HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Jempol Negeri Sembilan
LENCANA KEAHLIAN
LENCANA KEAHLIAN BIL TAJUK
TARIKH DIUJI
1
Persetiaan dan undangundang Pengakap
2
Rukun Negara
3
Tabik, hormat, isyarat hormat dan cogan kata Pengakap
4
Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan cerita hutan
5
Laung agung
PENGUJI
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
Nama:.………………….………………………………………………… Sekolah:…………………………………………………………………… Alamat:………………………………………………….………………… ………………………………………………………………………………… Tahun: 3 / 4 / AHLI BARU
LENCANA KEPANDAIAN (Lencana Wajib – pilih satu) (a)
Lencana Ahli Renang
(b) Lencana Ahli Penunggang Basikal
Tarikh Diuji: ………..……………………………………….……….. Nama Penguji: ………………………………………………………… 1|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
1. Lambang Pengakap Malaysia
e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". f) Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", hijau "Pengakap Muda", merah "Pengakap Remaja" g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud "Persetiaan Pengakap" iaitu:-" taat kepada Tuhan,Raja dan Negara" , "Menolong orang setiap masa" , "menurut undang-undang Pengakap". b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima(berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 2|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
2. Lambang Pengakap Dunia
3. Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan: a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan buku sila. Lingkaran tali membawa maksud ' persaudaraan Pengakap seluruh dunia.' b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai
Taat kepada Tuhan, raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-undang pengakap.
tiga kelopak yang membawa maksud Persetiaan Pengakap. c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud sepuluh Undang-Undang Pengakap. d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia. e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia. f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan.
4. Undang-undang Pengakap
1) dipercayai 2) taat 3) berguna 4) bersaudara 5) berbudi 6) kasihkan binatang 7) menurut perintah 3|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
8) tabah hati 9) berjimat 10) suci fikiran, perkataan, perbuatan
6. Hormat Pengakap
5. Prinsip Rukun Negara
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan.
Hormat pengakap diberikan semasa : a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau orang kenamaan. b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.
7. Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak : Buat Sehabis Baik
4|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
8. Sejarah Pengasas Pengakap Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan
: BP
Tarikh Lahir
: 22 Febuari 1857
Tempat Lahir
: London, England
Pendidikan Awal
: Charter House, London
Pekerjaan Bekas
: Mejar Tentera British
Nama Isteri
: Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia
: 8 Januari 1941
5|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
9. Sejarah Pengakap Malaysia F.C Sands di Singapura ( 1910 ) H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) Sarawak ( 1915 )
10. CERITA HUTAN
Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan 6|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masingmasing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggotaanggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli.
Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan 7|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undangundang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.
keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramairamai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan 8|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
11.Istiadat Laung Agung ( Pengakap Kanak-Kanak )
1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil.
3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanakkanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ". 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka 9|Page
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ). Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1 - 6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK. Laung Agung merupakan: 1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap KanakKanak. 2. Diamalkan di seluruh dunia. 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK” 4. Untuk menghormati tetamu. 5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin. Bila diadakan? 1. Setiap kali diadakan perjumpaan 2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan
10 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Jempol Negeri Sembilan
LENCANA KEPANDAIAN (Lencana Wajib – pilih satu) (a)
Lencana Ahli Renang 1. Peraturan dan undang-undang keselamatan di air 2. Memulakan renang 3. Kuak dada (teori) 4. Cara menjunam (teori) 5. Berenang berpakaian 30 meter 6. Berenang menimbulkan diri
LENCANA AHLI RENANG
Nama:.………………….………………………………………………… Sekolah:…………………………………………………………………… Alamat:………………………………………………….………………… ………………………………………………………………………………… Tahun: 3 / 4 / AHLI BARU Tarikh Diuji: ………..……………………………………….……….. Nama Penguji: …………………………………………………………
11 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Jempol Negeri Sembilan
(b) Lencana Ahli Penunggang Basikal 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Undang-undang jalan raya Peraturan basikal Isyarat menunggang basikal Kemalangan semasa berbasikal Perlanggaran undang-undang yang menyebabkan kemalangan Menjaga basikal Isyarat jalan raya Memiliki basikal Menunggang basikal
LENCANA AHLI PENUNGGANG BASIKAL
Nama:.………………….………………………………………………… Sekolah:…………………………………………………………………… Alamat:………………………………………………….………………… ………………………………………………………………………………… Tahun: 3 / 4 / AHLI BARU Tarikh Diuji: ………..……………………………………….……….. Nama Penguji: ………………………………………………………… 12 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
1. Undang-undang jalan raya
basikal anda di kaki lima anda mesti patuhi semua papan tanda dan isyarat pejalan kaki. • Apabila menghampiri pejalan kaki dari belakang, perlahan dan memberi isyarat ya ng boleh didengar memberi amaran kepada mereka kehadiran anda sebelum m elintasi mereka.
2. Peraturan basikal 1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu merah belakang dan loceng boleh digunakan.
• Menunggang basikal dijalan raya, MESTI mematuhi undang-undang lalu lintas; tanda-tanda dan isyarat trafik. • JANGAN Menunggang yang bertentangan dengan arah lalu lintas adalah berbahaya dan menyalahi undang-undang. Menunggang di lorong pejalan kaki • Ketika menunggang
2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang, hendaklah memandang ke belakang, dan kemudian beri isyarat. 3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris. 4. Guna lorong basikal, jika ada. 5. Kedua-dua tangan mesti pegang 13 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal (pedal).
3. Isyarat menunggang basikal
6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya. 7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya. 8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas. 9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.
14 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
4. Kemalangan semasa berbasikal
kenderaan lain.
Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan
9. Saiz basikal tidak sesuai.
Semasa Berbasikal
10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai
1. Basikal Tidak Sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh berfungsi. 2. Tidak Memberi Isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok atau memberhenti basikal. 3. Membawa Penumpang - yang mengganggu imbangan. 4. Jarak yang sesuai. 5. Jalan raya yang sibuk dan sempit. 6. Membawa haiwan. 7. Bergurau atau bercakap-cakap.
5. Perlanggaran undang-undang yang menyebabkan kemalangan Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal) Basikal tidak boleh di tunda ketika di atas jalan raya. Ditunggang di sebelah kiri jalan. Tidak boleh ditunggang berinringan. Tidak boleh membawa orang lebih dari reka bentuknya. Berat muatan tidak melebihi 18 kg
8. Memotong atau melintasi celah-celah 15 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
6. Menjaga basikal - Rantai basikal perlu selalu diminyak. - Untuk pelinciran terutama di bahagian mekanikal supaya ia bergerak mudah. - Semua kabel basikal sebaiknya direndam didalam minyak hitam. Caranya, tanggalkan kabel dan rendam semalaman, jemur sehari supaya minyak titis dan pasangkan kembali. Ia penting sebagai pelincir kabel. - Gunakan spanar atau peralatan sesuai dengan ukuran betul untuk membuka atau mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak. - Pastikan basikal anda sentiasa dibersihkan selepas digunakan terutama di bahagian brek untuk mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman. - Periksa tekanan angin tayar bagi memastikan keselamatan terjamin. Bagaimanapun tekanan bergantung kepada jenis tayar. Periksa had tekanan pada tayar anda sebelum mengisi angin.
- Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui jalan basah kerana kurang cengkaman. - Pastiakan pelana duduk selaras dengan pemegang 'Handle' dan ketinggian penunggang supaya anda tidak mengalami masalah sakit pinggang ketika menunggang. - Pelana yang terlalu tinggi akan menyebabkan penunggang terhumban ke hadapan jika anda berhenti mengejut.
16 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
7. Isyarat jalan raya
7. Memiliki basikal
17 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK
HAK MILIK PPM DAERAH JEMPOL N9
8. Menunggang basikal Sebelum Menunggang Basikal
Badan mesti Sihat. Basikal baik dan selamat. Memakai topi kaledar keselamatan. Menunggang di lorong tepi atau lorong khas jika ada. Memakai pakaian yang cerah. Jangan menunggang bergandingan. Patuhi peraturan lalulintas jalan raya. Memasang lampu ketika waktu malam.
Semasa Menunggang Basikal Memberi tumpuan / fokus. Berhati-hati. Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung, simpang & lln.) JANGAN menunggang di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor. Jangan berbual & merokok. Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain. 18 | P a g e
LENCANA KEAHLIAN PKK