Malayan Union

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Malayan Union as PDF for free.

More details

  • Words: 844
  • Pages: 3
Malayan Union Pembentukan Malayan Union Sehingga tahun 1945, Tanah Melayu terbahagi kepada 3 unit pentadbiran yang berasingan iaitu Negeri-negeri Selat, Neger-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kerjaan British yang tidak menyenangi keadaan tersebut berhasrat untuk menyatukan seluruh Tanah Melayu di bawah satu kerajaan pusat ataupun persekutuan. Gagasan Melayan Union dicadangkan untuk memenuhi tujuan tersebut. Rancangan ini telah diumumkan di Britain yang ketika itu dikuasai oleh kerajaan Konservatif pimpinan Winston Churchhill semasa Perang Dunia. Pada 20 Januari 1946, kerajaan British telah mengeluarkan saru Kertas Putih yang mengandungi butir-butir mengenai Malayan Union. Umumnya, pembentukan Malayan Union dicadangkan untuk: ~ Menyatupadukan Tanah Melayu. ~ Membentuk satu sistem pendidikan yang seragam. ~ Memudahkan pihak British untuk mengawasi keselamatan dan pertahanan Tanah Melayu semasa Perang. ~ Mewujudkan kerjasama dan kestabilan politik. ~ Mengumpul modal untuk tujuan memajukan industri getah dan perlombongan bijih timah. ~ Pihak British ingin menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan.

Ciri-Ciri Malayan Union Pulau Pinang, Melaka dan 9 buah negeri Melayu disatukan di bawah Malayan Union. Singapura dipisahkan dari Malayan Union. Ia menjadi tanah jajahan British yang berasingan dan dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota. Kerajaan pusat Malayan Union terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Gabenor British yang berkuasa penuh. Gabenor dibantu oleh sebuah Majlis Penasihat Kerja dan Majlis Perundangan. Semua kerajaan negeri terletak di bawah kuasa Gabenor. Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri juga dikurangkan. Walaupun sultan-sultan masih mengekalkan kedudukan mereka, baginda hanya mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Melalui Malayan Union, semua warganegara mempunyai hak-hak yang sama. Kerakyatan akan diberi kepada golongan berikut: ~ Mereka yang dilahirkan di Malayan Union atau Singapura dan telah bermastautin di sana sebelum perintah dikuatkuasakan.

~ Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Malayan Union selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. ~ Mereka yang dilahirkan di luar Malayan Union atau Singapura tetapi mempunyai bapa yang merupakan warganegara Malayan Union.

Reaksi Terhadap Malayan Union Pada bulan Oktober 1945, Harold Mac Michael, iaitu wakil kerajaan British telah tiba di Tanah Melayu. Tujuan kedatangan Mac Michael adalah untuk mengadakan perundingan dengan Raja-raja Melayu serta mendapatkan persetujuan mereka terhadap rancangan British itu. Dalam jangka masa dua bulan (18 Oktober - 21 Oktober 1945), Mac Michael telah berjaya mendapatkan tandatangan dan persetujuan daripada semua Raja-raja Melayu. Mac Michael telah mengugut Raja-raja Melayu yang enggan menandatangani persetujuan tersebut dengan ancaman mereka akan disingkirkan daripada takhta dan dituduh bersubahat dengan pihak Jepun. Apabila Kertas Putih Malayan Union diumumkan, golongan nasionalis Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn bin Jaafar telah bangkit menentang penubuhan Malayan Union. Orang-orang Melayu menentang Malayan Union kerana: ~ Kuasa politik sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri dikurangkan. ~ Gabenor British berkuasa penuh. ~ Pemberian hak kerakyatan yang bebas kepada orang-orang asing. ~ Kedudukan dan hak istimewa orang Melayu terancam. ~ Tindakan Mac Michael bertentangan dengan prinsip demokrasi. ~ British tidak berunding dengan sultan-sultan dan orang Melayu semasa merancang Malayan Union. Orang-orang Melayu telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap gagasan Malayan Union dengan: ~ Mengadakan ceramah, demonstrasi dan perarakan. Demonstrasi diadakan terutamanya di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Johor. ~ Akhbar Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) dan Warta Negara (Pulau Pinang) menerbitkan rencana-rencana yang mendesak persatuan-persatuan Melayu supaya bersatu demi kepentingan orang Melayu. Di Kelantan, satu demokrasi yang disertai oleh kira-kira 10, 000 orang telah diadakan di Alor Star dan disertai oleh kira-kira 50, 000 orang. Di Johor Bahru, seramai kira-kira 15, 000 orang telah mengadakan demonstrasi pada 10 Februari 1946. Bantahan orang ramai tidak mendapat perhatian daripada pihak British dan gagasan Malayan Union tetap akan diteruskan. Oleh itu, pada 1 hingga 4 Mac 1946, persatuan-persatuan Melayu telah mengadakan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres Melayu Se-Tanah Melayu menyeru orang-orang Melayu dan Sultan supaya memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan perlantikan Gabenor.

Orang-orang Melayu juga diminta berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok. Kongres juga telah membentuk satu jawatankuasa untuk merangka perlembagaan sebuah pertubuhan yang akan dapat menentang Malayan Union yang lebih berkesan. Ia turut menimbulkan kebimbangan beberapa orang ahli Parlimen yang lain terhadap keselamatan rakyat Eropah di Tanah Melayu. Terdapat beberapa orang bekas pegawai kanan British yang menyokong perjuangan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu dan UMNO. Mereka ialah Frank Swettenham, George Maxwell, Richard Winstedt, dan Cecil Clementi Smith. Mereka tidak setuju dengan cara yang digunakan oleh Mac Michael untuk mendapatkan persetujuan sultan-sultan Melayu. Kumpulan pegawai British ini telah menghantar surat bantahan kepada akhbar Times di London. Selain daripada itu, mereka membuat bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan di London juga. Tidak seperti kaum Melayu, orang-orang bukan Melayu tidak melibatkan diri dalam demonstrasi-demonstrasi menentang Malayan Union. Namun begitu, terdapat juga pertubuhan bukan Melayu yang menentang seperti Malayan Democratic Union (MDU). Malayan Democratic Union ditubuhkan oleh sekumpulan golongan profesional Cina pada Disember 1945. Malayan Democratic Union menentang Malayan Union kerana rancangan tersebut dianggap tidak demokratik serta tidak memasukkan Singapura dalam penyatuan berkenaan. Apabila Malayan Union dibubarkan, sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk oleh kerajaan British untuk merancang penggubalan perlembagaan baru bagi Tanah Melayu. Malayan Democratic Union terus menentang kerana tiada wakil mereka di dalam jawatankuasa berkenaan.

Related Documents

Malayan Union
December 2019 25
Malayan Union
June 2020 17
Malayan Union
June 2020 15
Malayan Union
June 2020 12
Malayan Union
April 2020 13
Malayan Union
December 2019 49