Menghadapi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menghadapi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 3,652
  • Pages: 8
Menghadapai Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Siapakah Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran? Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuatu kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa disebabkan jangka penumpuan yang pendek, kurang kebolehan memindahkan perkara-perkara yang dipelajari. Mereka juga memerlukan lebih dorongan dan benda-benda yang nyata ketika belajar. Kebanyakan mereka dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama persekolahan. Terdapat dua petunjuk utama masalah pembelajaran. Pertama, walaupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanakkanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Kedua, kebanyakan perkembangan ditunda. Mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vokasional. Walaupun kadar pembelajarannya perlahan, mereka boleh memperoleh pelbagai aktiviti di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sebahagian pembelajaran mereka sukar dipelajari. Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, pelajar kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraan matematik. Jelaslah pelajar ini sukar memohon kemahiran pembelajaran apabila berhadapan dengan situasi baru. Punca Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Pada peringkat awal sudah disebut kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami masalah neurologi terutama otak. Otak secara umumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu: Bahagian atas yang disebut cortex Bahagian bawah yang disebut medulla dan sekitarnya. Otak atas yang terdapat pada manusia bersifat adalah dinamis dan potensinya dapat dikembangkan seluas-luasnya. Otak bawah yang terdapat dalam spesies tinggi dan juga spesies rendah seperti kucing, monyet dan sebagainya adalah bersifat statik. Otak bawah memiliki fungsi-fungsi dasar seperti berikut: Medula berfungsi mengendalikan pernafasan, pencernaan, detik jantung dan penelaan. Serebelum berfungsi mengkoordinasi pelbagai gerakan organ jasmani dan refleks. Talamus berfungsi sebagai penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-

sub bahagian otak bawah ke otak atas atau cortex. Hipotalamus berfungsi mengatur ekspresi yang berasal daripada dorongan-dorongan dasar seperti dorongan rasa lapar dan seksual. Selanjutnya, memori terdiri daripada dua jenis iaitu: Memori semantik iaitu memori khusus yang menyimpan pengertian maklumat. Memori episodik iaitu memori khusus yang menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memori semantik, maklumat yang diterima ditransformasikan dan diberi kod makna, lalu disimpan. Maklumat yang disimpan tidak dalam bentuk asal, tetapi dalam bentuk kod yang bermakna. Pelajar yang memiliki maklumat hasil proses semantik seperti itu dapat mempertahan dan menggunakannya dalam waktu yang lebih lama dan dalam situasi yang lebih kompleks. Sesuai dengan namanya, memori semantik berfungsi menyimpan konsep-konsep yang signifikan dan bertalian antara satu dengan yang lain. Apabila Adam berkata, “Saya tahu bangau adalah burung dan memiliki sayap”. Dalam kenyataan deklaratif ini, bangau adalah superordinat bagi burung-burung lain seperti kenari, merak dan lain-lain. Sayap adalah ciri-ciri bagi burung-burung pada umumnya. Maklumat yang terungkap dalam burung dan sayap, selanjutnya dapat diperlakukan oleh memori Adam bagi menjelaskan erti konsep burung yang lain yang memiliki superordinat dan ciri-ciri serupa dengan bangau. Oleh yang demikian, butir-butir maklumat yang tersimpan dalam memori semantik bersifat dinamis dan dapat diolah serta diaplikasikan oleh akal Adam bagi memahami fenomena lain yang relevan dengan butir-butir maklumat itu. Memori episodik adalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa yang terjadi ataupun dialami pelajar pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai referensi autobiografi. Apa yang kamu makan pagi tadi, ke mana kamu pergi semalam, dan peristiwa yang kamu alami pada hari pertama di darjah satu dan sebagainya adalah contoh-contoh maklumat yang tersimpan dalam memori episodik. Walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perlu diperhatikan adalah faktor pertama di atas yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktif kerana ia sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Di samping itu, ciri-ciri mereka adalah seperti berikut: Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira atau 3M. Keliru dengan nombor ‘13 dan 31’, menulis ‘p sebagai q’ dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf. Penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Sukar mengikut arahan. Lemah dalam keseluruhan pelajaran. Mempunyai darjah kecerdasan antara 70 hingga 90. Selalu gagal dalam latihan dan ujian. Memerlukan jangka masa yang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran. Lemah dalam perkara-perkara yang abstrak. Mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali tanpa berhenti. Keliru dengan hari seperti ‘hari ini’ disebut sebagai ‘esok’ dan sebaliknya. Menunjukkan kesukaran dengan koordinasi motor kasar ataupun halus. Lemah dalam menerima konsep yang baru. Tidak dapat menghubungkaitkan konsep yang baru dengan yang lama. Lambat mengingat semula. Tidak dapat menganalisis. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah dalam mengutarakan idea. Mudah terganggu. Rendah diri. Gangguan emosi. Pemalu. Penakut. Tidak ada motivasi. Tidak menunjukkan reaksi apabila tiba-tiba bunyi bising kedengaran seperti tepukan tangan ataupun pintu ditutup dengan kuat ataupun mengelipkan mata ataupun membuka matanya dengan luas bagi mencari arah bunyi itu. Tidak memerhati bunyi-bunyian seperti bunyi motosikal dan sebagainya. Tidak menunjukkan respons apabila namanya dipanggil. Tidak dapat membezakan bunyibunyi. Tidak dapat mengingati apa yang didengar. Selalu menyebut “Saya tak peduli” ataupun “Saya tak mahu.” Tidak dapat memahami perhubungan dan konsep berdasarkan maklumat yang didengar. Tidak dapat membezakan bunyi-

bunyian yang penting daripada beberapa bunyi-bunyian latar belakang. Tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan. Sukar mengingati semula apa yang dilihat. Punca Kecacatan Kecacatan pada kanak-kanak dikenal pasti berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut: Baka Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula daripada hubungan seksual suami dan isteri. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Ia berlaku dalam 2 jenis pewarisan. Pertama, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak. Kedua, ibu bapa tidak cacat tetapi anak cacat. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ‘autosomal dominant’, di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak bermasalah pembelajaran serta kecacatan yang lain adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25%, 50% menjadi pembawa manakala 25% lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat. Pengambilan ubat Biasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit yang dialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku akibat kehamilan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin tidak diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun, segala pendedahan kepada bahan asing dapat memberi kesan pada janin terutama pada peringkat 1 sehingga 3 bulan kandungan. Risiko kecacatan pada peringkat 4 sehingga 9 bulan adalah kurang berbanding pengambilan ubat sewaktu trimester pertama, namun ubat-ubatan masih dapat mengganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain. Masalah timbul apabila anak dilahirkan. Pada peringkat ini ubat yang terkandung di dalam badan bayi perlu disingkirkan daripada badan melalui proses metabolisme ubat yang berlaku di hati ataupun penyingkiran melalui buah pinggang. Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai risiko yang tinggi akibat bahan kimia ubat yang digunakan. Wanita-wanita hamil juga memerlukan vitamin dan zat galian tambahan. Walau bagaimanapun, sebelum itu pemeriksaan teliti perlu dilakukan. Ini disebabkan terdapat vitamin jenis larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K dapat berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan kesan buruk ke atas bayi yang dikandung. Wanita hamil tidak disarankan mengambil multivitamin ataupun multi-galian tanpa mendapat nasihat doktor ataupun ahli farmasi. Lagipun, pemakanan yang seimbang berupaya memenuhi keperluan vitamin dan zat galian ibu. Penggunaan Aspirin ketika hamil harus dielakkan walaupun pada fasa ketiga kehamilan. Aspirin yang diambil pada dos tinggi dikaitkan dengan kelahiran bayi yang kurang berat badan dan juga mati ketika dalam kandungan. Penggunaan aspirin semasa trimester ketiga dikaitkan dengan pendarahan yang berlebihan semasa melahirkan anak. Lagipun, aspirin dapat mengganggu pernafasan dan fungsi jantung anak yang baru lahir. Kopi, teh, coklat dan beberapa minuman perasa kola mengan-dungi kafein. Kopi mempunyai

kandungan kafein yang tinggi dibandingkan dengan minuman lain. Walau pun tidak terdapat sebarang bukti dan kaitan mengenai kesan minuman kopi dengan kecacatan janin manusia, namun ia memberi kesan pada janin haiwan. Mengurangkan meminum kopi kepada hanya empat cawan kopi sehari sahaja iaitu kurang daripada 600mg kafein adalah dibenarkan. Bahan-bahan semburan seperti insektisid ataupun dalam bentuk gas, khususnya mereka yang bekerja di tempat di mana terdapat banyak gas seperti di kilang dapat menyebabkan kecacatan bayi. Bahan-bahan pengawet makanan juga dikenal pasti dapat memberi kesan yang sama. Sesetengah daripada bahan-bahan pengawet makanan ini mempunyai kesan tidak baik pada pembentukan jasad bayi di peringkat awal. Oleh itu, wanita yang sedang hamil di peringkat awal digalakkan memakan makanan yang segar yang tidak mengandungi bahan pengawet. Sinar-X Sama ada kita sedar ataupun tidak, tubuh kita sering terdedah kepada radiasi daripada matahari, batu, pasir dan sebagainya. Amat menakutkan jika kita terdedah dengan dos radiasi yang tinggi dan dos ini membahayakan janin sebelum dilahirkan. Pendedahan kepada radiasi yang berlebihan sememangnya mem-bahayakan. Begitu juga dengan dos radiasi yang sedikit tetapi pendedahannya berlarutan, juga membahayakan. Sinar-X yang dianggap sebagai kaedah terpenting perubatan adalah bahaya kepada janin sebelum dilahirkan. Sekiranya seseorang ibu yang mengandung hendak melakukan Ujian Sinar-X terutama Sinar-X yang kuat bagi mengesan penyakit di dalam perut, penyakit buah pinggang dan sebagainya, mereka hendaklah berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar Sinar-X. Tarikh haid yang terakhir harus diberitahu kepada doktor. Ini kerana persenyawaan benih biasanya berlaku di pertengahan pusingan haid, iaitu pada hari yang ke-14 selepas hari pertama haid. Jika Sinar X dilakukan selepas hari ke-14 dan ditakdirkan kandungan berlaku, ada kemungkinan janin terdedah kepada pancaran Sinar X dan ia dapat mencacatkan bayi. Menghalakan Sinar–X jauh daripada bahagian pelvis juga adalah langkah-langkah yang wajar dilakukan. Bahagian pelvis tidak sepatutnya didedahkan kepada Sinar-X walau sedikit sekalipun. Kajian menunjukkan ibu yang terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda berkemungkinan mempunyai anak yang menghidap leukemia. Jangkitan kuman Kuman yang menjangkiti wanita dalam peringkat awal kandungan dapat menimbulkan kecacatan. Masa tiga bulan pertama adalah masa yang terpenting pembentukan jasad dan anggota bayi. Jika terdapat unsur-unsur luar yang dapat mengganggu proses pertumbuhan janin maka kecacatan mungkin timbul. Secara amnya, penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh pelbagai organisma halus seperti bakteria, protozoa dan virus. Berbagai-bagai jenis organisma ini berada di sekeliling kita sama ada siang ataupun malam. Organisma ini membiak dan membawa bersama penyakit. Bakteria ialah organisma yang dapat hidup di mana-mana. Kuman inilah yang menyebabkan batuk kering, jangkitan streptococcus dan staphylococcus, demam skarlet atau demam merah, demam kepialu, sifilis, gonorea dan apendisitis. Protozoa juga sel organisma yang dapat menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Penyakit yang bahaya adalah seperti malaria dan toxoplasmosis. Virus pula berbeza daripada bakteria. Ia memerlukan tisu hidup untuk membiak. Virus menyebabkan penyakit dengan memasuki sel dan apabila terlekat pada sel, ia menyebabkan gangguan. Antara penyakit yang dikaitkan virus ini adalah campak, beguk dan rubela. Kuman sifilis amat membahayakan bayi. Kuman sifilis boleh aktif dalam darah tanpa menimbulkan tanda pada badan. Apabila seseorang wanita mengandung, maka kuman sifilis dalam darah dapat menjangkiti janin dan merosakkannya menyebabkan janin itu gugur ataupun mati dalam kandungan ataupun lahir cacat.

Pemakanan Kekurangan makanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kebuluran dapat menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu hamil mungkin rasa sihat dan kelihatan sihat tetapi jika pemakanannya berkurangan sedangkan kandungan sedang membesar, janin tetap mengalami masalah kekurangan zat protein. Satusatunya khidmat ibu yang hamil untuk anak di dalam kandungan adalah menyediakan pemakanan yang baik. Dadah dan arak Walaupun penagihan dadah di kalangan ibu jarang berlaku namun jika ini berlaku di kalangan wanita yang sedang hamil dan dadah yang digunakan berbahaya seperti morfin, kokain dan sebagainya, ada kemungkinan perkembangan janin boleh terganggu dan salah satu daripada masalah adalah kecacatan janin. Tabiat merokok juga dapat menyebabkan kecacatan bayi. Asap tembakau yang mengandungi nikotina menyerap ke dalam darah ibu melalui mukus membran di dalam mulut dan tekak dan juga paru-paru. Di samping itu terdapat juga nikotina daripada asap tembakau bertindak pada sel-sel saraf dan pusat pernafasan. Walaupun tidak ada laporan yang menunjukkan nikotina yang terkandung dalam rokok ataupun alkohol dalam arak dapat menyebabkan kecacatan, tetapi ia dapat mengganggu kehamilan serta menjejaskan perkem-bangan bayi dalam bentuk yang berlainan. Nikotina kemungkinan dapat menyebabkan kerencatan pertumbuhan ataupun gangguan pertumbuhan otak bayi. Cubaan menggugurkan anak Amalan menggugurkan kandungan sangat meluas berlaku. Ada kalanya ibu berkenaan menggunakan pelbagai cara antara dengan memakan tapai, nanas muda, jamu, akar-akar kayu, ubat singse dan seterusnya memakan pil hormon daripada doktor ataupun men-dapat suntikan daripada doktor. Ini kerana mereka percaya cara-cara itu dapat memaksa haid keluar ataupun menggugurkan kandungan. Ramai juga yang gagal memaksa haidnya keluar dan kehamilan berkembang terus tanpa disedari. Percubaan itu mungkin merosakkan pertumbuhan janin serta menyebabkan kecacatan pada anggota janin ataupun lainnya. Perbuatan seperti ini adalah dianggap sebagai penganiayaan pada janin. Tindakan menggugurkan bayi adalah salah baik di sisi undang-undang mahupun agama. Bagi mereka yang belum bersedia ataupun tidak mahu mengandung, lebih baik menggunakan cara dan kaedah merancang keluarga daripada menyeksa ataupun menganiaya janin. Umur ibu Ibu yang berusia 35 tahun ke atas berkemungkinan mempunyai kesihatan yang kurang baik dan mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang dikhuatiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengandung dan tidak perlu bimbang masalah yang berkaitan dengan kehamilan ataupun kemungkinan kecacatan bayi dengan syarat mereka berada di bawah jagaan doktor pakar. Kejadian bayi cacat, Sindrom Down misalnya hanya meningkat selepas ibu itu berumur 45 tahun di mana kadarnya lebih kurang satu ataupun dua dalam 100 kelahiran. Bagi ibu yang berumur 40 tahun ke atas, risiko melahirkan bayi Sindrom Down adalah satu dalam 200 kelahiran. Tegasnya, kadar bayi cacat, khususnya bayi Sindrom Down di kalangan ibu-ibu yang berumur 40 tahun ke atas tidak begitu menggemparkan. Walau bagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada umur itu, perlu menjalani ujian biopsi korion dan seterusnya analisis kromosom ketika umur kandungan dua bulan, bagi mengesan kecacatan Sindrom Down. Umur yang paling sesuai untuk mengandung adalah pada usia 23 hingga 29 tahun. Mereka mempunyai peluang yang lebih besar memiliki anak sihat dan normal. Ibu yang berumur antara 17 hingga 23 tahun dikhuatiri akan mengalami anak lahir prematur ataupun mati dalam kandungan, ataupun pertumbuhannya tidak sempurna. Ini kerana sistem pembiakan mereka belum matang iaitu masih di peringkat nubility iaitu masa apabila telur mula dikeluarkan dari kilang dan bersedia disenyawakan. Pada masa ini sistem hormon endokrin

bekerja keras melengkapkan semua fungsi organ. Di akhir peringkat ini, barulah kilang pituitari mengeluarkan hormon yang digelar prolaktin. Hormon ini menyebabkan ovari mengeluarkan hormon progesterone yang menyediakan rahim untuk kehamilan. Apabila ini berlaku, sistem pembiakan sudah matang. Kekurangan oksigen Bayi dalam kandungan mendapatkan oksigen melalui uri. Melalui uri ini, oksigen masuk ke tubuh bayi melalui pusatnya. Oksigen ini dibawa ke jantung dan dari sana ia dipamkan ke seluruh tubuh, ke tisu yang sedang bercambah dan terbina bagi membolehkan percambahan terus berlaku. Dengan oksigen yang mencukupi dalam aliran darah bayi yang dikandung, anak itu membesar mengikut ketetapan tertentu. Kesan kekurangan oksigen atau anoxia yang paling serius kepada anak adalah kerosakan otak. Sebarang kerosakan otak adalah serius, kerana ia berlaku dengan cepat dan kesannya berkekalan. Sel otak lebih mudah rosak berbanding sel-sel lain di dalam tubuh. Apabila sel ini rosak, ia tidak dapat tumbuh semula seperti sel kulit apabila luka. Tidak ada proses penyembuhan pada sel otak. Lagipun otak mengawal pergerakan manusia dan apabila sebahagian otak itu rosak maka bahagian yang dikawal turut rosak. Cerebral palsi berlaku apabila bahagian otak yang mengawal otot-otot dan koordinasinya rosak. Epilepsi berlaku kerana sistem saraf rosak. Kecacatan mental adalah tanda sesuatu sudah mengganggu perkembangan sempurna pada alatan berfikir. Sesetengah daripada penyakit otak adalah kerana kerosakan pada bahagian otak yang berkenaan. Bukan semua keadaan ini berlaku kerana kekurangan bekalan oksigen. Sekalipun langkah-langkah diambil bagi mengurangkan kes-kes kekurangan bekalan oksigen, kes-kes cerebral palsi, epilepsi dan kecacatan mental tetap berlaku kerana sebab-sebab lain. Kenan Kecacatan tidak boleh dikaitkan dengan kenan. Jika ada ibu bapa yang menganggap anaknya cacat kerana kenan atau sebagainya itu tidak benar. Seperti yang dijelaskan, kecacatan anak hanya disebabkan oleh semua perkara di atas terutama baka. Kemalangan Kemalangan melibatkan kepala dapat menjejaskan fungsi otak seseorang. Penyesuaian Perlu diingat apabila membincangkan mengenai bantuan yang ingin diberikan kepada kanak-kanak istimewa ini, ia merujuk kepada semua aktiviti yang dilakukan yang memerlukan mereka belajar. Aktiviti tersebut merangkumi perkara seharian seperti usaha seorang pelajar meningkatkan kemahiran pembacaannya serta kemahiran bermatematik. Ia merujuk juga kepada cara membuat kerja-kerja rumah yamg diberikan oleh guru dengan lebih efisien. Ia juga merujuk kepada bagaimana guru-guru meningkatkan kebolehannya sebagai guru. Ia juga merujuk kepada ibu bapa yang cuba meningkatkan usaha memberi sokongan, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang berkaitan dengan anak mereka. Rancangan sekolah selalu dibuat berdasarkan kepada murid yang sederhana dan cerdik. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi kegagalan serta kekecewaan dan akan berdepan dengan kesukaran mengembangkan psikoemosi yang emosi. Dalam situasi sekolah seperti ini, kanak-kanak merasakan dia akan gagal dalam hidup, cita-citanya tidak diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Dia juga mungkin percaya dia diarah supaya percaya dia tidak akan berjaya. Bagi membantu seseorang itu belajar, sebagai guru mereka perlu tahu pelajar itu sendiri, sifat, keperluan serta latar belakangnya. Mereka perlu mempertimbangkan bagaimana membantu pelajar menangani situasi yang dihadapinya, merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses pem-belajarannya dan menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yang dipelajari. Ada antara kanakkanak ini boleh berjaya di sekolah dan dalam hidup jika minat mereka dirangsang dan mereka diberikan peluang. Mereka boleh dipimpin supaya menguasai banyak

perkara abstrak yang mudah. Perbendaharaan kata yang mudah harus digunakan, bahan bacaan mesti ditulis berkaitan kepentingan hidup, serta pengajaran am dan kadar pembelajaran mestilah dilambatkan. Dengan itu barulah mereka boleh menerima faedah yang banyak dan menjadi pelajar yang berjaya. Sebahagian daripada kegagalan mereka yang bermasalah pembelajaran dikaitkan oleh segolongan pendidik tidak berwibawa yang menempatkan kanak-kanak ini ke dalam situasi di mana mereka tidak boleh berjaya dan kemudiannya tidak membuat sesuatu bagi menolong penyesuaian mereka. Kanak-kanak ini memerlukan semua bantuan psikologi yang boleh diberikan kepada mereka. Penulis pernah melawat sebuah kelas bermasalah pembelajaran yang menggunakan sebuah bilik darjah yang biasanya diberi nama 4B. Walau pun peringkat akademik ahli-ahli dalam kumpulan ini bukan seperti kanak-kanak darjah empat, tetapi oleh kerana umur mereka dimasukkan ke darjah ini. Pada hari itu, nama darjah mereka diubah kepada 2B. Kanak-kanak ini membantah kerana mereka sangat bangga berada dalam darjah 4B. Mereka berasa marah kerana kehilangan martabat di kalangan rakanrakan sekolah akibat pertukaran tersebut. Penetapan status darjah berdasarkan pencapaian adalah hak bagi kumpulan ini. Mereka patut diberi sesuatu yang positif dan merangsangkan oleh pihak sekolah. Mereka berhak mendapat status yang sepatutnya yang akan mengembangkan sikap ke arah pencapaian yang lebih membanggakan. Meletakkan tanda 4B, mereka seolah-olah sudah mencapai suatu corak hidup pelajar yang memuaskan.Walau pun kanak-kanak ini mempunyai kecerdasan antara 55 hingga 70, namun mereka boleh bergerak balas kepada teknik yang sudah diubah suai dalam latihan yang baik penyusunannya serta yang mempunyai kakitangan yang bijak. Kumpulan yang rendah hanya boleh bergerak balas kepada rangsangan bagi keperluan asasnya untuk hidup. Kebiasaannya, ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar pada tingkah laku emosi anak-anak. Ada antara ibu bapa sentiasa memaksa anak-anak mereka dari sejak lahir hinggalah seterusnya. Sebenarnya masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat bahawa dalam masa tahun-tahun awal seorang kanak-kanak, ia mungkin tidak berjaya dalam kerja sekolahnya ataupun menunjukkan kecerdasan otak dalam perhubungan di rumah atau di tempat-tempat lain. Ibu bapa kerap kali percaya kerencatan itu adalah disebabkan oleh perkembangan yang lambat dan akhirnya akan dapat diperbetulkan. Selepas kanak-kanak mencapai umur belasan tahun, ibu bapanya tidak lagi boleh menyalahkan proses perkembangan sebagai penyebab kerencatan. Selepas itu, dengan tidak mengira bagaimana hampanya perasaan ibu bapa, kanak-kanak ini menjadi korban sikap ini terhadapnya. Bimbingan Kefahaman mengenai kanak-kanak adalah asas kepada sebarang pertolongan atau bimbingan yang mungkin diberikan kepada mereka. Kanak-kanak ini sedang maju ke hadapan dan perlu mempunyai jalan yang disediakan untuknya. Dia mesti dapat memahami nilainya dan mengenal pasti rintangan-rintangan serta potensinya. Justeru, semua pihak hendaklah bertanggungjawab membantu kanak-kanak ini menuju ke sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Bimbingan ialah sebarang bentuk bantuan atau pertolongan yang direka bentuk dengan betul bagi membantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan persekitannya. Sudah menjadi tugas ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah pembelajaran mereka ini. Antara keadaan yang merungsingkan kanak-kanak ini adalah kegiatan masa lapang, sikap terhadap orang lain, sikap orang lain kepada mereka, peringkat rasa selamat serta darjah kejayaan di sekolah. Penutup Proses pembelajaran adalah suatu aktiviti yang kompleks kerana banyak perkara sebenarnya berlaku serentak pada masa yang sama. Sewaktu sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dikendalikan, terlalu banyak

perkara yang perlu diberi perhatian oleh kanak-kanak bagi memastikan mereka menguasai apa yang diajar guru. Proses tindan-tindih begini tidak dapat dilakukan secara maksimum oleh sistem neurologi seperti yang diharapkan. Walau bagaimanapun, pembelajaran boleh dimudahkan dengan wujudnya keadaan seperti berikut: Terdapat objektif yang jelas dan berpotensi dicapai. Pelajar mempunyai motivasi untuk belajar. Pelajar disediakan dengan tugasan pembelajaran yang sesuai yang memberi mereka peluang mengamalkan tingkah laku yang diperlukan. Apabila pembelajaran berlaku, pelajar mendapat peluang mengamalkan tugas yang lebih sukar yang mendorongnya supaya belajar lebih lanjut. Pelajar diberitahu mengenai kemajuannya dan dibantu supaya mencapai objektif yang dimahukan. Terdapat peluang belajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan di tempat di mana dia boleh menggunakannya. Apabila pelajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan di tempat di mana dia boleh menggunakannya, pelajar diberi maklum balas mengenai kemajuan pembelajarannya. Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, Mohd. Sharani Ahmad

Related Documents