Malayan Union

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Malayan Union as PDF for free.

More details

  • Words: 4,084
  • Pages: 22
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

PELAJARAN 4

RANCANGAN KESA TU AN AT UA YAN TA N A H M E L A YU (MALA AYU (MALAY

UNION)

Selepas membaca pelajaran ini, anda seharusnya dapat:



Mengenal pasti sebab-sebab penubuhan Malayan Union;



Menghuraikan punca penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union; dan



Membincangkan corak penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

51

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

52

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

KANDUNGAN

• •

Pengenalan

55

Penubuhan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union)

55



Usaha Penggubalan Perlembagaan Baru Semenanjung Tanah Melayu

56



Cadangan Memorandum Persatuan British Malaya

57

• •

Cadangan Memorandum Tang Cheng Lock

57

Cadangan Memorandum Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu di Britain

58

• •

Sebab Malayan Union Diperkenalkan

59

Mendapatkan Persetujuan Sultan terhadap Malayan Union

60

• • •

Syarat-syarat Malayan Union

61

Perlembagaan Malayan Union

62

Sebab-sebab Penentangan Orang Melayu

64 53

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

54

• •

Penubuhan Kongres Melayu SeMalaya

65

Tindakan terhadap Malayan Union dan Penghapusannya

66

• • •

Lahirnya UM N O

67

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

68

Sebab-sebab Kejayaan Persekutuan Tanah Melayu

68

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

PENGENALAN

Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negerinegeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan rajaraja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit perm ulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan.

PENUB UHAN KESA TU AN TA N A H BU AT UAN (MALA YAN UNION) AY

MELA YU AY

Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pe merintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka 55

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

kepada rakyat Tanah Melayu sejak mereka mengambil alih pemerintahan negeri ini dari tangan Jepun berikutan kekalahan Jepun dalam Peperangan Dunia Kedua. Tidak lama selepas Singapura jatuh ke tangan pihak Jepun, Pejabat Tanah Jajahan British di London telah mulai m e m buat suatu kajian tentang masalah yang harus difikirkan dalam merancangkan masa hadapan Tanah Melayu. Menjelang 1943, Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan telah menyerahkan suatu memorandum kepada Kabinet Peperangan British yang membentangkan syarat-syarat u mum tentang perlunya perubahan perlembagaan di Tanah Melayu yang akan diduduki semula. Pada Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan British bersama-sama dengan Pejabat Perang telah mula membuat rancangan bagi pembaharuan politik di Tanah Melayu selepas perang. Pada Julai 1944, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan bagi menyediakan rancangan ini. Britain mengambil langkah ini kerana Britain menyedari bahawa mereka tentu akan menghadapi satu keadaan perubahan politik di Asia Tenggara selepas perang. Pendudukan Jepun telah menyebabkan penubuhan gerakan nasionalis di tanah-tanah jajahan. Tambahan pula Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan Presiden Amerika Syarikat, Roosevelt telah menandatangani Piagam Atlantik pada Ogos 1941, yang mengisytiharkan prinsip kerajaan sendiri bagi semua negara. Lama-kelamaan Britain diharap akan memberikemerdekaan kepada tanah jajahannya setelah Britain kembali ke Asia Tenggara.

USAHA PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN BARU SEMENANJUNG TANAH MELA YU AY Usaha untuk menggubal perlembagaan baru bagi Semenanjung Tanah Melayu telah dijalankan oleh Kerajaan British 56

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kerajaan British telah menubuhkan sebuah badan, iaitu Unit Perancangan Tanah Melayu di Britain. Unit ini dianggotai oleh bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Semenanjung sebelum Jepun menguasai negara kita. Semasa pegawai ini menggubal perlembagaan, iaitu tiga buah memorandum telah dike mukakan kepada Pejabat Tanah Jajahan British. Salah satu daripada memorandum ini adalah daripada Persatuan British Malaya dan satu lagi daripada mendiang Tan Cheng Lock yang pada masa itu berada di India. Beliau telah meninggalkan Semenanjung apabila Jepun menakluki Tanah Melayu. Memorandum yang ketiga dike mukakan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Britain.

CADANGAN MEMORANDUM PERSA TU AN BRITISH MALA YA AT UAN MALAY Memorandum yang dikemukakan oleh Persatuan British Malaya mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu, termasuk Seberang Prai dan Melaka, digabungkan di bawah satu pemerintahan. Pulau Pinang dan Singapura akan menjadi tanah jajahan British. Penduduk Tanah Melayu hendaklah diberi peluang untuk memerintah dan mentadbir negara mereka. Persatuan ini juga mengesyorkan supaya sebuah Majlis dibentuk tetapi ahlinya dilantik oleh Kerajaan British.

CADANGAN

MEMORANDUM

TAN

CHENG

LOCK

Memorandum Tan Cheng Lock turut mencadangkan supaya semua negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, 57

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu kesatuan. Kesatuan ini ditadbirkan sebagai sebuah pemerintahan. Penduduk Tanah Melayu hendaklah diberi hak politik yang lebih luas. Beliau juga mengemukakan supaya Majlis dibentuk dan ahlinya dipilih oleh rakyat.

CAD ANGAN MEMORANDUM PERSA TU AN DA AT UA PELAJ AR-PELAJ AR MELA YU BRIT AIN JAR-PELAJ AR-PELAJA AYU BRITAIN Beberapa orang pelajar Melayu yang berada di Britain ketika Perang Dunia Kedua melahirkan rasa tidak puas hati terhadap rancangan Kerajaan British mengemukakan satu perlembagaan baru bagi Semenanjung Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Mereka telah menubuhkan sebuah Persatuan Pelajar-pelajar Melayu dan mengirimkan satu memorandum kepada Kerajaan British pada 25 April 1944. Mengikut deraf memorandum pelajar-pelajar ini, mereka menentang percubaan Kerajaan British menukar taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri bernaung ke tanah jajahan. Namun demikian memorandum pelajar ini bersedia menerima penasihat British di setiap negeri Melayu dan menganggap Negeri-negeri Selat sebagai tanah jajahan British. Memorandum ini juga mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu digabungkan tetapi kedaulatan sultannya diiktiraf. Selain itu, memorandum ini meminta supaya pemberian hak kerakyatan Tanah Melayu tidak mengikut prinsip jus soli. Dua perkara yang agak menarik dalam memorandum pelajar-pelajar Melayu ini ialah: Pertama: mereka berpendapat bahawa matlamat akhir bagi orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan di Indonesia ialah pergabungan gugusan pulau-pulau Melayu; 58

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

Kedua: mereka mencadangkan supaya sebuah Universiti Tanah Melayu ditubuhkan dan universiti ini hendaklah mempunyai Jabatan Pengajian Melayu.

SEB AB MALA YA N U N I O N D I P E R K E N A L K A N BA AY Dalam menghadapi ke mungkinan memberikemerdekaan kepada Tanah Melayu, Britain ingin memastikan bahaw a pelaburan ekonomi serta kepentingannya di negeri ini akan terus terkaw al. Bagi mencapai tujuan ini keadaan politik dalam negeri mestilah stabil. Kaum imigran mestilah meneruskan peranan mereka bagi memastikan kestabilan ekonomi. W alau bagaimanapun, sehingga kini mereka hanya mempunyai hak politik dan minat politik yang sedikit di dalam negeri“angkat” mereka. Bagi mendapatkan kesetiaan mereka dan untuk mewujudkan satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu, Britain merancang untuk memberi hak kewarganegaraan yang sama kepada semua bangsa. Sekiranya tindakan ini dilakukan, ini bererti menamatkan hak istimewa yang selama ini dinikmati oleh orang Melayu. Britain juga ingin memastikan hak pentadbiran kerajaan hanya akan diberi melalui bimbingan British. Dasar sebelum perang yang mengagihkan kuasa pusat dan pengembalian kuasa kepada negeri-negeri telah melemahkan kaw alan pusat. Britain tidak mempunyai pengaruh yang kuat secara langsung ke atas kelima-lima buah unit bebas Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Satu gabungan bagi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat di bawah kawalan pusat seorang Gabenor British akan memudahkan pentadbiran dan menjadi lebih cekap. Bagi dunia luar, gabungan ini merupakan sebuah barisan bersatu. Matlamat terpenting ialah untuk memastikan dasar British untuk 59

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

kemajuan masa hadapan dapat dijalankan. Rancangan yang dicadangkan bagi mencapai matlamat yang diinginkan itu diperkenalkan sebagai Malayan Union.

SOALAN PERBINCANGAN 1

Jelaskan mengapa Malayan Union diperkenalkan.

MEND AP AT K A N P E R S E T U J U AN SUL TA N DA PA UAN SULT TERHAD AP MALA YAN UNION DA AY Rancangan Malayan Union itu telah diumumkan dalam Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai W akil Khas Kerajaan British ke Tanah Melayu. Dia dihantar bagi mendapatkan persetujuan sultan terhadap rancangan itu. Sultan mestilah menandatangani Perjanjian Malayan Union bagi membenarkan Britain mengisytiharkan perlembagaan baru itu. Dalam masa tiga bulan sahaja selepas kedatangannya, MacMichael telah memperoleh tandatangan kesemua sembilan orang sultan bagi Perjanjian itu. Hanya selepas ini, barulah Kertas Putih yang mengandungi butiran lanjut tentang perlembagaan Malayan Union itu diterbitkan pada 22 Januari 1946. W alau bagaimanapun, kegembiraan MacMichael kerana kejayaan tugasnya itu tidak kekal lama. Banyak bantahan ditimbulkan oleh orang Melayu. Dia telah dituduh menggunakan ancaman buang negeri terhadap sultan bagi memaksa mereka supaya bersetuju. MacMichael juga telah diberi kuasa untuk menyiasat kesetiaan semua sultan terhadap British semasa pendudukan Jepun. Ini menyebabkan 60

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

semua sultan berasa bimbang terhadap kedudukan mereka jika mereka tidak bekerjasama. Tambahan pula mereka tidak diberikan masa untuk berunding dengan Majlismajlis Mesyuarat Negeri. Di samping itu, butiran tentang perlembagaan baru itu tidak diumumkan kepada orang ramai.

SY ARA T-SY ARA T MALA YAN UNION YA AT -SYA AT AY Perlembagaan Malayan Union telah menukar taraf negerinegeri Melayu dari negeriyang bernaung di bawah tanah jajahan British. Menerusi Malayan Union, Kerajaan British telah menghapuskan kedaulatan sultan Melayu. Kerajaan British telah mengambil alih kuasa sultan Melayu apabila Sir Harold MacMichael, seorang wakil khas Kerajaan British, telah berjaya mendapatkan tandatangan semua sultan untuk menyerahkan kedaulatan mereka kepada pihak British. Sebenarnya cara beliau mendapatkan tandatangan sultan ini boleh dipersoalkan kerana ada sultan yang diugut. Selain itu, ada pula perjanjian penyerahan kuasa yang telah ditandatangani oleh semua sultan ini yang tidak sah dari segi perlembagaan negeri. Perlembagaan negeri Johor misalnya tidak membenarkan Sultan Johor dengan sendirinya menyerahkan negeri Johor kepada mana-mana kuasa luar.Tetapi oleh sebab British merupakan sebuah negara yang kuat dan berkuasa, maka British telah memaksa Sultan Johor menerima gagasan Malayan Union. Mengikut perlembagaan Malayan Union, semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan pusat. Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union. Malayan Union akan diperintah oleh seorang Gabenor British yang berkuasa penuh. Sultan hanya akan menjadi raja kehormat sahaja. Majlis Penasihat Pusat 61

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

Malayan Union dianggotai oleh semua sultan tetapi gabenor adalah pengerusinya. Keadaan ini amat ganjil kerana seorang yang beragama Kristian menjadi pengerusi Majlis yang juga membicarakan hal agama Islam. Perlembagaan Malayan Union cuba memberi hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli.Ini bermakna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union ditubuhkan, maka orang itu berhak menerima hak kerakyatan tempat dia dilahirkan. Cara ini membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak kerakyatan dengan senang. Mengikut perlembagaan Malayan Union juga, tiap-tiap negeri dalam Malayan Union mempunyai seorang Pesuruhjaya Negeriyang menjadi ketua pentadbir di peringkat negeri.

PERLEMB AGAAN BA

MALA YAN AY

UNION

Berikut ialah fasal utama dalam Perlembagaan Malayan Union, iaitu: 1.

2.

3.

62

Kesemua sembilan buah Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, Pulau Pinang dan Melaka akan dipusatkan di baw ah kaw alan terus seorang Gabenor British. Singapura akan kekal sebagai sebuah koloni yang berasingan dengan Gabenornya sendiri. Seorang Gabenor-Jeneral British akan berkuasa ke atas Malayan Union, Singapura dan Wilayah-wilayah Borneo. Sultan akan terus memegang jaw atan mereka, tetapi kuasa mereka telah dikurangkan. Sultan boleh mengekalkan hak kuasa tertinggi hanya dalam hal agama Islam, iaitu sebagai Presiden Majlis Penasihat Melayu di negerinya sendiri.

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

4.

5.

6.

Negeri-negeri Melayu dan Selat akan mengekalkan Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing untuk menguruskan kerajaan tempatan. Majlis ini diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat. Gabenor akan memerintah dengan bantuan sebuah Majlis Kerja Kerajaan dan sebuah Dewan Perundangan. Sebuah Majlis Penasihat Sementara dengan ahli yang dilantik oleh Gabenor akan bertugas sehingga Majlis dan Dewan tersebut ditubuhkan. Gabenor akan mempunyai kuasa pembatalan yang besar dalam Majlis Penasihat ini. Kewarganegaraan akan diberikepada golongan yang berikut, dengan tidak memasukkan warganegara Jepun.

Secara Terus atau Melalui P erjalanan Undang-Undang Perjalanan 1.

2.

3.

4.

5.

Sesiapa sahaja yang dilahirkan di negeri Malayan Union dan Singapura dan telah bermastautin di situ sebelum perintah tersebut dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang beru mur sekurang-kurangnya 18 tahun yang telah bermastautin di negeri Malayan Union atau Singapura selama 10 tahun dari masa 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Mereka terpaksa m engangkat sumpah kewalakan kepada Malayan Union. Sesiapa sahaja yang dilahirkan di negeri Malayan Union atau Singapura pada atau selepas perintah tersebut dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang dilahirkan di luar negeri Malayan Union atau Singapura pada atau selepas perintah tersebut dikuatkuasakan, apabila bapanya ialah warganegara Malayan Union. Anak-anak (di baw ah umur 18 tahun) bagi warganegara yang tergolong dalam (a) dan (b). 63

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

SOALAN PERBINCANGAN 2

Jelaskan peruntukan yang terkandung dalam Malayan Union

SEB AB-SEB AB PENENT ANGAN ORANG MELA YU BA BA TA AY Bantahan orang Melayu berpunca daripada perubahan mendadak yang diperkenalkan khususnya tentang hak kewargangaraan yang sama rata kepada semua orang. Ini bermakna hak dan kedudukan istimewa orang Melayu akan terlucut. Bangsa mendatang sepertiorang Cina dan India akan mempunyai taraf yang sama dengan orang Melayu. Bantahan orang Melayu juga berpunca daripada syarat kew arganegaraan yang membenarkan orang Cina yang dilahirkan di Singapura juga memohon kewarganegaraan di Tanah Melayu. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan bilangan orang Cina akan melebihi bilangan orang Melayu. Dasar kerakyatan yang longgar ini juga akan memberi kuasa politik kepada orang bukan Melayu. Di samping itu juga, tindakan melucutkan kuasa yang selama ini dimiliki oleh raja-raja Melayu juga akan menyebabkan kedudukan orang Melayu tidak mendapat pembelaan lagi. Tanah Melayu akhirnya tidak lagi akan dapat di perintah oleh orang Melayu. Orang Melayu juga membantah perlaksanaan Malayan Union berdasarkan cara-cara perjanjian MacMichael yang bertindak dengan memeras dan mengugut sultan dan raja Melayu agar menerima pelaksanaan Malayan Union. Tindakan MacMichael yang mengugut untuk melucutkan kekuasaan raja-raja Melayu yang enggan menerima 64

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

cadangan Malayan Union juga telah membangkitkan kemarahan orang Melayu. Penentangan terhadap Malayan Union oleh orang Melayu juga turut diperkuatkan lagi dengan galakan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sepertiFrank Swettenham dan George Maxwell. Mereka berpendapat bahawa Kerajaan British bertindak tidak adil terhadap orang Melayu. Mereka telah mengemukakan bantahan dengan menulis surat kepada akhbar Times di London. Mereka juga mengecam kerajaan British menerusi Pejabat Tanah Jajahan di London. Orang Melayu juga telah mendapat semangat baru bagi menentang perlaksanan Malayan Union kesan daripada pendudukan Jepun. Orang Melayu menyedari bahawa Inggeris bukanlah ikhlas untuk menolong orang Melayu tetapi mereka mempunyai perancangan yang licik untuk menjajah Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union juga akan mencemarkan budaya dan peradaban orang Melayu serta menjatuhkan martabat dan ke muliaan orang Islam.

PENUB UHAN KONGRES MELA YU SEMALA YA BU AY AY Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union telah dilancarkan di seluruh negara tetapi tidak secara tersusun. Beberapa pandangan telah dikemukakan dalam akhbar supaya orang Melayu bersatu-padu menentang Malayan Union. Kemuncak daripada saranan akhbar Majlis pada 1 Mac 1946 satu persidangan pertubuhan Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan orang Melayu. Persidangan tersebut berjalan dari 14 Mac 1946 dan telah dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu. Hasil daripada pertemuan tersebut satu persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan satu gabungan yang dikenali sebagai 65

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

Kongres Melayu SeMalaya dan Dato Onn bin Jaafar telah dilantik sebagai pengerusinya.

TIND AKAN T E R H A D AP MALA YAN TINDA DA AY DAN PENGHAPUSANNY A YA

UNION

Kerajaan British telah berazam untuk melaksanakan Malayan Union pada 1 April 1946 kecuali satu perkara yang tidak akan dilaksanakan, iaitu fasal hak kerakyatan. Kongres Melayu SeMalaya telah mengadakan mesyuarat dan bersepakat mengambil keputusan pada 29 dan 30 Mac 1946 bahawa: 1. 2. 3.

Orang Melayu hendaklah memulaukan istiadat melantik Gabenor Malayan Union; Memohon Raja-raja Melayu supaya jangan menghadiri majlis istiadat melantik Gabenor itu; Orang Melayu mesti menunjukkan tanda berkabung dengan melilitkan kain putih selama 7 hari, iaitu mulai 1 April 1946.

S e mua orang Melayu termasuk ahli majlis-majlis penasihat Malayan Union di peringkat pusat atau negeri telah diminta supaya memulaukan juga majlis-majlis itu. Raja-raja Melayu juga diminta, oleh Datuk Onn dan tiga pemimpin lain, supaya turut memulaukan istiadat perlantikan tersebut. Raja-raja Melayu telah bersedia untuk bekerjasama dengan Kongres dan rakyat demi mendapatkan kembali kedaulatan mereka setelah mereka sedar bahawa mereka telah tersilap langkah iaitu bersetuju menandatangani surat penyerahan kuasa kepada British dan menerima Malayan Union. Pada 1 April 1946, apabila tiba saat perlantikan Gabenor Sir Edward Gent di Kuala Lumpur, tiada seorang 66

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

Raja-raja Melayu atau ahli Melayu Majlis Penasihat Malayan Union yang hadir ke upacara tersebut. Kongres Melayu SeMalaya berjaya membuka jalan untuk orang Melayu menentang Malayan Union.

LAHIRNY A YA

UMNO Pada 11 Mei 1946 satu persidangan telah diadakan oleh Kongres Melayu SeMalaya di Johor Bahru, apabila satu jawatankuasa telah dilantik pada awal Mac untuk menggubal satu perlembagaan menubuhkan satu parti politik baru dan melaporkan hasil kerjanya. PartiPolitik baru itu dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau PERKEMBAR atau lebih dikenali pada masa ini dalam Bahasa Inggeris sebagai United Malays National Organisation (UMNO). Dengan ini pada 11 Mei 1946 Kongres Melayu SeMalaya dibubarkan. UMNO terus mengadakan rapat umum, tunjuk perasaan menentang Malayan Union. Pemimpin UMNO bergiat menerangkan keburukan Malayan Union ke seluruh Tanah Melayu dan mendapat sokongan daripada orang Melayu yang menentang Malayan Union dengan kuat dan hebat manakala orang bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu pula tidak menyokong Malayan Union. Pada Julai 1946, satu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan bagi menggubal satu perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu untuk melahirkan satu pentadbiran yang cekap dan menjadi asas kepada perkembangan politik serta perlembagaan di masa hadapan. Kerajaan British mengambil keputusan melantik 6 orang pegawai kanannya sebagai anggota Jawatankuasa Kerja untuk berunding dengan 4 orang wakil raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO. Jaw atankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua ) Setiausaha (Chief Secretary. 67

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

PENUB UHAN BU

PERSEKUTU AN T A N A H UAN

MELA YU AY

Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Antara pindaan tersebut adalah tentang jumlah anggota dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Di samping kelayakan bermastautin sebagai syarat untuk menjadi warganegara Persekutuan, bilangan tahun turut dikurangkan. Berdasarkan Perlembagaan baru tersebut, Kerajaan Persekutuan akan ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh kerajaan British, pembentukan sebuah Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 75 peruntukan dan sebuah Majlis Mesyuarat Kerja. Perlembagaan tersebut juga akan mengandungi sebuah Majlis Raja-raja Melayu yang akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi, manakala di setiap negeri akan ditubuhkan Majlis Negeri. Rang undang-undang yang diluluskan perlu mendapat perkenan daripada Raja. Majlis negeri juga berfungsi untuk meluluskan undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam dan istiadat Melayu. Pegawai Eksekutif yang akan mentadbir negeri-negeri Melayu ialah Menteri Besar.

SEB AB-SEB AB KEJ AYA A N BAB-SEB AB-SEBAB KEJA PERSEKUTU AN T A N A H M E L A YU UAN AY Kejayaan Orang Melayu mengagalkan pelaksanaan rancangan Malayan Union didorong oleh perpaduan erat 68

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

yang ditunjukkan oleh orang Melayu itu sendiri. Penentangan orang Melayu walaupun tanpa menggunakan kekerasan telah membuktikan kepada Inggeris bahawa orang Melayu amat tidak menyenangi perlaksanaan Malayan Union. Syor dalam Malayan Union amat menyinggung perasaan orang Melayu sehingga Inggeris menyedari bahawa Tanah Melayu tidak dapat diperintah dengan berkesan sekiranya hak dan kepentingan orang Melayu diketepikan. Kejayaan membubarkan Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah kejayaan besar kepada orang Melayu dan ini adalah suatu rahmat kepada generasi Melayu masa depan. W alaupun perlaksanaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat tentangan daripada beberapa pihak, rancangan perlaksanaannya tetap dapat dijalankan dengan jayanya.

RINGKASAN PELAJARAN 4

1.

2.

3.

Malayan Union merupakan satu bentuk pentadbiran yang mengubah kedudukan Tanah Melayu daripada status sebuah naungan Inggeris kepada tanah jajahan. Malayan Union dibentuk selepas mengambil kira kepentingan Inggeris yang ingin memastikan kepentingan mereka tidak terjejas. Syarat-syarat Malayan Union seperti tindakan untuk menghapuskan kuasa dan kedaulatan rajaraja Melayu, kelonggaran syarat dalam pemberian kew arganegaraan telah mendapat tentangan daripada orang Melayu.

69

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

4.

5.

6.

Tentangan orang Melayu telah diperlihatkan melalui pembentukan Kongres Melayu SeMalaya yang bertujuan untuk menyatupadukan perjuangan orang Melayu. Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan sebagai parti politik bagi menyusun gerakan untuk menentang Malayan Union. Tentangan kuat daripada orang Melayu telah memaksa Inggeris mengkaji semula Malayan Union dan akhirnya pada 21 Januari 1948 Malayan Union telah dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

SOALAN KENDIRI 1.

2.

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union berpunca daripada tindakan Inggeris melucutkan kekuasaan raja-raja Melayu. Bincangkan. Jelaskan secararingkas peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

J JA AW A P AN JAW PA Soalan Perbincangan 1 Malayan Union diperkenalkan kerana i ) Menjaga kepentingan dan pelaburan Inggerisdi Tanah Melayu. ii) Mendapatkan kesetiaan kaum pendatang dengan melonggarkan pemberian hak kerakyatan. iii) Memudahkan pentadbiran dan kecekapan pentadbiran. 70

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

Soalan Perbincangan 2 Antara peruntukan yang terkandung dalam Malayan Union ialah kesemua negeri Melayu dan negeri Selat kecuali Singapura akan digabungkan dan ditadbir oleh seorang Gabenor British, kuasa sultan dikurangkan dan taraf kerakyatan menjadi lebih longgar. Soalan Kendiri 1 Penentangan orang Melayu berpunca daripada kesan perlaksanaan Malayan Union yang akan melucutkan kekuasaan raja-raja Melayu. Di samping itu, tindakan penentangan juga berpunca daripada perubahan mendadak yang diperkenalkan dalam pemberian kewarganegaraan, perlucutan hak-hak istimewa orang Melayu, persetujuan sultan dengan cara ugutan oleh MacMichael, kesedaran politik yang semakin tinggi akibat pendudukan Jepun dan juga didorong oleh sokongan pegawai Inggerisyang pernah bertugas di Tanah Melayu yang turut menentang perlaksanaan Malayan Union. Soalan Kendiri 2 Antara peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah Kerajaan Persekutuan akan ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Inggeris, pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan dan juga syarat kewarganegaraan yang lebih ketat.

RUJUKAN 1.

Ibrahim Mahmod 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Pustaka Antara.

2.

Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan 1982. INTAN. 71

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

72

3.

Lotfi Ismail 1975. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors.

4.

Zainal Abidin b. Abd W ahid 1971. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu.

5.

Tan Ding Eing 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Fajar Bakti.

Related Documents

Malayan Union
December 2019 25
Malayan Union
June 2020 17
Malayan Union
June 2020 15
Malayan Union
June 2020 12
Malayan Union
April 2020 13
Malayan Union
December 2019 49