Mardi, Dyka

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mardi, Dyka as PDF for free.

More details

  • Words: 1,022
  • Pages: 27
INSTITUT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)

Objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:

• Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan: - Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko),     ternakan dan makanan - Perladangan campuran

Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi. Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak

Kejayaan MARDI

BETIK

• BETIK EKSOTIKA (Carica papaya Linn. var. Eksotika) atau dikenali sebagai ‘MARDI Backcross Solo’ mula diperkenalkan dalam tahun 1987 hasil kacukan betik Subang 6 dan Sunrise Solo. • mempunyai ketinggian yang sederhana dan mula mengeluarkan bunga lebih kurang 4 bulan selepas di tanam. • Untuk penyimpanan sementara, Betik Eksotika yang disimpan pada suhu rendah 10-12°C boleh mengekalkan kualitinya sehingga 2-3 minggu dan sesuai untuk pengangkutan menggunakan kapal laut. • Kedua-dua varieti ini digemari kerana saiz yang sederhana, warna isi oren kemerahan, pejal dan kandungan gula yang tinggi (Brix 13-15%) • Pada masa ini, Betik Eksotika banyak ditanam di negeri Selangor, Johor, Perak dan Pahang.

NANAS

• Pemilihan dibuat di Stesen Penyelidikan MARDI, Pontian daripada populasi hibrid F1 hasil daripada kacukan antara Nanas Johor (induk betina) dan Sarawak (debunga) • Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering • Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang • Penyimpanannya baik, mutu buah tidak berubah walaupun buah sudah terlalu masak • Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10 °C selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari. • Nanas Josapine adalah hasil kacukan nanas Johor dan Sarawak pada 1996 yang mempunyai paras gula tinggi dan sesuai untuk hidangan segar. Ia sudah mendapat pasaran di Eropah serta berpotensi dieksport ke Jepun, Hong Kong, China dan Timur Tengah.

TELUR

• MARDI telah menghasilkan telur omega-3 yang diperkayakan untuk tujuan komersial. • Telur ini mengandungi sehingga 5 kali lebih tinggi kandungan “omega-3 polyunsaturated fatty acids” dan sehingga 4 kali lebih tinggi kandungan vitamin E daripada telur biasa. • Telur omega-3 ini mempunyai bentuk, rasa, tempoh penyimpanan dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan, sebagaimana telur biasa.

PADI

• padi hybrid (hz1 dan hz9) merupakan baka padi baru yang dihasilkan oleh MARDI mempunyai ketahanan penyakit yang tinggi termasuklah melawan penyakit karah yang kerap menjadi punca pengeluaran padi tidak maksimum. • Saiz padinya adalah lebih besar dan penuh di setiap urat yang lebih banyak tidak mudah patah berbanding padi biasa serta hampa padi juga berkurangan. Pengeluaran biji padi di tahap yang optimum.

CIKU

• teguh terhadap penyakit ketumbuhan pada batang dan cabang. Saiznya lebih besar dengan berat 400 gram sebiji berbanding dua klon komersial iaitu Subang (C 63) dan Jantung (C 62). • Buah Ciku CM 19 adalah besar, beratnya antara 250 400 gram iaitu 2 ke 3 kali ganda lebih besar daripada ciku komersial sekarang. • Buahnya berbentuk simetri, tunggal dan boleh dimakan terus dengan kulitnya seperti buah epal atau pear. Rasa buahnya manis, setanding dengan ciku komersial iaitu ciku Jantung dan Subang. • Ciku CM 19 berupaya mengeluarkan hasil buah sehingga 7 tan sehektar. Dengan teknologi-teknologi sokongan yang dibangunkan untuk buah ciku, seperti jus buah, halwa dan pelbagai jenis kueh-mueh.

Cili padi

• Varieti cili padi baru iaitu Semerah • Semerah berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat dan mampu berbuah secara serentak. • Varieti Semerah dibangunkan melalui kaedah pemilihan baka sepokok (SSD) daripada bahan genetik dari Mexico.Berdasarkan morfologi buah dan bunga, cili Semerah tergolong dalam spesies Capscium annuum.

UBI KELEDEK

• hasil tinggi dan boleh mencapai sehingga 40 tan sehektar. Jumlah ini adalah dua hingga lima kali ganda hasil varieti tempatan. • mempunyai kualiti yang sangat baik kerana mengandungi beta-karotena yang merupakan sumber vitamin A di dalam badan. • Ubi keledek baru ini juga boleh dibuat minuman jus • Oleh sebab isinya berwarna oren, varieti ini juga boleh menggantikan lobak merah atau karot yang juga salah satu bahan import negara. • Sebanyak 70 hektar di Bachok, Kelantan dan 50 hektar di Besut, Terengganu telah ditanam dengan varieti ubi keledek baru ini.

LIMAU MELOMAS

• Limau Bali Melomas boleh disimpan selama 4 minggu pada suhu 14-15oC tanpa menjejaskan mutu dan citarasanya. • Semasa penyimpanan kulit buah limau bertukar warna menjadi sedikit kekuningan.  Buah limau bali Melomas juga sesuai untuk pemprosesan minimum memandangkan buah ini besar, mahal dan remeh untuk mengupas dan membersihkannya

KOPI

• Kopi klon akan mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding dengan kopi biasa. • Bagi kopi Liberica misalnya, purata hasil kopi biasa adalah 11 -19 tan sehektar berbanding 20 hingga 28 tan sehektar bagi kopi klon. • Malah, buah kopi klon adalah lebih besar dan mudah dipetik berbanding buah kopi biasa.

Kelapa • Dermaco adalah bahan semula jadi yang memiliki pelbagai manfaat jauh lebih tinggi berbanding krim antibakteria dan antikulat sintetik yang sedia ada di pasaran. Minyak kelapa dara bernilai tambah dan Dermaco juga tidak akan beku walaupun disimpan di tempat sejuk, berbanding minyak kelapa dara yang dihasilkan sekarang. • Teknologi dan produk yang dihasilkan adalah berdaya maju dan boleh bersaing pada peringkat global. Harga pengeluaran pada peringkat kilang juga adalah jauh lebih murah berbanding produk antimikrob yang ada di pasaran tempatan mahupun luar negara.

Orkid • MARDI sedang menjalankan kajian pembiakbakaan ke atas orkid genus Cattelya yang merupakan orkid yang biasanya ditanam di negara empat musim. • Hibrid orkid Cattleya yang sesuai ditanam di dalam pasu ini telah dikacuk dan kini sedang mula dinilai serta dipilih di MARDI bagi menghasilkan hibrid orkid baru yang tahan lama, kerap berbunga dan berbau harum. • Projek yang bermula dalam Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7) telah menggunakan orkid Mokara Chark Kuan ‘Pink’ telah digunakan sebagai hibrid orkid kawalan. • Kajian yang dijalankan dapat mengurangkan penggantungan pengusaha terhadap bahan tanaman luar negara seperti Thailand. Setakat ini terdapat 20 hibrid orkid yang dihasilkan oleh MARDI

KESIMPULAN Kejayaan MARDI: 1.Anak pokok buah-buahan 2.Benih sayur-sayuran 3.Bahan Tanaman Ladang 4.Benih asas padi

Sekian…. Terima kasih..

Related Documents

Mardi, Dyka
June 2020 6
Mardi Gras
December 2019 19
Mardi 15 Novembre 2005
November 2019 16
Cours Mardi 2
June 2020 7