Melamar Gadis Yang Baru Dikenali Semalam.docx

  • Uploaded by: khailan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Melamar Gadis Yang Baru Dikenali Semalam.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 359
  • Pages: 2
Melamar Gadis Yang Baru Dikenali Semalam

Said pergi ke rumah gadis yang dikenalinya semalam sesuai alamat yang diberikan kepadanya. Apabila bertemu dengan orang tua si gadis, dengan penuh harap, Said bercakap dengan ayah si gadis. Said: "Maaf, Pak, semalam saya berkenalan dengan Rini, anak Bapak. Entahlah, saat itu juga saya jatuh hati kepadanya dan Rini sendiri sudah bersedia menjadi pendamping saya. Untuk itulah saya datang kemari, untuk melamar Rini." Bapak: "Adik ini bagaimana? Rini anak saya itu sudah meninggal dunia 7 hari yang lalu kerana kemalangan!" Said: "Tidak apa-apa, Pak. Saya sendiri juga sudah meninggal dunia 100 hari yang lalu.."

Source: https://www.ceritalawak.com/2015/03/1080-melamargadis-yang-baru-dikenali-semalam.html

Kisah Seram, Bas Tanpa Pemandu

Kisah bermula pada suatu malam.. Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India.. tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan. Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil

ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka. Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba-tiba.. "Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang..." Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

Source: https://www.ceritalawak.com/2014/07/871-kisah-serambas-tanpa-pemandu.html

Related Documents


More Documents from "Nicholas"