04 Oktober 2007 Kepada sesiapa yang berkenaan. En. Yunos bin Omar, No. Kad Pengenalan 680301-04-5029 ialah guru Siswazah Gred DG 41 SMK Dato Haji Talib Karim. Dilahirkan pada 1 Mac 1968 Kampung Jembatan Duyong, Melaka. Beliau merupakan penyelaraas kelas Pendidikan Khas. Telah berkhidmat di sekolah ini pada 1 Januari 2006. Sebelum mengajar di sini beliau telah berkhidmat di SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka. En. Yunos merupakan seorang guru yang bertanggungjawab, beliau bersedia menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya seperti menjadi guru 3K (Keceriaan, Keselamatan, Kebersihan). Beliau juga begitu prihatin terhadap disiplin pelajar. Atas rasa tanggung jawab inilah beliau telah menawarkan diri untuk menjadi guru disiplin. Selain daripada bertanggungjawab, En. Yunos juga mempunyai sifat penyayang yang tinggi. Beliau begitu prihatin terhadap pelajar kurang upaya. Ini sesuai dengan jawatannya sebagai guru pendidikan khas. Dalam bidang ko-kurikulum beliau diamanahkan menjadi Ketua Rumah Sukan Alauddin, Guru Kadet Polis, Pengadil Lontar Peluru Pendidikan Khas Negeri Melaka dan Komandan Platun pelajar di Perkhemahan Kor-Kadet Polis di PULAPOL Bahau, Air Hitam, Negeri Sembilan. Pada Majlis Hari Keluarga 2006 beliau telah mendapat Anugerah Keluarga Ceria . Beliau juga telah di beri amanah dan tanggungjawab untuk mengetuai Hari Sambutan Kemerdekaan. Beliau merupakan seorang yang taat pada agama dan pada bulan Ramadhan ini beliau tidak pernah meninggalkan ibadah puasa dan menunaikan solat tarawih . Beliau juga adalah merupakan pelanggan tetap Pusat Membeli Belah Jaya Jusco dan beliau mempunyai kedudukan kewangan yang stabil . Sumbangan beliau kepada masyarakat begitu tinggi seperti menjadi Jurulatih Kompang, dan Silat Kampung Semabok Melaka, anggota RELA Daerah Alor Gajah, Ahli Rukun Tetangga, AJK PIBG SK Dato Naning dan Jawatankuasa Koir Negeri Melaka dan Jawatankuasa NGO Special Olimpik Kebangsaan. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah
__________________________