Menguji papan induk CPU yang hendak diuji dalam manual ini ialah Pentium 233 MHz (MMX) dengan voltan 2.8V untuk operasi. Papan induk pula jenis Socket 7 dengan kad VGA (built-in) dibina di dalamnya. Sebenarnya cara menguji semua papan induk dan CPU sama sahaja dan ujian ini boleh dibuat sebagai panduan. Sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan, langkah keselamatan harus diambil ke atas setiap perkakasan dengan membuang elektrostatik. Ini dilakukan sekali sahaja setiap kali bila hendak memulakan kerja bagi mengelakkan dari kad-kad litar rosak tanpa di sedari. Perkakasan yang diperlukan untuk ujian seperti berikut: • • • • • •
Pemproses atau CPU Papan induk dan manual RAM secukupnya (16MB) dan sesuai Bekalan kuasa AT dan kabel kuasa Kad VGA slot tambahan (tidak perlu sekiranya papan induk ada built-in VGA) Monitor
Ujian dilakukan di luar kotak komputer dan dikira sebagai titik permulaan kepada pembinaan sebuah komputer.
Nota: Sebelum itu penerangan akan meliputi berbagai-bagai jenis jumper, CPU, bekalan kuasa dan sebagainya mengikut di mana yang sesuai. Peralatan yang digunakan diperingkat ini seperti playar muncung tirus, thermal compound untuk CPU dan pemandu skru.
Jumper papan induk 1. Jumper fizikal Sebelum pergi jauh dan membuat perkara-perkara yang tidak difahami atau berasa sangsi, akan diterangkan secara ringkas mengenai subjek di atas. Apa itu jumper? Jumper sebenarnya satu ' pautan atau link yang menyambungkan dua litar yang terpisah. Ibaratkan satu sirkit (circuit) yang mengandungi mentol, suis dan bateri, suis akan mewakili sebagai jumper iaitu bila ditutup (close), lampu E dalam rajah C akan menyala. Bila suis dibuka (open), lampu D akan terpadam seperti dalam rajah C di bawah.
Untuk mengubah jumper, alihkan sambungan pautan (link) P ke pin 1A dan 1B untuk voltan 2.8V seperti yang dikehendaki. Guna playar yang sesuai untuk memudahkar tugas. Kebelakangan ini papan induk mempunyai daya mengesan voltan CPU secara automatik tanpa sebarang tindakan dari pengguna.
2. Jumper jenis Suis Sesetengah papan induk dibekalkan dengan jumper jenis suis untuk membuat konfigurasi. Suis (warna hitam) ditolak ke ON atau OFF untuk menentukan setting. Ikut arahan manual untuk setting yang betul. Jumper jenis ini sudah agak berkurangan dan kemungkinan tidak dikeluarkan lagi. Apa yang dirisaukan dengan jumper jenis ini, ia mudah tertolak semasa kita sedang kalut membuat kerja-kerja baik pulih dalam kotak komputer. Konfigurasinya tentu akan berubah dan kalau kita tidak berhati-hati boleh mengakibatkan kerosakan komputer. Bila bertemu suis begini, sila catatkan setting dan periksa sebelum komputer dihidupkan sem ula nanti. contoh konfigurasi suis digunakan untuk memilih setting atau ketetapan ratio kelajuan CPU. Cara mendapatkan ketetapan dengan mendarab salah satu multiplier x3.5 sehingga x8 dan sistem bas 66MHZ atau 100MHz mengikut keupayaan CPU.
Contoh setting ratio x3.5, x5.0 dan x8.0 untuk menentukan kelajuan CPU.
3. Jumper dibuat di CMOS setup Cara pemasangan dan ujian bagi papan induk Socket 7 boleh juga digunapakai untuk papan induk Socket Super 7, Socket 370 atau Socket A. Untuk ujian papan induk Slot I bagi CPU Intel dan Slot A bagi CPU AMD, caranya juga sama. Kebanyakan setting jumper papan induk kini dibuat melalui menu CMOS setup atau apa yang dikatakan 'jumperless' iaitu tidak ada pertukaran jumper secara fizikal. Tekan kekunci Del berulang kali semasa menghidupkan komputer dan di skrin CMOS pilih CPU PnP Setup. Dalam skrin CPU PnP setup, pilih setting yang sesuai dengan jenis CPU yang digunakan.
Nota:
Cara di atas hanya boleh dilakukan setelah papan induk diuji dan didapati baik.
Panduan pemasangan jumper CMOS untuk CPU yang digunakan seperti berikut: •
Bila komputer
dihidupkan, tekan kekunci Del untuk kebanyakan komputer klon bagi mendapatkan paparan CMOS. •
Kelajuan CPU boleh dipilih dengan menukar Multiple Factor dan Base frequency seperti di atas. Untuk CPU Pentium III 600MHz, X6 dan 100MHZ dipilih dalam CMOS berkenaan (6X100 = 600).
Untuk tujuan upgrade, maklumat dalam kandungan CMOS dari papan induk berkenaan seperti di bawah. Ada dua pilihan kelajuan bas frekuensi iaitu 66MHz dan 100MHz. Antara CPU yang sesuai ialah Celeron dan Pentium III. •
66MHz - Kelajuan CPU yang boleh digunakan di antara 233MHz 533MHz dari clock multiplier X3.5 - X8.
•
100MHZ - Kelajuan CPU yang sesuai di antara 350MHz - 800MHz dengan clock multiplier X3.5 - X8.
Jumper Di Papan Induk AT
Contoh kedudukan jumper yang terdapat di atas papan induk Socket 7. Ketetapan jumper untuk semua papan induk tidak jauh bezanya. Rujuk manual untuk dapatkan setting yang betul bersesuaian dengan CPU yang hendak digunakan.
Setting Jumper fizikal Dengan penerangan ringkas mengenai jumper telah selesai, bolehlah dimulakan pemeriksaan jumper sebenar dan pertukaran yang harus dilakukan. Kesilapan jumper boleh merosakan cip CPU dan sistem beroperasi tidak menentu. Rujuk manual untuk mendapatkan setting yang betul. Manual harus disimpan dengan baik untuk tujuan rujukan dan upgrade nanti.
JP2 - Padam memori CMOS
Jumper JP2 mesti diubah ke Mode Biasa untuk aktifkan papan induk. jumper setting Clear CMOS, yang direka oleh pengeluar, amat berguna sekiranya hendak menghapuskan data CMOS dan mendapatkan balik CMOS yang asal.
JP3 – Pilihan VGA dalam Sekiranya VGA jenis bersepadu di papan induk tidak hendak digunakan dan lngin menukarkan dengan kad video slot tambahan, disablekan jumper JP3.
Seterusnya disediakan rajah-rajah setting jumper untuk Pemasangan kad VGA bina dalam atau yang berasingan sekiranya ingin lakukan. Dalam rajah A, jumper dienablekan untuk VGA jenis bersepadu berfungsi. Jumper dalam rajah B diubah untuk
aktifkan kad VGA slot PCI dan litar terputus ke arah VGA jenis bina dalam.
JP4-Pilihan RAM 3.3V atau 5V Untuk SDRAM yang beraperasi dengan voltan 3.3V, pastikan jumper JP4 disetkan pada valtan tersebut. Walau bagaimanapun kebanyakan papan induk tidak ada lagi pilihan ini kerana SDRAM keluaran kini cuma beroperasi dengan satu voltan standard. Jumper
JP5, JP6, JP7 dan JP8 Setting-setting untuk kelajuan CPU serta voltan operasi seperti dalam rajah B di sebelah. • • • •
Jumper JP5 = 66MHz: Setting external clock bagi CPU. Jumper JP6 = 2.8V : Voltan operasi bagi CPU. Jumper JP7 = 3.5: Bacaan anggaran ‘bus clock & multiplier’ untuk Pemproses 233MHz (66 X 3.5 bersamaan 231). Jumper JP8 = P55C : Pilihan untuk CPU jenis berkemampuan MMX.
Contoh-contoh setting jumper dalam rajah A diambil dari beberapa menual papan induk.
Contoh pemasangan jumper internal clock untuk 1.5X/3.5X secara grafik seperti rajah A dan B. Pastikan di mana pin 1 sebelum membuat pertukaran jumper. Biasanya pin 1 ada dicetak dengan warna perak di tepi in-pin jumper berkenaan atau boleh didapati dalam manual yang dibekalkan. Susunan petak jumper di atas dijarakkan untuk pandangan lebih jelas. CPU Pentium 233MHz yang digunakan mempunyai kemampuan MMX, ini bererti jumper JP8 harus disetkan ke 'Dual voltage' seperti dalam rajah di bawah.
Gambar graflk jumper JP8 sebenar di besarkan untuk pandangan yang lebih jelas. Bahan yang digunakan di dalarn jumper dari jenis logam yang boleh mengalirkan arus elektrik seperti kepingan tembaga dalam rajah (i) untuk menyambungkan dua litar yang berasingan.
Cara-cara pemasangan perkakasan untuk menguji papan induk CPU Panduan pemasangan CPU (prosesor) •
Tarik tuil (lever) melepasi cangkuk dan angkat arah ke atas sehingga tegak berdiri.
• •
Letakkan CPU di atas soket, pastikan pin 1 CPU dan soket selari. Sekiranya CPU tidak masuk dengan kemas, kemungkinan ada pin-pin yang bengkuk. Dengan hati-hati betulkan pin-pin berkenaan menggunakan playar muncung tirus dan cuba masukkan sekali lagi. Turunkan tuil dan pastikan ia kemas di tempat asalnya.
Soket jenis ini dinamakan soket ZIF (Zero Insertion Force) yang bererti semasa memasang atau mengeluarkan CPU, tidak perlu tenaga yang kuat. Tujuan lain bagi memudahkan membuat upgrade. Untuk mengelakkan dari CPU kepanasan, gris khas diletakkan di antara CPU dan sink haba. Setelah CPU dipasang, jangan lupa menyambungkan kipas CPU dengan salah satu wayar sambungan kuasa.
Panduan pemasangan cip CPU secara graflk
Mula sekali, tarik tuil (lever) L ke arah A untuk keluar dari cangkuk B. Angkat tuil ke atas mengikut arah C dan plat (plate) atas F akan bergerak ke arah E. Letakkan CPU di soket papan induk dan pastikan pin 1 keduadua perkakasan selari. CPU dengan mudah masuk di soket, turunkan tuil ke arah D dan lekatkan di cangkuk B. CPU akan dicengkam oleh plat atas F yang bergerak ke arah G (asal) dan CPU sukar dikeluarkan lagi. Letakkan kipas dan sink haba atas CPU sekiranya datang berasingan. Sangkutkan klip kipas di pemegang H di depan dan belakan soket.
Panduan Mengeluarkan CPU dari Socket 7
Keluarkan sink haba dan kipas dengan melepaskan klip C dari sekatan D di depan dan belakang soket. Sambil itu putuskan sambungan kuasa dari kipas penyejuk CPU. Tarik tuil ke arah A sedikit dan naikkan tuil ke arah B,CPU dengan rnudah dapat dikeluarkan. Tolak tuil dengan cermat ke arah E dan letakkan di sisi soket untuk mengelakkan tuil dari patah atau rosak .
Thermal grease untuk kawal haba CPU
Kepanasan CPU semasa operasi kadang-kadang sukar
dibendung akibat dari bilik yang tidak berhawa dingin atau kurangnya laluan udara dalam kotak komputer. Tambahan pula sesetengah pengguna menaikkan kelajuan CPU atau overclocking tanpa menukarkan kipas yang lebih kuat dan mantap. Antara CPU dan sink haba terdapat rongga yang mungkin tidak dapat dilihat mata seperti dalam rajah A di bawah. Gris terma (thermal grease) dimasukkan di antara CPU dan sink haba (rajah B) dapat membantu menyerapkan haba pada tahap maksimum. Haba akan dipindahkan dari CPU ke sink haba seperti dalam rajah C. Elak menggunakan terlalu banyak bahan itu yang boleh memberi kesan lain pula (Rajah D). Thermal grease boleh didapati di kedai-kedai servis komputer dalam bentuk seperti di atas. Blasanya ia boleh digunakan sebanyak dua aplikasi.
Kipas yang menggunakan sambungan kuasa dalam bulatan C sudah berkurangan. Kebanyakan kipas CPU jenis baru kini mengambil bekalan kuasa dari punca atas papan induk
seperti dalam bulatan D. Sambungansambungan kuasa A dalam keadaan belum dipasang dan B sesudah dipasang. Pastikan kipas CPU dan kipas dalam unit bekalar kuasa berfungsi semasa komputer beroperasi. Sekiranya kipaskipas berkenaan tidak berpusing, cari dan betulkan kerosakan dengan segera.
Pemasangan RAM Masukkan RAM (SIMM atau DIMM) di slotnya serta pastikan ia kemas dan tidak longgar. Biasanya SIMM atau DIMM tidak boleh digunakan dalam satu papan induk. Walau bagaimanapun, rujuk manual papan induk sekiranya ini dibenarkan. Nota:
Pemasangan RAM tidak memerlukan apa-apa konfigurasi, sistem akan mengesan jumlah RAM secara automatik. Serongkan RAM seperti arah anak panah A dan selitkan di slot SIMM 1. Tekan dengan kedua-dua ibu jari ikut anak panah B dan RAM akan masuk di slot dengan ditahan oleh klip C. RAM akan hanya masuk satu arah sahaja disebabkar huiung kiri dan kanan RAM berlainan bentuk (D).
Untuk mengeluarkan RAM, tekan kedua-dua klip C ke arah luar dan RAM akan keluar dari slotnya dalam keadaan serong seperti rajah 1. Pemasangan SDRAM, DDR RAM dan RDRAM tidak jauh bezanya. Antara ketiga-tiga RAM tidak boleh ditukar ganti, ia memeriukan penyokongan cipset papan induk.
Pegang RAM dengan cermat iaitu di hujung kiri dan di hujung kanan kad dan bukan di tempat yang ada litar atau komponen yang terdedah. Masukkan SDRAM di slotnya dan tekan ke bawah mengikut arah anak panah A. Cangkuk B akan masuk di kedua-dua belah RAM dan akan menguncinya. Untuk mengeluarkan RAM, tekan cangkuk C dengan keduadua ibu jari, RAM akan keluar dari slot seperti dalam rajah . Nota: Pemilihan voltan DIMM: Hanya terdapat pada papan induk lama yang ada pilihan ini, Sekiranya ada, pastikan voltan DIMM disetkan ke 3.3V untuk SDRAM (synchronous DRAM).
Bekalan kuasa P8 dan P9 atau jenis ATX Sambungkan penyambung P8 dan P9 ke papan induk, pastikan wayar-wayar hitam bertemu atau kelihatan berada di tengah-tengah. Bagi bekalan kuasa jenis ATX, sambungan ke papan induk agak mudah kerana hanya satu arah sahaja dilekatkan dan tidak mungkin membuat kesilapan.
Dua jenis sarnbungan iaitu AT dan ATX dipaparkan dengan jelas. Suis ATX disambungkan terus ke papan induk seperti dalam rajah ATX. Suis AT pula dilekatkan terus ke unit bekalan kuasa.
Pemasangan VGA Pasangkan kad video di slot AGP atau PCI mengikut jenis kad yang ada. Sengetkan sedikit kad video tersebut, masukkan sebelah dahulu dan tekan mengikut arah anak panah A. Semasa meletakkan kad di slot, hati-hati agar papan induk tidak bengkuk oleh tekanan yang boleh mengakibatkan ia rosak. Pastikan ada sokongan yang kemas di bawah papan induk sebelum memulakan pemasangan kad. Kad video berasingan tidak perlu sekiranya papan induk ada VGA bersepadu. Pastikan kabel sambungan VGA bina dalam dan jumper untuk pilihan VGA diletakkan dengan betul di tempat masing-masing. Kabel signal dari monitor dilekatkan di kad video dan satu (kabel bekalan) lagi ke bekalan kuasa atau ke bekalan elektrik mengikut jenis monitor.
Cara-cara memasukkan kad ke dalam slot PCI seperti rajah di atas. Cara ini juga boleh digunakan pada mana-mana pemasangan kad.
Pemasangan pembesar suara dalam kotak komputer Akhir sekaii, pasang pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer ke papan induk seperti di atas. Walaupun ia bukan satu perkara Yang diwajibkan, tapi dapat membantu semasa ujian. Tujuan pembesar suara disambungkan ke papan induk untuk memberi bunyi 'beep' sekiranya ada kerosakan
Ujian papan induk dimulakan Setelah selesai menyambungkan semua perkakasan, ujian boleblah dimulakan. Sebelum itu, pastikan papan induk diletakkan di atas lapik plastik atau kotak bekas papan induk bagi
mengelakkan litar pintas atau , shorting' semasa membuat ujian. Hati-hati dengan keadaan ini dan kalau cermat pasti kerosakan papan induk dapat dihindarkan. Walau bagaimanapun tidak salah sekiranya ujian dilakukan di dalam kotak komputer, cuma tidak perlu mengeluarkannya pula bila papan induk didapati rosak atau bermasalah. Sebelum memulakan ujian pertama, paling bijak kalau sambungan diulang periksa secara pantas. Ini sangat baik dilakukan setiap kali hendak memulakan ujian. Amat baik juga diamalkan menulis senarai yang hendak diperiksa. Sebagai contoh, senarai pemeriksaan atau check list untuk ujian papan induk seperti di bawah.
Periksa jumper, terutama kelajuan dan voltan CPU.
Periksa kedudukan pin 1 CPU dan pin 1 di soket papan induk adalah selari. Biasanya cip CPU masuk satu arah saja untuk mengelakkan kesilapan.
RAM kemas kedudukannya dan dari jenis yang sesuai.
Pemasangan plug P8 dan P9 betul susunannya. Bagi plag bekalan kuasa ATX, ia masuk satu arah saja.
Set jumper 'enable' sekiranya guna VGA bersepadu.
Jumper'Clear CMOS' diaktifkan.
Kipas CPU disambung ke salah satu sambungan kuasa.
Pastikan sambungan kabel signal dan kabel kuasa monitor. kemas dan tidak longgar di tempat masingmasing.
Periksa pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer sudah dipasangkan di papan induk.
Di belakang katak bekalan kuasa pastikan voltan diset pada 230V AC setkan bekalan kuasa dan bukan 115V AC. Kesilapan ini boleh mengakib rosak. Kebanyakan bekalan kuasa kini sudah dihapuskan pilihan ini.
Kedudukan semua perkakasan atas papan induk akan dilihat seperti dalam rajah. Papan kekunci dan tetikus tidak perlu dipasang setakat ini, walaupun tidak salah jika dilakukan. Yang penting sekarang papan induk boleh diuji dan disahkan baik. Ujian papan induk yang dijalankan sebelum dimasukkan ke dalam kotak komputer. Perkakasan asas yang digunakan ialah papan induk, CPU, RAM, monitor, kad video dan bekalan kuasa.
Ujian papan induk dimulakan Setelah semua perkakasan didapati betul dan kemas, hidupkan suis kuasa. Monitor akan memaparkan jenis kad video dan permulaan CMOS. Jumlah RAM juga akan ditunjukkan untuk menepati jumlah RAM sebenar. Sekiranya tidak ada apa-apa di monitor, periksa RAM dan sambungan monitor bagi memastikan kedua-dua perkakasan bukan punca masalah. Panduan mencari kerosakan dibentangkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan tugasan.
Paparan CMOS semasa ujian Dengan terpaparnya skrin di atas, maka telah lulus ujian peringkat pertama.. Ini bererti semua perkakasan yang diuji berfungsi. Peringkat seterusnya untuk menentukan baki perkakasan seperti tetikus dan dan papan kekunci boleh berfungsi. Nota: Keterangan ralat HDD (Harddisk) primary master serta ATAPI tidak serasi bagi secondary master disebabkan pemacu cakera keras belum dipasang.
Kod Beep komputer Komputer kion serasi IBM mengadakan beberapa diagnosis sendiri untuk membantu memberi keadaan perkakasan komputer semasa ia dimulakan Isyarat audio kod beep, satu cara yang mudah bagi panduan segera akan kerosakan perkakasan. Untuk mendapatkan kesan bunyi, pembesar suara dalam kotak komputer harus dilekatkan di papan induk di petak jumper yang dikhaskan. Ada dua jenis indikasi iaitu kod beep dan kod angka. Sebagai panduan, untuk manual ini hanya satu atau dua kod beep yang kerap berlaku ditunjukkan. Rujuk buku-buku komputer atau laman web untuk keterangan yang lebih mendalam.
Jadual senarai kod beep ------------------------------------------------------------------------Kod beep
Makna
Kod Award BIOS ------------------------------------------------------------------------Beep pendek semasa logo Beep panjang tidak putus-putus Satu beep panjang dan
Bunyi biasa semasa POST Tiada RAM dikesan atau RAM rosak Kad video tiada atau rosak
diikuti 3 beep pendek Beep panjang kuat semasa
CPU kepanasan atau sistem
komputer beroperasi
beroperasi dengan memori rendah
Sekuen beep (sequence)
Kemungkinan kerosakan RAM CMOS rosak
1-1-3 ------------------------------------------------------------------------------
Sesetengah komputer menggunakan kod beep yang berlainan dari senarai di atas.
Siasatan dan Tindakan Sernasa membuat ujian papan induk, tidak selalunya akan menemui kejayaan buat pertama kali. Bila ada yang tidak kena, carta Ujian boleh dijadikan sebagai panduan. Taktik yang paling berkesan mencari kerosakan adalah dengan menukar perkakasan satu demi satu hingg di kepung kerosakan pada satu sudut atau kawasan sasaran. Perkakasan yang disahkan rosak sudah boleh ditukar dengan baik.