Mengesan Dan Membasmi Virus Chernobyl

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mengesan Dan Membasmi Virus Chernobyl as PDF for free.

More details

  • Words: 1,487
  • Pages: 8
Mengesan Dan Membasmi Virus Chernobyl Oleh: Fudzail (TV3)Malaysia.

Sekadar mahu membantu. Anda mungkin boleh mencari apakah PC anda menyorok si bedebah CIH. Pergi ke menu START. Pergi ke "FIND" Tekan "Files or Folders" Di Name tuliskan, "*.exe". Tekan 'advanced' dan tulis di "containing text" - "CIH" Sekiranya ada terdapat file mengandungi CIH, nah anda kena bersihkan dengan memadam melalui DOS......Selamat mencuba. Mungkin yang lain boleh juga membantu kerana mungkin ada cara lain yang lebih baik! Amaran, satu versi Chernobyl akan aktif setiap 26hb setiap bulan! 1. Bersihkan atau sucikan setiap PC sehingga sahih suci bersih dari setiap virus yang ada. Pakailah symantec Norton Antivirus Version 5 (bukan promosi) yang nampaknya berhasil setakat ini. 2. Dan pastikan ada perisian anti-virus terkini untuk jadi jaga keselamatan! dan kemas kini setiap sebulan atau dua bulan kerana seperti

virus JE dan Nipah, kita tidak tahu bila serangan berikutnya! (Mungkin mereka yang lain ada pendapat berbeza......)

Sumbangan :Amir Hassan KEEP INFORM AND UPDATE ALL MEMBERS DO NOT OPEN the listed attachments. DO NOT RUN and DO NOT LAUNCH THEM at all!! There is no remedy or cure. They will completely wipe out all your data in your hard disk and destroy all your emails! The Viruses are: 1. buddylst.exe 2. calcu18r.exe 3. deathpr.exe 4. einstein.exe 5. happ.exe 6. happy99.exe 7. japanese.exe 8. keypress.exe 9. kitty.exe 10. teletubb.exe Do pass on this important message to all your friends and business associates.

Lindungi PC Anda: Cetak Kesemua Tiga Langkah Sistem Pengoperasian: Windows 2000 Kemas Kini Terakhir: 9 September, 2003

Untuk mencetak arahan ini, klik punat Print di bahagian atas kanan tetingkap ini. Setelah anda berbuat demikian, tutup tetingkap untuk kembali ke halaman yang terdahulu.

Langkah 1: Gunakan Internet Firewall Sebelum anda menyambungkan komputer anda ke Internet, anda sepatutnya memasang firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, dan banyak jenis virus dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda. Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer. Anda juga harus menggunakan Windows® Update dan perisian antivirus untuk membantu melindungi PC anda. Sekiranya anda memiliki komputer dengan Windows 2000 Professional, Windows Millennium Edition (Me), Windows 98, Windows 95, atau Windows NT, anda sepatutnya mendapatkan dan memasang sama ada firewall perkakasan atau perisian. Sumber yang berikut menyediakan maklumat lanjut tentang beberapa opsyen firewall. Firewall Perkakasan Firewall perkakasan merupakan alternatif yang baik bagi versi Windows yang lebih awal. Banyak titik akses wayarles dan penghala jalur lebar bagi rangkaian kediaman mempunyai perkakasan firewall terbina dalam. Ini memberikan perlindungan yang agak baik bagi kebanyakan rangkaian kediaman. Stesen Tapak Wayarles Rangkaian Jalur Lebar Microsoft (Microsoft Broadband Networking Wireless Base Station) merupakan salah satu contoh titik akses wayarles dengan firewall perkakasan terbina dalam dan ciri-ciri rangkaian kediaman bersepadu yang lain. Firewall Perisian Firewall perisian boleh didapati daripada beberapa penjual, termasuk: • •

BlackICE PC Protection McAfee Security

• • •

Symantec Tiny Software: Tiny Personal Firewall ZoneAlarm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang firewall, sila baca Senarai Semak: Memasang Firewall (Checklist: Install a Firewall), daripada tapak Web Microsoft Security. Rencana ini merangkumi perbincangan tentang firewall perisian yang dibuat oleh syarikat lain, dan juga firewall perkakasan dan penghala rangkaian. Maklumat ini boleh membantu anda memilih penyelesaian firewall sekiranya anda menggunakan versi Windows yang lebih awal pada komputer anda. Sekiranya anda mempunyai konfigurasi yang berlainan, rangkaian yang kecil, atau sekiranya anda mengalami pertanyaan berhubung dengan firewall anda, lihat Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls).

Langkah 2: Dapatkan Kemas Kini Komputer Sekiranya anda sedang menggunakan Microsoft Windows 2000 Service Pack 3 (SP3) atau yang lebih baharu, anda boleh menggunakan kelebihan Kemas Kini Automatik, yang boleh memuat turun secara automatik kemas kini keselamatan Microsoft yang terbaharu semasa komputer anda terpasang dan tersambung kepada Internet. Sekiranya anda tidak pasti apakah versi Windows yang anda sedang gunakan, anda boleh mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak versi sistem pengoperasian anda. Untuk menggunakan Kemas Kini Automatik bagi memuat turun dan memasang apaapa kemas kini keselamatan masa hadapan yang penting daripada Microsoft:

1. Klik Start, dan kemudian acu kepada Settings, dan kemudian klik Control 2. 3. 4. 5.

Panel. Klik dua kali ikon Automatic Updates untuk membuka petak dialog Automatic Updates. Anda akan nampak suatu skrin seperti di bawah. Pada tab Automatic Updates, tanda pada petak yang bersebelahan dengan Keep my computer up to date. Pilih suatu pengesetan. Kami amat menyarankan supaya anda memilih Automatically download the updates, and install them on the schedule that I specify. Sekiranya anda memilih opsyen untuk memuat turun dan memasang kemas kini secara automatik, pilih hari dan waktu komputer anda akan dihidupkan, supaya proses pemasangan boleh dilengkapkan. Perhatian: Kami menyarankan kemas kini harian.

Pilih Automatically download the updates and install them on a schedule that I specify

Sekiranya anda memasang Automatic Updates untuk memaklumkan anda, atau sekiranya mesin anda tertutup pada waktu pemasangan yang dijadualkan, anda akan nampak suatu belon pemberitahuan seperti di bawah. Klik belon pemberitahuan untuk meneliti dan memasang kemas kini. http://wwwprod/security/protect/windows

Klik pada belon untuk memasang kemas kini baru

Kini anda akan memuat turun semua kemas kini masa hadapan secara automatik.

Menggunakan Windows Update Begini caranya anda boleh mengemas kini komputer anda. Anda juga boleh menggunakan arahan ini untuk mengetahui perkembangan terbaharu bagi kemas kini yang tidak kritikal:

1. Pergi ke tapak Web Windows Update di http://windowsupdate.microsoft.com/. 2. Pada tapak Windows Update, klik Scan for Updates. Windows Update akan mengimbas komputer anda dan memberi anda senarai prapilih bagi kemas kini yang penting.

klik Scan for updates

Perhatian: Modem yang perlahan mungkin mengambil masa beberapa jam untuk memuat turun semua kemas kini yang disarankan pada kali pertama anda menggunakan Windows Update. Masa muat turun anda akan berbezabeza bergantung pada selama mana kemas kini anda yang terakhir dan kelajuan modem anda. Untuk mengurangkan masa memuat turun, jalankan Windows Update semasa anda tidak menggunakan komputer anda untuk tugas lain yang berkaitan dengan.

3. Dalam senarai Pick updates to install pada bahagian kiri skrin anda, klik

Critical Updates and Service Packs. Windows Update akan mencipta suatu senarai kemas kini yang sesuai bagi komputer anda.

4. Klik Review and install updates. Pilih kemas kini untuk dipasang, termasuk apa-apa pek servis (service packs) dan kemas kini yang kritikal yang telah dipilih untuk anda, termasuk pek servis, dan kemudian klik Install Now. Anda mungkin perlu hidupkan semula komputer anda selepas memasang kemas kini tersebut.

klik Review and install updates

Perhatian: Pastikan anda kembali ke Windows Update selepas mengebut semula untuk memeriksa apa-apa muat turun tambahan. Anda mungkin perlu melakukan ini beberapa kali.

Catatan penting bagi pengguna Microsoft Office. Anda juga patut melawat tapak Office Update untuk memasang sebaran keselamatan yang terbaharu.

Langkah 3: Gunakan Perisian Antivirus Terkini Perisian antivirus ialah atur cara yang sama ada sedia terpasang pada komputer anda atau yang anda beli dan pasang sendiri. Ia membantu melindungi komputer anda daripada kebanyakan virus, cacing, Trojan, dan penceroboh lain tidak dikehendaki yang boleh membuat komputer anda "sakit." Virus, cacing, dan seumpamanya seringkali melakukan perbuatan jahat, seperti memadamkan fail, mengakses data peribadi, atau menggunakan komputer anda untuk menyerang komputer lain. Bantu komputer anda agar sentiasa sihat dengan bertanya diri anda sendiri soalansoalan yang berikut:

1. Adakah anda memasang perisian antivirus pada komputer anda? Banyak pengeluar komputer yang utama menyertakan sekurang-kurangnya versi cubaan bagi pakej antivirus yang popular pada komputer baru. o Klik Start, dan kemudian klik Programs. Cari item dalam senarai dengan nama seperti McAfee, Norton, atau Symantec. o Sekiranya anda tidak mempunyai perisian antivirus yang terpasang, periksa syarikat perisian antivirus yang berikut bagi tawaran istimewa terhadap produk mereka:  Computer Associates (12 bulan percuma)  McAfee Security  Symantec o Sekiranya anda telahpun mempunyai perisian antivirus yang terpasang, tetapi anda ingin memasang produk yang baru daripada syarikat lain berlainan, pastikan anda nyahpasang produk yang ada sebelum memasang produk yang baru. Jika anda membiarkan versi yang terdahulu terpasang, konflik boleh berlaku terhadap sistem anda.

2. Adakah perisian antivirus anda terkini? Perisian antivirus yang ketinggalan zaman bermakna perisian antivirus yang tidak berkesan. Perisian antivirus bergantung pada kemas kini yang teratur untuk membantu melindungi daripada ancaman yang terbaharu. Jika anda tidak melanggani kemas kini ini, komputer anda mungkin rentan terhadap ancaman. o Pastikan anda mempunyai langganan yang diaktifkan untuk kemas kini yang terus menerus bagi perisian antivirus anda. o Kebanyakan perisian antivirus mengemas kini dirinya sendiri semasa anda tersambung kepada Internet. Untuk memastikan perisian anda adalah terkini, buka atur cara antivirus anda daripada menu Start atau kawasan pemberitahuan bar tugas dan cari status kemas kini. Jika anda masih tidak pasti sama ada perisian antivirus anda adalah terkini, hubungi pembekal perisian antivirus anda.

3. Adakah perisian antivirus anda disediakan dengan betul untuk memberikan kemungkinan perlindungan yang terbaik?

Pengesetan yang berikut hendaklah dihidupkan secara default semasa anda memasang perisian. Jika anda mematikannya atas apa-apa sebab, pastikan anda menghidupkannya semula sebelum anda menyambung kepada Internet. 1.Pengimbasan "semasa akses" atau "masa nyata" hendaklah dihidupkan. Suatu ikon dalam kawasan pemberitahuan anda sepatutnya muncul untuk menunjukkan bahawa pengesetan ini telah terpasang. 2.Perisian antivirus sepatutnya melaksanakan imbasan berjadual terhadap cakera keras anda. 3.Perisian antivirus sepatutnya dikonfigurasi untuk mengimbas mesej emel.

Related Documents