Morfologi Bahasa Melayu

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Morfologi Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 5,169
  • Pages: 36
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat En. Zaidi B. Azhari kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

Pengenalan Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. 1

MORFOLOGI BAHASA MELAYU



HBML46 03

Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.



Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.



Penggolongan

kata

ialah

proses

menjeniskan

perkataan

berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh : ‘saya’

1 morfem :

saya

‘berpeluh’

2 morfem :

ber+peluh

‘berkakikan”

3 morfem :

ber+kaki+kan



Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh : –

Morfem bebas – ‘saya’



Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.

Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.

2

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Konsep Morfologi

Kata Penggandaaan Kata Kata Terikat Pengimbuhan Tunggal Bebas Pemajmukan Dasar Terbitan Majmuk Akar Ganda Morfem Perkataan 3.Tugas Nama 4. Kerja Adjektif Proses Golongan 2. 1 Bentuk . Pembentukan Konsep Kata Kata Kata

Soalan Tugasan Terdapat pelbagai jenis bahan bercetak di pasaran. Dalam bahan-bahan tersebut terdapat pelbagai kesilapan bahasa sama ada daripada aspek ejaan, kosa kata, penggunaan kata dan penggolongan kata. Sebagai pendidik anda harus bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dan betul dari aspek tatabahasa untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. 3

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila

buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh

yang sesuai.

b) Membina brosur yang bertemakan Cintai Bahasa Kita dengan menggunakan

bahasa yang betul, ringkas, tepat, dan jelas serta persembahan yang menarik.

Soalan 1 a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila

buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.

4

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Hang Tuah Berbangsa Cina oleh : Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangka. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini. Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibanggabanggakan. Hang Tuah sebenarnya telah di Melayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood. Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya. Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah. Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu. Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan

5

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperoleh jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya. Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja – Raja Melayu juga tiada asasnya. Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika. Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat. Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka. Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku 6

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaur loghat bahasa Melayu. Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan. Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po. Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal. Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau. Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayangdayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka. Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini. Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam. Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po. Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebabsebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat. Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau. 7

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyelidikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh. Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail. Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah di Melayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah. Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi. Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada di kalangan istana atau orangorang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi. Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini. Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan legenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. 8

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Analisis golongan kata berdasarkan petikan teks

9

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

GOLONGAN KATA Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata : •

Kata Nama



Kata Kerja



Kata Adjektif / Sifat



Kata Tugas

Golongan Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

Kata Nama Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis : •

Kata Nama Am



Kata Nama Khas



Kata Ganti Nama

Kata Nama Am 10

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu : •

Hidup atau tak hidup



Manusia atau bukan manusia



Institusi atau bukan institusi



Konkrit atau abstrak



Berbilang atau tak berbilang

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk : •

Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan



Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya.

Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : •

Hidup (manusia dan bukan manusia)



Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang)

Analisis penggolongan kata berdasarkan teks Kata nama am Kata nama am hidup

Contoh • Orang-orang Melayu • Pahlawan 11

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

• Bangsa • Manusia • Raja-raja • Bendahara • Paduka Raja • Termengung • Laksamana • Syahbandar • Mandulika • Dayang • Puteri • Anak • Putera • Cucu • Rakan • Pengarang • Sultan Kata nama am tak hidup

• Bilik darjah • Dewan kuliah • Seminar • Wilayah • Kaum • Buku • Agama • Istana • Bahasa

Kata Nama Khas Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga : •

Kata nama khas hidup manusia



Kata nama khas hidup bukan manusia 12

MORFOLOGI BAHASA MELAYU



Kata nama khas tak hidup

Kata nama khas

Contoh

Kata Nama Khas Hidup Manusia.

Kata

HBML46 03

Nama

Khas

Hidup

Bukan



Hang Tuah



Hang Jebat



Hang Lekir



Hang Kasturi



Hang Lekiu



Robin Hood



Mohd Yunus Ibrahim



W.G. Shellabear



Tun Pepatih Putih



Sultan Mansur Shah



Puteri Hang Li Po



Paduka Mamat



Ong Hak Ching



Hang Too Ah



Hang Jee Fatt



Hang Lee Kiew



Hang Lee Ker



Biduanda Cina



Sultan Melaka



(tiada dalam teks)



Bukit Cina



Jabatan Sejarah UKM



Sejarah Melayu



Malaya Publishing



China



Loghat Cina



Melayu

Manusia Kata Nama Khas Tidak Hidup.

13

MORFOLOGI BAHASA MELAYU



Loghat bahasa Melayu



Islam



Hikayat Hang Tuah

HBML46 03

Kata Ganti Nama Kata ganti nama terbahagi kepada : i)

Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.

Kata ganti nama tunjuk

• Ini • Itu

ii)

Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu: •

Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.

Kata ganti nama diri tanya •

(tiada dalam teks)

Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu orang pertama, orang kedua dan orang ketiga.

Kata ganti nama diri orang Pertama Kedua Ketiga

Contoh • Kita (tiada dalam teks) • Mereka 14

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

• Beliau • -nya • ia

Kata Kerja Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau i-. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Kata kerja transitif Aktif

Contoh • Mengikut • Membawa • Memeluk • Menuduh • Menderhaka • Menggelar • Menganggap • Menghasilkan 15

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

• Mengekalkan • Menggariskan • Menggunakan • Memberikan • Membuktikan • Mempengaruhi • Menyelamatkan Pasif

• Dianugerahkan • Dilindungi

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata kerja tak transitif Berpelengkap

Contoh • Mengikut • Menghasilkan • Membawa • Memberikan • Memeluk • Mengekalkan • Menuduh • Menggunakan • Menggariskan • Membuktikan • Mempengaruhi • Menggelar 16

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

• Menyelamatkan • Menganggap • Disandarkan • Dijalankan • Diberi • Menyentuh Tak berpelengkap

• Berkahwin • Berkhidmat • Mengamuk • Menderhaka

Kata Adjektif Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna. Kata adjektif Kata adjektif sifat/ keadaan

Contoh • Kebijaksanaan • Kesetiaan • Ketaatan • Baik • Menderhaka • Masyhur

Kata adjektif warna Kata adjektif ukuran

(tiada dalam teks) • Luas

Kata adjektif bentuk

(tiada dalam teks)

Kata adjektif pancaindera

(tiada dalam teks)

Kata adjektif waktu

(tiada dalam teks)

Kata adjektif cara



Rapat 17

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata adjektif perasaan



Sukar



Cepat

HBML46 03

• Terkeliru • Tertipu • Kemegahan • Di bangga-bangga • Keraguan • Bangga

Kata adjektif arah

(tiada dalam teks)

Kata Tugas Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut : 1. Kata hubung 2. Kata seru 3. Kata tanya 4. Kata perintah 5. Kata pangkal ayat 6. Kata bantu 7. Kata penguat 8. Kata penegas 9. Kata nafi 10. Kata pemeri 11. Kata sendi nama 12. Kata arah 13. Kata bilangan 14. Kata adverba 15. Kata pembenar 18

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

16. Kata penekan 17. Kata pembenda

Untuk memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata tugas boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu: •

Kata penyambung ayat ○ Kata hubung gabungan ○ Kata hubung pancangan  Keterangan  Komplemen  Relatif



Kata praklausa ○ Kata seru ○ Kata tanya ○ Kata perintah ○ Kata pembenar ○ Kata pangkal ayat



Kata prafrasa dan pascafrasa ○ Kata bantu ○ Kata penguat ○ Kata penegas ○ Kata nafi ○ Kata pemeri ○ Kata sendi nama ○ Kata arah ○ Kata bilangan ○ Kata adverba



Kata pascakata ○ Kata penekan ○ Kata pembenda 19

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata tugas

HBML46 03

Contoh

Kata penyambung ayat -kata hubung gabungan

• Atau • Dan • Tetapi

-kata hubung pancangan -keterangan

-komplemen -relatif

• Kemudian •

Untuk



Semasa



Kerana



Walaupun



Apabila



Bahawa



Yang



Tiada dalam petikan

Kata praklausa -kata seru -kata tanya -kata perintah -kata pembenar -kata pangkal ayat Kata tugas

Contoh

Kata prafrasa -kata bantu



Telah (kata bantu)

-kata penguat



Di

-kata penegas



Ke



Dari

-kata nafi

20

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

-kata pemeri



Kepada

-kata sendi nama



Pada

-kata arah



Tentang



Dengan



Antara



Oleh



Atas ( kata arah)



Ramai



Semua



Banyak



Adalah ( kata pemeri)



Bukan (kata nafi)

-kata penekan



Terutamanya

-kata pembenda



Sebenarnya



Ringkasnya



Biasanya



Contohnya



Memberikannya



Namanya



Asasnya



Bersamanya



Dayang-dayangnya



Rakan karibnya

-kata bilangan -kata adverba

HBML46 03

kata sendi nama

kata bilangan

Kata pascakata

penekan

pembenda

Soalan 2 Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh

yang sesuai. 21

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Proses pembentukan kata Proses pembentukan kata terdiri daripada jenis-jenis berikut : •

Bentuk kata tunggal



Bentuk kata terbitan



Bentuk kata majmuk



Bentuk kata ganda

Bentuk Kata

22

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Tunggal

Terbitan

Majmuk

HBML46 03

Ganda

Berdasarkan soalan yang diberikan, hanya jenis-jenis berikut sahaja yang perlu dihuraikan setiap prosesnya dalam bentuk grafik dan disertakan dengan contohnya, iaitu : •

Pengimbuhan



Pemajmukan



Penggandaan



Pengakroniman

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaaan

Penggandaaan

Pengimbuhan Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses pengimbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat, atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada awalan, akhiran, sisipan, dan apitan menurut kedudukannya dengan bentuk dasar. Awalan dicantumkan pada pangkal kata dasar, akhiran pula dicantumkan pada akhir kata dasar, sisipan disisip biasanya selepas konsonan pertama kata dasar, dan apitan dicantumkan pada pangkal dan akhir kata dasar serentak.

23

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Pengimbuhan

Awalan

Akhiran

Apitan

Sisipan

Awalan kata nama

Akhiran kata nama

Apitan kata nama

Awalan kata kerja

Akhiran kata kerja

Apitan kata kerja

Sisipan dalam kata nama

Awalan kata adjektif

Jenis Kata Kata nama

Sisipan dalam kata adjektif

Apitan kata adjektif



Awalan peN-

Akhiran • -an



Apitan peN-...-an

Sisipan • -el-

(pe-, pem-, pen-, peng-)

Contohnya : masak – pemasak baca – pembaca

Contohnya :

Contohnya :

Contohnya :

Kritik – kritikan

Lari – pelarian

Tapak – telapak

Laut – lautan

Baca – pemasakan

Kupas – kelupas

Ratus – ratusan

Dapat – pendapatan

Tunjuk – telunjuk

Batu – batuan

Ukur – pengukuran

dapat – pendapat ukur – pengukur

• •

pe-

Contohnya : guam – peguam labur – pelabur

pe-...-an



-er-

Contohnya :

Contohnya :

Sisir – pesisiran

Gigi – gerigi

Dalam – pedalaman

Suling – seruling Kuping - keruping

24

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

• •

peR-...-an

HBML46 03



-em-

peRContohnya :

Contohnya :

Contohnya :

Satu – persatuan

Kuning –kemuning

asap – perasap

Kubur – perkuburan

Gerlap – gemerlap

bara – perbara

Air – perairan

Kuncup-kemuncup

Bara – perbaraan



ke-



ke-...-an

Contohnya : tua – ketua

Contohnya :

kasih – kekasih

Datang – kedatangan

hendak - kehendak

Raja – kerajaan



juru-

Contohnya : wang – juruwang bahasa – jurubahasa

Jenis Kata Kata kerja



Awalan meN-

Akhiran • -kan



Apitan meN-...-kan

Sisipan

(me-, mem-, men-, meng-

Contohnya : Masak – memasak

Contohnya :

Contohnya :

Cari – carikan

baca – membacakan

Tidur – tidurkan

beri – memberikan diri – mendirikan

Pesan – memesan 25

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Beri – memberi

HBML46 03

gaya - menggayakan

Cari – mencari Ambil – mengambil

• •

beR-

Contohnya :

-i



beR-...-kan

Contohnya :

Contohnya :

Duduk – duduki

alas – beralaskan

Ikut – ikuti

bekal – berbekalkan

Ekor – berekor Baju – berbaju

• •

teR-

beR-...-an

Contohnya : Tabur – bertaburan

Contohnya :

Rentet – berentetan

Ikat – terikat Pakai – terpakai



di-



di-...-kan

Contohnya : Sapu – disapu

Contohnya :

Tulis – ditulis

Beri – diberikan Nafi – dinafikan



mempeR-



meN-...-i

Contohnya : Alat – memperalat

Contohnya : 26

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Isteri – memperisteri

HBML46 03

Waris – mewarisi Baik – membaiki Jumpa – menjumpai



dipeR-

Ubat – mengubati

Contohnya : oleh – diperoleh



di-...-i

Cepat – dipercepat Contohnya : Kotor – dikotori Yakin – diyakini



mempeR-...kan

Contohnya : Lihat



memperlihatkan Bahas



memperbahaskan



mempeR-...-i

Contohnya : Ingat – memperingati



ke-...-an 27

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Contohnya: Curi – kecurian Lihat - kelihatan



dipeR-...-kan

Contohnya : Lihat – diperlihatkan Dengar



diperdengarkan



dipeR-...-i

Contohnya : Ingat – diperingati

Jenis Kata Kata adjektif



Awalan ter-

Akhiran



Apitan ke-...-an

Sisipan • -em-

Contohnya :

contohnya :

Contohnya :

Kecil – terkecil

barat – kebaratan

Guruh – gemuruh 28

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Muda – termuda

cina - kecinaan

Panjang – terpanjang

Melayu – kemelayuan Gilang – gemilang



se-

Ketot – kemetot



-el-

Contohnya :

Contohnya :

Tinggi – setinggi

Serak – selerak

Buruk – seburuk

Geman – geleman

Besar – sebesar

Gembung



gelembung



-er-

Contohnya : Godak – gerodak Kelip – kerlip



-in-

Contohnya : Sambung sinambung

Penggandaan 29



MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Ada empat jenis penggandaan menurut Abdullah Hassan (2006), •

Gandaan penuh



Gandaan separa



Gandaan rentak



Gandaan bebas

Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam

proses

demikian,

kata

dasar

boleh

mengalami

penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu.

Penggandaan

Penuh Menggandak an keseleluruha n kata dasar sama ada mengandun gi imbuhan atau pun Contoh-contohnya : tidak

Separa

Rentak

Mengganda kan sebahagian kata dasar.

Berentak pengulang an vocal

Boleh berlaku di hadapan atau di belakang

Berentak pengulang an konsonan

Bebas Bentuk kata dasar ada tetapi gandaanny a wujub dalam bentuk penggand aan sahaja

Penggandaan



Penuh Kata nama



Separa Kata nama



Berentak Bebas Rentak suku kata Contohnya : 30

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Contohnya :

Contohnya :

awal

Pokok-pokok

Laki – lelaki

Contohnya :

Ipar-lamai

Meja-meja

Langit – lelangit

Batu – batu-batan

Mentua-taya

Bukit – bukit-bukau

Patah-riuk

Sampah – sampah-sarap

Pinang-lanang



Kata kerja



Kata kerja

Contohnya :

Contohnya :

Main-main

Lari – lelari

Lari-lari

Tengok – tetengok



Ipar-duai

Rentak suku kata akhir

Contohnya : •

Kata adjektif



Kata adjektif

Anak – anak-pinak

Contohnya :

Contohnya :

Kuih – kuih-muih

Cantik-cantik

Sedap – sesedap

Lauk – lauk-pauk

Pandai-pandai

Merah – memerah •



Kata adverba



Kata adverba

Contohnya :

Contohnya :

Tiba-tiba

Cepat – cecepat

Lama-lama

Laju – lelaju

Rentak

bunyi

vokal Contohnya : Gunung-ganang Guruh-garah Suku-sakat



Kata terbitan

Cucu-cicit

Contohnya : Pemain-pemain Pengetua-pengetua

Pemajmukan Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri-ciri 31

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makan seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan. Menurut Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu HBML2103 (2008), kata majmuk ialah bentuk yang lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang ter hasil membawa makna tertentu. •

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.



Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Pemajmukan

Rangkaian kata bebas

Istilah khusus

Maksud kiasan

Bentuk yang mantap

Antaraban gsa nasi minyak

Model linear

Kaki ayam

bom tangan

Garis pusat

Duit kopi

meja tulis

Segi tiga

Pilih kasih

Raja Muda

Lut sinar

Bulan madu

Kakitanga n Matahari Setiausaha Sukarela

Perdana Urus bergabung setia Apabila kata-kata tersebut menurut hukum binaan sintaksis bahasa Menteri

Anak emas

Melayu, iaitu yang diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca, ilmu bahasa, sebar luas, dan lain-lain. Dalam kata majmuk kaji cuaca, kata kaji ialah inti yang diterangkan, dan cuaca penerangnya. Begitulah dengan ilmu bahasa dan sebar luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera, mahasiswa, perdana menteri, dan lain-lain.

32

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Dalam kata majmuk bumiputera, kata bumi ialah penerang, dan putera ialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD, iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.

Pengakroniman Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Akronim juga merupakan singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu. Lihat beberapa perkataan yang di bawah ini hasil daripada pembentukan kata melalui akronim: •

berdikari – berdiri di atas kaki sendiri



pawagam – panggung wayang gambar



proton – Perushaan Otomobil Negara



kugiran – kumpulan gitar rancak



Uniputra-Universiti Putra Malaysia. 33

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

Perkara menarik yang hendak diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan akronim. •

Cikgu



Awas



Bah

Kata `cikgu’ dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan `Encik guru?’ Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu, maka terhasillah gelaran atau panggilan `cikgu’. Selain itu, kata `awas’ yang bermaksud `berhati-hati’ juga merupakan akronim. Kata ini berasal daripada ungkapan `Anda Waspada Anda Selamat. Kita juga pernah menggunakan perkataan `bah’ yang bermaksud `banjir’. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada ungkapan `Bencana Air Hujan’.

Kita juga pernah mendengar perkataan `Tonto’ yang merujuk kepada sekumpulan gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan `Tolong Orang Nak Tipu Orang’.Demikianlah beberapa kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui akronim. Kata akronim boleh ditulis dengan empat cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Antaranya ialah: 1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. 2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. 3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. 4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

Huruf awal

Akronim Huruf dan suku Suku kata awal

Bahagian awal

perkataan

kata perkataan

perkataan dengan

perkataan

34

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

bahagian lain ADUN –

Perhilitan –

Bernama –

perkataan Asbut –

Ahli Dewan

Perlindungan

Berita Nasional

Asap kabut

Undangan Negeri

Hidupan Liar dan

Malaysia

Taman Negara ABIM –

Jentolak – Kugiran –

Angkatan Belia

Proton –

Kumpulan gitar

Islam Malaysia

Perusahaan

rancak

Otomobil Nasional IPSMB –

Jentera tolak

Jenama – jenis nama

Cerpen –

Institut Perguruan

Mara –

Cerita pendek

Sultan Mizan Besut Majlis Amanah Rakyat

Purata – Pukul rata

Bibiliografi

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari. (2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor : Open University Malaysia. http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-kata.html . Diakses pada 16.3.2009. http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009 http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada 16.3.2008 Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 35

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML46 03

36

Related Documents

Bahasa Melayu
May 2020 39
Bahasa Melayu
November 2019 54
Bahasa Melayu
May 2020 40
Bahasa Melayu
October 2019 45