Mat Jenin Pada zaman dahulu di sebuah kampung, tinggallah seorang pemuda yang kuat berangan. Namanya Mat Jenin. Pada suatu hari, Mat Jenin memanjat pokok kelapa untuk memetic buah kelapa. Dia sudah memanjat sepuluh pokok kelapa. Semasa memanjat pokok yng kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan. “ Upah memetik buah kelapa ini akan kubelikan dua puluh biji telur ayam kampung. “ fikir Mat Jenin. Kemudian, Mat Jenin menyambung kerja memetik buah kelapa daripada pokok itu. Tidk lama kemudian,dia berasa letih. Mat Jenin pun bertenggek di atas pelepah kelapa yang separuh kering. Mat Jenin terus menyambung angan-angannya. “Telur-telur itu akan aku eramkan. Kemudian, aku akan bela ayam-ayamku dengan baik sekali. Apabila ayam-ayam kampung sudah besar, aku akan menjualnya. Wang jualan ayam itu akan kubeli beberapa ekor kambing,” angan Mat Jenin. Mat Jenin terus berangan. Dia berangan untuk menjual kambingkambingnya dan membeli beberapa ekor lembu pula. Selepas lembulembunya membiak, Mat Jenin akan menjualnya. Wang jualan lembu itu akan dibelinya beberapa ekor kuda. Kuda itu akan ditunggangnya semasa membawa lembu-lembunya meragut rumput di padang. Mat Jenin terus berangan lagi. Dia berangan bersiar-siar menunggang kudanya. Mat Jenin menjemput tuan puteri untuk menunggang kudanya. Tuan puteri bersetuju menunggang kuda bersama Mat Jenin. Tuan Puteri meminta Mat Jenin untuk memacu kuda dengan lebih pantas. Oleh sebab laju pantas, kudanya tersalah lompat lalu terjatuh ke dalam perigi buta. Ketika itulah Mat Jenin tersedar bahawa dia sebenarnya terhenjuthenjut di atas pelepah kelapa. Mat Jenin terkejut apabila badannya melayang di udara. Akhirnya, Mat Jenin mendarat ke tanah dengan keduadua kakinya tercengat. Orang kampung terlopong melihat kejadian itu. Mat Jenin hanya mampu tersenyum. Orang kampung menyindirnya kerana kuat beranganangan.
Pengajaran: Janganlah kuat berangan-angan. Jika kita inginkan sesuatu kita mesti berusaha dengan gigih. Usaha yang gigih dapat membawa kejayaan. Sedangakan angan-angan yang kosong tidak akan memberi kita apa-apa hasil.