HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (SET 26) SESI 2014/2015
PENSYARAH: DR. NASRUDDIN BIN YUNOS
PELAJAR: NUR ANASUHA BINTI IGNASIUS A145637
TAJUK TUGASAN: MODEL DAN PROSES KOMUNIKASI
PENGENALAN:
Komunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam diri setiap individu. Seseorang yang mampu berhubung dengan baik dengan orang lain selalunya dikategorikan sebagai individu yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran ini sebenarnya melibatkan beberapa lagi gabungan kemahiran yang lain seperti pendengaran yang aktif dan kemahiran mengawal nada suara. Apabila seseorang mampu memguasai kemahirankemahiran ini akan secara tidak langsung mampu berkomunikasi dengan baik.
Kemahiran ini sememangnya perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk membantu meningkatkan dan memajukan lagi kerjaya seseorang seperti kerjaya sebagai seorang usahawan, peniaga atau pun sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh, sekiranya seseorang peniaga itu tidak mampu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, ia tidak akan mampu untuk menarik minat atau mempengaruhi minda orang lain untuk membeli barangbarang jualan mereka. Kemahiran komunikasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Teknik komunikasi juga sangat penting iaitu berhai-hati semasa hendah memilih perkataan, kawal nada suara serta kawal bahasa badan. Komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dari segi insan (kemasyarakatan), akademik mahupun kerjaya kita.
MAKSUD KOMUNIKASI:
Secara umumnya, komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan dua pihak bagi mewujudkan pemahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Menurut sarjana Guffey dan Almonte (2010) pula, mereka mendefinisikan komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut kedua-dua serjana ini, terdapat lima langkah dalam proses komunikasi ini, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5.
Pengirim akan membentuk idea Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej Mesej tersebut akan melalui saluran komunikasi Penerima pula akan mendekodakan mesej tersebut ; dan kemudian Maklum balas dihantar kepada pengirim
Lima langkah: Maklumbalas kepada pengirim
GANGGUAN BUNYI Pengirim membentuk idea
Pengirim mengekodkan mesej
Saluran pembawa mesej
Maklumbalas tambahan mungkin dihantar kepada penerima
Pengirim mendekodkan mesej
PROSES KOMUNIKASI
Komunikasi adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang melibatkan dua hala iaitu kedua-dua pihak saling memahami apa yang sedang dibincangkan dengan mendapat maklumat balas antara satu sama yang lain. Umumnya, terdapat 3 jenis golongan komunikasi yang digunakan dalam kehidupan seharian iaitu, Komunikasi Lisan (komunikasi dengan kata-kata), Komunikasi Bukan Verbal (komunikasi bukan lisan), Komunikasi Bertulis (komunikasi melalui penulisan). Ketiga-tiga jenis komunikasi ini penting untuk diketahui dan dikuasai oleh setiap individu untuk melancarkan proses bertukar pendapat dan juga untuk mempermudahkan cara penyampaian maklumat dalam berkomunikasi dalam kehidupan seharian antara insan, masyarakat dan organisasi. Elemen/komponen penting dalam proses komunikasi: 1. Penghantar-orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan 2. Mesej- maklumat idea atau pun pandangan daripada penghantar untuk disampaikan kepada pihan lain (penerima) 3. Saluran(channel)-media yang digunakan untuk menyampaikan mesej 4. Penerima (receiver)-pihak yang menerima pesan 5. Maklum balas yang diberi oleh penerima 6. Gangguan- perkara-perkara yang menggangu dan menghalang keberkesanan komunikasi menyebabkan maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau berlaku salah faham.
1-Pengirim
2-mesej
3-Saluran-media
5-maklum balas
Proses Komunikasi
4- Penerima
MODEL KOMUNIKASI
Model komunikasi dibentuk mengikut sesuatu bidang komunikasi dan berfungsi untuk menerangkan proses komunikasi berkaitan bidang tertentu. Model komunikasi juga membincangkan pendekatan yang mendasarinya dan bagaimana penerapan konsep komunikasi bergantung dalam perkembangannya. Wood (2009) telah menjelaskan tentang tiga kategori utama bagi model komunikasi iaitu: 1. Model Komuniksi Linear 2. Model Komunikasi Interaksi 3. Model Komunikasi Transaksional Model Komunikasi Linear Model komunikasi ini dikemukakan oleh Claude Shannon dan Warren Weaver pada tahun 1949 dalam buku The Mathematical of Communication. Mereka menggambarkan bahawa proses komunikasi ini adalah satu hala dimana pengirim akan menghantar kepada menerima tanpa menerima kembali maklum balas daripada penerima. Antara faktor yang menyebabkan hal ini berlaku ialah bising atau gangguan dan menyebabkan berlakunya salah faham mesej antara pengirim dan penerima.
Mesej
Isyarat yang diterima
BISING
Model Komunikasi Linear
Mesej
Model Komunikasi Interaksional
Model interaksional dikembangkan oleh Wilbur Schramm pada tahun 1954 yang telah menekankan pada proses komunikasi dua hala antara para komunikasi (pemberi mesej dan penerima mesej). Para komunikasi ini menjalankan fungsi yang sama iaitu, mengenkod, menterjemah, dan mendekodkan mesej yang diterima. Maklum balas atau tanggapan terhadap suatu pesanan adalah elemen yang sangat penting dalam model ini kerana maklum balas menunjukkan komunikasi yang berlaku adalah secara dua hala. Pengirim dan penerima mesej ini akan saling memberi tindak balas antara satu sama yang lain dalam bentuk verbal, bukan verbal atau pun kedua-duanya sekali. Semasa proses komunikasi berlaku, pengirim dan penerima akan mengambil giliran untuk menghantar mesej bagi memastikan mesej yang disampaikan oleh penyampai diterima oleh pihak lain (penerima). Hal ini demikian kerana, dalam model ini pengirim tidak boleh menjadi penerima sekaligus ketika berinteraksi. Medan pengalaman (field of experience) bagi kedua-dua pengirim dan penerima mesej mempengaruhi kefahaman dan interpretasi terhadap mesej yang disampaikan.
Medan pengalaman sumber Pengenkod sumber pendekod
Medan pengalaman sumber Mesej maklumb alas
Model Komunikasi Interaksional
Pendeko d sumber pengenk od
Model Komunikasi Transaksional
Model komunikasi transaksional dikembangkan oleh Barnlund pada tahun 1970. Model ini memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi. Ini menunjukkan model ini berlangsung secara dua hala dan berlangsung dengan sistem dan konseks (budaya, keluarga, tempat kerja) yang mempengaruhi interaksi antara peserta komunikasi. Komunikasi ini dikatakan dua hala kerana kedua-dua pengirim dan penerima boleh menghantar mesej dan menerima mesej atau pun membuat kedua-duanya secara serentak. Medan pengalaman (field of experience) bagi kedua-dua pihak (pengirim dan penerima mesej) bertukar sepanjang masa serta mempengaruhi cara interaksi antara satu sama lain. Dengan kata lain, peserta komunikasi (komunikator) melakukan proses negotiation of meaning.
Model Komunikasi Transaksional
Kelebihan, kekurangan, persamaan dan perbezaan antara jenis model komunikasi:
Jenis model
Linear
Kelebihan
Komunikasi berlaku masa yang singkat
Interaksional dalam Kedua-dua pihak (pengirim dan penerima mesej) mendapat mesej
Transaksional Kedua-dua pihak (pengirim dan penerima mesej) boleh berkomunikasi secara serentak
Kekurangan 1. Tidak menerima maklum 1. Perlu menunggu 1. Medan pengalaman balas daripada penerima giliran untuk bertukar sepanjang 2. Komunikasi pengalami menghantar mesej masa gangguan atau bising 2. Komunikasi 2. Komunikasi menyebabakan salah faham berlaku dalam berlangsumg secara mesej antara pengirim dan masa yang agak berterusan. penerima lama
Persamaan
1. Kesan komunikasi yang sama iaitu penerimaan mesej oleh pihak yang lain 2. Mengalami gangguan bunyi semasa berkomunikasi
Perbezaan
1. Jenis hala komunikasi iaitu komunikasi satu hala, dua hala atau beberapa hala. 2. Tempoh masa komunikasi berlaku 3. Maklum balas yang diterima oleh pengirim mesej daripada penerima mesej
KESIMPULAN:
Komunikasi merupakan suatu aktiviti menyampaikan maklumat melalui pertukaran fikiran, mesej atau maklumat melalui percakapan, penulisan, isyarat ataupun perlakuan. Komunikasi juga merupakan suatu alat yang boleh digunakan untuk memberitahu, memujuk seseorang mahupun memberi hiburan kepada orang lain.ketika berkomunikasi juga, kita haruslah tahu cara hendak mengawal emosi, bahasa dan etika kita serta senyum. Selain itu, seharusnya kita kenal dengan siapa kita berkomunikasi. Contohnya, berkomunikasi dengan ibu bapa, rakan-rakan, tetamu, pelanggan, guru, orang bawahan dan sebagainya. Kita juga harus mengenal pasti perbezaan kita dengan orang yang berkomunikasi dengan kita. Contohnya, perbezaan dari segi umur, tahap pendidikan, status, budaya (bangsa), citarasa dan lain-lain. Ini sangat penting bagi menjaga adab ketika berkomunikasi dan menjaga perasaan orang yang berkomunikasi dengan kita itu. Kemahiran komunikasi merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian dan ini menunjukkan bahawa setiap individu haruslah menguasai kesemua jenis komunikasi dan mempraktikkannya dalam aktiviti seharian. Sekiranya kita mempraktikkan kemahiran-kemahiran ini, ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam menyampaikan maklumat dan sekaligus mengurangkan kesalafahaman dalam berkomunikasi. Maklumat yang disampaikan juga akan mendapat maklum balas daripada penerima. Kemahiran komunikasi ini banyak mendatangkan kebaikan dari tiga segi aspek iaitu hubungan antara insan, akademik dan kerjaya itu sendiri.
RUJUKAN:
Modul Pembangunan Diri (2011). Pusat Pengajian Umum UKM Bangi. Nota Komunikasi berkesan. Dr.Lailawati Mohd Salleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM. Wikipedia. Communication. (http://en.wikipedia.org/wiki/Communication).