Manfaat Mengamalkan Integriti

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manfaat Mengamalkan Integriti as PDF for free.

More details

  • Words: 361
  • Pages: 1
Manfaat Mengamalkan Integriti

Integriti bermaksud kewibawaan yang meliputi keseluruhan pembawaan seseorang dari aspek peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun.Untuk merealisasikannya secara berkesan, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional yang bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri moral dan etikanya. Dalam kehidupan, integriti seseorang itu terjelma manifestasinya menerusi keperibadian dan tingkah laku setelah mengharungi dan mengalami proses pendidikan dan sosialisasi. Keteguhan integriti sangat dituntut dalam usaha memupuk budaya yang baik dan etika yang positif dalam segala bidang termasuk pekerjaan, perniagaan, penulisan, sukan dan sebagainya. Dalam aspek yang lain integriti dapat dikaitkan dengan sesebuah institusi yang tarifannya meliputi visi dan misi serta tadbir urusnya. Manakala setiap ahlinya pula menghormati sistem dan tatacara yang telah diwujudkan oleh institusi itu. Ahli-ahli institusi pula dapat menyebatikan diri dengan amalan yang telah ditetapkan itu. Dalam konteks Pelan Integriti Nasional, kerajaan telah membuat ketetapan bahawa dalam tempoh lima tahun sasarannya adalah untuk mengurangkan gejala rasuah dalam pelbagai peringkat dan meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian awam. Malah pelan tersebut mementingkan lapan sektor dalam lapisan masyarakat berasaskan peranan mereka dalam membentuk budaya integriti di Malaysia. Sektor-sektor ini meliputi keluarga, masyarakat, sosiobudaya, agama, politik, pentadbiran awam, ekonomi dan pertubuhan sivil. Dengan itu diyakini bahawa integriti dapat memantapkan institusi keluarga dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Menerusi pembudayaan integriti dalam kehidupan masyarakat maka peluang penyalahgunaan kuasa untuk melakukan jenayah dapat ditutup. Walaupun budaya ialah suatu proses hidup tetapi hal yang berkaitan dengannya tidak boleh dipaksakan ke atas seseorang. Kejayaan proses ini bergantung pada kemampuan seseorang dan masyarakat melakukan perubahan nilai. Kita harus menerima hakikat bahawa nilai bukanlah mudah untuk diubah.Oleh sebab pembentukan nilai memakan masa yang lama, maka proses penyisihan nilai mengambil masa yang lama juga. Menerusi integriti, pelan pembangunan sumber manusia dapat dilengkapkan.Sehubugan dengan itu, integriti akan menjadi pemangkin kepada rancangan pembangunan negara kerana denghan kewujudanya menampilkan cara membaiki perwatakan, minda dan budi pekerti rakyat negara ini. Berdasarkan manfaat yang dapat disumbangkan penghayatannya maka sangat wajar pelbagai lapisan di negara ini meningkatkan pemahaman dan komitmen tentang keperluan integriti dan etika dalam amalan mereka.Dengan kata lain, menerusi penjiwaan integriti kita dapat mengubah mentaliti rakyat daripada terus terkokong dalam kepompong mentaliti dunia kelas ketiga sekalipun di sekeliling mereka wujud prasarana dunia kelas pertama.

Related Documents

Integriti
December 2019 19
Pengurusan Integriti
May 2020 18
Manfaat Echinodermata.docx
November 2019 41