Masjid Al

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masjid Al as PDF for free.

More details

  • Words: 2,100
  • Pages: 15
Masjid Al-Kauthar atau Masjid Besar Tawau adalah sebuah masjid di Tawau. Ia merupakan masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan laut. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah. Masjid ini mempunyai dua tingkat kesemuanya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan ditingkat bawah yang mempunyai diding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.

Sejarah Pembinaan Al-Kauthar menelan belanja sebanyak RM 31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004.

[sunting] Kemudahan Masjid ini menyediakan dua cara untuk berwuduk iaitu cara moden dan cara kampung. Cara moden adalah dengan menggunakan paip air untuk berwuduk. Di masjid ini tersedia khas bilik untuk mengambil wuduk masing-masing bagi lelaki dan wanita. Di dalam bilik wuduk tersebut juga tersedia bilik air serta tandas. Bagi cara kampung pula, sebuah kolam air besar disediakan. Selain kemudahan untuk beribadah, masjid ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. Antaranya: •

Perpustakaan



Dewan seminar



Pejabat pentadbir



Tempat menyimpan kasut dan barang.

Berikutan kes kecurian kasut serta sandal yang sering berlaku, sebuah tempat letak kasut berbayar di sediakan. Masjid Negara Kuala Lumpur Kubah utama Masjid Negara dirancang dengan bentuk bintang bersudut 18 yang melambangkan 13 negeri di dalam Negara Malaysia dan 5 rukun Islam, malah kelihatan

seakan-akan sebuah payung yang sedang dibuka yang membawa gambaran aspirasi negara yang merdeka. Merupakan salah sebuah mesjid terbesar di Asia. Rekabentuknya yang unik dan modern mencerminkan unsur kesenian, khas dan hiasan Islam tradisional di dalam gaya yang kontemporer.

Silakan menyimak peta ibukota. Sudah tentu anda dapat melihat bahwa Masjid Negara terletak bersampingan dengan bangunan lama Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang mempunyai seni bangunan yang indah, dan lokasinya tidak jauh dari Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana yang mempesona. Jika anda lincah dan sehat, anda bisa berjalan kaki melewati semua lokasi tujuan daya tarik yang berdekatan ini. Tips Pelancong diminta memakai pakaian yang sopan dan menanggalkan sepatu atau sandal sebelum masuk ke dalam masjid. Jubah juga bisa disewa di luar masjid. Transportasi Untuk ke tempat ini anda bisa berjalan kaki atau menaiki taksi. Masjid Negara terletak di Jalan Kinabalu berseberangan dengan bangunan lama stasiun Keretapi Tanah Malaysia (KTM).

Pusat Informasi Untuk informasi lebih lanjut, silakan hubungi mesjid ini di nomor telepon +6032693 7905 Penginapan Kuala Lumpur menawarkan berbagai pilihan tempat penginapan dari asrama bagi pelancong hingga ke hotel mewah bertaraf bintang 5. Klik di daftar Hotel di Kuala Lumpur untuk melihat daftar hotel dari yang murah hingga mewah.

Masjid Sultan Ahmad Shah Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Koordinat: 3.8080° N 103.3278° E

Masjid Sultan Ahmad Shah

Masjid Sultan Ahmad Shah Penerangan Lokasi

Kuantan, Pahang, Malaysia

Status

Siap dibina

Tempoh pembinaan Dibuka

± 2 tahun

1993 Maklumat teknikal

Bilangan kubah 5 Bilangan menara Kos

4

RM 20.7 juta (sekitar AS$ 5.48 juta)

Kapasiti jemaah 8,000 Syarikat Kontraktor

Pasdec Holdings Bhd. Tapak web

Masjid Sultan Ahmad Shah merupakan sebuah masjid yang terbesar di negeri Pahang yang terletak di pusat bandar Kuantan dan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 orang.

[sunting] Seni reka

Empat menara masjid diperbuat daripada marmar khas yang berkilauan menaikkan seri masjid ini jika terkena limpahan cahaya lampu. Tambahan pula adunan warna putih yang terpapar daripada kilauan keempat-empat menara kubah tersebut bercampur dengan sinaran lampu kekuningan di bahagian hadapan masjid ini menambahkan lagi keanggunan Masjid Sultan Ahmad Shah. Pembinaannya ialah hasil idea Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

[sunting] Nama Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad AlMu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.

[sunting] Masalah Selepas pembinaannya siap, masjid ini berhadapan beberapa masalah termasuk kebocoran bumbung tetapi dapat diatasi segera.

Pembinaan Masjid Sultan Ahmad ShahMasjid Sultan Ahmad Shah hampir siap. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Sultan_Ahmad_Shah"

MASJID RIDZUANIAH KUALA KANGSAR

Masjid Rizuaniah dibina dalam tahun 1915 di zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Murshidul'adzam Shah,(1887-1916) Sultan Perak yang ke-28. Pembinaannya didirikan di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Al Mahrum Sultan Idris Shah I. Pada ketika itu semua urusan perbelanjaan pembinaan masjid adalah di bawah sumber daripada wang wakaf Sultan Idris Shah I sendiri. Manakala urusan menyelenggarakan masjid ini adalah dikelolakan oleh satu Badan yang dinamakan 'Sultan Idris Religious and Charitable Trust'.

Rekabentuk asal masjid ini mengandungi ruang sembahyang yang berbentuk lapan empat segi dan sebuah kubah di tengahnya. Semenjak ia dibina, Masjid Ridzuaniah telah mengalami beberapa pindaan dari segi struktur bangunannya. Semasa zaman Al Marhum Sultan Iskandar, hanya diperbesarkan bagi menampung bilangan jemaah yang bertambah. Ketika itu masjid ini dapat memuatkan kira-kira 600 orang jemaah sahaja. Manakala pada zaman pemerintahan Sultan Idris Shah II pembesaran masjid ini dilakukan lagi. Sehingga pada tahun 1968 masjid ini dapat menampung kira-kira 1,000 orang jemaah di sekitar Pekan Kuala Kangsar. Pada tahun 1980-1981 Masjid Ridzuaniah telah bertukar daripada bangunan yang asal ke bangunan baru. Pembinaan masjid baru ini adalah semata-mata untuk memberi keselesaan kepada masyarakat Islam di daerah Kuala Kangsar menunaikan ibadah. Ini adalah kerana bangunan maasjid yang asal tidak dapat menampung bilangan penduduk yang kian meningkat. Masjid Ridzuaniah hari ini merupakan masjid yang istimewa berbanding dengan masjid yang lain di daerah Kuala Kangsar. Ianya mempunyai beberapa kemudahan seperti mempunyai bilik mesyuarat, Pejabat dan juga kemudahan-kemudahan yang lain. Oleh kerana keistimewaan tersebut dan masjid ini merupakan masjid yang terbesar di daerah Kuala Kangsar, ianya telah dijadikan Masjid Daerah yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri.

Sejarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Friday, 21 November, 2008 · Leave a Comment

dipetik dari: http://mssaas.jais.net.my/index.php? option=com_content&task=view&id=49&Itemid=129 SEJARAH PEMBINAAN

Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.

Masjid yang juga dikenali sebagai “masjid biru” di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan. Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.

Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahankemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM Masjid Negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia.

Acara perasmiannya pada 11 Mac 1988, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan telah menempa sejarah bukan sahaja kepada DYMM Sultan, tetapi juga kepada rakyat Selangor seluruhnya. Sebagai Ketua Agama, DYMM Sultan telah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan mengilhamkan pembinaan masjid ini. Masjid Negeri Selangor, pada masa kini merupakan masjid yang terbesar di Asian Tenggara. Berupaya untuk menampung 24000 orang jemaah .Dengan menggabungkan seni bina Islam dan Melayu, masjid ini terdiri daripada tiga tingkat. Pejabat, bilik persidangan, bilik

menyambut tamu dan bilik kuliah terletak di tingkat bawah, dewan solat utama di tingkat

satu, dan galeri di tingkat dua. Secara ringkas(MSSAAS) Arahan pembinaan:Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya Tarikh arahan:Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri Selangor pada 14 Febuari 1974) Arahan kepada:Jurubena Bertiga Tarikh diamanahkan:Awal tahun 1977 Perletakan batu asas:Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980 Tarikh pembinaan:1 Oktober 1983 Tarikh Sempurna:15 Ogos 1987 Tarikh digunakan:3 Disember 1987 (hari khamis) Tarikh dirasmikan:11 Mac 1988 FAKTA(MSSAAS) 1. Masjid terbesar di Asia Tenggara 2. Kubah masjid yang terbesar di dunia 3. Menara tertinggi di dunia 4. Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa 5. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan ‘Retvous Enamelled Steel Panel’. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta. 6. Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid 7. Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong. 8. Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri. 9. Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli. Categories: gambar · masjid · sejarah · senibina Tagged: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, mosque, sejarah, Selangor, senibina masjid, Shah Alam

Senibina Masjid India, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kampung Baru mempunyai nilai estetika yang tinggi.

MASJID Jamek Kampung Baru dibina hasil kerjasama penduduk kampung.

MASJID India mula dibina pada 1863 oleh pendatang India Muslim. SETIAP masjid yang dibina pasti mempunyai keistimewaan yang sukar ditandingi.

Jika bukan pada reka bentuknya, nilai keistimewaan tersebut mungkin boleh didapati daripada fungsi masjid itu sendiri. Ungkapan di atas mungkin sesuai ditujukan kepada tiga buah masjid yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur iaitu Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid India. Ketiga-tiga masjid tersebut diakui mempunyai nilai estetika yang tinggi dan ia perlu dipertahankan sebagai warisan berharga demi generasi akan datang. Masjid Jamek Kampung Baru contohnya, merupakan masjid yang dibina hasil kerjasama penduduk yang mahukan rumah ibadat didirikan di kawasan itu. Sejarahnya bermula apabila seorang pedagang Melayu, Bachik Abdullah bersetuju menyumbangkan sebidang tanah seluas empat lot untuk tujuan tersebut pada tahun 1880-an. Beliau yang berasal dari Melaka dan mempunyai sebuah rumah di Jalan Melayu, terkenal sebagai ketua orang Melayu Kampung Ujong Pasir yang dermawan. Tanah sumbangan Bachik itu kemudiannya diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kampung Baru pada akhir 1920-an bagi tujuan pembangunan sebuah masjid. "Pada awalnya, pembinaannya berbentuk seperti sebuah balai dan ia sekadar memenuhi keperluan penduduk untuk menunaikan solat. Lantainya diperbuat daripada kayu manakala tiangnya pula daripada batang pokok nibung. Ia kemudiannya ditukar menjadi surau. "Kawasan ini juga dijadikan tanah perkuburan untuk penduduk Kampung Baru ketika itu. Setakat hari ini, bangunan asal masjid itu telah diruntuhkan sebanyak tiga kali. "Masjid yang lebih menyerupai senibina rumah Melayu Melaka ini telah diganti dengan bangunan baru melalui kutipan derma daripada setiap penduduk kampung iaitu sebanyak RM60. Sehingga tahun 1955, jumlah kutipan yang dibuat dengan cara itu berjaya mengumpulkan sebanyak RM30,000. "Memandangkan proses kutipan tersebut dilihat agak perlahan, maka satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mempercepatkan kempen mengutip derma. Akhirnya jawatankuasa tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM214,000 yang mana RM90,000 daripadanya merupakan sumbangan kerajaan Selangor dan bakinya hasil derma dan tabungan masjid," jelas Setiausaha Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru, Mohdin Ali. Berbanding Masjid Jamek Kampung Baru yang mencatat sejarah tersendiri dalam pembinaannya, Masjid Jamek Kuala Lumpur pula kaya dengan nilai warisan yang tinggi. Juga dikenali sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, ia merupakan salah sebuah di antara masjid tertua di Kuala Lumpur yang dibina pada 1897 oleh para pedagang

Islam yang berasal dari India.

PENGGUNAAN warna belang merah dan putih di dinding batu sama seperti masjid jamek di Cordoba, Sepanyol. Ketinggian nilai masjid ini bukan sahaja disebabkan pada senibina yang menarik, tetapi juga lokasinya yang terletak di tapak bersejarah iaitu di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ia berfungsi sebagai masjid utama di kota ini sehinggalah Masjid Negara siap dibina pada tahun 1965. Reka bentuk masjid ini mengikut tata rajah tradisional India Utara dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau sahn. Masjid ini diapit dengan dua menara utama dan beberapa buah menara kecil. Kubah bebawang pada puncak menara dan dewan solat pula, menyerupai senibina Mughal. Penggunaan warna belang merah dan putih di dinding batu sama seperti masjid jamek di Cordoba, Sepanyol yang membentuk dinding luar masjid. Selain itu, ia kelihatan begitu unik dan tampak berbeza menerusi kewujudan gerbang bertiang yang diperincikan dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar. Pembinaannya diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, A.B. Hubbock, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Sementara itu, bagi Masjid India pula, ia turut mempunyai cerita tersendiri yang menarik untuk dikongsi kepada umum. Menurut Pengerusi Masjid India, A.V.M Haja, ia mula dibina pada tahun 1863 oleh komuniti pendatang India Muslim yang menjalankan perniagaan dan menetap di sekitar Batu Road atau kini dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Ia dibina menggunakan struktur papan dan atap kayu mengikut gaya senibina Melayu. Ketika itu, tiada kemudahan air paip di dalam masjid. Kebanyakan jemaah akan mengambil wuduk di Sungai Klang. "Bagi menampung jumlah jemaah India Muslim dan lain-lain pekerja, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di masjid ini pada tahun 1900, 1939 dan 1962," jelas Haja ketika ditemui Kosmo!. Pengubahsuaian besar-besaran telah dilakukan pada 1962 dengan dana yang dinaungi oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 29 Jun 1964, bangunan Masjid India setinggi tiga tingkat ini siap dibina. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Related Documents

Masjid Al
November 2019 41
Masjid Al
June 2020 33
Penggalian Masjid Al Aqsho
December 2019 25
Masjid E Al Aqsa
May 2020 30
Masjid Al Aqsa
November 2019 42