MUNAQASYAH مناقشة
KEM BESTARI SOLAT
Motivasi Setiap
waktu untuk belajar ilmu fardhu ‘ain adalah ibadah yang diberi pahala. Setiap amal ibadah yang dibuat tidak mengikut cara Rasulullah s.a.w. tidak diterima oleh Allah. Setiap orang yang jahil agama akan disiksa di neraka. Setiap ilmu yang bermanfaat yang disampaikan akan mengalir pahala didalam kubur.
Imam Al-Ghazali berkata Sempurnakanlah
solat seumpama kamu menghadiahkan seorang hamba kepada raja. Jika hamba itu cacat ini akan mengundang kemarahan raja. Begitulah juga dengan solat. 100 rakaat solat yang cacat adalah sia-sia dan tiada nilai di sisi Tuhan. Akhirat kelak jadi muflis.
KANDUNGAN Bab
Wudhuk Bab Solat Bab Solat Berjemaah Bab Solat Sunat
WUDHUK
Antara syarat sah sembahyang ialah suci daripada hadas kecil. Hadas kecil = – – – – –
Keluar sesuatu drp qubul / dubur (kencing / berak) Tidur yg tidak tetap punggung Bersentuh kulit lelaki dengan wanita yg bukan mahram (boleh kahwin) Menyentuh kemaluan / dubur tanpa lapik dgn tapak tangan Hilang akal / pengsan
Sebelum berwudhuk, pastikan dahulu air yang digunakan adalah air mutlak
Bab Air Air –
yang boleh dibuat berwudhuk: Air Mutlak iaitu 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Air Hujan Air Sungai Air Laut Air Mata Air Air Perigi Air Salji Air Embun 1. Air Paip, Air Tangki
Air 1.
yg tidak boleh dibuat berwudhuk: Air Mustakmal Air
1.
yg kurang dari 2 kolah yang telah digunakan
Air Musyammas Air
yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau negara) yang panas.
Sambungan 3.
–
Air Mutaghayyar: Air yg telah berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat Jika ia berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.
Sambungan 4.
5.
Air Muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya. Air Mutanajjis, iaitu air yang telah bercampur dengan najis.
Air Mutanajjis Termasuk
najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah. Berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut. Terkecuali: –
terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah ketika dibunuh seperti lalat, lipas, semut, cicak, dengan syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.
Air yg tidak dikira najis jika bercampur
najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga (cth debu air ayam kering) najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar (cth najis yang berada pada kaki lalat dan percikan halus air kencing yang tidak dapat dilihat) bulu-bulu najis yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air (cth kucing) bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.
Najis memberi kesan kepada hati Najis – – – –
tetap najis walau berubah sifat
Tahi Ayam yg diproses menjadi pinggan Tulang khinzir yg diproses menjadi cawan Lemak khinzir yg diproses menjadi sabun Air kumbahan yg diproses menjadi air minuman
Walaupun
terangkat dosa sebab tidak tahu, ia tetap menggelapkan hati.
Air Wudhuk
Kemudahan air paip yang ada di rumah, masjid atau pejabat memudahkan mendapat air mutlak. Jika bertemu air di dalam takung, untuk berwudhuk di dalamnya, pastikan air itu melebihi sukatan 2 kolah. Dengan syarat air itu tidak berubah sifat seperti bau, zat dan warnanya oleh sesuatu yang masuk ke dalamnya. Jika kurang 2 kolah, dan diyakini akan kesucian air itu, maka dibolehkan guna dengan syarat menggunakan penceduk seperti gayung.
Ukuran 2 Kolah Bekas
segiempat, ukuran lebar tiap-tiap segi ialah satu hasta suku. – –
Atau mengikut kiraan panjang x lebar x tinggi adalah dalam anggaran 62cm x 62cm x 65cm. Atau 216 liter
Bekas
bulat, ukuran diameter satu hasta, tinggi dua setengah hasta.
Sunnah bersugi / bersiwak
Sabda Rasulullah s.a.w. لو ل أشق على أمتي لمرتهم بالسواك Jikalau tidak memberatkan umat Islam nescaya beliau akan minta mereka bersugi setiap kali hendak berwudhuk / bersolat. Bersugi itu menyucikan mulut mulut dan mengundang keredhaan Allah dan mengundang kebencian syaitan Sekali solat dengan siwak lebih afdhal dari 70 kali solat tanpa siwak
Baca Ta’awuz & Basmalah
Mulakanlah wudhuk dengan menyebut nama Allah. Rasulullah menyebut, tidak ada wudhuk bagi yang tidak menyebut nama Allah. Imam Syafie, menghukumkan sunat membaca Bismillah bilamana hendak bermula wudhuk. Yang dimaksudkan Rasulullah itu ialah tidak sempurna wudhuknya tetapi tidaklah sampai wudhuk itu tidak sah. Ulamak berpendapat lebih baik buat sebagai keluar daripada khilaf kerana ada ulamak lain yang mewajibkan membacanya. Malah, terlebih baik didahului daripadanya itu taawuz, mohon diminta perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan.
Surah Al-Maidah: 6 Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai kedua buku lali.
RUKUN WUDHUK (mesti buat, jika tertinggal, tidak sah wudhuk)
Niat Membasuh muka (dari anak rambut di dahi ) Membasuh tangan dari jari hingga ke siku Membasuh sebahagian dari kepala Membasuh kaki dari jari hingga ke buku lali Tertib (mengikut susunan dan berturut-turut)
Had muka
Apa-apa yang zahir pandangan dari hadapan Meliputi dahi dan anak rambut Meliputi pipi, side burn (tali rambut) dan anak telinga Meliputi dagu, janggut, jambang.
Had Tangan
Dari jari hingga ke siku Termasuk celah kuku, lipatan siku. Untuk Ihtiyat (elak ragu) elok lebihkan hingga ke atas sedikit dari siku.
Had Kepala
1/3 dari kepala iaitu bahagian ubun-ubun Sekurang-kurangnya sehelai rambut dari had kepala. Tidak boleh membasuh hujung rambut yg panjang sahaja.
Had Kaki
Dari jari termasuk bawah kuku hingga ke buku lali. Untuk ihtiyat, lebihkan basuhan hingga atas sedikit dari buku lali.
SUNAT WUDHUK (buat dapat pahala lebih) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.
Membaca Basmalah Membasuh kedua tapak tangan 3X Bersiwak (berus gigi) Berkumur-kumur Beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) Menyelati janggut yang tebal, jari-jari dengan air Menyapu semua kepala Menyapu kedua telinga Menghadap kiblat Tidak bercakap-cakap Mendahulukan yang kanan dari yang kiri Membasuh 3 kali setiap anggota wudhu’
MAKRUH KETIKA WUDHUK (Tuhan benci jika kita buat) Membazir air Mendahulukan yang kiri semasa membasuh Mengelap air wudhu’ Meminta orang lain membasuhkan anggota wudhu’nya
WUDHUK YG SEMPURNA Mafhum
Hadith: Wudhuk yg sempurna dapat menggugurkan dosa seumpama dahan kering yg keguguran daun.
Doa ketika membasuh anggota wudhuk Muka: –
Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan nurMu pada hari putihnya wajah Awliya’Mu dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMu pada hari hitamnya wajah musuhMu.
Tangan –
kanan:
Ya Allah, berilah buku catatan amalku dari arah kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah
Tangan –
kiri:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari diberikan buku catatan amal dari arah kiri atau dari arah belakangku.
Kepala: –
Ya Allah, Liputilah aku dengan rahmatMu, turunkanlah kepadaku berkatMu, naungilah aku di bawah naungan ‘arasyMu pada hari tiada naungan kecuali naunganMu
Telinga: –
Ya Allah, jadikanlah kami dari hambaMu yang mendengar kebaikan lalu mengikutinya. Ya Allah, dengarkanlah kepadaku suara penghuni syurga bersama orang yang baik.
Kaki –
Kanan:
Ya Allah, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama kaki-kaki hambaMu yg soleh.
Kaki –
Kiri:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari tergelincir kakiku ke dalam api neraka pada hari tergelincirnya kaki orang munafik dan musyrikin.
Ingatlah… Wudhuk
Zahir: Membasuh anggota wudhuk dengan air mutlak Wudhuk Batin: Membersihkan hati dari sifat mazmumah dan lalai dari mengingati Allah Ta’ala Wudhuk Batin diperolehi dengan membulatkan tumpuan kepada Allah Ta’ala ketika membasuh anggota wudhuk agar dianugerahkan khusyuk dalam solat
Jika sesudah berwudhuk, didapati najis pada anggota badan,
1) Jika najis itu ada pada tempat bukan anggota wudhuk, cukup dengan membersihkannya dan wudhuk itu masih sah.
2) Jika najis itu ada pada tempat anggota wudhuk dan diyakini ia berlaku selepas berwudhuk, cukup dengan membersihkannya. Wudhuk tadi itu masih sah.
3) Jika najis itu ada pada anggota wudhuk dan diyakini terlekat sebelum kita berwudhuk, bermakna wudhuk kita tidak sah, kerana najis itu menghalang daripada air sampai kepada permukaan kulit. Perlu ulangi wudhuk.
Pastikan bahawa anggota wudhuk kita bebas daripada sesuatu yang boleh menghalang air dari sampai ke permukaan kulit anggota wudhuk. Anggota Wudhuk: – – – –
Muka 2 Tangan hingga ke siku Sebahagian Kepala 2 Kaki hingga ke buku lali
Wudhuk orang sakit (Sohibul Jabirah) Balutan – –
/ tampalan ditangan:
Ambil wudhuk seperti biasa dengan meratakan air pada bahagian balutan. Digalakkan mengulangi solat setelah balutan tersebut dibuka.
Atau
menggantikan wudhuk dengan tayammum
Rujukan: Buku Panduan Haji & Umrah (Tabung Haji 2007) m.s. 156-158
Juga,
eloklah dibersihkan dahulu mulut kita daripada segala kotoran terutama sisa makanan. Sisa makanan jika kita menelannya sewaktu solat, maka batallah sembahyang kita. Kalau perlu minum air, maka minumlah air agar sisa makanan itu masuk ke dalam tekak sebelum solat.
Anggota wudhuk bercahaya "Sesungguhnya
umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu, barang siapa di antara kamu hendak memperpanjangkannya (menambah cahaya), maka baiklah dia melakukannya dengan sempurna." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rahsia wudhuk Syaitan
benci pada orang yang sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Ulama zaman dahulu tidak akan menulis kitab kecuali dalam keadaan berwudhuk.
Tidur dalam wudhuk sebelum mandi wajib "Sesungguhnya
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak tidur selepas berjunub, maka Baginda mengambil wudhu seperti wudhu sembahyang kemudian barulah Baginda tidur." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidur berwudhuk "Barangsiapa
tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."
Berwudhuk jika marah "Sesungguhnya
marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu." (Hadis riwayat al-Imam Ahmad)
Cara wudhuk Rasulullah s.a.w.
Daripada Syaidina Othman bin Affan Radhiallahu ‘anhu beliau meminta air untuk berwudhu maka ia berwudhu dengan membasuh dua tapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur; kemudian mencuci mukanya tiga kali kemudian mencuci tangan kanannya hingga siku tiga kali, kemudian mencuci tangan kirinya seperti itu, kemudian membasuh kepalanya, kemudian membasuh kakinya kanan hingga pergalangan kaki tiga kali dan kaki kirinya tiga kali seperti itu, Kemudian beliau berkata: "Aku telah melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu seperti wudhuku ini. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang berwudhu seperti wudukku ini, kemudian mendirikan sembahyang dua rakaat, tidak terjadi sesuatu yang di antaranya, diampunkan keatasnya apa-apa dosa yang terdahulu". (Hadis riwayat Muslim)
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK Keluar sesuatu dari qubul atau dubur (kencing, berak, kentut, terkincit, keluar cacing) Tidur yang tidak tetap punggung (tidur baring/ mengiring)
1. 2. •
1.
Tidak batal jika tidur duduk dengan punggung yang tetap.
Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.
Tidur duduk tidak batal wudhuk
Sebab daging punggung menghimpit lubang dubur, Menyebabkan angin kentut tidak dapat keluar Melainkan jika duduk yang bergoyang kiri kanan atau melantun seperti menaiki kenderaan
Sambungan…
Menyentuh kulit berlainan jantina yang bukan mahram tanpa lapik
4. • •
4.
Mahram = Tidak boleh kahwin (ibu, kakak, makcik, nenek, anak saudara) Bukan Mahram = Boleh kahwin (sepupu, saudara jauh, kawan, kakak angkat, bakal isteri)
Menyentuh qubul atau dubur dengan tapak tangan
Had Qubul Lelaki:
Kawasan topi keledar tidak termasuk batang zakar Wanita: Kawasan bibir faraj
Had Dubur Pintu
lubang dubur / lubang keluar najis. Jika sentuh papan punggung / daging punggung tidak batal wudhuk
MAHRAM & BUKAN MAHRAM Mahram:
wanita yang haram dikahwini Bukan Mahram: wanita yang boleh dikahwini Mazhab
Syafie, batal wudhuk jika kita menyentuh yang bukan mahram kita tanpa lapik yakni kulit bertemu kulit. Tidak batal wudhuk jika kita menyentuh mahram kita.
Mahram Lelaki: Surah An-Nisak ayat 23
Perincian tentang mahram (atau orang yang diharamkan nikah) dalam Islam disebutkan dalam surah an-Nisak ayat 23, “Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak perempuan kamu; adik beradik perempuan kamu, adik-beradik perempuan bapa kamu; adik-beradik perempuan ibu kamu; anak-anak perempuan dari adik-beradik kamu; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sesusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim nabi s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya diharamkan (untuk bernikah) saudara sesusuan sebagaimana diharamkan kerana keturunan”.
A.
Mahram Kerana Keturunan (nasab) 1. 2. 3. 4. 5.
Usul manusia: Ibu dan bapa kandung, termasuk nenek dan seterusnya ke atas. Furu’ manusia: Anak kandung, cucu kandung dan anak tiri yang ibu atau bapanya telah kita setubuhi Furu’ ibubapa: Adik beradik kandung dan adik beradik seibu atau sebapa (tiri). Adik beradik ayah dan ibu dan seterusnya ke atas (pakcik/makcik). Anak kepada adik beradik kita: anak kepada adik beradik kita (anak saudara)
B.
Mahram Kerana Perkahwinan – –
C.
Ibu / bapa mertua iaitu ibu / bapa isteri / suami kita. Menantu iaitu suami / isteri kepada anak kita.
Mahram Kerana Susuan –
Mahram kerana sesusuan adalah sama kategorinya dengan mahram disebabkan keturunan.
E.
Mahram Sementara Waktu – – – – – – –
Memadukan 2 beradik perempuan dalam satu masa Memadukan wanita dengan ibu saudaranya atau anak saudaranya atau cucunya dalam satu masa Berkahwin lebih dari 4 wanita dalam satu masa Isteri orang Bekas isteri orang yg masih dalam edah Bekas isteri kita yang ditalak 3 Wanita kafir
Berhubung
dengan ayah atau ibu tiri, haram bagi seseorang dinikahi oleh ayah atau ibu tirinya, kalau sudah berjimak dengan ibu atau bapa kandungnya (Tafsir Qurthubi 5/74). Justeru, disebabkan bapa tiri adalah mahram, maka tidak batal wuduk jika seseorang wanita bersentuhan / bersalaman dengan bapa tiri bagi suaminya.
Mahram bagi lelaki 1.
Mahram disebabkan nasab atau keturunan adalah seperti 1. 2. 3. 4.
ibu dan yang di atasnya / usul (nenek, moyang Perempuan dsb), anak perempuan dan yang di bawahnya / furu’ (cucu Perempuan , cicit Perempuan dsb), adik-beradik perempuan kepada ibu atau adik-beradik perempuan kepada bapa (makcik) adik beradik sendiri yang perempuan (kakak, adik perempuan).
Mahram bagi lelaki 1.
Mahram disebabkan perkahwinan adalah seperti 1. 2. 3. 4.
Isteri usul manusia: Isteri bapa (ibu tiri), isteri datuk (nenek tiri) (An-Nisa’:22) Isteri anak (menantu perempuan), isteri cucu. Ibu mertua Anak perempuan kepada isteri yg telah disetubuhi ibunya (anak tiri).
Mahram bagi lelaki
Mahram disebabkan persusuan adalah seperti 1. 2.
ibu susu (termasuk ibu kepada ibu susuan) saudara perempuan susuan.
Apabila perempuan tersebut menyusu dengan ibu kita, dia menjadi mahram kepada kita dan kepada adik beradik kita. Tetapi kita boleh berkahwin dengan adik-beradiknya yg lain kerana mereka tidak menyusu dengan ibu kita
3.
Anak saudara perempuannya
4.
Ibu saudaranya
Mahram wanita: Surah An-Nur: 31
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka (mertua) , atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau adik beradik lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka (anak saudara), atau anak lelaki saudara perempuan mereka (anak saudara), atau wanita-wanita Islam, atau hamba lelaki yang mereka miliki, atau pengikut lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung
Mahram bagi wanita 1.
Mahram disebabkan nasab atau keturunan adalah seperti 1. 2. 3. 4.
bapa dan yang di atasnya (datuk, moyang Lelaki dsb), anak lelaki dan yang di bawahnya (cucu Lelaki, cicit Lelaki dsb), adik-beradik lelaki kepada ibu dan adik-beradik lelaki kepada bapa (pakcik) adik beradik sendiri yang lelaki (abang, adik lelaki).
Mahram bagi wanita 1.
Mahram disebabkan persusuan adalah seperti 1. 2.
ibu susu saudara perempuan susuan.
Mahram bagi wanita 1.
Mahram disebabkan perkahwinan adalah seperti 1. 2. 3. 4.
bapa mertua, Menantu lelaki. anak tiri lelaki, bapa tiri
Selain
daripada mereka adalah batal wudhuk termasuk: – – – –
sepupu iaitu anak kepada adik-beradik ibu atau bapa. Kakak angkat Anak angkat Saudara jauh
Hukum wudhuk, aurat Kategori
Wudhuk
Aurat
Mahram
Tidak batal
Keluarga
Mahram Sementara
Batal
Ajnabi
Anak Luar Nikah
Batal
Ajnabi
Hukum wudhuk, aurat Individu
Kategori
Wudhuk
Aurat
Usul, Furuk, Adik beradik, AnakMahram saudara, Ibu saudara, tiri, mertua
Tidak batal Keluarga
Ipar, biras, madukan 2 wanita Mahram Sementara dari keluarga yg sama
Batal
Ajnabi
Sepupu, Angkat, wanita luar
Bukan Mahram
Batal
Ajnabi
Anak Luar Nikah
Bukan Mahram (bagi Batal bapa sahaja)
Ajnabi
ISTERI? Bukan
mahram, batal wudhuk tetapi halal disentuh dan disetubuhi. Batal wudhuk jika kita menyentuh isteri kita tanpa lapik yakni kulit bertemu kulit Terkecuali jika menyentuh rambut atau kukunya. Bagi, kanak-kanak yang belum baligh tidaklah batal wudhuk bila kita menyentuhnya.
Keraguan Dalam Berwudhuk Erti
ragu dalam masalah air, hadas dan sebagainya ialah rasa takut atau keliru antara ada sesuatu dengan tidak adanya”. Dalam erti kata lain, ragu ialah syak, antara ya atau tidak, mengenai sesuatu hal.
Pada usul fekah, keraguan itu hendaklah dihilangkan. Orang yang sedang berwudhuk, asasnya – –
Dah buat atau belum = belum – – –
jika ragu pada hal yang rukun, wajib mengulang. jika ragu pada hal yang disunatkan, sunat mengulang.
Dah solat atau belum = belum Rakaat 3 atau 4 = 3 Kerana tidak ada dalil ingatan atas buat
Dah batal atau tidak = tidak batal – – –
Dah batal wudhuk atau belum batal = belum batal Dah batal puasa atau belum batal = belum batal Kerana tidak ada dalil ingatan atas batal
Solat selepas mandi wajib
Tidak perlu kepada wudhuk lagi kerana sebelum mandi wajib tadi kita sudahpun berwuduk untuk mengangkat hadas kecil. Namun, dalam proses mandi wajib itu tidak boleh berlaku sesuatu yang boleh membatalkan wudhuk. Jika tidak, hendaklah berwudhuk selepas mandi wajib. Timbul persoalan bagaimana keadaan jika tidak berwudhuk sebelum atau sesudahnya, maka memadailah dengan mandi wajib tadi untuk membolehkan solat.
Wudhuk terjun ke laut Sah
wudhuk dengan berniat wudhuk kemudian terjun ke laut dengan syarat tidak melakukan perbuatan yg boleh membatalkan wudhuk semasa di dalam air laut. Selepas keluar dari air laut, boleh terus solat tanpa perlu mengulangi wudhuk.
SOLAT
Dirikanlah solat (dengan tekun); Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar (al Ankabut : 45)
Para
sahabat pernah bertanya Rasululullah s.a.w. tentang cara untuk masuk syurga. Jawab Baginda “Banyakkanlah sujud’ iaitu “banyakkanlah sembahyang”
Sabda Rasulullah s.a.w. Solat
itu nur Allah sentiasa melihat kepada hambaNya dengan mukaNya selama hamba itu berkekalan dalam solatNya.
Syarat-syarat
yang harus dipenuhi sebelum melakukan solat dapat dikelompokkan menjadi 2 (dua) macam iaitu : – –
Syarat Wajib Solat (siapa yg wajib dirikan solat) Syarat Sah Solat (apa yg perlu ada sebelum dan semasa solat)
Syarat wajib solat (siapa yang wajib tunaikan solat) 1. 2.
3.
Islam, Orang yang tidak Islam tidak wajib mengerjakan solat. Suci dari Haidh dan Nifas, Perempuan yang sedang Haidh (datang bulan) atau baru melahirkan anak tidak wajib mengerjakan solat. Berakal, Orang yang tidak berakal seperti orang gila,orang yang mabuk, dan pengsan tidak wajib mengerjakan solat, sebagaimana sabda Rasulullah : "Ada tiga golongan manusia yang telah diangkat pena darinya (tidak diberi beban syari'at) yaitu; orang yang tidur sampai dia terjaga, anak kecil sampai dia baligh dan orang yang gila sampai dia sembuh." (HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)
Baligh (Dewasa), Orang yang belum baligh tidak wajib mengerjakan solat. Tanda-tanda orang yang sudah baliqh :
4.
– – – –
Cukup umur 15 thn hijriah (lelaki / perempuan). Kewajipan bermula pada tahun ke 16. Mimpi bersetubuh. Keluar mani bagi lelaki Mulai keluar darah haidh (datang bulan) bagi perempuan seawal umur 9 tahun
5.
Telah sampai da'wah kepadanya, Orang yang belum pernah mendapatkan ajaran agama Islam tidak wajib mengerjakan solat.
Air Mani, Mazi, Wadi Air – – –
Keluar semasa kemuncak syahwat Warna putih pekat seperti susu Bau clorox
Air – –
–
Mazi:
Keluar pada permulaan syahwat Warna jernih dan likat seperti minyak pelincir
Air –
Mani:
Wadi:
Keluar kerana terlalu letih/ penat Cair seperti air kencing
Didikan Rasulullah s.a.w. sabda
Rasulullah "Perintahkanlah anak-anak untuk melaksanakan solat apabila telah berumur tujuh tahun, dan apabila dia telah berumur sepuluh tahun, maka pukullah dia kalau tidak melaksanakannya."
(HR. Abu Daud dan lainnya, hadits shahih)
SYARAT SAH SOLAT (mesti ada sebelum & semasa solat)
(mesti ada sebelum solat) 1. Suci dari hadas kecil atau besar 2. Suci tubuh badan dari najis 3. Suci pakaian dari najis 4. Suci tempat dari najis 5. Yakin masuk waktu solat fardhu 6. Menutup aurat 7. Menghadap kiblat (292o dari utara)
Suci dari hadas kecil atau besar Hadas
kecil dihilangkan dengan berwudhuk Hadas besar dihilangkan dengan mandi wajib
Mandi Wajib Rukun 1. 2.
Niat “Sahaja aku mandi hadas besar bagi seluruh badanku kerana Allah Ta’ala” Meratakan air ke seluruh badan: Ratakan air dengan menyapunya ke seluruh badan bermula dari atas, kanan, kiri, bawah termasuk rongga terbuka.
Sunat –
mandi wajib ada 2:
ketika mandi wajib:
Berwudhuk, menyelati anggota dll
Suci tubuh badan dari najis Tidak – –
sah solat jika menanggung najis.
Menanggung najis ialah najis tersebut berada bersama kita semasa solat Contoh seseorang bersolat didalam poketnya ada botol sample air kencing.
Jika
ada tahi ayam di kaki ketika solat, batal solatnya. –
Cuci kaki tersebut tanpa ulangi wudhuk.
Suci pakaian dari najis Jika
pakaian terkena najis, tukarlah kepada pakaian yang suci
Suci tempat dari najis Alas
dengan sejadah jika was-was tentang kesucian tempat –
Seperti solat atas jalan raya, rumah sakit, halaman luar masjid
Yakin masuk waktu solat fardhu Subuh: – –
Dari terbit fajar sehingga terbit matahari Bermula bila matahari berada 20o dari ufuk timur
Zohor –
Dari gelincir matahari sehingga bayangan sama panjang dengan objek
Asar –
Bermula daripada bayang sama panjang dengan objeknya sehingga mahatari terbenam
Maghrib –
Bermula daripada terbenam matahari sehingga hilang cahaya merah di kaki langit
Isyak – –
Bermula daripada hilang cahaya merah di kaki langit sehingga terbit fajar Bermula bila matahari berada 18o dari ufuk barat
Menutup aurat Menutup
aurat dengan pakaian yang indah dan berhias sederhana ketika solat
Aurat Lelaki Mahram Bukan
Mahram (awam) Dalam solat Adab aurat
Aurat Wanita Mahram Bukan
Mahram (awam) Dalam solat Adab aurat
Kaki wanita adalah aurat Ia menjadi anggota fitnah jika dibiarkan terbuka
Menghadap kiblat (292o dari utara) Kiblat
Badan: Ka’abah di Mekah, Arab Saudi Kiblat Mata: Tempat sujud Kiblat Hati: Tumpuan kepada Allah Kiblat –
di hadapan Ka’abah di Mekah
Kiblat –
Yakin: Dzon (hampir yakin):
berpandukan kompas dan arah mata angin.
Kiblat Kompas
SUNAT SEBELUM SOLAT Azan Iqamah Meletakkan pemisah dihadapan (sitrah)
1. 2. 3. 1. 2. 3. 4.
Sejadah Kain Tongkat Tiang
RUKUN SOLAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
Berdiri betul bagi solat fardhu - RP Niat - RH Takbiratul Ihram - RB Membaca Surah Al-Fatihah - RB Rukuk dengan tomakninah - RP Iktidal dengan tomakninah - RP Sujud dengan tomakninah - RP Duduk antara dua sujud dengan tomakninah - RP Duduk Tahiyyat Akhir - RP Membaca Tasyahhud Akhir - RB Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. - RB Memberi salam yg pertama - RB Tertib
RP= Rukun Perbuatan, RH= Rukun Hati, RB= Rukun Bacaan
Berdiri betul bagi solat fardhu - RP Rukun
perbuatan Berdiri tegak bagi yang mampu Kaki buka sedikit Tangan di sisi pinggang
Niat - RH Rukun
hati kerana niat letaknya di hati Rukun niat: – – –
Qasad : Sahaja aku Ta’arud: Solat fardhu / solat sunat Ta’ayin: Zohor / Hajat
“Lafaz
niat” di lidah, diucap sebelum takbir untuk memudahkan mengalirkan niat dalam hati
Takbiratul Ihram - RB Rukun
bacaan Lafaznya “Allahu Akbar” Sunat mengangkat tangan ketika takbir
Membaca Surah Al-Fatihah - RB Rukun
bacaan Bacaan mesti tepat dari segi tajwid dan makhraj 7 ayat termasuk basmalah Baca nyaring ketika Subuh, Maghrib, Isyak
Rukuk dengan tomakninah - RP Rukun
perbuatan Lengan tangan, lutut dan tulang belakang hendaklah lurus 2 tapak tangan dikepala lutut serta direnggang jari
Iktidal dengan tomakninah - RP Iktidal:
bangkit setelah ruku’ Bacaan ketika iktidal Jangan hayun tangan ketika iktidal
Sujud dengan tomakninah - RP Anggota – – – –
sujud ada 7:
Dahi 2 tapak tangan 2 lutut “Perut jari” dari 2 kaki
Dahi
mesti cecah sejadah, tidak boleh di alas oleh telekung / songkok
Makruh
letak lengan atas lantai ketika sujud (menyerupai anjing duduk) Renggangkan lengan dari lantai dan peha dari perut
Duduk antara 2 sujud dengan tomakninah - RP Duduk
iftirasy Duduk atas tapak kaki kiri, dirikan tapak kaki kanan
Duduk Tahiyyat Akhir - RP Duduk
tawarruk Duduk atas tanah, dirikan tapak kaki kanan
Membaca Tasyahhud Akhir - RB Rukun
bacaan Bacaan perlu jelas, betul dari segi tajwid dan makhraj Genggam jari lain serta naikkan jari telunjuk ketika membaca “La ilaha illallah”
Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. - RB Ada
3 riwayat hadith tentang selawat ibrahimiyyah yg dibaca dalam tasyahhud akhir.
Memberi salam yg pertama - RB Menoleh
ke kanan Mata melihat ke bahu kanan
Tertib Mengikut
susunan seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Tomakninah Maksudnya
berhenti sebentar sekurangkurangnya selama menyebut Subanallah. Sekadar membezakan antara satu pergerakan dengan pergerakan yang lain dalam solat.
SUNAT AB’ADH SEMASA SOLAT
Perkara sunat yang perlu ditampung dengan sujud sahwi apabila ditinggalkan 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Tasyahhud awal dan duduknya. Qunut subuh dan qunut witir, dan berdirinya. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika tasyahhud awal. Shalawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika qunut. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika tasyahhud akhir. Shalawat ke atas keluarga Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika qunut.
Sujud Sahwi Dua
kali sujud dan sekali duduk antara dua sujud tersebut. Dilakukan sebelum memberi salam Membaca zikir
SUNAT HAI’AH SEMASA SOLAT Perkara sunat yang tidak perlu ditampung dengan sujud sahwi apabila ditinggalkan. Antaranya: • Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram • Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika berdiri • Melihat ke tempat sujud • Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram • Membaca istiazah (auzubillah) selepas doa iftitah • Membaca dengan suara kuat waktu subuh, maghrib, isyak • Menyebut amin selepas membaca Surah al-Fatihah
MAKRUH SEMASA SOLAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Memalingkan tengkok Memandang ke atas / mendongak ke atas Bercekak pinggang Bermain-main dengan rambut, janggut, misai Solat ketika makanan telah dihidangkan Solat dalam keadaan menahan kencing & berak Solat ketika sangat mengantuk Solat di bilik air, jalan, pasar, kubur, gereja/kuil, tempat sampah, kandang lembu.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Bercakap dengan sengaja Ketawa Makan & minum dengan sengaja Bergerak 3kali berturut-turut (pergerakan besar) Badan atau pakaian terkena najis (menanggung najis) Membuka aurat dengan sengaja (aurat dalam solat) 1. 2.
7. 8. 9. 10.
Aurat Lelaki: Diantara pusat dan lutut Aurat Wanita: Seluruh tubuh kecuali muka
Berhadas sebelum salam yang pertama Berpaling dada dari arah kiblat Mengubah niat (mahu berhenti) Murtad
Batal solat jika Memegang
tali yang terikat kepada anjing
(najis) Menyangkut wayar mikrofon yang terkena tahi cicak Memegang kanak-kanak yang pampers telah penuh dengan najis Ini dikira menanggung najis Rujukan: Kitab Munyatul Musholli
TIDAK BATAL SOLAT JIKA
1. 2. 3. 4. 5.
Senyum, menangis, batuk, bersin Menggerakkan jari kaki atau jari tangan Menelan air liur Terbuka aurat seketika tanpa sengaja (ditiup angin), jika dibiar, batal solat. Menutup mata
ADAB SOLAT Imam
Al-Ghazali mengumpamakan solat seperti menghadiahkan hamba kepada raja. Jika solat yang kita dirikan banyak cacat, seolah-olah kita menghadiahkan kepada raja, seorang hamba yang cacat. Tentu akan menyebabkan kemarahan Raja terhadab kita.
Asal usul solat Semasa
mikraj, Rasulullah s.a.w. melihat sekumpulan malaikat rukuk sahaja, sekumpulan yg lain sujud sahaja. Begitulah dengan kumpulan-kumpulan yg lain yang merupakan perlakuan solat.
Sujud
dua kali dalam sembahyang itu berasal dari perbuatan yang dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan sujud kepada Nabi Adam. Melihatkan Azazil tidak sujud (setelah malaikat mengangkat kepala dari sujudnya yang pertama), mereka sujud sekali lagi sebagai tanda syukur mereka boleh patuh pada arahan Allah.
SOLAT BERJEMAAH
HUKUM SOLAT BERJEMAAH
Fardhu ain pada solat Jumaat; Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu Tuntutan
berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orangorang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
HADITH TENTANG SOLAT BERJEMAAH
Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad)
Dalam mazhab Hambali, hukum sembahyang berjemaah ialah Fardu Ain
Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Solat
berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Masuk Syurga Tanpa Hisab.
Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab: Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid). Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan. Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan
LURUSKAN SAF, RAPATKAN SAF Abu
Mas'ud r.a., sahabat Nabi saw, menyampaikan sebuah kisah. Suatu ketika, saat hendak shalat berjamaah, Nabi menyentuh setiap bahu kami sambil bersabda: "Luruskan shafmu, jangan bengkok-bengkok. Shaf yang bengkok akan menyebabkan hatimu terpecah-belah." (HR Muslim).
"Sempurnakanlah
oleh kamu saf yang depan (saf yang pertama), kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan sedikit makmum) hendaklah (saf yang kurang itu berada) di saf bahagian belakang". (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
"Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf), dan janganlah kamu biarkan celah-celah (yang kosong) itu untuk syaitan. Barangsiapa menghubungkan saf, maka Allah menghubungkannya (dengan rahmatNya) dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah memutuskannya (daripada rahmat dan pertolonganNya)".
(Hadis riwayat Abu Daud)
“Andaikata
mereka tahu apa yang ada di dalam saf yang depan, nescaya akan di adakan undian”.
(Hadis riwayat Muslim)
“Sesungguhnya
Allah dan malaikatmalaikatNya mengucapkan selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap makmum-makmum di baris pertama”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
“Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat kepada makmum di saf-saf kanan”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM
Makmum
hendaklah berada di belakang imam. Adalah batal sembahyang makmun itu jika dia berada di hadapan imam. Manakala jika imam dan makmun dalam kedudukan yang sama maka tidaklah batal sembahyang mereka, akan tetapi hukumnya adalah makruh.
Disunatkan juga agar kedudukan atau tempat imam tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan makmumnya, begitu juga sebaliknya iaitu kedudukan makmum tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan imam, melainkan jika imam itu bertujuan untuk mengajar makmumnya perbuatan sembahyang atau makmum itu bertujuan untuk menyampaikan takbir imam kepada makmum yang lain. Dalam keadaan ini, makmum tersebut adalah digalakkan untuk meninggikan tempat kedudukannya. (Majmuk 4/190-191, 4/186-187)
Di
antara adab-adabnya juga ialah imam disunatkan berada di antara tengah-tengah saf makmum yang berada di belakang. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Jadikanlah kedudukan imam itu berdiri di tengahtengah dan penuhilah celah-celah saf (yang kosong)”.
KEDUDUKAN MAKMUM TUNGGAL DALAM SAF SEMBAHYANG
Apabila sembahyang jemaah itu hanya dengan seorang makmum, maka disunatkan baginya berada di sebelah kanan imam, tetapi hendaklah ke belakang sedikit daripada imam. Manakala jika makmum berada di sebelah kiri atau di belakang imam, disunatkan baginya untuk berpindah ke sebelah kanan dengan menjaga daripada perkaraperkara yang membatalkan sembahyang seperti bergerak lebih daripada tiga kali berturut-turut.
Walau bagaimanapun, hanya makruh hukumnya jika dia terus berada di kiri atau di belakang imam. Jika makmum itu tidak juga berpindah disebabkan jahil atau sebagainya, maka disunatkan bagi imam itu memindahkan makmum atau memindahkan dirinya supaya berada di depan sebelah kiri makmum, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma katanya yang maksudnya : “Pada suatu malam saya tidur di rumah Maimunah dan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alahi wasallam berada di sana malam itu. Beliau berwudhu dan berdiri untuk sembahyang. Saya bersamanya dan berdiri di sebelah kirinya tetapi beliau memindahkan saya ke sebelah kanannya”. (Hadis riwayat Bukhari)
Susunan Saf
1. Imam lelaki bersama seorang makmum lelaki - Makmum berdiri di sisi sebelah kanan imam. 2. Imam bersama seorang makmum perempuan - Makmum berdiri di sisi sebelah kiri imam. 3. Imam bersama seorang makmum lelaki dan seorang makmum perempuan - Makmum lelaki di sisi sebelah kanan imam dan makmum perempuan pula berdiri di belakang makmum lelaki menepati kedudukan imam. 4. Imam bersama ramai makmum lelaki dan perempuan - Imam berdiri di tengah bahagian hadapan makmum lelaki dan makmum perempuan di belakang makmum lelaki. 5. Imam bersama makmum seorang lelaki dewasa, seorang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz). - Lelaki dewasa di sisi sebelah kanan imam - Kanak-kanak lelaki di belakang lelaki dewasa menepati kedudukan imam - Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki - Kanak-kanak perempuan di belakang perempuan dewasa 6. Imam bersama ramai makmum lelaki dewasa, kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz), perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz) - Lelaki dewasa di belakang imam - Kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz) di belakang lelaki dewasa - Perempuan dewasa di belakang kanak-kanak lelaki (belum mumaiyiz) - Kanak-kanak perempuan (belum mumaiyiz) di belakang perempuan dewasa
Rujukan
1. Mughnil Muhtaj - Syeikh Muhamad alKhatib al-Syarbini, vol 1 2. Al-Feqhul Islami Wa adillatuh - Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 2 * 3. Sabilul Muhtadin - Syeikh Muhamad Arshad al-Banjari vol 2** 4. I'anah al-Thalibin - Syeikh Muhamad Satha al-Dimyathi vol 1
Musafir, Mukim, Mastautin Musafir –
Orang yang sedang dalam perjalanan samada dekat atau jauh
Mukim –
Orang yang telah berhenti di sesuatu tempat lebih dari 3 hari (tidak termasuk hari perjalanan musafir)
Mastautin –
Orang yang menetap di sesuatu tempat (penduduk tetap/ asal)