Minit Mesyuarat Persediaan Hem 2019.pdf

  • Uploaded by: Anonymous TajOBStT75
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Persediaan Hem 2019.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 981
  • Pages: 4
PK07/3 – Pengurusan Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajudddin 73400 Gemas MINIT MESYUARAT PERTAMA HEM SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019 TARIKH MASA TEMPAT PENGERUSI KEHADIRAN (Bilangan) TURUT HADIR (jika ada)

1.

: : : : : :

3 JANUARI 2019 (KHAMIS) 8.00 PAGI BILIK GERAKAN EN MOHD NOOR BIN IBRAHIM 45 orang

ALUAN PENGERUSI 1.1 Memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya semua guru dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Persediaan Hal Ehwal Murid sesi persekolahan 2019. Tindakan: Makluman 1.2 Merakamkan ucapan terima kasih kepada GPK HEM dan semua jawatankuasa HEM yang dilantik kerana dapat menguruskan murid dengan baik sepanjang tahun 2018. Tindakan : Makluman 1.3 Berharap semua guru khususnya jawatankuasa HEM yang dilantuk dapat menjalankan tugas dengan lebih baik pada tahun 2019. Tindakan: Jawatankuas HEM 1.4

1.5

1.6

Harapan pada tahun 2019, jawatankuasa lawatan dapat merancang lawatan sambil belajar ke Indonesia sebagai satu program pengantarabangsaan. Tindakan : Jawatankuasa Lawatan Harapan pada tahun 2019, PIBK di bawah jawatankuasa SARANA lebih proaktif menjalankan program khasnya melibatkan ibubapa. Tindakan : Jawatankuasa Sarana Harapan pada tahun 2019, guru kelas dapat mempertingkatkan keceriaan kelas dan penglibatan ibubapa untuk bersama-sama membuat keceriaan kelas anak-anak amatlah digalakkan. Tindakan : Guru kelas

2.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Cadangan : Pn. Siti Mariah Binti Mohd Amin 2.2 Sokongan : Pn. Azian Binti Maja

3.

PERKARA BERBANGKIT 3.1 (Perkara 1.3) Sebarang tindakan ke atas murid di dalam kelas mestilah mengikut SOP. Guru juga diingatkan mengawasi dan mengelakkan sebarang sentuhan fizikal ke atas murid untuk mengelakkan sebarang aduan daripada pihak ibubapa/penjaga. Tindakan : Semua guru 3.2

(Perkara 5.2.1) Semua guru diminta merekodkan amalan baik murid ke dalam Sistem SSDM. Dokumentasi penting sebagai evidens. Tindakan : Semua guru

4.

UCAPAN GPK HEM – NUZULHAKIM BIN MOHD ALI 4.1 Sepanjang tahun 2018, peratus kehadiran murid tidak pernah mencapai 95%. Pada tahun 2019, guru bertugas diminta sentiasa mengingatkan murid tentang pentingnya hadir ke sekolah. Tindakan : Guru Bertugas Mingguan 4.2

Guru kelas diminta mengenalpasti sebab ketidakhadiran murid ke sekolah dan maklumkan kepada GPK HEM sekiranya perlu. Tindakan : Guru kelas

4.3

Guru kelas pastikan murid bukan warganegara telah membuat permohonan rasmi kepada pengarah. Tindakan : Guru kelas Semua guru diminta mengingatkan murid untuk membudayakan ucapan memberi salam dan mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan. Tindakan : Semua guru

4.4

5.

4.5

Guru bertugas mingguan perlu memberi ucapan bertema dalam perhimpunan rasmi hari Isnin mengikut tema yang telah ditetapkan dalam Buku Perancangan & Pengurusan 2019. Tindakan : Guru Bertugas Mingguan

4.6

Fail peribadi murid mestilah lengkap dengan dokumen seperti maklumat murid beserta salinan surat beranak, buku kesihatan dan keputusan pentaksiran atau peperiksaan. Tindakan : Guru kelas

4.7

Merakamkan ucapan tahniah kepada unit Bimbingan & Kaunseling kerana semua program sepanjang tahun 2018 berjalan lancar. Tindakan : Makluman

PENGURUSAN HEM 2019 5.1 DATA APDM 5.1.1 Guru kelas diminta mengemaskini maklumat murid terutamanya maklumat pendapatan ibubapa/penjaga mengikut slip gaji yang terkini. Borang maklumat murid yang baharu akan diagihkan pada hari pendaftaran. Tindakan : Guru kelas 5.2 DISIPLIN & PENGAWAS 5.2.1 Semua guru adalah guru disiplin. Semua guru boleh membuat teguran tentang cara potongan rambut dan cara berpakaian murid yang betul. Tindakan : Semua guru 5.2.2

5.3 RMT 5.3.1

Sebarang kesalahan disiplin murid, laporan perlu dibuat kepada guru disiplin dan dihantar kepada kaunselor untuk tindakan selanjutnya. Tindakan : Semua guru

Murid yang layak menerima RMT adalah dua orang murid OKU. Sekiranya ada murid OKU yang baru berpindah masuk, pastikan ada kad OKU sekiranya tiada penjaga boleh dipanggil untuk urusan permohonan kad OKU. Tindakan : Makluman

5.4 KANTIN 5.4.1 Jawatankuasa diminta memantau menu makanan murid dan sentiasa mengingatkan pengusaha kantin tentang makanan yan tidak boleh dijual di kantin sekolah. Tindakan : Jawatankuasa Kantin 5.5

5.6

3K (KESELAMATAN & KECEMASAN, KEBERSIHAN & KECERIAAN, KESIHATAN) 5.5.1 Semua guru diminta sentiasa memastikan kebersihan laci meja murid. Tindakan : Semua guru 5.5.2

Guru matapelajaran terakhir mestilah mengingatkan murid supaya tidak meninggalkan buku teks di sekolah. Tindakan : Semua guru

5.5.3

Program Minggu Sihat mesti dijalankan dua kali setahun. Jawatankuasa diminta merancang satu program Hari Sihat. Tindakan : Jawatankuasa Kesihatan

5.5.4

Jawatankuasa diminta menyediakan sijil untuk kelas terbersih setiap minggu. Tindakan : Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan

5.5.5

Piala pusingan kelas terbersih perlu ditukar kerana yang lama sudah patah. Tindakan : GPK HEM

KEBAJIKAN 5.6.1 Guru pemulihan diminta mengenalpasti murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Penjaga boleh dipanggil untuk urusan menghantar anak untuk pemeriksaan lanjut pengesahan PPKI dengan bayaran RM100. Tindakan : Makluman 5.6.2

Dua orang murid layak menerima bantuan KWAPM daripada pemilihan berdasarkan pendapatan ibubapa/penjaga. Tindakan : Makluman

5.6.3

Senarai penerima bantuan KWAMP adalah seperti berikut: 5.6.3.1 Fatimah Azzahra Binti Rozali 5.6.3.2 Ahmad Syafie Bin Saidi Tindakan : Makluman

5.7

5.8

PPDa 5.7.1

SPBT 5.8.1

Jawatankuasa diminta merancang satu program di peringkat sekolah. Tindakan : Jawatankuasa PPDa

Buku teks baharu tahun 3 akan sampai dalam minggu ini. Tindakan : Makluman

5.8.2

Buku teks Tahun 1 akan diagihkan pada minggu ketiga Transisi. Tindakan : Jawatankuasa SPBT

6.

AGIHAN TUGAS & PEMBENTANGAN JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2019 6.1 Jawatankuasa Pengurusan HEM bagi tahun 2019 boleh dirujuk pada Buku Perancangan & Pengurusan 2019. Tindakan : Semua guru 6.2 Terdapat perubahan untuk jawatankuasa Lawatan. En. ‘Ainuddin dilantik sebagai Naib Setiausaha dan En. Khairul Anuar sebagai AJK. Tindakan : Makluman

7.

HAL-HAL LAIN 7.1 Puan Mahami meminta kerjasama semua guru untuk mengingatkan murid tentang laluan balik yang dibenarkan. Tindakan : Semua guru 7.2

Sumbangan PIBG guru telah dipersetujui sebanyak RM10 seorang. AJK PIBG diminta mengusulkan dalam mesyuarat AJK PIBG. Tindakan : AJK PIBG

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

………………………................ (Norazimah Bt Muhamad) Setiausaha Hal Ehwal Murid SK Kem Syed Sirajuddin

....................................... (Nuzulhakim Bin Mohd Ali) GPK Hal Ehwal Murid SK Kem Syed Sirajuddin

……………………................ (Mohd Noor Bin Ibrahim) Guru Besar SK Kem Syed Sirajuddin

Tarikh : 10 Januari 2019

Tarikh :……………………………

Tarikh :…………………………

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 1 Februari 2012 – Keluaran 02 / Pindaan 00

Related Documents

Minit Mesyuarat
December 2019 80
Minit Mesyuarat
May 2020 39
Minit Mesyuarat
August 2019 45
Minit Mesyuarat
April 2020 29

More Documents from ""