Menghormati Guru

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menghormati Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 346
  • Pages: 1
MENGHORMATI GURU Oleh DR. ISMAIL ZAIN

Terdapat pelbagai program yang dijalankan bersempena dengan perayaan Hari Guru. Ucapan selamat menyambut hari guru sama ada berbentuk lisan atau berbentuk tulisan diberikan kepada guru oleh pelajar-pelajar sebagai satu tanda penghormatan. Begitu juga dengan pelbagai aktiviti yang disertai oleh guru dan pelajar dijalankan ke arah mencetuskan perasaan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Apakah jasa dan bakti guru hanya diberi penghormatan melalui hadiah dan ucapan selamat hari guru sahaja? Sebenarnya pelajar harus menghormati guru sepanjang masa kerana gelaran "guru" tidak akan luput sehinggalah ke akhir hayatnya. Oleh itu menghormati guru perlu berlaku dalam pelbagai situasi. Di antaranya adalah seperti contoh berikut:  Memberi perhatian ketika guru mengajar: Adalah dianggap tidak sopan sekiranya pelajar tidak memberi perhatian ketika guru sedang memberi penerangan. Oleh kerana guru itu adalah penyampai ilmu maka memberi perhatian dengan penuh minat adalah merupakan satu bentuk tindakan untuk menghormati guru.  Menunaikan arahan dan panduan guru: Sebagai pelajar kita dibimbing oleh guru. Bimbingan itu dibuat dalam bentuk arahan dan panduan. Oleh itu adalah wajar setiap pelajar akur serta membuat apa yang diarahkan oleh guru. Bertindak sendiri tanpa mematuhi arahan guru bermakna pelajar engkar serta tidak menghormati guru yang juga bertindak sebagai ibu bapa kita di sekolah.  Sentiasa mendekati guru: Seseorang pelajar harus mendekati bukan menjauhi diri mereka dari guru. Mendekatkan diri dengan guru bermakna pelajar harus banyak berinteraksi sama ada sewaktu berada di dalam atau di luar kelas. Sebenarnya jika kita sayang dan homat seseorang itu kita haruslah sentiasa berada di sampingnya. Guru bukan sahaja memberi ilmu kepada kita tetapi sebagai sumber inspirasi serta bertindak sebagai kaunselor ketika pelajar menghadapi masalah.  Membantu guru: Sebagai seorang pelajar kita harus ringan tulang. Ini bermakna pelajar harus bekerjasama membantu guru dan sekolah untuk mencapai kecemerlangan. Tidak kira sama ada kita dilantik memegang sesuatu jawatan atuapun tidak, kita harus membantu guru untuk memastikan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan yang tenang, bilik darjah tersusun serta keadaan persekitaran yang bersih dan ceria. Sesungguhnya proses pembelajaran akan berjalan dengan licin jika kita dapat mewujudkan perasaan kasih sayang serta saling menhomati antara satu sama lain.

Related Documents

Menghormati Guru
June 2020 9
Menghormati Ibu
May 2020 13
Menghormati Azan
May 2020 18
~guru-guru~
November 2019 49
Guru
June 2020 17