Metodologi Ekonomi Islam 1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Metodologi Ekonomi Islam 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,126
  • Pages: 20
Metodologi Ekonomi iSLAM

KONOMI

ISLAM

1

2 9 10 12

Korpus

Pembentukan prinsip

Pembuktian

13

7

Pendekatan total

Pendekatan separa

Islamisasi ekonomi

16

15

15

Penyuburan kembali ekonomi Islam tradisional

Kaedah Pembentukan Ekonomi Islam

7

Teras Metodologi

Unsur dalam Metodologi

5

5

Metodologi yang saintifik

Berdasarkan ideolodi

4

3

Kriteria Metodologi

Pengenalan

13

ISI KANDUNGAN

Metodologi Ekonomi iSLAM

Metodologi Ekonomi iSLAM

PENGENALAN

1.0

Sistem ekonomi islam merupakan satu sistem yang menjadi pilihan alternative yang baik bagi menggantikan sistem ekonomi yang sering diguna pakai oleh dunia kini yakni sistem ekonomi konvensional. Banyak kajian tentang ekonomi Islam dilakukan berpandukan acuan barat. Semua kajian sama ada kajian perbandingan antara sistem ekonomi, kritikan terhadap teori konvensional dan pencarian alternative baru yang lebih baik ternyata menggunakan teori barat. Penggunaan acuan barat dalam membahasakan ekonomi Islam dilakukan dengan memasukkan unsur-unsur Islam iaitu membuang apa yang dilarang dan menggantikan apa yang sepatutnya dilakukan mengikut Islam. Oleh kerana Islam merupakan agama yang lengkap iaitu menyediakan manusia dengan cara hidup beretika dalam semua aspek kehidupan maka pastinya Islam mempunyai satu kaedah tersendiri. Kegiatan ekonomi merupakan salah satu aktiviti penting manusia yang melibatkan hubungan langsung antara manusia dengan manusia. Hubungan ini pasti mempunyai etika dan tatacara tertentu yang akan meletakkan aras kelakuan manusia ke arah cara yang diredhai oleh Allah s.w.t. Pada masa kini timbul kesedaran bahawa para cendiakawan Islam sepatutnya

lebih

peka

terhadap

kaedah

sendiri

dan

mengurangkan

pergantungan pada acuan barat. Teori, kaedah dan penilaian sepatutnya berpandukan apa yang ditetapkan dalam acuan Islam. Hal ini akan membantu masyarakat Islam dalam menjalankan aktiviti ekonomi dengan adat dan budaya Islam yang telah disyariatkan. Metodologi ekonomi Islam adalah satu arah yang akan menerangkan bagaimana kaedah-kaedah atau tatacara dalam ekonomi islam yang meliputi

3

Metodologi Ekonomi iSLAM aspek kriteria-kriteria metodologi, pendekatan yang boleh digunakan, sumber ilmu (nukleus) yang membantu dalam membentuk teori serta metodologi yang menjadi garis panduan masyarakat dalam menerapkan ciri-ciri Islam dalam diri dan bagaimana dapat diteruskan perkembangan membina metodologi ekonomi islam pada masa hadapan.

iNFO iSLAM

“Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya”

2.0

Pembentukan

KRITERIA METODOLOGI

metodologi

ekonomi

islam

serta

ekonomi

barat

adalah

menggunakan konsep yang sama. Pembentukan sesuatu teori atau model ekonomi bermula dengan membuat pemerhatian terhadap fenomena ekonomi dan mengujinya dengan membentuk hipotesis yang boleh dikaji. Seandainya hipotesis yang dikaji adalah benar berdasarkan majoriti kelakuan ejen ekonomi serta

data-data

empiris

maka

terbentuklah

satu

teori

ekonomi

yang

sah.(Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad , 2005). Oleh yang demikian sesuatu analisis haruslah mempunyai kriteria atau ciri-ciri yang signifikan untuk memastikan satu analisis atau kajian itu adalah tepat dan bukan khayalan semata-mata. Antara kriteria metodologi ialah:

4

Metodologi Ekonomi iSLAM 2.1 Metodologi yang Saintifik

2.2 Berdasarkan Ideologi

Metodologi dalam erti kata yang mudah Ideologi dikaitakan dengan sesuatu merupakan cara atau kaedah. Ahli idea yang didasarkan kepada sesuatu statistic

serta

mengistilahkan satu

ahli

metadologi

kaedah

pengumpulan,

sains

social fahaman

atau

pegangan.

Dalam

sebagai ekonomi juga mempunyai ideologi yang

atau

tatacara tersendiri.

penyusuanan,

Bagi

dan konvensional

system

adalah

ekonomi

berdasarkan

penganalisisan data serta pembuatan model atau fahaman negara barat yang keputusan.

Pembentukan

metodologi

sesuatu hanya bersumberkan manusia semata-

secara

memerlukan

data

dan

umumnya mata.

Tetapi

bagi

ekonomi

islam

pembuktian pembentukan sesuatu ideologi bukan

yang saintifik dan nyata.

hanya rekaan manusia semata-mata tetapi adalah berteraskan ajaran islam.

Islam secara dasarnya meliputi Segala perkara yang berkait dengan aspek akidah, syariah dan akhlak idea tersebut seperti andaian, batasan, dalam

menjalankan

kehidupan syarat, dan bentuk hubungan juga

seharian. Begitu juga berkaitan dalam berdasarkan ajaran islam menjalankan aktiviti ekonomi ketigatiga aspek ini menjadi tunjangnya.

Ekonomi islam menjadikan

Istilah saintifik dalam islam mempunyai tauhid sebagai asas falsafah dalam pandangan yang sangat subjektif dan kegiatan amat konsep

berbeza

berbanding

saintifik

dalam

ekonomi

manusia.

Ia

dengan merangkumi hubungan tiga dimensi kaedah antara manusia, Allah sebagai pencipta

konvensional. Konsep saintifik dalam dan makhluk yang lain. Hubungan islam meliputi aspek etika, nilai moral manusia dengan Allah disebut sebagai dan batiniah yang merupakan sesuatu hablumminallah manakala hubungan yang sukar untuk diukur.

manusia dengan manusia sekitar

disebut

hablumminannas.

5

dan alam sebagai

Metodologi Ekonomi iSLAM

Pengertian mempunyai

saintifik

hubungan

juga

sebab

Melalui hubungan yang unik ini,

dan manusia dididik agar melaksanakan

akibat. Perhubungan dapat ditunjukkan sebarang

aktiviti

yang

melibatkan

melalui segala apa yang terjadi di alam manusia dan alam sekitar termasuk ini pasti berpunca dari sesuatu sebab. aktiviti aktiviti ekonomi berpandukan Perkara ini menggambarkan sesuatu nilai

dan

peraturan

yang

telah

yang berlaku itu mempunyai hubungan ditetapkan oleh Allah selaku Pencipta. sebab dan akibat. Oleh yang demikian menjadi tugas ilmu pengetahuan untuk menyelidik

perhubungan

ini,

serta

membuktikan hasil kajian dan sesuatu penyelidikan kaedah

itu

umum

dalam yang

beberapa dinamakan

peraturan. Sebab itulah peraturan itu diberikan takrif secara saintifik sebagai kaedah

umum

yang

menyatakan

perihal hubungan sebab dan akibat antara dua keadaan ataupun lebih.

iNFO iSLAM

Ilmu itu sebaik-baik pusaka, Adab itu sebaikbaik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan, Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan. Saidina Ali Abu Talib K.W

6

Metodologi Ekonomi iSLAM

UNSUR DALAM METODOLOGI

3.0

Teras Metodologi

3.1

Islam mengajar pengikutnya supaya hanya mematuhi perintah Allah s.w.t semata-mata dan tidak tunduk pada mana makhluk lain dan memiliki jiwa yang bebas. Segala keperluan serta aktiviti dalam kehidupan perlu selaras dengan kehendak Allah s.w.t kerana Ia adalah pencipta di sekalian alam serta mengetahui segala keperluan makhluknya. Oleh yang demikian nilai moral, etika dan kelakuan dalam islam mestilah berlandaskan aqidah iaitu untuk mematuhi hukum ataupun syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kepatuhan kepada syariat islam wujud atas kesedaran dan keyakinan bahawa hanya syariat islam sahajalah yang benar dan dapat memandu manusia ke arah yang lebih selamat di dunia dan akhirat. Hal ini selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang telah menentukan bahawa islam itu hendaklah dijadikan panduan dan perlembagaan yang lengkap serta menyeluruh dalam semua bidang, bukan setakat bidang kehidupan yang

bercorak

peribadi

malah

merangkumi

bidang

kehidupan

bermasyarakat, baik yang bercorak sosial, ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itu metodologi adalah cara ataupun kaedah bagi membuktikan kebenaran maka kebenaran jelas terpancar dalam islam dengan berlandaskan syariatnya. Disebabkan syariat islam adalah berteraskan al-Quran dan alSunnah maka ia juga merupakan teras utama kepada metodologi islam. Teras utama ini juga merupakan sumber utama ilmu islam yang disebut sebagai

nucleus.

Berdasarkan

al-Quran

dan

al-Sunnah

inilah

pengetahuan dapat dibina. Selain itu Ijma’, Qias dan lain-lain rujukan turut

7

Metodologi Ekonomi iSLAM menjadi sumber utama atau nucleus dalam teras metodologi ilmu ekonomi islam. Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber segala ilmu dan ia terjamin lengkap, benar, sempurna dan menyeluruh serta diyakini dapat menyelesaikan segala masalah manusia. Hal ini selaras dengan firman Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 37 yang membawa maksud Dan bukanlah al-Quran ini sesuatu yang diada-adakan oleh orang lain selain Alllah tetapi al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan kitab-kitab yang terdahulu dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum syarak yang diwajibkan (ke atas kemu); tidak ada sebarang syak ragu-ragu pada al- Quran itu yang datangnya daripada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selain itu, peranan cendekiawan islam juga diperlukan untuk mentafsir dan memahami al-Quran dan al-Sunnah. Pemahaman dan pentafsiran

daripada

al-Quran

dan

al-Sunnah

serta

ijtihad

para

cendekiawan islam akan dapat mengenal pasti kehendak sebenar islam dalam segala urusan terutamanya urusan ekonomi. Daripada pemahaman inilah akan dapat menzahirkan secara terperinci tentang etika, andaian, syarat, batasan dan kehendak islam. Faktor iman, ibadah, dan akhlak merupakan perkara penting dalam pembentukan individu yang beriman seterusnya mampu melahirkan satu unit binaan yang layak menjadi teras sebuah masyarakat yang kukuh. iNFO iSLAM

Faktor merupakan pembentukan

iman,

ibadah,

perkara individu

dan

penting yang

akhlak dalam beriman

seterusnya mampu melahirkan satu unit binaan 8

Metodologi Ekonomi iSLAM

3.2

Korpus

Nukleus-nukleus akan membentuk cabang-cabang ilmu. Tedapat pelbagai cabang ilmu yang boleh dikenalpasti dan setiap cabang tersebut mempunyai hujahannya yang tersendiri. Himpunan bagi setiap bidang hujahan tersebut dikenali sebagai korpus. Korpus- korpus mempunyai pelbagai bidang seperti korpus ekonomi, korpus politik dan sebagainya. Dalam konteks ekonomi islam, korpus ialah himpunan ayat-ayat alQuran dan al- Sunnah dalam bidang ekonomi.Beberapa himpunan boleh dianggap sebagai korpus ekonomi islam seperti himpunan 1400 ayat alQuran (Waqar Hussaini: Mimeo) dan himpunan 6226 al-Sunnah tentang ekonomi. (Khan M.A.,1989). Berpandukan korpus tersebut, himpunan ayat dapat dibahagikan kepada bidang-bidang tertentu dalam ekonomi seperti penggunaan, pengeluaran, pembangunan, kewangan dan kebajikan sosial. Proses ini merupakan pengenalpastian ayat al-Quran dan alSunnah yang mempunyai kaitan dengan sesuatu bidang yang lebih khusus dan mendalam. Sesuatu ayat atau hadith mungkin boleh digunakan dalam pelbagai bidang berlainan kerana sesetengah prinsip akan berintegrasi antara satu bidang dengan bidang lain. Hal ini kerana kesemua bidang dalam kehidupan adalah mencakupi satu peraturan syariah yang sama.

9

Metodologi Ekonomi iSLAM

Pembentukan Prinsip Ekonomi Islam

3.3

Berpandukan korpus ekonomi, teori dan analisis, ejen ekonomi boleh dibentuk. Korpus akan menunjukkan bagaimana sepatutnya kelakuan ejen ekonomi supaya ia bertepatan dengan kehendak syarak. Daripada korpus ini juga dapat dibina pelbagai prinsip ekonomi islam misalnya bagaimana

seharusnya

kelakuan

pengguna,

kelakuan

pengeluar,

kelakuan majikan, kelakuan pemerintah, dan kaedah agihan. Lanjutan daripada pembentukan prinsip ekonomi islam akan terbinalah teori misalnya teori penggunaan islam, teori pengeluaran islam, teori agihan islam, dan teori kewangan islam. Perkara yang tidak dinyatakan secara jelas dan mungkin akan berlaku perbezaan pandangan atau pendapat. Masalah ini akan diselesaikan secara ijtihad Perbezaan pendapat memang diakui berlaku dalam islam dan perbezaan ini disebut sebagai mazhab. Terdapat empat mazhab iaitu mazhab Maliki, mazhab Hanafi, mazhab Shafie dan mazhab Hanbali. Mazhab-mazhab ini merupakan empat mazhab dalam fiqh ahli sunnah waljamaah. Perbezaan mazhab mungkin akan menyebabkan berlaku perbezaan dari segi analisis, andaian, batasan syarat dan natijah. Perbezaan ini akan menjana pelbagai idea dan pandangan yang masih dalam lingkungan syariah bukan penyebab kepada perpecahan dari segi hukum islam. Dalam membentuk prinsip-prinsip ekonomi islam, perbezaan pandangan antara mazhab boleh diselesaikan berpandukan ijmak ulama’ dan qias supaya selari dengan kehendak al- Quran dan al-Sunnah. Melalui ijmak ulama’ akan menentukan pelbagai pandangan yang berbeza itu

yang

mana

dapat

diterima

pembentukan prinsip ekonomi islam.

10

untuk

dijadikan

panduan

dalam

Metodologi Ekonomi iSLAM

Prinsip ekonomi iSLAM

Kebebasan individu— Individu berhak membuat keputusan dan bersuara. Jika tiada kebebasan, individu tidak dapat menjalankan kewajipan asas untuk kesejahteraan hidup Hak terhadap harta— Mengiktiraf hak individu untuk memiliki harta. Terdapat batasan tertentu dalam pemilikan harta Ketidaksamaan ekonomi dalam batasan semula jadi—Mengakui wujud ketidaksamaan ekonomi di antara manusia tetapi mengelak jurang perbezaan yang luas. Jurang perbezaan berlaku secara semula jadi, adil dan munasabah Keselamatan sosial—Setiap individu mempunyai hak untuk hidup dalam sesebuah negara, da setiap warganegara dijamin untuk mendapatkan keperluan asas. ‘Hak untuk hidup’ diberikan kepada setiap individu. Pengagihan kekayaan secara meluas—Pengumpulan harta oleh satu golongan ditegah Larangan mengumpul kekayaan—Melarang mengumpul harta kekayaan secara berlebihan Larangan terhadap institusi antisosial—Melarang semua amalan yang mersakkan dan antisosial yang terdapat dalam masyarakat ) berjudi, minum arak, dan sebagainya) Kebajikan individu dan masyarakat—Mengakui kebajikan individu dan masyarakat dan merupakan pelengkap di antara satu sama lain, bukannya bersaing dan bertentangan. Wujud faedah bersama.

11

Metodologi Ekonomi iSLAM

3.4

Pembuktian

Sebarang teori yang dibentuk perlu dibuktikan kesahihannya melalui pengaplikasian menggunakan kejadian yang sebenar dalam kehidupan. Jika sesuatu teori yang dibentuk itu tidak dapat dilaksanakan dan bertentangan dengan realiti kehidupan sebenar, maka teori tersebut adalah tidak sah dan hanyalah khayalan. Sehubungan dengan itu, pembuktian secara ilmiah melalui kaedah statistik atau permodelan yang meyakinkan diperlukan sebagaimana yang selalu dilakukan dalam pengujian atau analisis ekonomi konvensional. Jika terdapat model sedia ada yang tidak mempunyai nilai agama, iaitu tidak melambangkan aqidah masih lagi boleh digunakan. Dua aspek penting yang perlu ditunjukkan dalam pembuktian sesuatu metodologi ialah pertama, teori yang dinyatakan adalah praktikal, iaitu boleh dilaksanakan dan kedua, keabsahannya boleh uji secara empirik. Pembuktian ini bertepatan dengan syarat penerimaan keimanan, iaitu membenarkan dengan hati, diucap dengan lidah dan dibuktikan dengan

amalan

perbuatan.

Tetapi

perlu

diingat

yang

ekonomi

konvensional dan ekonomi Islam mempunyai paradigma yang berbeza. Kedua-duanya mempunyai etika, andaian, syarat, batasan dan nilai social yang berbeza. Pertimbangan yang sebaik mungkin peril dibuat agar unsure-unsur tersebut dapat dibezakan dalam membina model yang dibina. Selain itu dalam ekonomi Islam terdapat nilai yang tidak dapat dinyatakan secara empirik seperti pahala, dosa, tahap keimanan tahap pembaziran dan kedekut. Perkara seperti ini mempunyai kesan terhadap

12

Metodologi Ekonomi iSLAM gelagat ejen ekonomi tetapi agak sukar untuk membuktikannya serta mengukur kesannya secara kuantitatif. iNFO iSLAM

Syarat penerimaan keimanan: membenarkan dengan hati, diucap dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan perbuatan.

KAEDAH PEMBENTUKAN EKONOMI ISLAM

4.0

Menurut Surtahman Kastin & Sanep (2005), pembentukan teori atau permodelan ekonomi Islam boleh dilakukan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza. Kaedah pertama adalah dengan melakukan penyuburan kembali ilmu ekonomi Islam dan yang kedua adalh melalui proses pengislaman ilmu ekonomi yakni melalui Islamisasi.

4.1

Penyuburan Kembali Ekonomi Islam Tradisional

Pada hakikatnya cendiakawan Islam telah mendahului pemikir Barat dalam mengembangkan ilmu ekonomi. Banyak daripada mereka seperti Abu Yusuf, Ibn Taymiyah, dan Ibn Khaldun jauh lebih awal mendahului pemikir barat seperti Adam Smith (1723-1790), David Recardo (1772-

13

Metodologi Ekonomi iSLAM 1823) dan Karl Marx (1818-1883). Surtahman Kastin & Sanep (2005). Penyuburan kembali ilmu ekonomi sebagaimana yang dipelopori oleh cendekiawan Islam boleh dilakukan dan merupakan cara terbaik untuk pembentukan ilmu ekonomi Islam. Kaedah ini memerlukan penyuburan kembali ilmu ekonomi Islam terdahulu dengan pengolahan semula fakta-fakta agar bersesuaian dengan keadaan semasa. Menurut Surtahman Kastin & Sanep (2005), pengolahan semula dengan pendekatan baru diperlukan kerana beberapa sebab: 1. Dalam penganalisisan ekonomi Islam yang asal, permasalahan ekonomi dilihat secara mudah malah dalam sesetengah kes tidak dinyatakan secara tegas sebagai ekonomi sedangkan pada masa kini permasalahan dan urus niaga ekonomi telah jauh berubah. Aktiviti ekonomi masa kini melibatkan pelbagai aktiviti yang kompleks. 2. kaedah yang digunakan pada masa dahulu tidak menggunakan pendekatan saintifik sedangkan pada masa kini segala analisis dan pembuktian menghendaki pembuktian yang saintifik. Oleh yang demikian, penganalisisan secara ilmiah persoalan ekonomi masa kini memerlukan kefahaman yang mendalam dalam perbincangan ilmu ekonomi Islam secara tradisional dan pelaksanaan dalam aktiviti ekonomi semasa. Pendekatan ini walaupun dianggap yang terbaik dan murni kerana bermula daripada sumber yang asli tetapi mungkin agak sukar dilakukan memandangkan dasar aktiviti ekonomi yang dibincangkan agak jauh kebelakang. Pembentukan semula bermula daripada yang asal menjadikannya seolah-olah sesuatu yang baru dan tersendiri berkaitan teori, etika, nilai sosial, pemodelan dan kaedah pembuktian yang mana pendekatan ini memerlukan proses yang lama.

14

Metodologi Ekonomi iSLAM

4.2

Islamisasi Ekonomi

Pemikir Barat telah menghalusi mereka dengan menggunakan paradigma dan kriteria yang lebih saintifik. Kemajuan ini menjadikan ilmu ekonomi suatu ilmu yang lengkap. Namun, kebanyakan kriteria yang digunakan tidak menepati syarak. Walau bagaimanapun, jika diteliti idea ekonomi, kriteria dan model yang digunakan dalam ekonomi barat akan terbahagi kepada tiga bentuk iaitu bertepatan dengan Islam, berkeciali dan tidak menepati kehendak Islam (Faridi, 1987:21 di dalam Surtahman Kastin & Sanep, 2005). Ini bermakna bahawa sesetengah pendekatan Barat boleh digunakan sebagai titik permulaan. Namun demikian, penggunaannya perlu diteliti untuk memastikan ia tidak mengandungi ciri-ciri yang bertentangan dengan syarak. Oleh itu, untuk memastikan ilmu ekonomi yang digunakan bertepatan dengan kehendak ajaran Islam, iaitu pendekatan separa dan pendekatan menyeluruh.

1.1

Pendekatan separa

Pendekatan separa merupakan satu kaedah yang dilakukan pengubahsuaian terhadap model Barat dalam beberapa kompenen tertentu. Namun demikian, andaian, norma dan hipotesis asal masih digunakan. Pengubahsuaian dengan cara menggantikan unsur yang bercanggah dengan Islam dengan unsur Islam atau memasukkan unsur Islam dalam model yang sedia ada. (Faridi, 1987:25 di dalam Surtahman Kastin & Sanep, 2005). Pendekatan ini tidak komprehensif dan tidak sesuai untuk dianggap sebagai model ekonomi Islam kerana ia masih berteraskan paradigma dan unsur-unsur Barat. Hanya pemboleh ubah tertentu yang jelas

15

Metodologi Ekonomi iSLAM bertentangan dengan Islam digantikan dengan pemboleh ubah yang bertepatan dengan Islam seperti kadar bunga digantikan dengan kadar untung rugi atau tambahan fakta seperti zakat.

Analisis bermula daripada teori/model ekonomi konvensional

Gantikan unsur bukan Islam dengan unsure Islam

Model Ekonomi Islam

Rajah: Islamisasi Separa

1.2

Pendekatan total

Pendekatan total bermaksud satu kaedah menunjukkan perubahan dilakukan terhadap semua aspek meliputi paradigma, teras idea, andaian, norma, etika, hipotesis, dan batasan. Perubahan ini dilakukan

dari

peringkat

permulaan

sehingga

peringkat

pembuktian. Tajuk dan teori Barat boleh digunakan sebagai asas atau titik permulaan pembentukan model ekonomi Islam tetapi pengubahsuaian dilakukan terhadap semua aspek. Islamisasi total melibatkan beberapa peringkat berikut:

16

Metodologi Ekonomi iSLAM 1. berpandukan teras dan korpus ekonomi Islam kesemua andaian, norma dan batasan dalam sesuatu bidang ekonomi dikenal pasti untuk mengenal ciri-ciri ekonomi Islam. 2. tajuk, teori dan model ekonomi Barat boleh digunakan sebagai asas dan melakukan ubahsuai dari segi teras, idea, norma, andaian dan batasan. Melalui ijtihad pertimbangan wajar dilakukan sama

ada

sesuatu

unsur

itu

bertepatan,

berkecuali

atau

bertentangan Islam. 3. setiap unsur yang bertentangan dengan kehendak Islam akan diganti dan diubahsuaikan , manakala model dan teori bersesuaian dengan etika Islam atau berkeciali dari segi nilai boleh diterima pakai sebagai model ekonomi Islam. Proses

Islamisasi

dilakukan

bermula

dari

peringkat

awal

pembentukan teori meliputi nilai etika, norma, andaian, batasan, objektif dan hipotesis. Pengislaman dilakukan dari semua aspek peringkat dengan mengeluarkan semua unsur yang tidak menepati kehendak Islam dalam pembentukan sesuatu teori atau model. Proses Islamisasi boleh ditunjukkan melalui rajah berikut;

17

Metodologi Ekonomi iSLAM

Teori dan model ekonomi konvensional

Kompenen teras dan korpus ekonomi islam

Perbandingan kompenen ekonomi konvensional dan nukleus dan korpus ekonomi islam

Ijtihad untuk mengelaskan komponen ekonomi konvensional kepada:

Elemen Islam

Elemen berkecuali

Elemen tidak Islam

Elemen digunakan dan diterima sebagai ekonomi Islam.

Elemen digunakan dan diterima sebagai ekonomi Islam.

Dapatkan elemen pengganti sebagai ijtihad

Islamisasi teori dan model ekonomi (ekonomi Islam) Rajah: Islamisasi Total

Proses Islamisasi diatas menunjukkan bahawa pengubahsuian dilakukan terhadap ekonomi konvensional bermula dari peringkat awal pembentukan teori. Nukleus dan korpus ekonomi Islam akan dipadankan dengan nilai, etika, andaian, paradigma, hipotesis dan objektif sesuatu teori. Penilaian dibuat berdasarkan teori atau model sama

ada

unsur-unsurnya

bertepatan

dengan

Islam,

nilainya

berkecuali atau bertentangan dengan Islam. Jika sesuatu teori atau model mempunyai unsur yang berkecuali sifatnya atau bertepatan 18

Metodologi Ekonomi iSLAM dengan kehendak Islam maka ia boleh diterima pakai dan dianggap sebagai model ekonomi Islam. Penggantian dan pengubahsuain perlu dilakukan

bagi

unsur

yang

bertentangan

dengan

Islam

bagi

memastikan setiap teori atau model yang dibina tidak mengandungi sebarang unsur yang bertentangan dengan Islam.

5.0

KESIMPULAN

Pengubahsuian yang dilakukan dalam membentuk model ekonomi Islam menjadikan Islam sebagai agama yang lengkap dengan sistem ekonomi tersendiri yang boleh dijadikan panduan umatnya. Islam merupakan agama yang lengkap dari pelbgai sudut iaitu dari akidah, syariah dan akhlak. Ekonomi terletak dibawah

syariah

yang

akan

membantu

umatnya

dalam

berurusniaga

berlandaskan syarak yang ditetapkan. Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran-Nya, segala suruhannya perlu diikuti bagi membentuk peribadi diri yang unggul.

19

Metodologi Ekonomi iSLAM

RUJUKAN

Azlan Shah Bin Haji Ahmad (2003). Islam Alternatif Pemikiran Ekonomi Barat. Diperoleh pada Mac 1, 2009 daripada http://www.bicaramuslim.com/ bicara7 /viewtopic.php?p=107521&sid=e3925b8486673f3b814deb9c2b824343 Khurshid Ahmad (1992). Kajian dalam Ekonomi Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohd Riduwan B. Wahab. (2004, November) Ekonomi Islam: Suatu Pengenalan. Dewan Ekonomi, Karangkraf: Selangor Muhammad Abdul Mun’im Al-Jammal, (2000). Ensiklopedia Ekonomi Islam: Jilid Satu. (Salahuddin Abdullah, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Muhamad MA.g (2003). Metodologi Penelitian: Pemikir Ekonomi Islam. Ekonisia: Yogyakarta. Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad (2005). Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

Related Documents

Ekonomi Islam
October 2019 37
Ekonomi Islam
June 2020 23
Ekonomi Islam
May 2020 32
Ekonomi Islam Bab 1.docx
November 2019 18