Minit 1.docx

  • Uploaded by: nanaalias25
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 590
  • Pages: 5
SEKOLAH KEBANGSAAN NAKHODA MUHAMMAD TAIB

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI PERTAMA 2019

Tarikh

: 28 Disember 2018

Hari

: Jumaat

Masa

: 11.00

Tempat

: Bilik Kemahiran Hidup

KEHADIRAN:

1. Pn. Azura binti (PK Kokurikulum) 2. Pn. Siti Nabila Assilah binti Alias 3. Pn. Nurul Hakimah binti Ismail 4. Pn. Che Gayah @ Salehah binti Sulaiman

1.0

UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1

2.0

Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran guru-guru pada mesyuarat kali ini.

AGENDA BARU

2.1

PENUBUHAN JAWATANKUASA Pelantikan Cg Nurul Hakimah sebagai setiausaha panitia PJPK. 1

2.2

SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

2.2.1

Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan.

2.3

2.2.2

Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

2.2.3

Agihan waktu Pendidikan Jasmani 2 kali seminggu dijalankan selama 30 minit setiap waktu. Tidak boleh dijalankan setiap hari untuk kelas yang sama. Mesti diselang hari dan mesti dijalankan sebelum masa rehat.

2.2.4

Masa Pendidikan Kesihatan 1 waktu sahaja (30 minit). Masa PJ tidak boleh digunakan untuk mengajar PK.

2.2.5

Beri penekanan tentang tajuk-tajuk yang melibatkan PEERS dan gunakan istilah yang betul kepada murid

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN HARIAN PJPK 2.3.1 RPT mesti disediakan dan disahkan oleh Guru Besar. 2.3.2

RPH diselaraskan untuk semua guru yang mengajar PJ dan PK.

2.3.3 RPH boleh disediakan dengan merujuk RPT yang telah disediakan. Untuk memudahkan guru menyediakan RPH, digalakkan guru-guru untuk memuat turun Modul Panduan Pengajaran PJ dan PK. Modul itu adalah lengkap dan sangat membantu guru dalam PdPc dan membuat perancangan aktiviti. 2.3.4 Ketua Panitia menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.

Tindakan: Semua guru PJPK

2

2.4

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.4.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan juga perlu diisi dan dilengkapkan selepas membuat pentaksiran ataupun selepas aktiviti dijalankan. 2.4.2 Penilaian akhir perlu dicetak dan diserahkan kepada guru kelas pada hujung tahun.

Tindakan: Makluman

2.5

SEGAK

2.5.1 SEGAK dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan bulan Ogos untuk murid Tahun 4,5 dan 6. Panduan untuk Pelaksanaan SEGAK ada pada pengerusi dan akan dibuat salinan dan diserahkan kepada semua guru PJ.

2.5.2 SEGAK mesti dijalankan mengikut prosedur yang betul (ikut urutan aktiviti yang telah ditetapkan) dan perlu dijalankan dalam satu masa sahaja. Tidak boleh disambung pada hari yang seterusnya. Boleh dijalankan selepas masa PdPc atas kebenaran guru besar.

2.5.3 Semua guru PJ digalakkan untuk menjalankan ujian SEGAK secara serentak untuk memudahkan guru menilai murid.

2.5.4 Semua keputusan SEGAK perlu direkodkan di dalam Buku Penialain SEGAK yang telah disediakan.

3

2.6

AKTIVITI TAHUNAN 2.6.1 Aktiviti Bulan Kecergasan. 2.6.2 Aktiviti senam robik akan dijalankan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. 2.6.3 Ceramah Kesihatan dan PEERS.

2.7

PENGURUSAN FAIL 2.7.1

Fail Panitia akan disediakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3 HAL-HAL LAIN

3.1

Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan alatan boleh ambil kunci daripada pengerusi.

3.2

Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar alatan PJ. Sila isi borang keluar masuk peralatan yang diletakkan di pintu stor.

3.3

Guru PJ perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani aktiviti PJ sama ada guru lelaki atau guru perempuan.

3.4

Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur dan jangan lupa untuk tandatangan borang keluar masuk peralatan sukan.

Tindakan: Semua guru PJ

4 UCAPAN PENANGGUHAN

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tgh hari.

4

Disedia oleh

…………………………… (NURUL HAKIMAH BIN ISMAIL) Setiausaha Panitia PJPK,

Disemak oleh,

…………………………. (SITI NABILA ASSILAH BINTI ALIAS) Ketua Panitia PJPK

5

Disahkan oleh,

……………………….. (PN. FATIMAWATI BINTI SAMSUDIN) Penolong Kanan Pentadbiran

Related Documents

Minit Mesyuarat
December 2019 80
Minit 2
October 2019 22
Minit Pjk
May 2020 19
Minit Mensyuarat
November 2019 14
Minit Mesyuarat
May 2020 39
Minit Curai
December 2019 30

More Documents from "norizan bt awang"

Minit 1.docx
June 2020 0
Jadual Kelas 1.docx
June 2020 4