Masalah Petempatan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masalah Petempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 311
  • Pages: 2
Masalah petempatan Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan juga pencemaran alam sekitar.Pencemaran terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Bercham. Selain itu,Bercham juga tidak terkecuali daripada pencemaran kerana ia terletak berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan yang terdiri daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara.Pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat.Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Kejadian hujan asid juga berlaku di Bercham berikutan pelepasan gas bercun daripada kenderaan-kenderaan bermotor dan kilang-kilang. Bandar Tokyo di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di Bercham.Bandar Tokyojuga mengalami masalah pencemaran udara.Ini berikutan dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaankenderaa bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid. Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian,pertambahan bilangan kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif.Kesesakan lalu lintas sering berlaku di Jalan Sunway.Ini disebabkan oleh kerana jalan tersebut menghala ke

Bandaraya Ipoh.Jalan tersebut juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan laluan utama menuju ke sekolah. Keadaan ini juga sama dengan fenomena yang berlaku ni bandar Tokyo kerana penduduknya amat padat.Bandar Tokyo juga mengalami masalah kesesakan lalu lintas berikutan jumlah kenderaan yang banyak kerana Tokyo ialah ekonomi metropolitan terbesar di dunia. Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenangwenangnya.Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas,sebagai penduduk Bercham,kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga al;am sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untu menjaga dan mengekalkannya.

Related Documents

Masalah Petempatan
May 2020 18
Masalah Petempatan
May 2020 16
Petempatan
April 2020 17
Fungsi Petempatan
May 2020 11
Geografi Petempatan
May 2020 19
Fungsi Petempatan
May 2020 9