Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13 ·Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. ·Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. ·Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN ·Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur. ·Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. ·Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…… 1Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5 – Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 1 0 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur. 13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
KATA-KATA HIKMAH 1. Siapa yang berwudhu saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH > berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat > tidur dalam keadaan berwuduk. > 2. Siapa yang bershalawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap > hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari > keredhaanNya. > 3. Siapa yang bershalawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan > daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya. > 4. Bershalawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami > akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. > 5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan > bershalawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan sholat fardhu. > 6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil > makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya > sebagai simbolik kesopanan. > 7. Amalkan membaca shalawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan > dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk > menerokai pelbagai ilmu. > 8. Siapa yang berniat mandi (untuk solat jum’at) kemudian pakai pakaian > terbaik & wangian lalu sholat jum’at, dosanya akan diampun hingga jum’at > berikutnya-Ahmad. > 9. Siapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin > ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain. > 10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila > berwudhu, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi . > 11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan > sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apalagi jika makanan itu pemberian > orang lain. > 12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu > jari telunjuk & tengah) -Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau > 5 jari kecuali ada keperluan. > 13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, siapa bershalawat walau sekali pada > malam jum’at, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang > dihadapi oleh para Nabi. > 14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah shalawat tujuh kali pada air
> dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. > 15. Perbaharui wudhu tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak > fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwudhu dalam keadaan suci, ALLAH > catatkan 10 kebaikan baginya -Abu Dawud. > 16. Siapa yang mengamalkan membaca shalawat tiga kali setiap lepas solat > lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi masalah > apapun . > 17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah > supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa > seketika bersama makmum. > 18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan > behalawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu. > 19. Nabi tak makan sambil bersandar -Bukhari. Artinya, Baginda makan > dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu > kenyang & mudahkan penghadaman. > 20. Menurut Syihab Ahmad, siapa bershalawat tiga kali tiap selesai solat > subuh, Maghrib dan Ishya, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang > bencana. > 21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. > Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan > dengan hidung
Keistimewaan Wanita ************ ******* 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.