Memotivasikan Pelajar Dalam P&p

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Memotivasikan Pelajar Dalam P&p as PDF for free.

More details

  • Words: 5,210
  • Pages: 25
No. K/P: 670222-02-5282

Soalan Sebagai pendidik, bagaimanakah anda berusaha memotivasikan pelajar dengan mewujudkan iklim pembelajaran kondusif ke arah pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan berkesan.

1.

PENDAHULUAN

Kecemerlangan

pendidikan

merupakan

agenda

penting

bagi

menentukan

pembangunan dan kemajuan negara. Ia amat bergantung kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh para pendidik dan rupa bentuk pelajar yang dihasilkan. Pendidik memikul tanggungjawab yang amat besar untuk melaksanakan program pendidikan disamping menyampaikan ilmu dan seterusnya membangunkan modal insan. Kurikulum yang telah direncanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjadi dokumen beku dan sia-sia sekiranya ia tidak dilaksanakan sebaik mungkin oleh para pendidik kepada generasi masa kini. Prasarana sekolah, kemudahan fizikal, bantuan buku teks, aplikasi internet dan komputer serta segala program mantap yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjadi tidak bermakna jika guru gagal menggunakan kemudahan tersebut untuk pelajar secara optimum. Guru sepatutnya dapat melahirkan pelajar minda kelas pertama yang cemerlang, kritis, kreatif dan mempunyai daya saing yang kuat pada era globalisasi ini. Pelajar merupakan harapan negara pada masa akan datang. Merekalah modal insan yang bakal memimpin dan mencorakkan Malaysia kelak. Oleh yang demikian,

pendidik memainkan peranan yang penting untuk menentukan

kejayaan suatu generasi. Peranan ini bermula daripada bilik darjah, sejauh mana iklim ----------------------------------------------------(

1 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

pembelajaran kondusif dapat dihasilkan bagi membentuk pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

Terdapat beberapa elemen pengurusan yang amat penting yang perlu diberikan penekanan bagi menghasilkan iklim pembelajaran kondusif supaya pelajar seronok untuk belajar. Antaranya ialah pengurusan kurikulum yang mantap, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pengurusan ko-kurikulum yang dinamik, fizikal makmal serta kelas yang ceria, bersih, selamat dan yang tidak kurang juga pentingnya ialah komunikasi berkesan di antara guru dengan pelajar. Oleh yang demikian di dalam mengurus kurikulum yang mantap, sasaran Head-count yang telah dibuat oleh guru harus dimaklumkan kepada pelajar supaya mereka tahu dan berusaha dengan lebih tekun untuk mencapai kecemerlangan. Apabila hubungan dua hala terjalin antara guru dan pelajar, maka hasrat serta harapan pihak sekolah dapat disampaikan kepada pelajar dalam suasana yang tenang, bersemangat dan penuh rasa tanggung jawab. Justeru, pelajar lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar maka kes-kes pelajar ponteng kelas atau lewat ke kelas jarang berlaku. Penglibatan mereka adalah lebih aktif dan suasana kelas adalah lebih mesra. Iklim pembelajaran yang kondusif mampu mempengaruhi tingkah laku pelajar di samping membentuk kemahiran

intelektual

menyeronokkan

serta

seterusnya

membina dapat

semangat

menghasilkan

pelajar.

Secara

keputusan

estetiknya

akademik

yang

memberangsangkan dan cemerlang. Gambarajah 1 menjelaskan garis panduan yang telah saya laksanakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, seterusnya dapat menjana pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan di sekolah. ----------------------------------------------------(

2 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

Pengurusan Ko-kurikulum

Komunikasi berkesan

P&P berkesan

Iklim Pembelajaran Kondusif Pengurusan kurikulum

Kelas & makmal ceria

Motivasi bertambah

Pembelajaran menyeronokkan dan berkesan Gambarajah 1

Menurut Kamus Dewan (2002), Pendidik ditakrifkan sebagai individu yang menyampaikan sesuatu ilmu dan dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Motivasi adalah kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau ----------------------------------------------------(

3 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang. Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi belajar ditakrifkan sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di sekolah. Motivasi adalah aras insentif yang ada pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik. Motivasi juga berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zuraida, 2004). Menurut mereka lagi, jika seseorang pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu adalah pelajar bermotivasi. Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi ialah mereka sentiasa rajin untuk datang ke sekolah lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca dan menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran.

Kondusif mengikut takrifan berdasarkan Cambridge Advance Learner’s Dictionary (2004) membawa maksud menyediakan keadaan yang betul ( the right condition) yang dapat memberi rangsangan untuk memastikan sesuatu yang baik berlaku (Priceton University, 2003). Dalam konteks iklim pembelajaran yang kondusif, United States Department of Education (USDE) telah mentakrifkan iklim yang kondusif untuk pembelajaran berkesan merupakan suatu bentuk persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang sempurna dan mengambil kira penghuni serta aktiviti di dalamnya. Ini bagi membolehkan pelajar menikmati proses pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

----------------------------------------------------(

4 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

Di samping keadaan fizikal yang ceria, selamat dan bersih keadaan yang betul di sini juga merujuk kepada kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan

pelajar.

Kaedah

pembelajaran

berpusatkan

pelajar

dapat

merangsangkan mereka untuk berfikir secara kreatif kerana mereka sendiri secara aktif membina pengetahuan, konsep dan idea mengikut pengalaman masing-masing. Pelajar didapati belajar dengan proaktif serta lebih berani mengemukakan soalansoalan dan isu-isu semasa. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah bagi

kaedah

pembelajaran

berpusatkan

pelajar,

didapati

pelajar

lebih

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menyelesaikan masalah dengan panduan minima daripada guru. Oleh kerana pelajar diberi kebebasan yang mencukupi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mereka didapati lebih prihatin, bertanggungjawab dan lebih giat melibatkan diri dalam aktivitiaktiviti pembelajaran.

2.0

PENGURUSAN KURIKULUM YANG MANTAP

Sebelum menjelang cuti akhir tahun setiap panitia akan membuat perancangan kurikulum masing-masing. Sebagai seorang pendidik, saya juga tidak terlepas dari melaksanakan tanggung jawab tersebut. Antara perancangan kurikulum yang dilaksanakan ialah memastikan sukatan pelajaran bagi Tingkatan Lima dapat dihabiskan pada bulan Julai, peperiksaan bulanan dapat dijalankan pada setiap bulan serta topik-topik yang akan diuji juga dirancang dengan rapi supaya merangkumi topik semasa

di

Tingkatan

Empat.

Perancangan

Kecemerlangan

Kurikulum

juga

dilaksanakan berdasarkan kumpulan sasaran pelajar iaitu cemerlang, sederhana dan ----------------------------------------------------(

5 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

berpotensi. Saya telah ditugaskan untuk melaksanakan program bagi kumpulan pelajar berpotensi iaitu dalam kalangan pelajar yang gagal mata pelajaran Fizik. Saya telah merancang pendekatan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar seperti Pembelajaran Kontekstual yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada subtopik 3.1 Pendekatan Kontekstual.

Penilaian Berasaskan Sekolah iaitu PEKA Fizik juga dirancang dengan rapi. Ujian Peka Fizik diadakan setiap dua minggu sekali. Topik-topik yang diuji dimasukkan dalam perancangan PEKA Fizik. Rancangan Pengajaran Tahunan serta Rancangan Penilaian PEKA Fizik yang telah disiapkan itu diperbanyakkan dan diedarkan di setiap kelas yang mengambil subjek Fizik. Taklimat kepada pelajar diberikan pada minggu pertama apabila sesi awal persekolahan bermula. Saya selalu menitikberatkan soal perancangan dan persediaan awal minda pelajar supaya setiap daripada mereka tahu apa yang perlu mereka sediakan dan laksanakan sepanjang persekolahan berlangsung. Dapatan daripada keputusan peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan Empat dianalisa bagi menentukan potensi setiap pelajar agar unjuran untuk peperiksaan SPM dapat dibuat dengan berkesan. Hasil unjuran itu atau juga dikenali sebagai Head Count dibentangkan semasa perjumpaan waris bersama guru. Pelajar dimaklumkan tentang potensi masing-masing. Saya menasihati dan menerangkan strategi pembelajaran yang perlu diambil oleh pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM kelak.

Perancangan pembelian alatan bantuan mengajar serta bahan-bahan yang diperlukan bagi makmal fizik dibuat dengan awal supaya pihak pengurusan dapat membantu ----------------------------------------------------(

6 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

dalam pembelian peralatan Fizik di

sekolah. Peralatan makmal yang mencukupi

dapat mempertingkatkan keyakinan pelajar terhadap subjek ini serta memudahkan saya

dalam

menyediakan

alatan

yang

diperlukan

semasa

mengajar

dan

melaksanakan kerja – kerja amali Fizik.

Pengurusan kurikulum yang mantap memotivasikan pelajar membuat persediaan minda yang lebih awal dan seterusnya membuatkan mereka merasa kondusif dan tenteram dari segi jiwa mereka. Saya mendapati pendekatan yang telah saya lakukan ini banyak memberi perubahan dari segi tingkah laku pelajar kepada yang lebih positif berbanding sebelumnya. Jika semasa di tingkatan empat mereka malas menyiapkan nota , kerja rumah dan tiada motivasi tetapi apabila lampiran perancangan kurikulum serta gred sasaran mereka dimaklumkan, mereka menjadi lebih bersemangat, membuat persediaan pembelajaran yang lebih awal sebelum topik baru diajar dan berusaha lebih di dalam subjek ini.

3.0

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Pelajar pada umumnya didapati kurang berminat serta kurang keyakinan diri dalam mata pelajaran Fizik dan situasi ini mungkin menyebabkan prestasi yang kurang memuaskan dalam peperiksaan SPM. Selain faktor-faktor sosial, ekonomi dan budaya, pendekatan pengajaran Fizik merupakan elemen

penting yang memberi

impak terhadap pembelajaran pelajar. Oleh kerana pelajar-pelajar saya adalah pelajarpelajar Sekolah Berasrama Penuh maka majoriti mereka bercita-cita besar untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan perubatan. Pencapaian ----------------------------------------------------(

7 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

cemerlang dalam mata pelajaran Fizik sangat diperlukan bagi membolehkan mereka memenuhi cita-cita dalam bidang berkenaan. Dari keputusan peperiksaan pertama mereka di Tingkatan Empat didapati sebahagian besar pelajar adalah dari kumpulan sederhana. Hasil perbincangan dengan ahli-ahli panitia di dalam mesyuarat Panitia Fizik maka saya merasakan bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual dapat membantu pelajar-pelajar saya

memahami sebahagian besar konsep-konsep fizik

yang abstrak.

3.1

Kaedah Pengajaran Kontekstual

Saya telah kerap kali menggunakan pendekatan kontekstual di dalam bilik darjah. Pendekatan

kontekstual

menggabungkan

isi

ialah

pelajaran

strategi dengan

pengajaran

dan

pengalaman

pembelajaran harian

pelajar

yang dan

persekitarannya. Kaedah ini telah menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds on. Semasa pengajaran topik tenaga di Tingkatan Lima misalnya, pelajar telah diperkenalkan dengan topik Sumber Tenaga. Antara sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah

Tenaga Suria. Pelajar telah

diberikan motivasi semasa set induksi lagi bagi menyenaraikan kegunaan sel suria. Bagaimana negara-negara maju telah menggunakan sel ini untuk menyimpan tenaga suria dan menukarkannya kepada bentuk tenaga elektrik. Saya selalu menggunakan realia sebagai alat bantu mengajar. Sel solar kecil yang berharga RM 10.00 satu telah ditunjukkan kepada pelajar dan sambungan sel solar ini kepada multimeter di bawah cahaya matahari telah menunjukan bacaan beza keupayaan. Pelajar cukup teruja dan

----------------------------------------------------(

8 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

ingin mencuba menggunakan sel tersebut. Apabila pelajar telah menunjukkan sikap ingin tahu saya telah membawa mereka ke strategi berikutnya iaitu pemahaman.

Tahap pemahaman pula meliputi penerangan konsep dan sesi perbincangan di dalam kelas. Murid diberikan kebebasan luas untuk mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

Pada tahap ini pelajar saya telah mula memahami mengapa sel solar

berwarna hitam dan berbentuk kepingan, mereka telah mula memanipulasikan sel solar ini. Saya telah menyediakan 4 sel solar untuk setiap kumpulan bagi membina sebuah kereta solar dalam masa dua minggu. Aktiviti ini telah saya jadikan sebagai salah satu eviden PEKA selain daripada kurikulum PEKA yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum.

Bagi tempoh dua minggu itu pelajar telah menggunakan pelbagai kemahiran dan pengetahuan Sains untuk diaplikasikan semasa menghasilkan sebuah kereta solar yang dapat bergerak paling pantas. Saya amat berbangga kerana semasa projek itu diadakan mereka amat bermotivasi sekali. Setiap kali kelas Fizik di adakan mereka akan sampai lebih awal ke makmal, setiap kali ada waktu terluang di dalam kelas mereka akan berbincang bersama ahli kumpulan dan mencuba merekacipta bentuk kereta yang aerodinamik dan larus serta ringan. Mereka tidak lokek membelanjakan wang saku mereka untuk membeli pelbagai motor kereta mainan yang ada di pasaran untuk digandingkan dengan kereta solar rekaan mereka. Kebanyakan pelajar saya amat berminat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan mereka. Ada yang menggunakan penuras warna yang berbeza-beza warnanya bagi menentukan warna apa yang paling banyak menyerap tenaga suria oleh sel suria tersebut. Pada tahap ini, ----------------------------------------------------(

9 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

kemahiran dan potensi diri yang ada pada setiap individu di dalam kumpulan masingmasing terserlah. Saya sedaya upaya cuba mencetuskan semangat bahawa merekalah bakal jurutera automatif negara yang terbilang suatu hari nanti.

Akhir sekali, fasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual adalah penilaian. Selain dari saya sendiri yang menilai pelajar, mereka juga dinilai oleh rakan-rakan mereka. Bagi kes kereta solar ini saya melihat dan menilai laporan yang dibuat oleh ahli kumpulan. Bagaimana kerangka eksperimen di jalankan dan apakah pembolehubah yang telah digunakan oleh kumpulan tersebut. Pelajar amat gembira dan sangat teruja pada hari mereka menguji kelajuan kereta solar masingmasing. Setiap kumpulan menyampaikan hujah serta justifikasi tentang mengapa mereka menggunakan bahan, reka bentuk serta warna untuk kereta masing-masing. Semua pelajar menunjukkan minat yang luar biasa dan semangat berkobar-kobar untuk menang. Pemenang pertandingan ini secara automatik akan dipilih mewakili sekolah untuk pertandingan kereta solar peringkat daerah.

Kereta solar rekaan pelajar

Pelajar melepaskan kereta solar untuk perlumbaan

Bagi saya pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan ----------------------------------------------------(

10 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

pelajar melakukan aktiviti minds on dan hands on merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Ia juga mampu merangsang pelajar belajar dengan penuh motivasi, bekerjasama dan dapat mengaitkan kerelevenan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Sesuatu konsep abstrak akan dapat dipelajari dengan mudah kerana pelajar dapat melihatnya dengan lebih konkrit. Oleh kerana pelajar terlibat secara aktif dalam membina pengetahuan baru, maka mereka dapat mengingati konsep tersebut dengan lebih lama. Pengetahuan baru itu di peroleh hasil daripada

aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sendiri secara langsung, iaitu

aktiviti hands-on melalui pengajaran berpusatkan pelajar, dan bukan sekadar pengajaran yang diterima secara pasif.

Semasa sesi soal jawab, saya mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pendekatan konstekstual lebih cepat mengingat kembali fakta atau konsep yang telah dipelajari berbanding dengan pelajar lain. Justeru, mereka sering memperoleh prestasi yang lebih baik dalam ujian-ujian bulanan dan ujian topikal. Kebolehan pelajar mengingat

kembali

konsep-konsep

yang

telah

dipelajari

juga

memudahkan

pengajaran guru sekiranya konsep tersebut adalah berkait dengan topik baru yang akan diajar. Dalam proses ini, saya mendapati mereka lebih yakin kepada diri sendiri serta berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Selain kontekstual, konstruktivisme juga diaplikasikan dalam pengajaran mengikut topik yang disampaikan serta tahap pengetahuan pelajar-pelajar saya.

----------------------------------------------------(

11 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

Namun begitu kaedah pengajaran semata-mata tidak akan menjamin pembelajaran menjadi bermakna sekiranya faktor alat bantuan mengajar dan kemudahan ICT tidak disulam dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tidak terlalu bergantung kepada guru kerana mereka boleh berdikari, bermotivasi tinggi dan dapat mengakses informasi sendiri.

3.2

Penggunaan Kemudahan ICT

Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 oleh Tun Dr Mahathir Mohamed telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad ke dua puluh satu. Untuk mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 penggunaan sains dan teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi secara pesat amat perlu. Malaysia perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Bertitik tolak dari saranan ini maka saya telah mengintegrasikan penggunaan ICT di dalam kelas saya.

Saya telah menjalankan temubual secara tidak langsung dengan para pelajar tentang subjek Fizik. Kebanyakan mereka melahirkan perasaan takut serta risau dengan subjek yang di anggap ”maut” ini. Saya merasakan bahawa keadaan ini timbul kerana ia dikenalkan dengan pendekatan yang serius dan terlalu ilmiah. Pelajar sukar mengkaitkan konsep-konsep yang ada dalam subjek ini dengan situasi harian yang telah mereka lalui. Salah satu sebabnya ialah pelajar terlalu bergantung kepada guru ----------------------------------------------------(

12 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

untuk mempelajari ilmu-ilmu baru. Pelajar-pelajar ini tidak seharusnya dibiarkan menerima sahaja isi pengajaran bulat-bulat atau spoonfeed kerana mereka akan dapat

menguasai

pembelajaran

jika

menggunakan

seberapa

banyak

deria

pembelajaran.

Dapatan psikologi kognitif menyatakan bahawa seorang pelajar dapat mengingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri. Dapatan tersebut telah memberi implikasi bahawa pembelajaran berkesan boleh dicapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif di dalam pembelajaran. Saya telah mengambil pendekatan bahawa penggunaan ICT, terutamanya pengunaan internet di dalam pengajaran dapat membuktikan dapatan ini kerana pelajar sendiri yang mencari informasi tentang konsep-konsep fizik yang dipelajari. Oleh yang demikian, setiap minggu pada satu waktu terakhir saya membawa pelajar ke makmal komputer sekolah bagi mendapatkan kemudahan penggunaan komputer dan internet. Pelajar dibenarkan mengakses laman web yang berkaitan dengan topik yang diajar, mereka diminta mengumpul sebanyak mungkin bacaan tambahan untuk dirujuk. Saya telah mencadangkan beberapa laman web yang dapat membantu mereka dalam topik Fizik seperti

untuk

topik

Pengukuran

mereka

diminta

mengakses

url

http://homepage.mac.com/stray/ib/physics/SSC/topic1.html. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tenaga, laman web yang dibina oleh Cikgu Anuar daripada Kolej Tunku Kurshiah

telah

dicadangkan

iaitu

laman

http://www.geocities.com/TheTropics/Shores/5055/fizik.htm. ----------------------------------------------------(

web Dengan

dengan

url

menggunakan

13 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

laman web-laman web tersebut mereka dapat belajar mengikut keupayaan masingmasing kerana terdapat banyak animasi dan ia bersifat interaktif. Oleh kerana pelajarpelajar amat berminat meneroka subjek ini melalui internet maka tidak hairanlah mereka sendiri dapat mencari laman-laman web lain yang turut menyumbangkan pengetahuan yang sama. Saya mendapati dengan kaedah ini pelajar mempunyai kebebasan mengawal pembelajaran sendiri dan belajar mengikut kehendak sendiri dengan pantas serta tepat. Sebagai contoh dengan menggunakan enjin carian Google mereka hanya perlu memasukkan kata kunci seperti radioactivity, fission maka penjelasan tentang itu dapat dicapai oleh pelajar lengkap dengan teks, gambar dan kadangkalanya turut disertakan animasi. Selain dari apa yang berlaku di dalam bilik darjah sahaja belum memadai untuk pelajar berada di dalam suasana yang kondusif dan menghasilkan pemikiran yang kritis dan kreatif kerana ia perlu ada kesinambungan dengan aktiviti di luar bilik darjah. Maka saya merasakan bahawa aktiviti ko-kurikulum iaitu kelab Sains perlu diurus dengan penuh kecerian, menarik dan mencabar.

4.0

PENGURUSAN KO-KURIKULUM DINAMIK

Oleh kerana pelajar-pelajar saya adalah pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh di mana kesemua pelajar tinggal di asrama maka masa mereka perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang memberi manafaat dan berfaedah agar mereka tidak mudah merasa jemu. Di antara penekanan yang diberikan ialah di dalam pengisian Kelab Sains, Minggu Sains serta Lawatan Sambil Belajar atau pun School Excursion.

----------------------------------------------------(

14 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

Di antara aktiviti yang telah saya jalankan bersama pelajar sempena Minggu Sains ialah mengadakan Hari Astronomi. Perancangan untuk Hari Astronomi ini telah dibuat empat bulan lebih awal. Pihak Unit Astronomi Universiti Sains Malaysia telah dihubungi lebih awal untuk membuat persediaan tarikh yang sesuai untuk pelajar – pelajar menerokai bintang serta cakrawala di malam hari. Ahli jawatankuasa pelajar diwujudkan untuk hari tersebut supaya mereka dapat turut serta merasai keseronokan mengendalikan Hari Astronomi ini. Selain itu sifat kepimpinan dan semangat ingin tahu tentang Astronomi dapat dipupuk dan disemai sejak di bangku sekolah lagi. Pada siang harinya telah diadakan pameran folio Astronomi hasil tulisan pelajar-pelajar sendiri. Ada di antara pelajar yang membuat Folio tentang Datuk Dr Mazlan, pengerusi BAKSA, Malaysia. Beliau telah dijadikan idola di dalam bidang Astronomi, folio tentang Dr Sheikh

Muzaphar Shukor sememangnya begitu banyak dibuat. Sekurang-

kurangnya pelajar faham bahawa ilmu dan bidang pekerjaan ini amat luas. Seorang pakar tulang di dalam bidang perubatan misalnya tidak perlu menghabiskan masa di dalam bidang yang sama sahaja tetapi mampu beralih ke bidang yang lain seperti dilakukan oleh Dr Sheikh Muzaphar. Mereka juga turut didedahkan dengan carta serta poster-poster berkaitan komet, planet dan cakrawala serta alatan yang digunakan untuk melihat bulan serta bintang yang berjarak beribu-ribu kilometer dari Bumi. Pada malam harinya pelajar ini telah dibahagikan kepada enam stesen yang di lengkapi dengan peralatan Teleskop berkuasa tinggi dari Unit Astronomi USM. Mereka amat teruja sekali untuk mencuba dan mengaplikasi apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan apa yang mereka alami pada malam tersebut. Pada malam itu mereka dapat melihat buruj Scorpion dan planet Marikh. Pelajar-pelajar juga tidak jemu-jemu

----------------------------------------------------(

15 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

bertanya kepada kakitangan Unit Astronomi USM tentang bintang yang mereka lihat serta peralatan canggih yang telah dibawa ke kawasan sekolah.

Pelajar mendengar penerangan daripada Kakitangan Unit Astronomi USM

Pelajar melihat teleskop dengan lebih dekat.

Aktiviti malam itu sangat bermakna dan amat berjaya sekali kerana pelajar-pelajar serta guru dapat merasai dan mengalami sendiri pengalaman mencerap bintang serta mengendalikan teleskop. Semua memberi sokongan serta kerjasama yang amat baik .

Selain dari insentif dan motivasi yang diberikan kepada pelajar cemerlang, saya serta ahli-ahli panitia lain merasakan perlu memberi penekanan dan peneguhan positif kepada pelajar yang seringkali mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Tiga puluh orang pelajar Kelab Sains yang tercorot dalam mata pelajaran Fizik telah dipilih untuk mengikuti lawatan anjuran Panitia Fizik atau lebih dikenali sebagai School Excursion. Antara aktiviti yang dilakukan bersama pelajar ialah lawatan ke Pulau Langkawi untuk lebih memahami topik Gelombang, pantulan gelombang, pembiasan gelombang serta mengira halaju gelombang. Setiap pelajar dibekalkan modul pembelajaran gelombang berserta aktiviti yang perlu mereka lakukan. Aktiviti ini lebih bersifat minds on dan hands on. Pelajar lebih mudah memahami topik ini setelah ----------------------------------------------------(

16 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

mereka dibawa sendiri melihat bagaimana tiang-tiang didirikan di jeti Kuah untuk memecah hempasan gelombang yang kuat bagi mengurangkan kesan hakisan. Bagi saya, aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat membuka minda pelajar untuk menghubungkan konsep atau teori yang diajar di dalam kelas tetapi mereka dapat mengaitkan konsep tersebut dengan pengalaman harian serta dapat mengenalpasti minat mereka di dalam kerjaya kelak. Selain dari ke Langkawi pelajar di dalam kumpulan yang sama juga telah di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis bagi memahami aplikasi radioaktiviti di dalam perubatan. Di sana kami sangat bernasib baik kerana telah mendapat layanan istimewa daripada ketua Jabatan Radiologi,

Dr. Ahmad.

Kami telah diterangkan bagaimana gelombang serta

radioisotop digunakan di dalam perubatan. Pelajar-pelajar di bawa masuk ke Bilik Sinar X, Bilik Mamogram serta bilik MRI (Magnetic Resonance Imaging). Pembelajaran pada hari tersebut sangat menjurus kepada sukatan pelajaran di tingkatan Lima. Mereka bukan sahaja lebih faham apa yang telah dipelajari tetapi turut menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar Radiologi yang terkemuka di Malaysia satu hari nanti.

Hasil daripada aktiviti School Excursion serta pengalaman mencerap Bintang, saya dapati pelajar-pelajar saya lebih memahami bahawa Fizik bukanlah satu bidang yang perlu didominasi oleh pelajar-pelajar Kejuruteraan sahaja malah ia juga adalah untuk pelajar-pelajar Perubatan. Mereka di dapati lebih berminat, berfikiran terbuka serta amat memberi tumpuan di dalam mata pelajaran ini. Di dapati keputusan Peperiksaan Percubaan pada tahun 2007 adalah lebih baik berbanding 2006. Saya merasakan aktiviti ini perlu diteruskan kerana ia menampakkan impak yang positif untuk ----------------------------------------------------(

17 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

melahirkan lebih ramai doktor perubatan, saintis dan jurutera negara yang ulung pada masa akan datang.

5.0

PENGURUSAN KELAS DAN MAKMAL FIZIK

Bentuk fizikal bangunan kelas dan makmal sememangnya tidak dapat diubah tetapi dekorasi dan keselamatan di dalam kelas serta makmal dapat dilaksanakan serta di pertingkatkan. Kebanyakan kelas mempunyai peralatan asas seperti papan putih, papan kenyataaan yang dihiasi dengan bahan-bahan bacaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan. Di sekolah saya, bilik darjah dihiasi mengikut kumpulan rumah masing-masing kerana pelajar ditempatkan di dalam kelas mengikut Sistem Rumah. Setiap kelas akan berusaha untuk menjaga keceriaan dan kebersihan kelas masingmasing. Papan kenyataan juga dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi. Sebagai pendidik, saya sering mengingatkan pelajar untuk memastikan bakul sampah dikosongkan pada waktu pertama persekolahan. Kelas sentiasa bersih dan kemas sepanjang masa. Ruangan papan kenyataan yang menempatkan Informasi tentang Fizik perlu ditukar setiap minggu. Ahli Jawatan Kuasa Fizik di dalam kelas tersebut ditugaskan untuk menampalkan risalah-risalah serta bahan bacaan berkaitan dengan mata pelajaran ini. Mereka akan bersungguhsungguh mencari bahan di dalam internet mahu pun daripada majalah .

----------------------------------------------------(

18 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

Meja dan kerusi dalam kelas disusun supaya pelajar mudah mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar serta juga mudah untuk berinteraksi dengan guru. Cahaya yang mencukupi dan pintu serta tingkap yang terbuka membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Namun begitu langsir terpaksa dipasang memandangkan limpahan cahaya matahari yang masuk terlalu banyak dan menganggu tumpuan pelajar mengikuti pelajaran sewaktu matahari naik.

Di makmal pula, terdapat enam buah makmal yang dilengkapi dengan perabut, peralatan serta perkakasan yang baik. Terdapat dua buah makmal Fizik yang telah dikhaskan untuk kegunaan tingkatan empat dan lima secara berasingan. Rasionalnya ialah supaya pengkhususan peralatan dapat dibuat dan mudah untuk pembantu makmal menyedia, menyemak serta menyimpan peralatan makmal.

Pelajar juga sering kali diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan makmal. Malah mereka juga telah diminta menandatangani surat akuan bagi mematuhi peraturan makmal pada awal sesi persekolahan bermula. Dengan itu mereka lebih serius dan bertanggung jawab semasa mengendalikan amali di makmal.

Persekitaran makmal yang lengkap dan baik dapat menjana pembelajaran penemuan baru, ia juga mampu menjadi media pembelajaran, menyediakan tempat untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat di samping menyediakan tempat untuk pembelajaran secara bersendirian. Knirk (1979) menyatakan semakin seseorang individu itu merasakan dirinya serta pekerjanya (di rumah atau persekitaran sekolah) bertambah baik maka kemampuan untuk bekerja atau belajar menjadi semakin ----------------------------------------------------(

19 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

produktif. Lantaran persekitaran pembelajaran perlulah menyediakan rangsangan yang

diingini

sekaligus

dapat

mengurangkan

tekanan

atau

menambahkan

keseronokan belajar. Dengan menggunakan kewangan panitia, saya telah menempah signage yang diperbuat daripada plastik perspeks yang memaparkan penulisan ilmiah di dinding-dinding di sebelah dalam dan luar makmal. Antara penulisan ilmiah tersebut ialah perkataan kata kunci serta prosa Fizik yang mereka pelajari seperti yang di senaraikan di dalam Jadual 1 di bawah.

Signage C= 3 x 108 ms-1 ; c= speed of light Wave= the vibration of molecules in a uniform pattern Longitudinal waves= the propagation of waves is parallel with the vibration of the molecules of the medium Transverse waves= the propagation of waves is perpendicular to the vibration of the molecules Jadual 1

Ia telah ditempah dengan saiz sebesar 1 kaki x 2 kaki serta 3 kaki x 5 kaki. Jadual yang mempamerkan jenis-jenis gelombang elektromagnet juga dilekatkan ke dinding dengan menggunakan Signage. Pelajar mudah melihat jenis-jenis gelombang yang terlibat, nilai frekuensi serta jarak gelombangnya.

Signage itu bukan sahaja bertindak sebagai alatan bantuan mengajar tetapi juga telah berupaya menceriakan persekitaran makmal. Pelajar didapati suka datang ke makmal kerana mereka dapat melihat dan menghafal jenis-jenis fenomena yang berlaku di dalam gelombang serta elemen-elemen asas yang ada di dalam jadual perkalaan ----------------------------------------------------(

20 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

kerana informasi ini boleh didapati di persekitaran makmal. Kaedah ini lebih berkesan daripada melihat dan menghafalnya terus daripada buku teks.

6.0

KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi berkesan memainkan peranan yang penting bagi menjamin ilmu yang diluahkan kepada pelajar dapat dicernakan oleh mereka. Komunikasi berkesan juga menentukan sejauh mana pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Hubungan di antara guru dengan pelajar dapat dijalinkan serta disiplin pelajar dapat dipantau. Saya telah mengamalkan beberapa ciri komunikasi berkesan di dalam kelas bersama pelajar iaitu memanggil pelajar dengan

nama mereka,

menyampaikan ilmu dengan adanya Eye Contact, bercakap dengan suara yang lantang dan menyebutnya dengan perkataan yang jelas. Saya akan memastikan sewaktu bercakap

saya

memandang ke dalam mata pelajar supaya saya dapat

melihat reaksi pelajar dan menunjukkan bahawa saya menghargai mereka. Dalam keadaan tertentu ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi pengajaran. Sekiranya perlu pelajar berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa pelajar itu dikasihi. Saya telah membahasakan diri saya dengan panggilan mummy kerana pelajar-pelajar yang tinggal di asrama penuh ini jauh dari ibubapa dan keluarga masing-masing. Dengan panggilan yang sedemikian hubungan guru dengan pelajar dapat dieratkan. Suasana kekeluargaan dapat diwujudkan, pelajar merasa disayangi

----------------------------------------------------(

21 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

dan berada di dalam keadaan selamat dan dihargai. Suasana kondusif dari segi kejiwaan dapat diwujudkan.

Saya dapati terdapat perbezaan dari segi hubungan di antara saya dengan pelajar sewaktu saya memulakan profesion ini berbanding setelah saya berjaya mewujudkan komunikasi berkesan terhadap pelajar di dalam kelas. Saya juga mendapati keputusan peperiksaan SPM pelajar saya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Berikut adalah data keputusan peperiksaan SPM sebelum dan selepas saya dapat melaksanakan ciri-ciri pembelajaran kondusif di dalam pengajaran Fizik di sekolah saya .

Jadual 1

Tahun SPM 2005 2006

Bilangan pelajar

154 160

1A 28 30

2A 30 32

3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G GP 21 25 22 12 13 2 1 3.56 24 28 21 16 7 2 3.40

Justeru , saya merasakan bahawa komunikasi berkesan merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan bagi memotivasikan pelajar dan menjana iklim pembelajaran yang kondusif.

7.0

RUMUSAN DAN HARAPAN

Iklim pembelajaran yang kondusif bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang harmonis, kondusif dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan pasti menjamin ilmu dapat disampaikan dengan berkesan. Proses pembelajaran bukan ----------------------------------------------------(

22 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

sahaja berlaku di dalam kelas malah harus turut berlaku di luar kelas. Ilmu pelajaran yang diperolehi seharusnya dapat diaplikasi dalam kehidupan harian dan proses tersebut berlaku sepanjang hayat. Bagi memastikan proses pembelajaran berlaku dalam keadaan yang kondusif semua warga pendidik serta staf sokongan di dalam organisasi sekolah perlu bekerjasama bagi memastikan semua elemen yang telah dinyatakan di atas iaitu pengurusan kurikulum yang mantap, pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pengurusan ko-kurikulum yang dinamik, keadaan fizikal kelas dan makmal yang ceria, bersih serta selamat dan interaksi berkesan di antara guru dengan pelajar berlaku secara holistik. Dicadangkan

agar program-

program yang telah digariskan di dalam kurikulum dan ko-kurikulum dibina bersama guru-guru di dalam panitia tersebut. Hasilnya dibentangkan di dalam mesyuarat panitia agar setiap guru faham akan kepentingan setiap program tersebut adalah bertujuan menghasilkan pembelajaran yang kondusif. Manafaatnya

bukan sahaja

berpihak kepada pelajar malah juga kepada guru. Ia merupakan suatu proses win- win situation. Apabila pelajar berminat serta ada motivasi untuk datang menimba ilmu di sekolah maka kes-kes disiplin akan dapat dikurangkan. Oleh yang demikian guru-guru akan lebih mudah untuk menjalankan tugas sebagai pendidik. Setiap pendidik pula harus maklum dengan tugas dan tanggung jawab masing-masing.

Seterusnya hasil daripada mesyuarat panitia tersebut perlu dibentangkan di dalam mesyuarat kurikulum dan ko-kurikulum peringkat sekolah agar misi dan visi pihak pengurusan sekolah adalah selari dengan guru-guru yang melaksanakannya. Sukacita dimaklumkan di sini bahawa program-program yang telah dilaksanakan itu telah mendapat persetujuan dan restu daripada Persatuan Ibubapa dan Guru. Sokongan ini ----------------------------------------------------(

23 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

dapat membantu melicinkan perjalanan program-program yang telah dirancang baik dari segi moral mahu pun kewangan.

Adalah diharapkan dengan cadangan ini maka matapelajaran Fizik bukanlah dianggap sebagai ”killer subject” lagi oleh para pelajar. Mereka dapat menerima subjek ini sebagai salah satu subjek yang dapat dikuasai, mudah dipelajari, difahami serta mempunyai kepentingan di dalam kehidupan mereka. Ia juga bukan satu subjek yang perlu dipelajari oleh satu golongan pelajar yang bercita-cita untuk menjadi jurutera sahaja.

Sebagai kesimpulannya iklim pembelajaran yang kondusif baik dari segi fizikal mahu pun spiritual dapat menjana motivasi belajar yang tinggi di kalangan pelajarpelajarnya. Seterusnya dapat menjulang kecemerlangan dalam akademik serta sahsiah mereka. Adalah menjadi aspirasi saya sebagai pendidik untuk sama-sama melihat negara kita Malaysia menjadi sebuah negara yang setanding dengan negaranegara maju lain di dalam bidang Fizik amnya dan Astronomi khasnya. Diharapkan pada masa hadapan, kita bukan lagi menumpang untuk sama-sama ke stesen angkasa lepas antarabangsa (ISS) malah kita turut sama memiliki dan melancarkan kapal angkasa kita sendiri yang dikemudikan oleh anak-anak bangsa kita sendiri.

Rujukan:

----------------------------------------------------(

24 )----------------------------------------------------

No. K/P: 670222-02-5282

Akhbar Utusan (edisi On line) 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di sekolah. http://www.utusn.online.com.my Bahagian Perancangan dan Pembangunan Penyelidikan (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Beyer, D (1997). School safety and The Legal Right of Students: Prentice Hall Knirk, Frederick G. (1979). Designing Productive Learning Environments. Educational Technology Publications, United states of America. Mok, Soon Sang (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Edisi ketiga, Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Nik Azis Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Mohd Zaaba, Zuraida I (2004), Psikologi Pembelajaran dan Personaliti: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.. Mahathir Mohamed. 1991. Malaysia: The way forward. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Poh Swee Hiang (1997). Pedagogi Sains 2 : Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, (Julai 2001).Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Strenberg et.al (2001), Effect of Lesson Organization Achievement. American Educational Research Journal, 23, pg 337-347 Tan, Ay Ling (2003). Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Secara Kontekstual Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Guru Fizik di Sek. Men. Teknik Seluruh Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia; Projek Sarjana Muda (PSM) Tesis. http://homepage.mac.com/stray/ib/physics/SSC/topic1.html http://www.geocities.com/TheTropics/Shores/5055/fizik.htm

----------------------------------------------------(

25 )----------------------------------------------------

Related Documents

Pelajar
October 2019 56
Pp
April 2020 36
Pp
November 2019 46
Pp
November 2019 51