Memperkasa Pddkn

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Memperkasa Pddkn as PDF for free.

More details

  • Words: 3,158
  • Pages: 12
TEKS UCAPAN PENGARAH MAJLIS PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN SABAH TAHUN 2008

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang dihormati saudara/i pengacara majlis 1.

Yang Berusaha Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua-Ketua Sektor, Ketua-Ketua

Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Pelajaran Gabungan, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua-Pengetua, Guru Besar-Guru Besar, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan hadirin yang dihormati sekalian. 2.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya, dapat kita sekali lagi bersama-sama berkumpul dalam majlis pada hari ini. Pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir terutama kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis pada hari ini. Terima kasih semua. Tuan-Tuan dan Puan-Puan

3.

Tahun 2007 telah pun berlalu meninggalkan kita, dan kini kita telah melangkah masuk

hari ke 28 di tahun baru 2008. Persoalannya ialah, apakah yang telah kita lakukan sebelum ini di sepanjang tahun 2007?, apa pula yang akan kita lakukan untuk tempoh tahun 2008?, dan apakah hasil yang akan kita perolehi di tahun-tahun akan datang?. Jika kita berpegang kepada konsep penambahbaikan berterusan dalam semua aspek kehidupan, maka kita perlulah memastikan bahawa segala apa yang akan kita lakukan hari ini mesti lebih baik daripada apa yang telah kita lakukan kelmarin, supaya hari esok dan hari-hari mendatang menjadi lebih baik daripada hari ini. Justeru, dalam perjalanan kita untuk merealisasikan visi untuk menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sebagai sebuah organisasi cemerlang dalam pengurusan perkhidmatan pendidikan di Malaysia menjelang 2011, selari dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-2010, maka pada tahun ini kita akan bergerak dan

1

bertindak bersama dengan semangat tema tahun ini “SAGA MEMBANGUN MINDA KELAS PERTAMA”. Tuan-Tuan dan Puan-Puan

4.

Sebelum saya menjelaskan dan menghuraikan intipati fokus dan hala tuju kita untuk

tahun 2008, elok rasanya kita imbau kembali kejayaan-kejayaan yang telah kita capai di sepanjang tahun 2007 yang lalu. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan kerja smart yang telah tuan-tuan dan puan-puan lakukan, kita telah berjaya memartabatkan jabatan di peringkat kebangsaan dengan mendapat beberapa kejayaan dan pengiktirafan.

5.

Kita amat gembira dan mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya

mencatat peningkatan dalam peperiksaan-peperiksaan awam bagi tahun 2007. Meskipun kita belum mencapai kedudukan dalam kelompok terbaik di peringkat kebangsaan, namun kita gembira kerana berjaya mencapai peningkatan sebanyak 1.35% dalam UPSR daripada 44.37% tahun 2006 kepada 45.72% tahun 2007 dan peningkatan sebanyak 4.06% dalam PMR daripada 50.97% tahun 2006 kepada 55.03% tahun 2007.

6.

Kita juga turut berbangga dengan kejayaan SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang

yang telah menerima Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran dan Anugerah Sekolah Cemerlang Berasrama (Sekolah Menengah Kategori Luar Bandar), SMK Kuhara, Tawau yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah Kategori Luar Bandar), SMK Terusan Sugut, Sandakan yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah Kategori Pedalaman), SM Teknik Keningau yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (Kategori Sekolah Teknik), SMK Desa Kencana, Lahad Datu yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (Kategori Sekolah FELDA), SK Bukit Quoin, Tawau yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah Kategori Luar Bandar), SK Holy Cross, Beluran yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah Kategori Pedalaman), dan SK Lingga Baru, Tamparuli, SK Perancangan, Ranau dan SK Unisco Desa, Lahad Datu yang menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (Kategori Sekolah Kurang Murid).

2

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

7.

Kita juga turut berbangga dengan beberapa buah sekolah yang berjaya menerima

Anugerah Lonjakan Saujana (ALS) dalam beberapa bidang seperti SK Tampasak, Telupid ( bidang Akademik UPSR); SMK Lok Yuk, Kota Kinabalu, SMK Gunsanad, Keningau dan SK Sung Siew, Sandakan ( bidang Sukan Dan Permainan); dan SM St.Francis Convent, Kota Kinabalu (bidang Unit Beruniform / Persatuan).

8.

Kita juga boleh berbangga dengan pencapaian guru-guru terutama yang telah menerima

Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan seperti guru-guru SK Mutiara, Kota Kinabalu yang menjadi Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Berkumpulan. Tahniah juga kepada guru kita Encik Ideris b. Abd.Rahim daripada SMK Agama Inanam atas kejayaan beliau menjadi Naib Johan Kategori Individu Sekolah Menengah.

9.

Pencapaian kita dalam bidang kokurikulum di peringkat kebangsaan juga amat

membanggakan. Sabah menjadi Johan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah dan mewakili Malaysia ke UNESCO Paris dan Naib Johan Pertandingan Tarian Sekolah Rendah. Sabah juga menjadi Johan Pertandingan Robotik, mewakili negara dan mendapat tempat ke-4 di Taipei; Johan Pertandingan Boria (Sekolah Rendah) dan tempat ke-3 Pertandingan Dikir Barat (Sekolah Menengah) dalam Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah;

Johan Perkhemahan Pakaian

Seragam (Sekolah Rendah); Johan Pertandingan Drama Bahasa Inggeris (SM All Saint, Kota Kinabalu); Naib Johan Pertandingan Koir dan Naib Johan Pertandingan Kawad Kadet Bomba.

10.

Kita juga amat berbangga dengan pencapaian pelaja-pelajar dalam Kejohanan Olahraga

dan Sukan Peringkat Kebangsaan. Dalam Kejohanan Olahraga MSSM Kebangsaan tahun 2007, Sabah menduduki tempat ke-5 dengan memperolehi 8 Emas, 10 Perak dan 10 Gangsa. Sabah juga berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Merentas Desa MSSM, Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Lari Berganti-Ganti Juara Sekolah Kebangsaan, Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Golf MSSM, Tempat ke-4 Kejohanan Renang (Akuatik) MSSM dan tempat ke-5 Kejohanan Perahu Layar MSSM. Kita juga turut berbangga kerana beberapa orang pelajar dari Sabah telah terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Olahraga dan Sukan di Peringkat Antarabangsa.

3

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

11.

Anak-Anak Pelajar kita juga telah mencatat kejayaan di peringkat kebangsaan dalam

Pendidikan Islam di

mana pelajar kita menjadi Johan Hafazan Al Quran Sekolah Rendah

(Bahagian Perempuan), Johan Bercerita Kisah-Kisah dari Al Quran Sekolah Rendah (Bahagian Perempuan) dan salah seorang peserta Sabah terpilih sebagai Peserta Terbaik Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Sekolah Menengah.

12.

Pihak Jabatan juga ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Bahagian

Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) atas kejayaan menerima Pengiktirafan Sijil MS ISO 9001:2000 pada tahun 2007. Tahniah juga atas kejayaan mendapat tempat ke-2 Anugerah NILAM Kebangsaan (Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar) dan kejayaan Pasukan Kajian Tindakan Sekolah Negeri Sabah (PKTS) mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Bahan Inovasi antara BTPN sempena Hari Kualiti BTP 2007.

13.

Atas kejayaan-kejayaan dan pengiktirafan yang diterima di sepanjang tahun 2007

tersebut, saya bagi pihak seluruh warga pendidik Sabah dengan rasa bangga merakamkam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan/puan-puan dan semua pihak ( pegawai, pengetua, guru besar, guru, staf , pelajar dan ibu bapa) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan kejayaan-kejayaan tersebut. Syabas, tahniah dan terima kasih.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

14.

Sebagaimana yang telah disebut di awal tadi, tema perutusan dan gerak kerja Jabatan

Pelajaran Sabah pada tahun ini ialah; “SAGA MEMBANGUN MINDA KELAS PERTAMA”. Tema ini bertepatan dan selari dengan hasrat Negara dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. SAGA pula sebagai panduan kepada semua warga pendidikan untuk bertindak secara “Smart Action, Golden Achievement”, iaitu bertindak secara bijak dan berhemah untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam setiap bidang.

4

15.

Minda Kelas Pertama merupakan cetusan idea YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad

Badawi dalam satu ucapan beliau pada 06 Mac 2003 berhubung konsep fisrt world infrastructure, but third world mentality dan menjadi teras ke-2 dalam Misi Nasional untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Seterusnya konsep minda kelas pertama telah diutarakan oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

16.

Minda Kelas Pertama akan menghasilkan kerja kelas pertama. Ini bermakna kerja kelas

pertama bermula dengan individu yang memiliki pemikiran, emosi, perlakuan, sikap dan spiritual kelas pertama. Sesebuah organisasi yang mempunyai sistem, peralatan yang canggih belum pasti boleh menghasilkan kerja kelas pertama kerana faktor individu memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sesuatu sistem itu berfungsi secara optimum. Maka kita ingin memastikan agar konsep fisrt world infrastructure, third world mentality bertukar menjadi fisrt world infrastructure, fisrt class mentality. Bagi menjayakan konsep Minda dan Budaya Kerja Kelas Pertama, perlu ada pemahaman, penghayatan dan komitmen semua pihak dalam organisasi yang merangkumi pihak pengurusan atasan hinggalah ke pegawai bawahan. Budaya Kerja Kelas Pertama akan dicerminkan oleh kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan yang kita berikan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

17.

Budaya Kerja Kelas Pertama didefinisikan sebagai: “Amalan terbaik dan terpuji

yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan”. Terdapat tiga (3) perkara penting di dalam pemahaman kepada Budaya Kerja Kelas Pertama iaitu; cara berfikir dan pemikiran, cara merasa dan menghayati dan cara bertindak dan berperilaku. Kombinasi ketiga-tiga elemen Budaya Kerja Kelas Pertama dapat digambarkan melalui tujuh (7) Prinsip PERDANA yang boleh dijadikan panduan dalam pembentukan minda dan budaya kerja kelas pertama iaitu; P-Pantas dan Positif, E-Empati, R-Relevan, D-Daya Saing, A-Amanah, Adil dan Integriti, N-Nilai Tambah dan Kelainan dan A-Arif dan Berilmu.

5

Tuan-Tuan dan Puan-Puan 18.

YAB Perdana Menteri dalam ucap utama semasa merasmikan Konvensyen Integriti

Nasional 2007 pada 06 September 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya menegaskan bahawa pembangunan modal insan adalah antara satu program integriti yang cukup penting bagi kita. Terdapat 21 resolusi yang menjadi Resolusi Putrajaya Konvensyen Integriti Nasional 2007 antaranya ialah: Resolusi 5 : Pemimpin yang dipilih dan bakal menerajui sesuatu agensi Kerajaan mestilah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria seperti berkarisma, telus, jujur, amanah, berintegriti dan tidak bersikap acuh tak acuh; Resolusi 7 : Pembentukan sifat integriti perlulah bermula daripada akar umbi masyarakat /bangsa bukan yang bersifat adhoc iaitu menanti keadaan untuk bantu berubah; Resolusi 8 : Tindakan secara keseluruhan perlu diambil bagi mengubah sikap masyarakat daripada budaya celebrity kepada budaya mengutamakan keperluan utama; Resolusi 10 : Jabatan/Agensi Kerajaan perlu mengubah struktur organisasi dari semasa ke semasa untuk memastikan kesesuaian dengan keadaan semasa; Resolusi 11 : Memastikan wujud budaya “hands on” atau “walk the talk” dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam berkesan; dan Resolusi 19 : Di dalam pendidikan, telah pun diusahakan pelbagai cara agar integriti tertanam di dalam diri pelajar. Namun didapati bahawa ianya tidak dihayati oleh golongan sasaran. Oleh itu, semua pihak harus mengenal pasti strategi-strategi baru untuk memastikan nilainilai integriti dihayati dan memberi ruang dan peluang kepada wakil-wakil agama untuk berkongsi pandangan agama masing-masing berkaitan integriti supaya semua sedar bahawa integriti adalah sebahagian daripada ajaran agama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan 19.

Dalam usaha Kementerian Pelajaran untuk memantapkan lagi jentera kerja, maka

kementerian telah meluluskan penstrukturan semula Semua Jabatan Pelajaran Negeri dengan kelulusan perjawatan dan mewujudkan beberapa Sektor/Unit baru yang berkuatkuasa pada 01 Januari 2007. Antara Sektor/Unit baru yang diwujudkan ialah: Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas, Sektor/Unit Jaminan Dan Kualiti, Sektor/Unit Kaunseling Dan Keutuhan dan Sektor/Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, selain daripada Sektor/Bahagian yang sedia ada iaitu: Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor

6

Pendidikan Islam Dan Moral, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Jemaah Nazir Sekolah Sabah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan 20.

Jabatan Pelajaran Sabah melalui semua Sektor/Bahagian telah merangka hala tuju dan

fokus utama yang akan dilaksanakan pada tahun 2008. Antara agenda yang menjadi fokus utama Jabatan Pelajaran Sabah bagi tahun 2008 ialah:

i.

Melaksanakan Program Peningkatan Akademik melalui Perancangan Strategik “SAGA 2007 – 2011” dengan penekanan kepada aspek pemantauan pelaksanaan MS ISO 9001:2000, pemantauan berfokus terhadap semua Mata Pelajaran dan Program Khas, pemantauan pelaksanaan PPSMI dan KIA2M dan pemantauan Sekolah Projek (Sekolah Impian, Sekolah Kluster, Sekolah Negeri Angkat KPPM, SKM, SPR, Sekolah Pulau, Program 42 Buah SR Gred A) dan seumpamanya.

ii.

Melaksanakan pemantauan secara menyeluruh ke setiap sekolah dengan memberi fokus kepada pengurusan penempatan pelajar secara cekap dan adil, pengurusan penempatan dan pertukaran guru berdasarkan keperluan, pemantauan terhadap pelaksanaan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan dan menangani isu yuran dan bayaran tambahan sekolah dengan berkesan.

iii.

Memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan (RMK9) dan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan mengikut perancangan, menyediakan prasarana dan persekitaran kerja yang kondusif, lengkap dan sesuai dalam usaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pendidikan. Kita juga akan meneruskan usaha pemantapan sistem sedia ada, meningkatkan prestasi dan pematuhan kepada peraturan/arahan perbendaharaan bagi semua urusan perbelanjaan bagi mewujudkan sistem pengurusan kewangan yang berkesan dan memuaskan hati pelanggan.

iv.

Membangunkan modal insan di kalangan pelajar dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri di samping memastikan aspek kebajikan dan keperluan pembelajaran mencukupi. Meningkatkan kualiti 7

pengurusan aktiviti kokurikulum, membudayakan sukan untuk semua dan memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfokus kepada pelajar. Penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek kebersihan,

kesihatan dan

keselamatan.

v.

Melaksanakan Program Pengupayaan Kendiri (PPK) dan Aplikasi Psikologi Dalam Perkhidmatan menerusi Program MESRA-SAGA (Membimbing Sesama Rakan) yang memberi penekanan kepada pembinaan kerja berpasukan (team building) untuk pegawai, staf dan guru-guru. Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling dalam mengendalikan kes-kes pegawai bermasalah/berprestasi rendah, sakit mental/sakit berpanjangan secara lebih cekap, dan penubuhan CISM-TEAM (Crisis Intervention and Stress Management Team) peringkat negeri.

vi.

Memperkasakan Sistem Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan untuk membina insan beriman dan bertakwa melalui proses pengajaran & pembelajaran. Penekanan kepada Pendidikan Islam yang bersepadu berasaskan Islam Hadhari dengan memberi fokus kepada membina kemahiran di kalangan Guru Pendidikan Islam, memastikan keberkesanan pelaksanaan J-QAF, menaik taraf

Kurikulum

Pendidikan Islam di Sekolah Agama Bukan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di samping memastikan penghayatan Islam dilaksanakan di pelbagai peringkat.

vii.

Memperluaskan Program Integrasi

Pendidikan Khas di seluruh Negeri untuk

memastikan agar setiap Daerah Pendidikan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah Sekolah Rendah yang melaksanakan program tersebut secara optimum. Penekanan juga akan dibuat dalam melaksanakan pemantauan kepatuhan syarat pendaftaran di Institut-Institut Pendidikan Swasta berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dari masa ke semasa.

viii. Mempertingkat usaha untuk mengekalkan Jaminan Kualiti (Quality Assurance) di semua sekolah dengan memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara profesional, berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah. Usaha 8

juga akan dilakukan untuk membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar dan mempunyai jati diri sebagai pemimpin instruksional untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus sekolah yang lain – coaching partnership.

ix.

Memantapkan operasi rangkaian dan penyelenggaraan peralatan ICT bagi memastikan aplikasi-aplikasi Jabatan dan Kerajaan Elektronik dapat dilaksanakan dan digunakan dengan lebih baik dan berkesan. Dalam masa yang sama akan memastikan perancangan dan strategi pengutipan data serta verifikasi data di peringkat sekolah, PPDK/PPG dan JPN mengikut ketetapan piawaian yang telah ditetapkan di peringkat Kementerian Pelajaran bagi mencapai kebolehpercayaan, ketepatan dan betul data yang diperolehi.

x.

Memastikan semua pengurusan Peperiksaan Awam dalam dan luar Negeri mencapai Piawaian Keselamatan yang berkualiti tinggi. Memantapkan Sistem Pentaksiran , Penilaian dan Peperiksaan yang lebih bersifat holistik dan memastikan semua pelajar/orang awam yang layak menduduki peperiksaan mengikut peringkat peperiksaan dilayan dengan adil, cekap dan amanah.

xi.

Memastikan usaha berterusan ke arah memperkasakan Sekolah Bestari dengan memberi bimbingan, bantuan perkhidmatan kepakaran dan penyelesaian masalah di sepanjang masa, akan meningkatkan prasarana Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan pembangunan Pusat Sumber Sekolah serta menghasilkan lebih banyak lagi bahan pelbagai media dan menggalakkan penggunaanya melalui program PROTEK MEDIA.

xii.

Jemaah Nazir Sekolah Sabah akan terus membuat penyeliaan berterusan bagi memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di semua Institusi Pendidikan selaras dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 117-122 dengan pendekatan nasihat dan bimbingan. Jemaah Nazir akan terus memberikan sokongan dan kerjasama yang padu kepada setiap aktiviti Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

9

Tuan-Tuan dan Puan-Puan 21.

Dalam usaha kita untuk melaksanakan hala tuju dan fokus pelaksanaan di sepanjang

tahun 2008 ini, kita tidak boleh terpesong daripada kerangka PIPP. Semua pihak terutama kepimpinan tertinggi di jabatan, PPG/PPDK, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru perlu benarbenar memahami dan menghayati matlamat PIPP untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, dua pendekatan utama telah dikenal pasti sepanjang tempoh RMK9 iaitu; menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan lima tahun sebelum ini iaitu untuk memastikan akses kepada pendidikan dan menyamaratakan medan persaingan di kalangan pelajar, dan mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.

22.

Dalam pendekatan pertama, komitmen kita adalah untuk memastikan rakyat mendapat

peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum ataupun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku kaum minoriti lain. Kita perlu memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir dari sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar atau pedalaman. Peluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.

23.

Dalam pendekatan kedua, komitmen kita adalah untuk memberi perhatian khusus ke atas

sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu mempertingkatkannya ke tahap yang lebih tinggi. Seterusnya KPM dan Jabatan akan melaksanakan pelbagai program yang dapat membantu meningkatkan lagi kelebihan, kekuatan dan daya saing sekolah-sekolah dalam kluster ini.

24.

Justeru itu, enam (6) Teras Strategik PIPP yang telah dikenal pasti untuk

memperkukuhkan sistem pendidikan negara iaitu; Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal

Insan,

Memperkasa

Sekolah

Kebangsaan,

Merapatkan

Jurang

Pendidikan,

Memartabatkan Profesion Keguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan perlu sentiasa difikirkan, difahami, dihayati dan diterjemahkan di semua peringkat.

10

Tuan-Tuan dan Puan-Puan 25.

Tugas dan tanggungjawab kita semakin mencabar. Dalam usaha kita untuk melahirkan

warga yang berakhlak dan berbudi, yang mempunyai minda kelas pertama, masih ada manusiamanusia yang berhati binatang dan berjiwa iblis sehingga sanggup menculik, memperkosa malah membunuh anak-anak yang tidak berdosa. Bayangkan betapa sakit, hiba dan deritanya ibu bapa dan keluarga yang menjadi mangsa. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengingatkan semua pihak terutama Pengetua dan Guru Besar agar segera mempertingkatkan aspek keselamatn di sekolah masing-masing. Kementerian Pelajaran telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara mengambil langkah segera untuk meningkatkan keselamatan pelajar, berikutan beberapa kes kanak-kanak hilang sejak kebelakangan ini.

26.

Langkah keselamatan ini hendaklah dilakukan segera sebagai tambahan kepada Program

Sekolah Selamat sedia ada membabitkan kerjasama warga sekolah termasuk guru, pelajar, pentadbir sekolah, kaunselor dan pengawal keselamatan, selain ibu bapa serta masyarakat. Pada masa yang sama, kawalan keselamatan di kawasan sekolah perlu diperketatkan dengan pengawal keselamatan dikehendaki untuk mengambil butiran pengenalan diri setiap pelawat dan pintu pagar sentiasa dikunci ketika sesi persekolahan. Pihak sekolah juga perlu sentiasa mengingatkan pelajar supaya jangan mudah percaya pada orang yang tidak dikenali, elakkan daripada berjalan seorang diri atau melalui jalan yang sunyi. Pengetua dan guru besar juga perlu berbincang dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat bagi meningkatkan tahap keselamatan sekolah dan persekitarannya. Kita mahu anakanak terjamin keselamatan selama berada di sekolah pada setiap masa.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan 27.

Saya menyeru kepada semua warga pendidik yang berhimpun pada malam ini, marilah

kita bekerja bersama secara muafakat, bekerja sebagai sebuah pasukan yang padu dalam melaksanakan segala perancangan. Marilah bekerja dengan penuh tanggungjawab melaksanakan setiap amanah yang dipikul dengan jujur, dedikasi dan berintegriti ke arah membina diri membangun minda kelas pertama untuk seterusnya membina dan membangunkan minda kelas pertama di kalangan anak bangsa yang bakal menjadi peneraju dan pemimpin negeri dan negara di masa akan datang. Marilah kita bekerja secara muafakat, tegur-menegur secara berhemah untuk kebaikan semua tanpa rasa curiga dan irihati. 11

28.

Tanggungjawab

untuk

menjayakan

segala

perancangan

yang

diatur

adalah

tanggungjawab kita bersama. Justeru, adalah menjadi harapan saya agar semua pihak akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan agenda pendidikan negara akan terlaksana. Marilah bekerja bersama saya dan kita sama-sama berusaha menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan membudayakan kerja kelas pertama demi membina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

29.

Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap usaha kita untuk memberikan

pendidikan terbaik kepada rakyat akan direstui dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

12

Related Documents