Model Bahasa Arab.docx

  • Uploaded by: Mohd Adzha Sa'pie
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Model Bahasa Arab.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,049
  • Pages: 5
Model Bahasa Arab Posted by Admin on 10:25 PM Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi. Penilaian Bahasa Arab menggunakan pendekatan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1. Ianya dijalankan setiap kali P&P dan dicatat pencapaian setiap murid. 2. Tiada ujian bulanan atau penggal sebagaimana biasa. 3. Setiap murid perlu mempelajari 10 tajuk. 4. Setiap tajuk perlu diajar dalam tempoh sebulan. 5. Pencapaian murid untuk tajuk 1 - 5 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Pertengahan Tahun. 6. Pencapaian murid untuk tajuk 6 - 10 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Akhir Tahun. 7. Sila rujuk buku panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran & Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1 atau Tahun 2 Bahasa Arab Sekolah Rendah Kohort 2009 5 waktu bagi kohort 2009. Kelas dibawah 1-3. Bermula Thn 1 2009

Model 6 Bulan Khatam Posted by Admin on 10:20 PM mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam alQuran modul 6 bulan. Pelajar MESTI membaca QURAN bemula TAHUN SATU 6 BULAN KEDUAdengan menggunakan Modul SATU di bawah. Modul-modul lain boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempercepatkan proses khatam quran. Modul SATU 1. Khusus untuk pelajar yang masih belum membaca al-Quran. 2. Semua palajar akan membaca al-Quran (mengikut kumpulan masing-masing) secara 3. beramai-ramai mengikut bacaan guru di awal waktu. 4. Tempoh bacaan ialah selama 10 minit hanya untuk satu mukasurat bagi satu masa P&P. 5. Baki 20 minit P&P digunakan untuk meneruskan bacaan iqra' mengikut tahap masing-masing. 6. Bacaan Quran menggunakan modul ini perlu diambil kira dan ditanda di dalam buku rekod bacaan pelajar. Modul DUA 1. Dibantu oleh 4 orang murid turus 2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan 3. diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan. 4. Guru membimbing murid aras satu manakala murid aras dua dibimbing oleh murid turus. Modul TIGA 1. Dibantu oleh 4 orang murid turus 2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan. 3. Murid turus yang lain akan terus membimbing murid-murid pelbagai tahap di kumpulan masing-masing. 4. Murid-murid lain akan membaca di hapadan guru selepas dibimbing oleh murid

turus untuk diperaku bacaan mereka dan ditanda dalam buku rekod bacaan. Modul EMPAT 1. Melibatkan murid-murid yang membaca quran di pelbagai tahap. 2. Guru memberi penerangan (satu) hukum tajwid berpandukan sistem warna dalam quran serta bacaan contoh (5 minit pertama) 3. P&P secara berpasangan. 4. Setiap murid akan disemak bacaannya oleh pasangan masing-masing 5. Setiap pasangan akan membaca di hadapan gurunya untuk diperakukan bacaan dan ditanda dalam buku rekod bacaan. PERHATIAN: 1. Setiap kumpulan tidak statik. Ahli kumpulan boleh berubah mengikut tahap dan kemahiran. 2. Bacaan setiap pelajar mesti dicatat di dalam buku rekod bacaan setiap kali P&P berjalan. 3. Bilangan murid dalam kumpulan cemerlang lebih ramai berbanding kumpulan kurang cemerlang supaya murid lemah dapat diberi lebih tumpuan.

Model Kem Bestari Solat Posted by Admin on 10:28 PM Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam. 1. Setiap pelajar mesti mengikuti 4 kali kem. 2. Setiap kem berjalan dalam tempoh 10 jam mengikut panduan berikut: - LDK Thn 1 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 1) - LDK Thn 2 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 2) - LDK Thn 3 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 3) - LDK Thn 4 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 4) - LDK Thn 5 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 5) 3. 4 kali kem mewakili 40 jam setahun. 4. Semua sekolah diminta melaksanakan aktiviti KBS dalam bentuk kem sebagaimana dalam jadual aktiviti yang dicadangkan untuk memberi impak yang berkesan kepada murid.

5. Sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 yang mempunyai bilangan murid yang ramai boleh melaksanakan aktiviti KBS secara mingguan atau berkala tetapi perlu mencukupi jumlah 10 jam untuk setiap kem. 6. Semua data pencapaian pelajar dalam KBS perlu dikemaskini mengikut format borang yang terdapat dalam buku panduan

Model Tasmik Posted by Admin on 10:19 PM Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah.

Model Pemulihan Jawi Posted by Admin on 10:15 PM Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahanbahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada. RINGKASNYA 1. Kumpulan murid kelas pemulihan ini tidak statik. 2. Murid yang telah pulih perlu mengikuti sukatan pelajaran jawi di kelas asal. 3. Kekosongan di kelas pemulihan perlu diganti dengan murid lain jika ada. 4. Setiap murid mesti menjalani ujian dianostik terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas pemulihan jawi. 5. Tahun satu (rujuk buku panduan tahun1 muka surat 64)

6. Tahun dua (rujuk buku panduan tahun 2 muka surat 97) 7. Bilangan murid yang mengikuti kelas pemulihan tidak boleh lebih daripada 10 orang dalam satu masa. 8. Jika 2 orang guru mengajar kelas pemulihan pada waktu yang sama maka 10 orang murid pemulihan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Related Documents

Model Bahasa Arab.docx
November 2019 9
Model Model
April 2020 51
Bahasa
November 2019 57
Bahasa
October 2019 58
Bahasa
June 2020 32
Model
November 2019 70

More Documents from "riyashini"

November 2019 12
Nama Kbs.docx
November 2019 12
Model Bahasa Arab.docx
November 2019 9