Minit Mesy Panitia Matematik 2018.docx

  • Uploaded by: Amirah Husna Abdullah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesy Panitia Matematik 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,896
  • Pages: 11
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK SK KUALA TELANG BIL 1/2018

Tarikh

: 9 Januari 2018 (Selasa)

Masa

: 2.30 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN

En Ahmad Azman bin Johari

Guru Besar / Pengerusi

Pn Siti Fatmawati bt Abdul Ghani

Guru

Penolong

Pentadbiran

/Guru

Kanan Matematik

Tahun 1 dan 4 Pn Nurul Hudaa bt Abdullah

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Norlizam bin Mohmad

Guru

Penolong

Kanan

Kokurikulum / Guru Matematik Tahun 2 dan 3 Pn Rosnani bt Abd Aziz

Ketua Panitia Matematik / Guru Matematik Tahun 6

En. Mohd Hazrul bin Mohd Hazeli Pn. Puteri Rozita Bt Abdul Rahman

Tidak hadir : -

Penyelaras Linus Guru Prasekolah

1.0 -

2.0

Aluan Pengerusi Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Ucapan Selamat Datang kepada semua guru ke mesyuarat kali pertama. Pengerusi mengucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan UPSR 2017. Walaupun tidak mendapat lulus 100% kerana MBK tetapi 2 orang murid berjaya mendapat A.

Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Cadangan disahkan

: Pn. Rosnani bt Abd Aziz

Disokong oleh

: Pn. Siti Fatmawati bt Abdul Ghani

3.0

Perkara-perkara Berbangkit

-

4.0

Agenda

4.1 Perancangan dan persediaan awal tahun persekolahan. 4.1.1 Dasar-dasar KPM Pelantikan Jawatankuasa Panitia Matematik bagi tahun 2018 ialah sebagaimana berikut :Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Ketua Panitia Setiausaha AJK

: : : : : : :

En. Ahmad Azman bin Johari. Pn. Siti Fatmawati bt Abdul Ghani Pn. Nurul Hudaa bt Abdullah En. Norlizam bin Mohmad Pn. Rosnani bt Abd Aziz Pn. Siti Fatmawati bt Abdul Ghani Pn. Puteri Rozita bt Abd Rahman En. Mohd Hazrul bin Mohamad Hazeli

Tahniah dan terima kasih kepada semua Jawatan kuasa Panitia Matematik 2018. Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum bilangan 1/2018 dan Buku Perancangan Sekolah dan Takwim 2018, Mesyuarat Panitia perlu dilaksanakan empat kali setahun mengikut keperluan. Mesyuarat panitia dipengerusikan oleh Guru Besar dan

dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Sekolah. Minit mesyuarat disediakan mengikut format yang diberikan PPD dan disemak oleh pengerusi mesyuarat. Minit mesyuarat perlu disiapkan dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat dijalankan. Agenda mesyuarat sebagaimana lampiran A. Tindakan : Pn Rosnani bt Abd Aziz Pengerusi bersetuju untuk meneruskan format penyediaan dan mengemaskini fail panitia seperti yang telah dimaklumkan oleh PPD iaitu satu Fail Induk dan sembilan Dokumen Sokongan. Rujuk Lampiran B. Dokumen Sokongan pula boleh digabungkan mengikut kesesuaian. Lokasi penyimpanan fail dan dokumen mestilah mudah diakses dan selamat. Tindakan : Pn. Rosnani bt Abd Aziz Pengerusi juga meminta dokumen semakan KSSR bagi Tahun 2 bagi tahun 2018 dimasukkan dalam dokumen sokongan dan pastikan semua guru yang terlibat mempunyai salinan masing-masing. Selain itu, DSKP dan RPT terkini perlu dicetak dan dibawa masuk setiap PdPc. Tindakan : Pn. Rosnani bt Abd Aziz dan semua guru.

4.1.2 Misi, Visi, Matlamat dan pelan Strategik / Taktikal. Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi masih menggunapakai edisi 2016-2019 dan perlu ditambahnaik dari semasa ke semasa. Guruguru perlu menyebarkan misi dan visi serta matlamat masing-masing kepada murid dan juga ibu bapa. Tindakan :

Semua guru

4.1.3 Bilik-bilik khas, makmal, bengkel. Pengerusi menegur ruangan khas untuk menyimpan BBM Matematik perlu sentiasa dikemaskini. Pengerusi memohon semua ahli bekerjasama dan tidak mengharapkan Ketua Panitia membuat semua tugasan panitia.. Selain itu, Buku Rekod Pengambilan dan Pemulangan Alatan perlu dilengkapkan oleh guru. Tindakan : Semua guru.

4.1.4 Perkhidmatan PSS, ICT dan Kaunseling. Berhubung PAK21, Pengerusi bersetuju untuk meneruskan ketetapan yang telah dibuat pada sebelum ini iaitu penggunaan Peta Pemikiran (iTHINK) sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam aktiviti dalam kelas. Pengerusi juga bersetuju dengan cadangan sebelum ini iaitu muridmurid dilibatkan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun semasa untuk bengkel/ projek di luar kelas. Guru-guru juga diingatkan agar bijak dalam menggunakan peluang murid yang sedikit untuk menggunakan perkhidmatan secara optimum. Penggunaan ICT boleh digalakkan penggunaan semasa waktu Rehat. Selain itu, Zoom A untuk Tahap 2 perlu segera didaftarkan agar dapat membantu murid-murid. Tindakan :Semua guru

4.2 Buku Rancangan Pengajaran Guru 4.2.1 Sukatan pelajaran, HSP, format RPT, format RPH RPT yang dirancang perlulah mengikut minggu persekolahan yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu 43 minggu dan wajib disahkan oleh Guru Besar dan perlu disimpan dalam fail panitia dan fail kurikulum. RPT perlu dicetak dan ditampal/ diselitkan dalam buku Rekod Mengajar (BRM) atau disimpan dalam fail berasingan tetapi perlu dikepilkan pada BRM apabila dihantar untuk pemeriksaan pentadbir atau semasa penyeliaan PdPc atau oleh pegawai yang diberi kuasa menyemaknya pada bila-bila masa. Pengerusi bersetuju kekalkan Penulisan RPH iaitu mesti mengandungi sekurang-kurangnya perkara berikut:   

Kelas, masa dan mata pelajaran. Tajuk/ tema Objektif pembelajaran

    

Aktiviti (KBAT/ Peta i-THINK/ PAK21) Bahan Bantu Belajar Refleksi Penilaian EMK

Pengerusi menjelaskan bahawa RPH diberi kebebasan sama ada ditulis tangan dalam BRM atau guru menggunakan fail untuk mendokumentasikan dan dihantar untuk pemeriksaan oleh pentadbir atau semasa penyediaan PdP atau oleh pegawai yang diberi kuasa menyemak pada bila-bila masa. Pengerusi juga mengingatkan bahawa objektif pelajaran mestilah dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh mengukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Tindakan : Semua guru

4.2.2 Semakan Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Guru. BRM hendaklah dihantar untuk disemak oleh Guru Besar atau GPK Pentadbiran pada hari Jumaat atau selewat-lewatnya pada pagi Isnin setiap minggu. Refleksi juga perlu dlengkapkan sebelum semakan. Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Pengurusan di PPD telah bersetuju untuk semua sekolah menyediakan rekod penghantaran dan semakan BRM/ Fail Rancangan Mengajar ke PPD pada setiap hujung bulan . Manakala, Guru Besar pula perlu menghantar BRM setiap suku tahunan untuk disemak oleh PPD. Pengerusi memohon semua guru melengkapkan maklumat dan akujanji didalam BRM. Bagi yang mengunakan fail, perlulah menyediakan semua helaian sebagaimana BRM yang dibekalkan. Tindakan : Semua guru

4.2.3 SPI dan pekeliling berkaitan. Berikut adalah SPI yang masih digunapakai. SPI Bil 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran SPI Bil 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran SPI Bil 4/1986 : Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

SPI Bil 8/2016 : Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) secara berperingkat- peringkat mulai tahun 2017. Tindakan : Semua guru 4.3

Anggaran Perbelanjaan

4.3.1 Baki tahun sebelum Baki terakhir pada 31.12.2016 ialah RM0.30. 4.3.2 Perancangan perbelanjaan tahun semasa. Peruntukan Panitia Matematik bagi tahun 2017 ialah RM244.80. Jumlah terkini ialah RM245.10 Pengerusi menasihatkan agar peruntukkan kewangan mata pelajaran digunakan secara optimum untuk sumber pendidikan (60%) dan peruntukan untuk program peningkatan pembelajaran (30%). Pengerusi juga bersetuju untuk memperuntukkan 10% daripada peruntukan tahun ini kepada Kelas Pemulihan. Tindakan : Semua guru 4.3.3 Prosedur perbelanjaan Pengerusi meningatkan bahawa Pentadbir perlu memantau status perbelanjaan untuk memastikan peruntukan diurus dengan berkesan dan maklumat status dibawa dalam mesyuarat kewangan/ mesyuarat kurikulum mengikut takwim sekolah. Pengerusi juga menegaskan sumber/ program mesti mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan. Penggunaan nota minta adalah diwajibkan. Kegagalan mematuhi prosedur akan menyebabkan permohonan tidak akan diluluskan oleh Guru Besar. Tindakan : Pn. Siti Fatmawati

4.4

Laporan status peperiksaan awam

UPSR 2017 Gred Purata Sekolah : 2.94 Peratus lulus Sekolah : 62.50% Gred Purata Mata Pelajaran Matematik : 3.00 Peratus lulus Matematik : 75% (2 orang Murid Berkeperluan Khas)

Bil

Nama

Keputusan Matematik

1

HAJARUL ASWAD BIN MUHAMMAD KAMIL

E

2

MOHAMAD SYAWAL MOHAMAD KAMARUL AZLI

C

3

MUHAMMAD AQMAR AQLAN BIN AHMAD NAZREE

C

4

MUHAMMAD RADHI BIN MOHD RIADH

A

5

NURUL FATIN FATIHAH BINTI LOKMAN

D

6

SAZLI HAIKAL BIN ABDULLAH

A

7

SYAWAL ASIRAH BINTI HARUN

B

8

WAN KHAIRUNNISA AFRINA BINTI WAN KHAIRUL ANUAR

E Tindakan : Makluman

4.5

Agihan tugas panitia

Pengerusi memaklumkan Jadual Waktu Peribadi Guru telah diedarkan sebelum sesi persekolahan bermula. Agihan Kelas Mengajar adalah seperti berikut Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun

1 2 3 4 5 6

– Pn Siti Fatmawati Abdul Ghani – En. Norlizam Mohmad – En. Norlizam bin Mohmad – Pn Siti Fatmawati Abdul Ghani - En. Norlizam Mohmad – Pn. Rosnani bt Abd Aziz

Walau bagaimanapun, agihan ini akan berubah apabila Pn. Rosnani bt Abd Aziz mula Cuti Bersalin. Dijangkakan pada awal bulan Februari. Tindakan : Semua guru

4.6

Penyeliaan PdPc

Jadual Pencerapan PdPc bagi Tahun 2018 telah diedarkan dalam Buku Perancangan Sekolah dan Takwim 2018. Semua guru boleh merujuk kepada Standard 4 PdPc SKPMg2 sebagai panduan untuk pencerapan.

Selain itu, Pengerusi meningatkan semua guru untuk menghantar buku latihan/buku kerja murid-murid kepadanya atau GPK Pentadbiran untuk semakan. Guru-guru perlu memastikan semua buku murid disemak dan diberikan kata-kata nasihat dan motivasi. Semua borang penyemakan buku latihan hendaklah disimpan dalam fail Semakan Latihan Murid, fail Panitia dan satu salinan kepada guru subjek berkenaan.

Jadual Penghantaran buku latihan murid untuk semakan pentadbir telah disertakan dalam Buku Perancangan dan Takwim 2018.

Bi l

Kelas

Bilangan latihan / tugasan minimum mingguan

1

Tahun 1

12 soalan

2

Tahun 2

15 soalan

3

Tahun 3

18 soalan

4

Tahun 4

24 soalan

5

Tahun 5

32 soalan

6

Tahun 6

50 soalan

Pengerusi juga mengaskan latihat berfokuskan kepada KBAT turut diberikan kpd murid-murid. Penggunaan Peta i-Think amat membantu murid. Maka, guru-guru perlu melakukan banyak rujukan untuk membimbing murid-murid menggunakan Peta i-Think. Tindakan : Semua guru

4.7

Perkembangan staf

Tahniah diucapkan kepada semua guru Matematik yang telah melengkapkan kursus 7hari setahun pada 2018. Terima Kasih juga diucapkan kepada guruguru yang komited untuk menghadiri kursus di peringkat PPD Lipis.

Bagi tahun 2018, pengerusi meminta semua guru untuk mencari peluang menghadiri kursus sebanyak mungkin di awal tahun. Guru-guru boleh mencari kursus atas talian dan menjalani kursus tersebut. Tindakan : Semua guru

4.8

Penilaian dan peperiksaan.

Pengerusi memaklumkan terdapat perubahan nama dalam penilaian pada tahun ini. PPSR akan digunapakai yang bermaksud Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah. 4 komponen utama dalam PPSR ialah  Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)  Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)  Pentaksiran Psikometrik  Pentaksiran Pusat (UPSR) Pengerusi juga membentangkan kaedah pelaksanaan PBD secara Sumatif. Pengerusi menegaskan semua guru perlu menguasai dan mahir berkaitan dengan SK, SP dan SPi subjek dan kelas masing-masing. Seterusnya guru perlu membina item pentaksiran. Pentaksiran sumatif boleh dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal atau tahun yang telah ditentukan. Kemudian, guru perlu memeriksa respon murid dan membuat analisis data. Pengerusi juga meningatkan agar semua guru membuat laporan murid. Tindakan : Semua guru

4.9

Pemantauan / Kawalan standard akademik

Pengerusi mencadangkan agar murid-murid Linus 2017 dan berpotensi menjadi murid Linus (Tahun 1) untuk diberikan program khusus di luar masa PdPc. Pengerusi meminta cadangan program panitia bagi tahun 2018. Antara cadangan ialah Kem Sains dan Matematik, Bengkel pengukuran, Geng Bijak Sifir, Wake Up, Bengkel Abakus dan lain-lain program yang akan dirancang dari semasa ke semasa. Selain itu, khas untuk murid Tahun 6 ialah Bengkel Menjawab Soalan bersama SK Padang Tengku. Kelas Tambahan juga akan dijalankan walaupun hanya ada 2 orang calon UPSR 2018.

Pengerusi mengingatkan semua guru untuk sedia mmeberi komitmen dan membantu antara satu sama lain agar panitia Matematik dapat menghasilkan murid-murid yang berpemikiran ingin tahu, kritis dan kreatif serta dapat mengukuhkan pengetahuan murid.

Tindakan : Semua guru

5.0 Lain-lain hal 5.1Tahun 1 – semua guru yang mengajar Tahun 1 diminta untuk memberikan lebih perhatian kepada 3 orang murid yang lemah iaitu Irfan, Haikal, Ryan Iskandar. Tahun 2 – murid yang agak lemah ialah Nayli Nabihah. Tahun 3 – murid yang agak lemah ialah Nur Atikah Najwa iaittu murid baru daftar di SK Kuala Telang. Diharap semua guru dapat membantu murid-murid ini pada program atau sebarang aktiviti di luar kelas. 6.0 Ucapan Penangguhan Pengerusi berharap semua program yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Kerjasama daripada smeua ahli panitia adalah sangat penting.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh:

(PN. ROSNANI BT ABD AZIZ Ketua Panitia Panitia Matematik SK Kuala Telang

Disahkan oleh:

)

(EN. AHMAD AZMAN BIN JOHARI) Guru Besar SK Kuala Telang

Related Documents


More Documents from "osman hj ibrahim"