Masalah Komputer

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masalah Komputer as PDF for free.

More details

  • Words: 1,022
  • Pages: 5
Windows Log On dan Log Off Secara Automatik Baru-baru ini seorang rakan saya di pejabat menghadapi masalah dengan laptopnya. Apabila dia cuba untuk log on ke dalam Windows XP, ia akan log off secara automatik. Saya cuba masuk ke dalam Safe Mode, namun masalah yang sama tetap berlaku. Menurut satu artikel dari Microsoft, masalah ini berlaku kerana beberapa fail penting telah hilang dari Windows XP, dan nilai dalam registry juga telah diubah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memperbaiki masalah ini: Kategori Masalah Komputer | February 3rd, 2009 | Baca selanjutnya (19 Komen) »

Gunakan CD Ubuntu Untuk Membaiki Windows

Jika anda mempunyai sekeping CD Ubuntu, ianya bukan sahaja berguna untuk mencuba distro Linux yang popular ini, malah anda boleh menggunakannya untuk membaik pulih Windows serta menyelamatkan data. CD pemasangan Ubuntu mempunyai fungsi Live CD, di mana anda boleh menjalankan Ubuntu terus dari CD tanpa perlu install ke dalam hard disk terlebih dahulu. Meskipun fungsi Live CD ini adalah terhad berbanding pemasangan sebenar ke dalam hard disk, namun ianya sudah cukup untuk saat-saat kecemasan di mana Windows anda tak dapat dibuka. Kategori Linux, Masalah Komputer | January 27th, 2009 | Baca selanjutnya (29 Komen) »

Baiki Registry Dengan Offline NT Password & Registry Editor Selalunya apabila virus menyerang komputer anda, ia akan mengubah nilai dalam registry contohnya mematikan fungsi Task Manager, regedit, dan juga Folder Options. Cara mudah untuk membaikinya adalah menggunakan RRT. Anda juga boleh menggunakan cara manual iaitu menggunakan regedit atau gpedit.msc, dua alat yang sedia ada dalam Windows (klik sini untuk cara manual membaiki Task Manager, regedit, dan kotak Run). Tapi, bagaimana pula jika virus tersebut menyebabkan anda tak dapat langsung nak masuk ke dalam Windows? Contohnya dalam kes Windows log on dan log off secara automatik. Kalau anda tak dapat masuk ke dalam Windows, sudah tentulah anda tak dapat menggunakan regedit dan gpedit.msc, ataupun software seperti RRT. Kategori Masalah Komputer | January 10th, 2009 | Baca selanjutnya (12 Komen) »

Install Windows XP Menggunakan USB Drive Dalam banyak-banyak PC atau laptop yang saya perlu format, adakalanya saya berjumpa dengan situasi yang menyusahkan. Salah satu daripadanya adalah, DVD drive tidak berfungsi. Macam mana nak install Windows kalau DVD drive tak boleh dipakai? Kalau pada PC bolehlah juga saya tukarkan dengan CD-ROM yang elok buat sementara. Tapi kalau laptop, kan susah. Nak beli external CD-ROM mahal pula. Dalam situasi seperti inilah saya terpaksa belajar sesuatu yang baru. Jadi, pada kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh format komputer menggunakan USB drive. USB drive yang digunakan hendaklah sekurang-kurangya bersaiz 2GB. Kategori Masalah Komputer | December 31st, 2008 | Baca selanjutnya (145 Komen) »

Bagaimana Nak Cari Driver Di Internet Perkara utama yang anda perlukan untuk mencari driver adalah nama bagi model hardware tersebut. Contohnya, nama bagi model graphic card saya adalah NVIDIA GeForce FX 5200. Jadi, apa yang perlu saya lakukan adalah menaip “NVIDIA GeForce FX 5200” di laman web Google. Untuk lebih spesifik lagi, saya taipkan “download driver NVIDIA GeForce FX 5200”. Google akan memaparkan hasil carian, dan link inilah yang akan saya klik untuk mencari driver tersebut.

Jika PC atau laptop anda berjenama (Dell, Compaq, HP, atau Acer misalnya), anda boleh terus taipkan nama bagi model PC/laptop itu. Biasanya nama ini ada dilekat bersama PC/laptop anda. Kategori Masalah Komputer | December 22nd, 2008 | Baca selanjutnya (5 Komen) »

Menyelesaikan Masalah “NTLDR is Missing” Anda hidupkan komputer anda, dan cuba untuk membuka Windows. Namun, apa yang anda dapat lihat hanyalah skrin hitam dengan mesej ini: NTLDR is missing Press Ctrl Alt Del to Restart Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, besar kemungkinan masalah adalah berpunca dari fail NTLDR yang rosak. Jangan bimbang, dan jangan format komputer anda lagi kerana masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan. Kategori Masalah Komputer | September 25th, 2008 | Baca selanjutnya (46 Komen) »

Mendapatkan Kembali Folder Options Pada kebiasaannya bila anda buka My Computer, akan terdapat menu Tools > Folder Options. Namun jika komputer anda baru sahaja terkena serangan virus, mungkin Folder Options ini akan hilang. Untuk mendapatkannya kembali, anda boleh gunakan Registry Editor ataupun Group Policy Editor. Ikuti salah satu dari mana-mana langkah berikut:

Kategori Masalah Komputer | September 18th, 2008 | Baca selanjutnya (37 Komen) »

Masalah Dengan D-Link Router MK ada menghantar persoalan kepada aku pasal 2 problem ngan user yang ada D-Link wireless router. Berdasarkan pengalaman yang aku ada, aku akan cuba menjawab persoalan ni dengan sebaik mungkin. Dari Zariel “sy menggunakan router jenis D-Link model DI-524 (AirPlus G 802.11g/2.4Ghz wireless router) dan tiada masalah menggunakannya…cuma sy nak tukar nama utk wireless (SSID) router tu dari ‘default’ ke nama yg sy nak. masalahnya sekarang ni…dlm manual yg diberi…suruh taip ‘http://192.168.0.1‘ kat ruangan URL kat browser….tp x dapat lak…cmna nak buat ye?” Kategori Masalah Komputer | July 2nd, 2008 | Baca selanjutnya (20 Komen) »

Kawal PC Orang Lain Dengan TeamViewer “Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Sakinah. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Amar tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya Amar duduk 10 batu jauhnya dari sini, dan mustahil kalau nak panggil dia datang sekarang. Tak jadi masalah sebenarnya untuk Amar membantu Sakinah, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Amar boleh akses dan kawal PC Sakinah secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya: Kategori Masalah Komputer, Perisian | June 28th, 2008 | Baca selanjutnya (17 Komen) »

Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk Soalan: Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni? Penerangan:

Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Related Documents

Masalah Komputer
May 2020 8
Komputer
December 2019 48
Komputer
October 2019 55