BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ اﻟﺴﻼم ﻋﻠﯿﻜﻢ ورﺣﻤﺔ اﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﮫ
Tazkirah Bil 1/JUL/2009 TIDAK MEMENUHI PANGGILAN SOLAT Allah melaknat seseorang yang mendengar panggilan Hayya Alal Falah tetapi tidak memenuhi dan tidak mengendahkannya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
9. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi. Ibnu Mas’ud berkata, orang yang mencuaikan atau melalaikan solat itu bukan bermaksud meninggalkannya sama sekali, tetapi suka melambat-lambatkan, bahkan sampai habis waktunya. Sa’d bin Al-Musayyab, iaitu Imam Tabiin, berkata, “Maksudnya orang yang mengerjakan solat Zuhur sampai masuk solat Asar, tidak mengerjakan solat sampai masuk Maghrib, tidak mengerjakan solat Maghrib sampai WAKTU Isyak, mengerjakan solat Isyak sampai masuk waktu Subuh dan tidak mengerjakan Subuh sampai terbit matahari.”
tidak Asar tidak solat
Kata beliau lagi, orang yang mati berkeadaan seperti itu, sedangkan dia belum bertaubat, Allah janjikan dengan Ghayya , iaitu satu lembah neraka Jahanam. Lembah itu sangat dalam dan seksaannya amat dahsyat. Firman Allah SWT yang bermaksud : “(Al-Munafiqun:9)
1
59. kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), Berkata sekumpulan ulama tafsir, mengingat, Allah di sini maksudnya solat yang lima waktu. Orang yang tidak mengerjakan solat disebabkan urusan mencari nafkah dan urusan anak, maka dia termasuk orang yang merugi. Rasulullah SAW bersabda ertinya, “Amal ibadat seorang hamba yang mula-mula diperiksa pada hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya bagus, maka dia beruntung dan berjaya. Jika kurang (tidak bagus), maka dia merugi.” Allah SWT, berfirman yang bermaksud;
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang 5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; Rasulullah SAW bersabda dalam menafsirkan ayat ini : “ Iaitu orang-orang yang melambatkan solat sehingga habis waktunya.” Kalau anda menangguhkan solat sehingga habis waktunya, segeralah mintak ampun kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud;
103. kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.
Diriwayatkan oleh Ahmad, Tabrani dan Ibnu Hibban, pada suatu hari Rasulullah SAW menyebutkan tentang solat kemudian berkata : “Sesiapa yang memeliharanya maka solat itu baginya pada hari kiamat adalah sebagai cahaya, dalil dan yang menyelamatkan. Sesiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada baginya cahaya, dalil dan tidak ada yang menyelamatkannya pada hari kiamat. disamping itu dia nanti tinggal bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf.”
2
Sebahagian ulama berkata, orang yang tidak solat itu dikumpulkan bersama mereka kerana kalau dia lalai mengerjakan solat disebabkan harta bererti sama dengan Qarun dan dia pun dikumpulkan dengannya. Jika dia lalai disebabkan pangkat dan jawatan, beerti sama dengan Firaun dan dia pun dikumpulkan bersamanya. Orang yang lalai mengerjakan solat kerana jawatan menteri, sama dengan Haman dan dia dikumpulkan bersamanya. Orang yang lalai mengerjakan solat disebabkan urusan bisnes, bererti sama dengan Ubay bin Khalaf, peniaga kafir Makkah, dan dia dikumpulkan bersamanya. Firman Allah yang bermaksud ;
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
Mas’abbin Sa’ad berkata, saya berkata kepada ayah saya, “Ayah, siapakah yang tidak termasuk dalam ayat itu. Siapa antara kita yang tidak lalai?” Ayahnya menjawab, “Bukan begitu maksudnya. Itu maksudnya orang yang mensia-siakannya sehingga habis waktunya.” Al-Wail ertinya azab yang bersangatan. Menurut satu pendapat Al-Wail adalah lembah neraka Jahanam. Seandainya dicampakkan ke dalamnya gunung, akan habis terbakar kerana panasnya. Itulah tempat bagi orang yang mensia-siakan solat sehingga habis waktunya. Kecuali orang yang bertaubat dan menyesali perbuatannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amal ibadat seseorang hamba yang mula-mula diperiksa pada hari Kiamat ialah solatnya. Jika seseorng mengerjakannya dengan sempurna, maka ditulislah baginya secara sempurna. Jika tidak senpurna, Allah berkata kepada para malaikatNya, “Lihatlah apa hamba-Ku itu ada mengerjakan solat sunat.”Jika ada, mereka menutupi kekurangan solat fardhu itu dengannya. Begitu jugalah zakat, dilihat sedekah sunat seseorang. Begitu juga ibadat yang lain.” Dalam hadis riwayat Tabrani disebutkan, amal seseorang yang pertama sekali diperiksa adalah solatnya bagus beruntunglah dia. Jika tidak dia sudah pasti merugi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; “Ada tiga golongan yang tidak diterima Allah solat mereka. Di antaranya ialah orang yang melambat-lambatkannya hingga habis waktunya.”
3
Ulama-ulama dari kalangan sahabat dan orang yang sesudah mereka berbeza pendapat tentang orang yang meniggalkan solat, sama ada kafir atau sebaliknya. Banyak riwayat yang mengatakan kafirnya orang yang meninggalkan solat. Orang yang meninggalkan solat bererti syirik, keluar dari Islam, lepas dari tanggungan Allah dan rasul-Nya, sia-sia seluruh amalnya dan dianggap tidak ada imannya. Demikian menurut zahir hadis. Orang-orang yang berpegang dengan zahir hadis itu adalah kumpulan yang ramai dari kalangan sahabat, tabiin dan orang yang sesudah mereka. Menurut mereka orang yang meniggalkan solat dengan sengaja sehingga habis waktunya beerti dia kafir dan boleh dibunuh. Di antara yang berpendapat seperti itu termasuklah Umar, Abdul Rahman bin Auf, Muaz bin Jabal, Abu Hurairah, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Jabir bin Abdullah dan Abu Darda’. Generasi sesudah sahabat seperti Ahmad bin Hambal, Ishak bin Rahwaih, Abdullah bin Al-Mubarak, An-Nakha’I, Al-Hakam bin Ainah, Ayyub, Abu Daud At-Tailasi, Abu Bakar bin Abu Syaibah dan ramai lagi. Menurut mereka orang yang meniggalkan solat dihukumkan kafir dan boleh dibunuh. Ibnu Hazm berkata, ada riwayat dari Umar bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, walau satu waktu, sehingga habis waktunya, maka dia dianggap kafir dan murtad. Kami sendiri tidak tahu siapa di antara sahabat yang tidak setuju dengan ini. Imam Syafii dan beberapa orang ulama mengatakan tidak sampai kafir. Kecuali kalau dia merasa solat itu tidak wajib ke atasnya. Namun menurut mereka orang yang meninggalkan solat walau satu kali boleh dibunuh. Maksudnya seseorang itu disuruh mengerjakan solat. Jika dia tidak mengerjakannya sampai habis waktunya, disuruh lagi menqadanya. Jika dia tidak mahu juga bolehlah dipenggal lehernya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; “Suruhlah anak kamu mengerjakan solat jika sudah berumur tujuh tahun. Kalau sudah berumur sepuluh tahun tidak mengerjakan solat pukullah dan juga asingkanlah tempat tidurnya.” Al-Khattabi berkata, ini menunjukkan betapa kerasnya hukuman bagi orang yang meninggalkan solat. Pengikut-pengikut Syafii menjadikan hadis ini sebagai dalil wajibnya membunuh orang yang tidak mengerjakan solat. Orang yang belum aqil baligh saja boleh dipukul jika tidak mengerjakan solat. Bererti orang yang sudah dewasa wajib dikenakan hukuman yang lebih berat. Hukuman yang lebih berat itu maksudnya hukum bunuh. Demikian menurut ulama-ulama pengikut Syafii. Ada lagi alasan yang kuat menunjukkan bolehnya membunuh orang yang tidak mengerjakan solat. Orang yang tidak mengerjakan solat bererti lepas dari tanggungan Allah dan Rasul-Nya dan tidak lagi ada
4
janji (jaminan keselamatan) baginya. Tindakannya itu jelas menunjukkan bolehnya menumpahkan darahnya. Orang yang memancing untuk halal darahnya bererti boleh dibunuh. Orang yang tidak berzakat pun tidak dibunuh kerana masih ada cara lain, iaitu memenjarakannya kemudian jangan memberi makanan dan minuman padanya. Kalau dia tahu tidak ada peluang untuk makan dan minum pada siang hari, dia akan berniat puasa pada malam harinya dan akhirnya dia akan berpuasa juga. Orang yang tidak mengerjakan haji tidak boleh dibunuh kerana kewajipan untuk itu adalah tarakhi, yakni boleh ditangguhkan sampai tahun-tahun berikutnya. Sedangkan solat tidak demikian, ertinya mesti dikerjakan pada waktu itu juga. Beerti tidak ada hukuman yang setimpal bagi orang yang meniggalkan melainkan hukum bunuh. Kemudian alasan lainnya, orang yang tidak mahu berzakat boleh diperangi untuk mendapatkan hartanya. Orang yang tidak solat lebiah aula (lebih sesuai lagi) diperangi atau dibunuh supaya orang lain takut berbuat seperti itu. Sekian Bersambung Minggu Hadapan Bahagian 2 اﯾﺮي ﺳﻮدﯾﺮﻣﻦ SIDANG RIDAKSI BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN MASJID AS-SALAM
5