Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia - "Hidup Biar Berjasa"
PENGURUSAN STRESS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM KAMAR Posted by: spp Posted on : 2006/2/28 0:55:22
ABSTRAK Seorang manusia yang tidak mampu menjalankan kefungsiaannya sebagai seorang insan dalam menjalani kehidupan harian akibat daripada tekanan atau stress adalah disebabkan ketidaksempurnaan komponen jasad (fizikal), akal (mental) dan roh (spiritual) untuk berfungsi dengan baik. Maka, untuk mengembalikan kefungsiaan manusia agar dapat menjalani kehidupan harian dengan baik serta mampu mengurus stress, penulis melihat peri pentingnya pengecasan semula ketiga-tiga komponen tersebut.
1.0 IFTITAH
Seringkali stress diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif berbanding dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan minda! Perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada ditakuk yang sama! Namun begitu, penulisan ini akan lebih banyak membicarakan mengenai distress ataupun stress yang memberikan implikasi yang negatif dan bagaimana menanganinya menurut perspektif Islam.
Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal (abnormality behaviour) seperti kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal, mental, emosi mahupun keterlibatan sosial mereka.
2.0 PANDANGAN ISLAM MENGENAI STRESS
http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 1
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (daripada kejahatan yang dikerjakan)” (Surah Al-Baqarah : 284)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa segala tekanan dan dugaan dalam kehidupan seperti kesempitan hidup dan kecacatan anggota badan misalnya merupakan kurniaan Allah kepada manusia berdasarkan kemampuan manusia itu sendiri. Stress juga dikategorikan sebagai dugaan dan ujian hidup. Boleh jadi disebabkan kesempitan hidup mengundang stress dan tekanan yang negatif. Apatah lagi dengan mereka yang mengalami kecacatan anggota badan akibat kemalangan yang tidak dijangka. Namun hanya diri kita sendiri yang dapat menjadikan sama ada tekanan tersebut mendatangkan kesan yang baik atau sebaliknya. Benarlah apa yang dinyatakan di akhir surah ini ….”ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (daripada kejahatan yang dikerjakannya)”
3.0 PUNCA-PUNCA TEKANAN ATAU ‘STRESSOR’
Punca tekanan atau stressor adalah faktor yang menyebabkan tekanan wujud dalam diri seseorang. Punca kepada tekanan itu boleh berlaku disebabkan oleh peristiwa dalam kehidupan, pemikiran, dan keinginan diri yang belum tercapai. Punca-punca kepada terjadinya tekanan boleh dikategorikan kepada faktor biologi, psikologi, sosial, dan spiritual. Tekanan yang timbul oleh faktor fizikal berlaku tanpa sebab-sebab yang nyata. Tanda ini tidak dirasai oleh individu yang mengalami atau dilihat oleh orang lain. Tekanan ini timbul berpunca daripada segi fisiolgi seseorang individu. Apabila kepenatan dan keletihan seseorang individu tidak boleh mengawal emosinya. Kepenatan dan keletihan yang dialami menyebabkan daya tahan jiwa berkurangan. Ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami ketidakseimbangan emosi. Kadang kala berlaku perubahan-perubahan dalam tubuh badan individu itu dari semasa ke semasa. Tekanan punca psikologi pula timbul apabila perasaan tidak berpuas hati terhadap jangkaan-jangkaan yang telah dibuat berlawanan dengan realiti sebenar. Contohnya seorang pelajar merasakan dia boleh lulus dalam dengan cemerlang dalam satu peperiksaan tetapi sebaliknya telah berlaku. Pelajar itu tidak dapat menerima hakikat apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Mereka akan merasa dunia ini tidak berguna, gelap gelita dan pelbagai perasaan yang lain. Ini akan menyebabkan mereka merasa tertekan. Tekanan yang berpunca dari sosial pula adalah berkaitan dengan kehilangan orang yang disayangi atau peristiwa-peristiwa tragik. Contohnya kematian, perceraian, perpisahan, kehilangan pekerjaan, dan kekecewaan. Mereka yang mengalami situasi ini akan merasai kesedihan yang amat sangat dan mendapat tekanan. Mereka berada dalam kesedihan yang tidak berkesudahan dan tidak bermaya http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 2
untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Tekanan yang berpunca dari spiritual adalah apabila seseorang individu melakukan perbuatan yang keluar daripada landasan agama atau norma masyarakat. Contohnya, apabila seorang remaja perempuan melakukan seks secara sukarela. Pada suatu masa, dia merasai pelbagai perasaan seperti mengutuk diri sendiri, takut kepada dosa, takut untuk berkahwin, dan malu kepada masyarakat. Perasaan itu selalu bermain di fikiran dan mengganggu emosinya. Dia akan mengalami gangguan sepanjang masa.
4.0 BAGAIMANA MENGURUS STRESS ?
Persoalannya bagaimanakah cara atau kaedah yang sesuai untuk menangani tekanan atau stress ? Penulis berpendapat, stress boleh diurus dengan baik berdasarkan impak yang diterima oleh individu tersebut. Untuk lebih jelas lagi, penulis cuba memaparkan idea dan kaedah pengurusan stress melalui perspektif Islam berdasarkan tiga tujahan utama iaitu pengurusan stress melalui aspek fizikal, mental, dan kerohaniaan (spiritual). Kombinasi ketiga-tiga aspek ini sangat berkaitan dengan cara individu mengurus kehidupan harian mereka.
Secara umumnya, pengurusan stress yang ingin penulis jelaskan di sini boleh diaplikasikan berdasarkan ilustrasi berikut: MODEL PENGURUSAN STRESS
http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 3
Penulis cuba melihat pengurusan stress ini berdasarkan kepada penjelasan Al-Quran tentang siapakah diri manusia yang sebenar. Al-Quran jelas menerangkan bahawa manusia itu terdiri daripada kombinasi elemen-elemen berikut;
1.
Komponen Roh
2.
Komponen Qulb
3.
Komponen Nafs
4.
Komponen Akal
5.
Komponen Jasad
Penulis berpendapat seseorang manusia yang tidak mampu menjalankan kefungsiaannya sebagai seorang manusia dalam menjalani kehidupan harian akibat daripada tekanan atau stress adalah disebabkan ketidaksempurnaan kelima-lima komponen ini berfungsi dengan baik. Maka, untuk mengembalikan kefungsiaan manusia agar dapat menjalani kehidupan harian dengan baik serta mampu mengurus stress dan tekanan, penulis melihat peri pentingnya pengecasan semula kelima-lima komponen tersebut.
Namun begitu, penulis ingin mengambil pandangan Imam Al-Ghazali sebagai initipati kertas kerja ini. Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa manusia itu terdiri daripada 3 komponen utama iaitu jasad, akal dan roh.
http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 4
1. KOMPONEN ROH
Setiap manusia punyai roh. Namun jasad dan sifat roh tidak mungkin dapat difahami oleh manusia itu sendiri. Roh yang ada pada manusia adalah milik Tuhan yang Esa. Roh menjana segala tingkah laku seorang manusia. Roh yang baik akan dijelmakan melalui tingkah laku yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud; “ Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya” (Asy Syams ayat 9 dan 10)
Pada pendapat penulis, roh adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Namun roh sesuatu suatu benda yang hidup. Dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami, ia mencakupi soal kerohaniaan atau spiritual. Setiap manusia punyai fitrah untuk rasa bertuhan. Seorang mukmin percaya akan Allah yang Esa. Menyakini bahawa setiap yang berlaku ke atas dirinya adalah kehendak Allah Taala. Sebagai contoh, setiap musibah yang berlaku sebenarnya punyai hikmah yang perlu dicari. Walaupun kita merasa tertekan dan stress dengan ujian dan dugaan yang datang menimpa-nimpa, seharusnya rasa lemah, tertekan dan tidak berkeupayaan haruslah disandarkan kepada Allah Taala sepenuhnya.
Stress atau tekanan yang dihadapi boleh diurus dengan menyucikan roh atau dalam erti kata yang lain menguatkan aspek kerohaniaan dan spiritual, bukan hanya dengan melakukan ibadah yang bersifat ritual semata-mata seperti memelihara solat lima waktu, membayar zakat mahupun membaca dan menelaah Al-Quran. Imam Al-Ghazali berpendapat di antara kaedah-kaedah yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut;
http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 5
Menanam dan menyuburkan jiwa ini dengan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) seperti amanah, ikhlas serta jujur. Mengikis sifat-sifat yang negatif (mazmumah) seperti riak, ujub, sombong dan takbur. Menunaikan hak sesama insan baik hak suami, hak isteri, hak anak-anak hak pemimpin dan hak masyarakat dan tidak menzalimi orang lain demi untuk kepentingan sendiri. Tidak memakan makanan yang haram dan syubhah baik diragui dari segi sumber atau bagaimana cara ianya dihidangkan.
2. KOMPONEN JASAD
Al-wiqayatu khairun min al-‘ilaj yang kira-kira bermaksud “Mencegah lebih baik daripada merawat”. Islam sangat menganjurkan agar setiap penyakit yang dihadapi haruslah dicegah daripada diubati kerana mengubati hanya mengurangi kesakitan dalam jangka masa pendek dan kesakitan itu akan kembali dirasai setelah kehabisan
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNYA” (Al-Maidah ayat 88)
Di dalam ayat ini, Allah Taala memerintahkan kepada hambaNYA agar memakan makanan yang halal dan baik. Makanan yang halal ialah makanan yang sumbernya merupakan sumber yang halal. Sebagai contoh, wang yang kita gunakan untuk membeli makanan merupakan wang yang halal yang dibayar kepada kita setimpal dengan pekerjaan lakukan. Kalau para pembaca masih ingat lagi dengan kisah Imam Syafiee semasa beliau dalam usaha menghafaz Al-Quran. Beliau dikatakan tidak dapat menghafal ayat Al-Quran pada suatu hari sedangkan hari-hari yang sebelumnya beliau sangat lancar menghafaz AL-Qura’n. Beliau sangat hairan dan akhirnya beliau cuba untuk mencari asbab mengapakah perkara ini berlaku. Akhirnya di dapati susu lembu yang diminum oleh beliau tidak halal kerana lembu tersebut telah meragut rumput dikawasan orang lain dan bukan dikawasan rumput kepunyaan penjaganya. Makanan yang halal sahaja tidak mencukupi malah makanan itu haruslah baik atau erti kata berkhasiat dan tidak memudaratkan kita. Makanan yang baik adalah makanan yang mempunyai kombinasi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Sebagai contoh, badan kita memerlukan zat karbohidrat untuk digunakan sebagai tenaga segera demi untuk melaksanakan aktiviti harian. Sekiranya badan kekurangan zat karbohidrat, badan akan menggunakan sumber http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 6
protein dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga segera. Penggunaan protein yang tinggi sebagai menggantikan karbohidrat akan menyebabkan kepekatan asid amino yang tinggi dalam badan. Ianya boleh memberikan implikasi kepada otot kita di mana kita sering mengalami kekejangan otot. Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Penulis percaya bahawa segala perbuatan dan pemikiran kita juga dipengaruhi oleh makanan yang kita makan. Boleh jadi kita mudah kalah bila mendapat tekanan atau stress disebabkan kita mengabaikan soal dari sumber manakah makanan yang kita makanan dan adakah ianya baik untuk kesihatan kita
Senaman yang konsisten dan bukan bersifat terpaksa atau memaksa antara alternatif yang terbaik mengurangi tekanan yang dialami. Senaman boleh meningkatkan daya tahan terhadap tekanan dengan meringankan bebanan ke atas diri. Ianya mampu mengalihkan elemen psikologi seperti tenaga marah, agresif dan perasaan risau lalu diterjemahkan melalui pergerakan fizikal yang lasak. Namun ramai yang terlepas pandang sebelum memulakan senaman harus dimulai dengan memanaskan badan atau warming up agar otot-otot badan tidak akan mengalami kekejangan selepas senaman.
3. KOMPONEN AKAL
Fenomena kemiskinan ilmu dan kemahiran merupakan faktor terpenting kegagalan individu mempelbagaikan alternatif ke arah penyelesaian masalah. Bukankah ini akan mendatangkan tekanan ? Setiap manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk membolehkan mereka berfikir, malah faktor inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Berfikir menggunakan akal adalah satu perbuatan dan ianya memerlukan sesuatu benda untuk difikirkan. Kalau tubuh badan manusia memerlukan makanan berkhasiat, akal juga memerlukan bahan-bahan yang berkhasiat dan bermanfaat untuk difikirkan. Ianya disebut sebagai bahan intelek (intellectual substances). Ianya diperolehi daripada bahan bacaan yang juga bersifat intelek dan menjana kreativiti.
“ Katakan ia (Al-Quran) ialah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman ” (Al-Fusshilat 41:44)
Dalam ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita Al-Quran merupakan sumber intellectual substances yang terbaik untuk dirujuk oleh manusia demi untuk mematangkan akal dan fikiran, http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 7
waras dalam pertimbangan dan tepat membuat sebarang keputusan. Tekanan dan stress yang dialami boleh diurus apabila individu tersebut mempunyai pengetahuan dan maklumat yang luas. Individu tersebut tidak akan membuat sebarang tindakan yang boleh menzalimi dirinya sendiri atau orang-orang disekelilingnya.
Ketiga-tiga komponen ini saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain dalam menghadapi distress. Penulis ingin memberikan satu contoh yang mudah untuk difahami oleh pembaca.
KAJIAN KES Asmawi Ani (bukan nama sebenar) telah diberhentikan kerja dengan notis 24 jam kerana syarikat tempat dia bekerja telah diisytiharkan muflis. Asmawi telah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak yang masing-masing berusia 7 tahun dan 3 tahun. Telah hampir 3 bulan berlalu namun Asmawi masih tidak mendapat sebarang pekerjaan. Duit simpanan semakin susut dan keperluan dapur dan susu anak telah habis dan Asmawi tidak mempunyai wang yang cukup. Asmawi semakin buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Persoalannya, adakah model pengurusan stress melalui perspektif Islam dapat membantu Asmawi menjadi distress kepada uestress. Penulis menyakini, tekanan dan stress tidak dapat dihilangkan dalam sekelip mata namun kebijaksanaa individu mengurus distress supaya menjadi uestress dan mendatangkan faedah kepada mereka. Asmawi seharusnya menganggap kehilangan kerja yang dialami oleh beliau merupakan satu kejadian yang tidak dijangka. Seorang mukmin harus percaya bahawa ianya merupakan satu ujian dan dugaan daripada Allah Taala demi untuk menguji sama ada hambaNYA itu beriman atau tidak.
“ Tiada musibah (bencana) yang menimpa seseorang muslim melainkan Allah menkafarahkan dosa (menghapuskan) sebahagian daripada dosanya kerana bencana itu, walaupun ia merupakan tusukan yang diterimanya daripada tikaman duri “ (Al-Bukhari)
Ujian dan dugaan yang diberikan merupakan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA dan setiap kesusahan tersebut pasti disusuli kemudahannya.
“ Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (Surah Al-Insyirah ayat 5) http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 8
Selain itu, kita harus sentiasa mengingati bahawa di sebalik kesukaran yang kita hadapi itu ada kesenangan dan kemudahan yang kita akan perolehi. Dalam Islam, apabila menerima tekanan, kita dilarang mengeluh. Ini adalah kerana, ia membayangkan betapa kita tidak tahan dengan ujian yang Allah berikan kepada kita. Jika orang yang sakit mengeluh sambil mengingati Allah, maka itu dikira tasbih. Islam juga melarang umatnya berputus asa.
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar : 53)
Ayat ini menerangkan kepada kita agar tidak sesekali berputus asa apabila menerima ujuan atau tekanan. Kita perlu mencari alternatif yang terbaik dan melakukan sesuatu yang dihalalkan untuk dijadikan penyelesaian. Tingkah laku bilazim seperti minum arak, membunuh diri, menghisap dadah tidak akan berlaku sekiranya kita menghayati konsep-konsep dalam Islam dalam menghadapi tekanan. Maka, Asmawi harus menggunakan kekuatan Jasad (fizikal) dan Akal (mental) di samping kekuatan spiritual yang tinggi perlu diyakini. Melaksanakan dan menunaikan hak Allah dengan mengerjakan segala peraturan dan meninggalkan larangannya dan terus berusaha membaiki kehidupan dunia tanpa mengkesampingkan soal kehidupan ukhrawi.
Dengan mengekalkan kesihatan fizikal, Asmawi seharusnya lebih berupaya untuk mencari pekerjaan lain. Faktor kesihatan fizikal penting kerana sekiranya beliau mengalami implikasi negatif terhadap kesihatan fizikal akibat tekanan dan stress yang dialami, barangkali beliau tidak mampu mencari pekerjaan yang sesuai. Tambahan pula, tekanan dan stress ini dapat diurus sekiranya beliau mempunyai strategi, pengetahuan dan maklumat terkini mengenai kekosongan kerja yang terdapat di mana-mana syarikat yang menawarkannya. Harus diingat bahawa akal boleh bertindak lebih rasional jika kunci membaca sebagai tambatan untuk mengaut pelbagai ilmu dan maklumat digunakan secara optimum. Bukankah Asmawi akan mampu menguruskan distress dan menukarkankannya kepada eustress?
5.0 KHULASAH
Islam telah menganjurkan kepada umatnya cara yang terbaik untuk menguruskan tekanan dan stress. Islam sangat menekankan pengurusan rutin kehidupan yang baik dan inilah kunci utama dalam menangani distress. Komponen jasad, roh dan akal yang ada dalam diri manusia harus diurus http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 9
dengan bijaksana agar manusia dapat melaksanakan kehidupan dengan lebih sempurna. Biar hati sentiasa bertuhan, jasad sentiasa tegar dan akal sentiasa berfikir dan merenung ciptaan Illahi !
“ Dan jika aku sakit, DIA lah yang menyembuhkannya “ (Surah As Syura ayat 80) “Aku sekali-kali tidak akan menganiayai hamba-hambaku…”
(Surah Qaaf : 29)
http://www.pkpim.net
2009/2/23 21:03:21 - 10