dan bahan meliputi: (a)Modul Transiksi BahasaArab Tingkatan 1(Arabic Is Easy) (b)My Arabic Flash Card (c)My Arabic Co-Cum (d) [email protected] (e) Radio dan televisyen Arab (RTVA) Maktab Sabah (f) Model ART (g) Rakan sebaya Bahasa Arab (h) Program pengayaan dan pemulihan

5.1 Modul Transisi Bahasa Arab Tingkatan 1(Arabic Is Easy) (a) Konsep modul Modul ini adalah pelengkap kepada program Tahbib Lughah yang termasuk dalam kurikulum Bahasa Arab tingkatan satu. Modul yang dihasilkan ini adalah berasaskan perbendaharaan kata bahasa Arab yang telah dimiliki oleh pelajar tanpa disedari. Program ini dilaksanakan dengan memberi pendedahan perkataan Arab kepada pelajar melalui: (i) Perkataan Melayu yang dipinjam dari bahasa Arab, (ii) Perkataan Inggeris dan Arab yang mempunyai persamaan. (iii)Perkataan yang mempunyai bunyi yang sama antara bahasa Melayu dan bahasa Arab tetapi mempunyai maksud yang berbeza (iv)Membina ayat berasaskan pengetahuan agama yang ada pada pelajar seperti melalui niat solat, lafaz azan, rukun Iman, rukun solat. (v) Perbualan asas Bahasa Arab (b) Objektif khusus 1. Menghilangkan persepsi bahasa Arab satu bahasa yang sukar untuk dipelajari 2. Memudahkan pelajar mengingati perkataan-perkataan Arab yang mudah sebagai pengenalan kepada bahasa Arab. 3. Pelajar dapat menguasai sekurang-kurangnya dua ratus perkataan sebelum cuti pertengahan semester. 4. Pelajar dapat bertutur ayat-ayat mudah dalam bahasa Arab. 5. Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar perkaitan rapat antara Islam dan Bahasa Arab (c)Pelaksanaan modul pengajaran”Arabic Is Easy” Program ini dilaksanakan selama sebulan setengah iaitu sebelum cut semester meliputi 12 kali pertemuan. 5.2 Myarabic Card (a) Konsep bahan Bahan yang dihasilkan ini diadaptasi daripada perbendaharaan kata yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran tingkatan satu dua dan tiga . Pelajar akan menghafaz 350 perkataan semasa tingkatan dua dan semasa tingkatan tiga program pengukuhan dijalankan.

(b)Objektif Khusus 1. Menimbulkan minat dan memotivasi pelajar untuk menguasai Bahasa Arab melalui permainan FC Game dan e-Arabic flash card. 2. Memudahkan pelajar menghafaz perbendaraan kata bahasa Arab 3. Memenuhi waktu terluang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. 4.Memastikan pelajar menguasai sekurang-kurangnya 350 perkataan asas bahasa Arab 5. Membantu pelajar menjawab soalan 5 dalam PMR

(c) Proses Pengajaran dan Pembelajaran myarabicflash card Pelaksaan permainan FC Game melalui dua peringkat : Peringkat Satu( Tingkatan dua) Aktiviti ini boleh dilakukan semasa waktu relief 1.Setiap bulan guru akan memperkenalkan kepada pelajar antara 1-2 kumpulan flash Card . 2. Pelajar cuba menghafaz atau mengingati 20 perkataan yang diberi dalam masa 10-15 minit yang pertama. 3. Pelajar akan bermain dalam kumpulan dan permainan akan memakan masa antara 15-20 minit. Peraturan permainan: 1. Permainan dijalankan dalam bentuk kumpulan antara empat ke lima orang. 2. Setiap kumpulan akan diberikan 20-100 keping flash card berdasarkan masa relief. Setiap pusingan 20 keping dipertandingkan mengikut tema-tema. 3. 20 Flash Card diterbalikkan dan ditarik satu-persatu. Setiap kali kad ditarik setiap pelajar akan meneka perkataan yang terdapat pada flash card tersebut 4. Sekiranya pelajar dapat meneka perkataan dengan betul maka kad tersebut akan dikumpul oleh pelajar tersebut. 5. Sekiranya tidak ada pelajar yang meneka dengan betul, maka kad tersebut akan dibuka dan satu kad yang lain ditarik dan semua pelajar akan meneka sekali lagi perkataan yang tertulis pada kad tersebut. 6. Sekiranya pelajar dapat meneka dengan betul makan kad tersebut dikumpul oleh pelajar tersebut, sekiranya semua peserta meneka dengan salah, maka kad tersebut diletakkan bersebelahan kad pertama yang tidak dapat diteka. 7. Begitulah seterusnya hingga empat kad yang dibuka tidak dapat dijawab, maka keempat-empat kad ditutup dan dimasukkan ke kad yang belum diteka dan kad diubah secara rawak sekali lagi. 8. Pelajar yang berjaya mengumpul flash card terbanyak adalah pemenang 4.Guru akan bertanya perkataan yang dihafaz pada kelas berikutnya. Peringkat Dua(Tingkatan tiga) (i)Guru akan bertanya pelajar di awal kelas dengan memilih mana-mana 350 patah perkataan dari myarabicflash card (ii)Jun-PMR: Guru akan bertanya pelajar tentang perkataan dan meminta pelajar membina ayat berasaskan perkataan tersebut

5.3 My Arabic Co-Cum Objektif khas 1. Menghilangkan perasaan malu pelajar dan menimbulkan keyakinan pelajar menggunakan bahasa Arab 2. Menjadikan aktiviti ko-kurikulum lebih menarik 3. Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah. 4. Mewujudkan persekitaran Bahasa Arab. 5. Memperluaskan bahasa Arab kepada pelajar yang tidak belajar bahasa Arab.

dalam

Contoh Aktiviti yang dijalankan: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Aktiviti Membuat persembahan choral speaking sempena majlis anugerah cemerlang My Arabic Came Arabic Game Arabic Explorace Pertandingan Hiwar Pertandingan menulis khat Arabic Corner Majalah al-Jidar Melekatkan perkataan-perkataan Arab di sekitar sekolah Mengajar rakan-rakan bahasa Arab

Contoh aktiviti yang dijalankan My Arabic Came(Kem Kecemerlangan Bahasa Arab) Objektif: -Memberi motivasi dan menanam minat pelajar terhadap Bahasa Arab -Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar berorientasikan akademik -Mencungkil bakat dan kebolehan pelajar dalam bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab secara informal

Contoh Tentatif Program Masa Jumaat ( 23 Mac 2007) 1.45-2.15 petang 2.15- 3.00 3.00- 3.30 3.30-4.00 4.00- 5.30 5.30-6.30 6.30-8.00 8.00-11.00 11.00-12.00 Sabtu(24 Mac 2007) 4.30-5.00 5.00-6.30 6.30-7.30 7.30-9.00 9.00-9.30 9.30-10.30 10.30-11.00 11.00-11.30

Aktiviti Pendaftaran dan persediaan tempat Majlis Pelancaran Kem, Sudut Media Ibnu Sina dan perlantikan Rakan Sebaya Bahasa Arab Sesi Taaruf Solat Asar dan Minum Petang Permainan Bahasa” Punch Card’ Makan malam dan Persiapan diri Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isyak/Solat Hajat Ceramah Teknik Menjawab PMR LDK 1 Persiapan diri Solat Subuh/Bacaan al-Ma’thurat/Kuliah subuh/Sarapan Senaman Bengkel Pembelajaran Kendiri Rehat Pembentangan Kumpulan Gotong-Royong Penutup dan bersurai

5.4 [email protected] Konsep model: Model ini dibentuk khusus sebagai kesinambungan dari pembelajaran bahasa Arab di tingkatan satu dan dua. Program ini dijalankan secara khusus pada cuti hujung akhir tahun dengan guru memberi tugasan sebelum cuti akhir tahun. Pelajar akan menghantar jawapan mereka melalui email. Objektif khusus: 1. Sebagai persediaan awal untuk menghadapi PMR 2. Melatih pelajar untuk belajar secara kendiri 3.Sebagai satu usaha pengintegrasian ICT( Teknologi Maklumat) pembelajaran Bahasa Arab

dalam pengajaran dan

Proses pelaksanaan 1. Guru menyediakan tugasan sebelum cuti. 2. Guru memberi taklimat kepada pelajar yang terlibat 3.Pelajar menjalankan tugasan dan guru memantau tugasan pelajar dari semasa ke semasa

4.Aktiviti ini diteruskan bagi pelajar yang berminat selepas sesi persekolahan baru bermula 5.5 Radio dan Televisyen Arab Maktab Sabah(RTVA Maktab Sabah) Konsep program Program ini berkonsepkan belajar sambil berhibur. Pembangun telah mengumpul lebih dari 1000 koleksi filem dokumentari, animasi, drama, nasyid berbentuk audio dan video dari rakan-rakan dan internet. Program ini masih dalam proses pemurnian dan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Objektif khusus: 1. Guru dan pelajar dapat menguasai teknologi maklumat secara tidak langsung 2. Membawa kepada pelajar cara sebenar masyarakat Arab melafazkan sesuatu perkataan. 3. Menghilangkan kebosanan pelajar semasa belajar khususnya di waktu-waktu hujung. Pelaksanaan: Antara bentuk-bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan adalah seperti:

Aktiviti Contoh arahan 1. Menonton filem dan " ‫شككاهد رسككوم متحركككة‬ menulis perkataan yang ‫سندباد" بعنوان " على بابا‬ didengar. ‫وأربعون لصككا" ثككم اكتككب‬ ‫الكلمات التي تسمعها‬

Terjemahan arahan Lihat animasi Sinbad bertajuk: Ali Baba dan 40 pencuri kemudian tulis perkataan yang anda dengar

Bahan /Catatan Borang perkataan yang didengar

2. Menonton filem pendek ‫شككاهد الكرتككون السككلمي‬ dan guru menyediakan teks ‫بعنككككوان "الصككككدق" ثككككم‬ dan selepas itu meminta ‫ناقشها في المجموعة‬ pelajar berbincang dalam kumpulan

Lihat kartun Kertas A4 berjudul : “Benar” kemudian bincangkan dalam kumpulan

3. Menonton filem dan guru ‫ امل الفككككككراغ مسككككككتعينا‬Isi tempat kosong Teks filem yang menyediakan teks dan ‫ بالرسككوم المترحكككة الككتي‬berasaskan animasi bertulis meminta pelajar mengisi ‫ شاهدتموها‬yang anda tonton ruang kosong 4. Menonton filem secara secara santai beramai-ramai pada waktu relief 5. Menonton filem dan kemudian menceritakan semula di hadapan kelas

-

Aktiviti dijalankan secara santai

‫ شاهد ثم تكلم أمام الفصل‬Tonton dan ceritakan di hadapan kelas

6. Menonton klip nasyid dan bernasyid beramai-ramai 7. Menonton filem/animasi/nasyid selama 20 minit setiap minggu dengan pelbagai aktiviti

‫شُد ِمعًا‬ ُ ‫ َهيّا َنْن‬Mari bernasyid bersama-sama -

Buku khas

catatan

8.Menonton filem dari CD ‫ شككاهد الرسككوم ثككم اكتككب‬Lihat animasi..dan Borang khas dan menulis perkataan yang ‫ الكلمات التي تسمعها‬tulis perkataan yang didengar anda tahu * Pelajar diberi peluang melihat seberapa banyak filem di rumah dan membuat catatan 9. Tayangan secara santai pada waktu rehat/di asrama

-

10. Pelajar menonton filem pada waktu-waktu relief di sudut media

-

11. Guru menayang klip perbualan yang diambil dari filem animasi dan meminta pelajar menulis/menterjemah 12.Guru memperdengarkan berita bahasa Arab 13. Guru memperdengarkan nasyid arab

-Jadual tayangan -Pelajar yang bertugas -Buku catatan penggunaan

‫ شاهد كليب ثم اكتب‬Lihat klip video dan -Kertas A4 tulis ‫ شاهد كليب ثم ترجم‬Lihat klip video dan terjemah ‫ استمع إلى نشرة الخبار‬Dengar berita bahasa Arab ‫ استمع إلى النشيد‬Dengar nasyid

5.6 Model ART (Answer, Read dan Translate) Konsep: Modul ART adalah modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan pada semester pertama tingkatan 3 menggunakan kaedah terjemahan, pembelajaran koperatif dan latih tubi Objektif khusus: 1.Membantu pelajar menjawab soalan mengikut format PMR khususnya bahagian A soalan 1,2 dan 3 (Kemahiran membaca) dan bahagian C soalan 7 dan 8 (Kemahiran menterjemah) 2.Menambah perbendaharaan kata pelajar melalui latih tubi yang berterusan 3.Menghabiskan sukatan pelajaran dalam penggal pertama Pengendalian: Langkah pengajaran dan pembelajaran Hari pertama: 1. Guru memberi tugasan 2. (ANSWER)Pelajar menjawab soalan dalam masa 15-20 minit secara bersendirian/berkumpulan 3. (READ) Guru berbincang tentang teks dengan pelajar menggunakan keedah konvensional atau e-Tuition in Arabic Hari kedua 4.(TRANSLATE) Pelajar akan menterjemah kembali 2 teks yang telah dipelajari sebelum ini dan guru membuat pemantauan. 5.7 Rakan Sebaya Bahasa Arab Konsep: Program ini dijalankan dengan memilih pelajar-pelajar yang pandai bahasa Arab untuk membantu pelajar sederhana dan lemah. Objektif khusus 1. Membantu pelajar yang lemah 2. Memberi penghargaan dan motivasi kepada pelajar yang cemerlang 3. Menghilangkan perasaan malu pelajar yang lemah

Prosedur pelaksanaan: 1. Guru menyediakan watikah perlantikan Rakan Sebaya Bahasa Arab dan ditanda tangani oleh pengetua 2. Guru membimbing dan memberi panduan kepada rakan sebaya 3. Kreteria pemilihan pembimbing (a) Pelajar target A dalam bahasa Arab (b) Pelajar tidak mempunyai masalah akademik dalam subjek-subjek lain

(c) Pelajar yang sentiasa mendapat A dalam peperiksaan dalaman semasa tingkatan satu dan dua. 4. Tugas-tugas pembimbing (a) Menjadi ketua kumpulan dalam perbincangan seperti dalam modul ART (b) Membantu guru menyemak bacaan pelajar(myarabic flash card) (c) Membantu guru dalam aktiviti persatuan bahasa Arab (d) Membimbing rakan sebaya dalam menjawab soalan dan melakukan tugasan semasa guru bertugas di luar sekolah. 6. Bentuk Kejayaan Bahan/Projek/ Kaedah 6.1. Pengurangan Kos Operasi Kos perbelanjaan hanya melibatkan beberapa keping kad manila dan dakwat printer untuk mencetak flash card serta mencetak modul-modul semuanya menggunakan bahan-bahan yang ada di sekolah. 6.2. Penjimatan Masa a)Masa untuk murid menulis nota dan menyalin soalan dapat dikurangkan. (b)Sukatan pelajaran dapat dihabiskan lebih awal. (c)Masa guru dapat difokuskan kepada pelajar yang lemah kerana pelajar sederhana dibantu oleh rakan sebaya bahasa Arab. (d) Masa relief dapat diisi dengan aktiviti berfaedah

6.3. Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Pelajar dapat menghafaz perkataan dengan mudah Pelajar A: Ustaz permainan flash card memudahkan saya menghafaz perkataan. (b)Kebanyakan murid mempunyai lebih keyakinan bertutur dalam Bahasa Arab dengan ayat-ayat yang mudah. (c) Menunjukkan peningkatan motivasi dalam belajar bahasa Arab Pelajar B: Ustaz bila lagi nak buat kem bahasa Arab? (d) Guru dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan dengan aras kesukaran yang lebih tingg bagi pelajar aras tinggi (e) Pelajar dapat belajar bahasa Arab sambil bermain dan berhibur (f) Pelajar dapat menambah perbendaharaan kata bahasa Arab secara tidak langsung. (g)Pelajar berebut-rebut untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru di awal kelas. 6.4. Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Guru/Pelajar (a)Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan pelbagai kreativiti (b) Guru tidak bimbang untuk keluar berkursus kerana adanya rakan sebaya bahasa Arab yang akan membantu (c) Guru dapat menambah koleksi bahan pengajaran-pembelajaran dan dapat bertukar-tukar bahan dengan rakan seprofesionalisme.

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (a) Pelajar dapat belajar secara kendiri. Pada tahun penghujung tahun 2004 saya ada memberi tugasan kepada 21 orang pelajar tetapi yang menghantarnya hanyalah 2 orang sahaja, pada penghujung tahun 2006 dan 2007 saya menggunakan pendekatan yang lain dengan memilih 21 pelajar aras tinggi dan sederhana untuk menghantar tugasan mereka melalui email hasilnya dapat dilihat seperti data di bawah: BIL NAMA ALAMAT EMAIL 1 2 3 4 5 1 Pelajar A [email protected] 2 Pelajar B [email protected] 2/12 20/12 3 Pelajar C [email protected] 4 Pelajar D [email protected] 5 Pelajar E [email protected] 9/11 6 Pelajar F [email protected] 16/11 27/11 17/12 17/12 7 Pelajar G [email protected] 8 Pelajar H [email protected] 17/11 25/11 25/11 26/11 26/11 9 Pelajar I [email protected] 25/11 25/11 18/12 18/12 10 Pelajar J [email protected] 18/11 24/12 24/12 24/12 11 Pelajar K [email protected] 12 Pelajar L [email protected] 23/11 23/11 23/11 23/11 23/11 13 Pelajar M [email protected] 23/11 30/11 8/12 18/12 28/12 14 Pelajar N [email protected] 19/12 19/12 19/12 19/12 19/12 15 Pelajar O [email protected] 20/11 8/12 8/12 8/12 8/12 16 Pelajar P [email protected] 20/11 20/11 22/12 22/12 17 Pelajar Q [email protected] 29/11 30/11 18 Pelajar R [email protected] 19 Pelajar S [email protected] 22/11 7/12 13/12 20 Pelajar T 21 Pelajar U Aratashii_farah19/@yahoo.com 16/11 21/11 7/12 13/12 Pelajar yang tidak menghantar tugasan Catatan: (a)Peratus pelajar yang menghantar sekurang-kurangnya sekali: 76.19% berbanding 10% tugasan secara biasa (b)Peratus berdasarkan bilangan tugasan yang dihantar Nombor tugasan

bilanngan pelajar

Peratusan

5 4 3 2 1 Peratus keseluruhan

7 10 13 11 13 54

33.33% 47.61% 61.9% 52.38% 61.9% 51.42%

PMR A

A B C A B B A A A C C

5 pelajar menghantar semua tugasan ANALISIS KEPUTUSAN PMR Jumlah yang menghantar tugasan: A 7 53.84% B 3 23.08% C 3 23.08% D E JUMLAH 13 Apa yang menarik perhatian ialah 2 pelajar B dan pelajar M adalah pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah tetapi menunjukkan komitmen menghantar tugas melalui email. Berikut adalah data tugasan yang dihantar bagi penghujung tahun 2007: BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

NAMA Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E Pelajar F Pelajar G Pelajar H Pelajar I Pelajar J Pelajar K Pelajar L Pelajar M Pelajar N Pelajar O Pelajar P Pelajar Q Pelajar R Pelajar S

ALAMAT EMAIL

1

2

[email protected] [email protected]

18/11 4/12 1/12 1/12

8/12 23/12 31/12 11/12 29/12

[email protected] [email protected] [email protected] [email protected]

14/11 12/11 13/11 14/11 17/11

2/1 2/1 6/12 18/12 23/12 1/1 31/12 23/12

2/1 20/11 22/12 2/12 27/11

3

4

5

2/1 31/12 2/1 1/1

[email protected] 22/12 30/12 [email protected] 7/12 [email protected] 28/11 9/12 22/12 31/12 [email protected] 22/11 3/12 12/12 31/12 31/12 [email protected] [email protected]

1/1 1/1 19/11

1/1

1/1

[email protected]

10/11 23/11 12/12 29/12

1/1

Nombor tugasan

bilangan pelajar

Peratusan

5 4 3 2 1

9 10 11 12 11

47.3% 52.63% 57.89% 63.15% 57.89%

PERBANDINGAN PERATUS MELALUI EMAIL

PENGHANTARAN

TUGAS

Nombor tugasan

2004

2006

2007

5 4 3 2 1 PERATUS KESELURUHAN

9.52%

33.33% 47.61% 61.9% 52.38% 61.9% 51.42%

47.3% 52.63% 57.89% 63.15% 57.89% 55.78%

SECARA

BIASA

DAN

(b) Dapat meningkatkan kembali pencapaian PMR Gred A B C D E Gred Purata

PMR 2004 7.69% 7.69% 84.6% 3.69

PMR 2005

PMR 2006

PMR 2007

41.6% 50% 8.4% 2.25

6.7% 26.6% 32.2% 26.6% 6.7% 3.0

28.57% 28.57% 22.86% 20% 2.34

(c) Kualiti pencapaian pelajar juga meningkat dengan kuantiti calon yang mengambil subjek bertambah 1.Peratus yang mendapat A dan B meningkat: PMR 2005-41.6% kepada 57.14% PMR 2007 2. Peratus pelajar yang mendapat C dan D menurun

PMR 2005- 58.4% kepada 42.86% PMR 2007 3. Seorang pelajar Nurshakira Mahmuda terpilih sebagai pelajar terbaik negeri Sabah 4. Lapan dari 9 rakan sebaya mendapat A dalam bahasa Arab 9.5. Faedah-Faedah Lain. (a)Pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian di sekolah-sekolah terpilih. (b)Sebahagian bahan ini sesuai digunakan untuk program j-QAF atau peringkat pengajian di universiti. (c) Bahan ini juga boleh digunakan oleh pencinta bahasa Arab (d) Pelajar yang lemah atau bermasalah disiplin berpotensi untuk lulus. 10. Penutup Program ini berjaya dilaksanakan di Maktab Sabah sejak 2006. Walaubagaimanapun ia masih lagi mengalami penambah-baikan sesuai dengan perubahan semasa. Program ini telah menjadi kebanggaan panitia Bahasa Arab secara khususnya dan Maktab Sabah secara umum kerana telah menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Program ini menafikan tanggapan pelajar bahawa Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari.

Related Documents

My Arabic Class 07
June 2020 3
My Dream Class Room
June 2020 12
Arabic
November 2019 33
Arabic
June 2020 22
Arabic
October 2019 39