Melicin Dan Memerahkan Kulit Muka

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Melicin Dan Memerahkan Kulit Muka as PDF for free.

More details

  • Words: 3,671
  • Pages: 12
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka Ambil tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menyerikan Wajah Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit Buah toma to dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut. Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit ai r. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. Rambut Lebat Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut 1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam. 2. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan Kulit Cantik, Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah . 1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannyasebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya. 2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang

jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia , tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan 1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 2. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi. Awet Muda 1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. 2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Mudah Bangun Pagi Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya. Menghilangkan Jerawat Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang. Meluruskan Rambut Kerinting Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit. Menghaluskan Kulit Muka 1. Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas. 2. Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecahpecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula Memerahkan Bibir Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu. Tegangkan Payudara Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin. Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali. Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka. Menghilangkan Bau Mulut Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali. Menghilangkan Lebam Mata Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu. Mengelak Santau Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu. Meminimakan Gangguan Semasa Tidur Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat. Menghilangkan Sakit Kepala Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Amalan Bulan Syakban FADHILAT BULAN SYAKBAN Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk

maghrib) Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban: 1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x 2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam) i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk) 3. Baca surah ikhlas 1000x 4. Berpuasa pada siangnya Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah: 1. Malam Dimustajabkan Doa 2. Malam Pembahagian Takdir 3. Malam Rahmat 4. Malam Berkat 5. Malam Pengampunan (Taubat) 6. Malam Penebusan 7. Malam Syafaat 8. Malam Penulisan 9. Malam Keagungan dan Kemuliaan 10. Malam Rezeki 11. Malam Hari Raya Para Malaikat 12. Malam Penghidupan Antara kelebihan bulan Sya'aban: 1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga. 2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang

yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Luka Bersalin Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh. 2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup. 3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka. 4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari. 5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus. Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari. 2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. 3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. 4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi. Memerahkan Bibir 1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari. 2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur. Rawatan Anak Demam Panas Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Demam Panas Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian. Apabila Terkena Air Panas Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi. Memulihkan Tenaga Lelaki 1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu. 2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu. Cairkan Lendir di Tekak Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak. Mengurangkan Tekanan Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja. Mencantikkan Kulit Bayi Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain. Menajamkan Penglihatan 1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau. 2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis. 3. Bercelak ketika hendak tidur. 4. Kerap duduk mengadap kiblat. 5. Makan lobak putih selalu. Senang Bersalin Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak. 43. Memerahkan Bibir Yang Hitam Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi

Petua dan tips daripada Dr.Fatma.. (From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah) 1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep. 2. For terminal diseases: * Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water. 3. For the mentally ill: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail. 4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain. 5. For babies who cry at night or at any time: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head. 6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door * Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area. All of the above INSYAALLAH will work with several conditions: * Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything * Read it with full "khusyuk" * Tawakal to Allah * Use it with GOOD "niat" /intentions. Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye): * Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib. * duduk menghadap kiblat * lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita * Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib. * Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati. * Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam. Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:Untuk awet muda both internal & external. 1.Zikir - Baca " Ya Badiyah " 1 x " Ya Nur " 1 x " Ya Hadi " 1 x " Ya Allah " 3 x Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari. 2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside) 3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan. Muka kasar dan berbintik-bintik hitam Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam. Menghilangkan kesan jerawat Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Untuk mendapat anak Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut. 1. Surah Yaasin, Ayat 29 Untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut orang.



Untuk diguna jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya diri kita.

2. Surah Yaasin, Ayat 44



Agar dijauhkan fitnah dalam hidup.

3. Surah Yaasin, Ayat 76

• •

Untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Bila rasa sedih, sebak dan kecewa; baca ayat ini sambil memegang dan mengurut dada.

[1] Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir" semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir. [2] Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan. Wallahu a'lam.

Related Documents

Kulit
August 2019 59
Kulit
June 2020 35
Kulit
April 2020 35